Hujan : apa yang ingin kau khabarkan ?

0

Posted by Leeza | Posted in

Setelah berhari-hari panas, hujan pun turun dengan lebatnya sejak June bangunkan saya dari tidur yang lena jam 4 pagi untuk solat. Kebetulan malam tadi saya tidur agak lewat .Fikiran saya sarat dengan segala problema dan saya memang amat susah hati. Hujan yang turun lebat itu merisaukan mak saya dengan keadaan cucu2 nya Luqman dan Ridhwan yang hendak pergi ke sekolah.Namun saya sentiasa biasa dengan masalah ini, janji anak2 itu mahu ke sekolah.

Di sekolah, masalah kerja saya hadapi dengan tenang , memang saya akui sejak trainees ada, masa saya banyak terluang . Saya gunakan untuk menyiapkan PEKA dan Diagnostik Test.Bukan kerja menjadi fikiran namun sesuatu dan sesuatu. Puas saya bertanya banyak pendapat dan nampaknya banyak pro dari kontra. Saya tawakal sahaja.....biar Allah menentukan. Bila hujan turun tanpa henti saya dan Adil menjadi mangsa usikan sebab kemungkinan rumah banjir....alhamdulilah ketika pulang tengahari ,tak ada apa2 berlaku. Jika banjir,mahu kampung saya masuk guiness of record sebab banjir di luar kawalan atau banjir luar tabi'i.

Ya... saya harus luahkan....cerita ini semakin menarik dan adakah akan bertemu penghujung cerita yang bahagia? Atau cerita ini akan terus berkelana sehingga ia menjadi cerita yang semakin hambar? Jawapannya menjadi satu rahsia peribadi.

Sepi itu membosankan

0

Posted by Leeza | Posted in

Saya malas nak keluar ke mana2 hari ini. Sebab itulah saya shopping sakan kelmarin agar hari ini saya tak keluar. Saya ingat nak habiskan novel Aku Ada Kamu karya Lily Haslina Nasir... tetapi 3-4 helai baca , mata dah layu semacam.Jam 1030 pagi saya terus masak , menunya sup ayam, ayam goreng ,sayur campur dan sambal belacan . Jam 11 saya dah makan tengahari......anak2 saudara, luqman, azizi, ridhwan dan hairul hilang entah ke mana.memang dah tabiat ,selalu tak lekat kat rumah .Bila lapar baru ingat nak balik rumah. Tak apalah...janji jangan sampai jam 9 malam belum juga balik....mahu saya kunci rumah tak bagi masuk.

Bosannya....line broadband yang Salbie kata 'beruk band' asyik putus sahaja. betul agaknya beruk band sebab hanya haiwan itu yang panjat pokok kelapa untuk dapatkan coverage network. Bercakap dengan salbie kena fikir banyak kali sebab dia ni satu perkataan ada sejuta makna.......silap2 saya pula yang kecik hati. Mana taknya dia kata saya laser.....hahaha betul agaknya saya laser. Namun saya kenal Salbie dengan gayanya yang tersendiri....banyak idea

Saya teringat kak Munah banyak kali sms tanya khabar.....tudung dia belum saya bagi lagi. Saya call dan dia tengah sibuk mengajar anak daranya memberus kasut....hahaha.Katanya nanti kalau duduk asrama macamana nak urus diri sendiri. Saya teringat dengan Azim yang duduk asrama....tiap minggu ayahnya datang ambik baju kotor dan ganti baju bersih. Dia belikan anaknya berbelas baju uniform..... hai... saya dulu sepasang je bang. Kalau Azim balik dia mesti pergi rumah jenguk saya....dia nak jadi Ustaz dan saya memang suka sangat. Anak2 sekarang kena ajar berdikari. Kalau duduk asrama taklah kalut sangat.

Kita dulu memang biasa berdikari. Teringat saya mula-mula posting ke DARO , abang saya hantar naik belon....tiket saya kerajaan bayar, tiket dia saya sponsor dengan duit simpanan semasa kerja jadi guru sementara dan duit elaun. Gara2 susah hati takut saya tak makan sebab saya tak masak, abang belikan saya sekotak besar mi maggi kari. Hahaha.....dia tak tahu saya suka masak dan mi itu gara2 bosan menatapnya hari2 saya boleh buat macam2 menu antaranya mi sup, keropok mi pedas, murtabak mi ,mi sayur dan ntah apa lagi. Perencah karinya saya bawa balik semasa cuti sekolah. Sekarang bila dah mewah dengan makanan , mi tetap saya suka terutama ketika saya tak mahu makan nasi.Saya jarang mahu makan mi kuning sebab saya was2 halal dan haramnya.

DARO adalah sebuah pekan cowboy....kecil dan sekolah saya dulu SK CAMPURAN DARO memang bersebelahan dengan deretan kedai. Berjalan dari hujung ke hujung mengambil masa 30 minit. Banyak kenangan manis saya di situ terutama dengan best friend saya LUCY TIONG. Tiap petang kami berdua suka menyusuri sungai dan melihat anak2 kampung terjun ke dalam sungai dan ada yang menangkap ketam dan belut. Saya pernah cuba membuang belut sehingga budak remaja itu berkata : jangan cikgu.... saya nak makan belut itu. Saya tanya dia balik : boleh makan ke benda macam ular ni....masak apa? Dia jawab selamba : asam pedas. Hehehe.....ini baru citer cikgu sakai.Belum lagi dengan bahasa melanaunya cepat dan laju macam bot laju. Bos saya tiap perhimpunan ,cakap melanau dan saya pula buat muka blur habis. Manalah saya nak faham.....tiap kali perhimpunan bos saya itu pasti ketawakan saya.Seorang guru rajin menyakat saya : Jom za ,keman balak. Saya pulak menjawab dengan selamba : sampai hati akak suruh saya makan kayu balak...Serentak itu bilik guru riuh sebab rupanya balak itulah pisang. Saya tahu makna keman iaitu makan.Dahlah semalam ketika saya mengunjungi rumah jiran , maknya hidangkan ikan gonjeng goreng. Saya berkerut muka ,dalam hati : apa pulak ni, aku kan dah makan. Lepas tu dia hidangkan air panas, dan sepiring sagu. Itu sahaja : tutang anum za. Hahaha.... saya tanya balik : camner makan ikan goreng ni, takde nasi ke? Kawan saya si Rofiza dah ketawa guling-guling. Barulah saya tahu yang ikan itu di makan bersama dengan sagu tadi. Kalau kat rumah saya, mak makan sagu dengan kelapa parut ,letak gula. Saya pula cicah dengan pisang.

Kenangan bila dikenang balik terasa nak kembali ke tempat itu semula. Tetapi memikirkan udaranya yang panas dan sejuk ketika malam saya tak mampu nak berpaling ke sana lagi. Tambahan pula saya memang tak sihat kalau berada di sana.....sehingga pernah menggunakan spray hidung sebab kesesakan nafas.Sekarang alhamdulilah saya tak kena penyakit itu....Part yang paling best menjadi anak rantau ialah ketika nak pulang ke kampung.... sebulan sebelum cuti beg pakaian saya sudah berkemas dan bersiap sedia di muka pintu bilik. Dan ketika balik semula ke tempat bertugas, liatnya bukan main sehingga pernah menjadi penumpang paling lewat naik belon.

Suara Hati Melalui Tulisan

0

Posted by Leeza | Posted in

Sabtu memang saya nantikan kerana pada hari inilah saya dapat bersantai dari beban tugas yang menjerut rasa dan apa sahaja problema tolak ke tepi. Namun hari ini sekolah saya menggantikan cuti raya . Pada awal pagi kepala saya yang baru ringan dari peningnya semalaman, dibebankan dengan kerenah trainees saya. Pertama dia bising pasal waktunya 12 seminggu yakni major 8 dan minor 4. Saya sudah merujuk kepada ketua praktikum dan lecturers mereka dan they approved my decision. So what? Saya hanya beri kata dua : u nak minor bi 4 waktu atau u nak bi 2 waktu n i bagi u extra subjek 2 waktu untuk cukupkan 12 waktu. Saya tak faham sebab tahun2 lepas trainees yang datang ke sekolah ini takde masalah dengan peruntukan masa. Jadi my first impression to them is negative.....already reduce some marks here.Kemudian saya memeriksa semua fail mereka termasuk lesson plan. Hmmm... banyak kelemahan. Seorang pula memang tak tahu langsung....bingung saya. No wonder their lecturer remind something about this matter. Tak apalah, saya kan guru berpengalaman dan itu gunanya guru pembimbing , jadi this my job to teach them what to teach and how. Cuma jangan sama sekali cuit my temper or make me angry with the 'bodoh sombong' attitude. Dah selesai saya berikan banyak komen dan pembetulan, tak lama kemudian salah seorangnya minta saya tukar jadual waktu pulak.....hiiiiiiii banyak songeh, mahu saya ketuk kepalanya. Namun saya sabarkan hati dan kepala yang dah mula berdenyut. Nasib baik dua rakan saya sedia berikan ruang dan tak kisah masa mereka ditukarkan. Dah selesai, datang lagi budak ni minta tukar hari pula. Saya dah penat sebab sebelum saya atur saya dah cuba untuk hari lain tetapi ternyata gagal. Then mereka komplen pasal kelas yang lemah bahasa inggerisnya..... saya berikan cadangan untuk gunakan sedikit bahasa malaysia kerana buat apa anda syok sendiri speaking london tapi mereka tak reti sepatahpun.

Walaupun begitu, saya sabarkan ajelah....budak2 walau seorang daripadanya dah kahwinpun.Jadi guru kena banyak sabar ,sedia menjadi pembimbing yang baik. Namun semua ini tidak membunuh keceriaan saya bersama Tahun 6...bahagia bersama anak2 murid saya. Walaupun sekolah dah berakhir jam 11 pagi dan kawasan sekolah sudah sunyi namun kami tetap belajar sampai pukul 12 tengahari...dan mereka begitu ceria dengan apa yang mereka pelajari.

Semalam ingin saya luahkan suara hati saya : kenapa kita berblog? Untuk apa kita adakan blog ? Blog tentang apa? Adakah saya syok sendiri dengan blog ini ? Saya suka menulis dan saya tulis apa sahaja walau apa yang saya tulis entah apa-apa. Seorang sahabat baik saya namun adakah dia menjaga rasa hati seorang kawan baiknya ini sebaiknya? Kenapa sejak akhir2 ini dia asyik mengecilkan hati saya? Kenapa setiap kali dia meminta saya lakukan sesuatu saya tidak boleh kata tidak? Kenapa dia biarkan saya kelaparan ketika menemaninya menguruskan hal2 tertentu? Semalam dia tanpa henti menyindir saya dan mengetawakan saya tentang blog. Sedangkan dia tidak pernah menjenguk blog saya , apatah lagi hendak membuka internet. Kemudian adik lelakinya ketawakan saya tentang blog saya......sedihnya rasa hati bila seorang kawan baik yang selalu dipenuhi kehendaknya perlakukan saya sedemikian. Saya mempunyai persekitaran yang memang tidak suka dengan teknologi komputer. Jika ada maklumat terbaru tentang pendidikan atau mereka perlukan info untuk proses pembelajaran ,mereka akan tanya saya. Sehingga hari ini seorang rakan sekerja mengeluh tentang sukatan maths tiada dalam simpanan, dan saya menawarkan untuk mencarinya dalam internet dan akan berikannya salinan. Kenapa saya baik hati sangat ????? Dah lumrah macam tu kan? Dulu saya pernah membantu seorang rakan yang mengandung dengan mengangkat beg2 pakaiannya yang besar dan berat ke tingkat 5 asrama semasa di kampus USM. Saya sedia menunggunya berjalan lambat dan membawa beg2 shoppingnya , dengan hati ikhlas. Sebab saya sayangkan kawan2 saya. Saya tak pandai lafazkan namun anda boleh sandarkan kepercayaan pada saya. Namun kenapa harus di belakang saya, anda mengata2 saya pula? Kenapa harus ada kawan yang membaling rm250 ke muka saya kerana hal emergency keluarga saya ? Tuhanku.....dulu anak kecil si Lizabujang rasakan dirinya alone ,nobody child.....namun kenapa harus ada yang tidak menghargai ketulusan hati ini? Ada juga yang kata saya sensitif dan tidak boleh bergurau, hahahaha jika gurauan yang terlalu kasar, memang saya tak boleh nak terima. Saya pun suka cakap lepas tetapi gurauan saya berbatas sebab saya pernah diajar oleh rakan2 senior dan veteran di Kuching , jangan berbahasa kasar biarpun dengan niat bergurau. Don't ever insult others' feeling and don't forget to ask apologises ......

Hanya datanglah menjenguk blog dengan hati yang lapang, berikan komen yang baik , tinggalkan pesan yang anda inginkan....saya akan sedia melayan setiap pesanan dan komen dengan hati yang ikhlas. Jadilah rakan2 saya yang baik , ikhlas dan saya memang akui saya tak mampu berikan anda kemewahan atau wang ringgit .....namun doa saya tak putus untuk anda sahabat2 saya.Maafkan saya jika saya pernah mengecilkan hati anda secara langsung mahupun tidak langsung.

Feedback To Enhance Learning

0

Posted by Leeza | Posted in

Ini nama kursus yang saya hadiri hari ini dan esok. Dalam Bahasa Inggeris dan lectrurernya En Haji Kamaruddin pun okay, kita senang faham dan santai. Memula memang saya duduk dengan geng perempuan saya, tetapi entah bagaimana dari tempat duduk belakang dia pilih saya masuk dalam kumpulan di depan sekali. Tahu sapa geng saya? Cikgu Suraya yang sama badge conversion Sains dulu yang memang saya kenal cukup teliti orangnya , Cikgu Abdul Rasid , Cikgu Ariffin dan Cikgu Safry ,geng yang pernah sama kursus dulu. Jadi kami rasanya tak perlu ice breaking lagipun.Namun bersama dengan geng yang kelakar dan nakal ini menjadikan kumpulan kami memang riuh rendah. Cikgu Suraya yang pendiampun boleh ketawa juga. Yang bestnya, semua boleh bercakap dan membentang hujah2. Namun ketika tiba satu slot, the importance of feedback, saya kena jadi jurucakap hasil kerja kumpulan kami dan saya perlu mengulang pembentangan/presentation sebanyak 3 kali kepada kumpulan yang berbeza. Sabar je la bila kena member yang sengaja tanya banyak soalan..... sehingga saya gelihati bila anak bekas pengarah JPN mengeluh ,penat ulang benda yang sama banyak kali. Namun seperti kata lecturer, jika kita ulang benda yang sama banyak kali, kita akan dapat meningkatkan skil bercakap dan menambah baikkan idea yang sedia ada. Kita juga boleh belajar dari soalan kerana ia akan membantu kita memperolehi input yang baru. Amalan bertanya ini memang selalu saya gunakan....biarpun ada kalanya kakak kesayangan saya akan ketawa berguling-guling dengan soalan yang entah apa2.

Saya fikir Melayu saja yang lembut tetapi rupanya lelaki Cina juga ada yang lembut. Dia ni handsome, berkumis, tegap dan tinggi , pakaianpun trendy. Namun sayangnya dia lembut. Semasa kursus hari ini dia tetiba bangun menyuarakan pendapatnya dengan gaya khasnya, dan mulut laser kawan2 saya yang nakal itu memberikan komen spontan yang kami saja yang dengar sehingga saya ketawa berguling-guling. Sehinggakan si Rasid mengatakan : Dahla Za......mau saya ketuk kepala dua rakan yang nakal ini. Bukan jenis saya ketawakan orang semudah itu, tetapi mendengar komen nakal dua kawan ini saya tak tahan ketawa. Saya teringat ketika di tingkatan dua dulu, seorang budak lelaki cina yang lembut sentiasa mengekori saya ke mana sahaja walaupun kami tidak sama kelas. Sehingga pada satu tahap saya baling dia dengan penyapu kayu .......kejamnya saya waktu itu. Saya tahu dia tak ada kawan dan dia suka bersama saya. Begitu juga dengan budak lelaki Iban yang suka sangat duduk sebelah saya sehingga saya terdengar dia menyatakan dia suka saya.... isk3 , tingkatan satu dah suka orang???? Saya manalah ada perasaan cintan-cintun kerana saya masuh suka main kaki tiga, masih sibuk nak tunggang kuda ( SMK Lumba Kuda waktu itu sebelah Sarawak Turf Club ), masih nak racing basikal dengan kawan2 lelaki cina- Johny dan Bong yang rajin hantar basikal spare ke asrama setiap hujung minggu.....dan bla bla bla. Namun saya bukan sekejam itupun....dan saya tidak kisah punyai rakan yang pelbagai rupa . Biasanya kalau saya buat jahat, mesti ada sesuatu yang Allah balas pada saya.......KUN FA YA KUN.

Di penghujung perjalanan pulang, dekat dengan rumah saya, ketika melalui jalan yang sangat sempit dan berselisih dengan kereta rakan bergaduh saya sewaktu kecil, kereta saya calar memanjang.......namun takla teruk sangat, esok boleh hantar ke bengkel untuk dibaiki kerana bimbang akan karat. Saya tak boleh nak elak sebab di kanan saya ialah sungai. Saya tunggu kawan saya tu datang ke rumah berunding, namun dia tak datang...... dia juga salah kerana mengambil ruang yang besar untuk parking, macam la jalan itu dia yang punya. Skil memandu saya pula masih kurang.....nasib kancil sahaja. Agaknya dia ni takutkan saya tak? Dialah rakan yang pernah saya lastik dengan batu semasa kecil kerana menghalang saya di tengah jalan dengan kawan2 nya ketika balik dari sekolah. Namun ayahnya baik dengan saya.......takde peluang dia nak kenakan saya lagi.

Terima kasih kerana saya berjaya menang dalam Kuiz Setiap Jumaat. Saya pasti penyertaan yang lain hebat-hebat belaka.....dan saya sendiri memang tidak yakin akan menang . Lagipun saya hanya guru biasa yang serba kekurangan .Namun saya menyertai kerana saya meminati novel-novel kak Aty. Dan minat membaca takkan luput dari jadual harian saya untuk selamanya ,InsyaAllah.

Alhamdulilah.......terima kasih Allah ,kerana memberikan pengajaran yang sangat bererti hari ini, bahawa ketawa itu biarlah seadanya saja.....dan berhati-hati di jalan raya.

Award dari Kak Zara

0

Posted by Leeza | Posted in

Sesungguhnya saya teringin nak pamerkan award di dalam blog saya tetapi hasrat itu hanya sekadar hasrat sahaja sebab mestilah ada orang sudi berikan kita award barulah kita pamerkan. Jangan syok sendiri sudah. Dan hari ini saya terima hadiah award daripada Kak Zara Aluwi ,novelis NB Kara Sdn Bhd....novelis : BELAHAN JIWA. Terimakasih kak sebab sudi berikan Za award ini, saya ambik semua ye.....ahahaha betapa tamaknya si Liza Bujang.
Saya dah pamerkan di ruang sebelah....

Sekarang saya nak jawab soalan sebagai syarat penerima awards.

1. Nyatakan 5 fakta tentang pemberi awards.
Pertama sekali za mohon maaf pada kak Zara jika tersinggung dan terguris rasa. Sebabnya za tak kenal sangat sapa Zara Aluwi.
a. Kak zara mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi untuk mencuba bidang penulisan.
b. Kak Zara banyak idea tetapi tidak konsisten pada satu idea. Akak kena buat satu perkara dalam satu masa supaya kelemahan dapat diatasi dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
c. Kak Zara mempunyai anak2 teruna yang handsome, berhemah dan sayang sangat pada mak nya. Za dah kenal si UZAIR. Ini mesti banyak awek nih.....
d.Kak Zara seorang kakak yang baik dan peramah. Za cepat mesra dengan akak.....sabar ye jika ditimpa apa saja dugaan. Jangan berputus asa jika hasil pertama akak tidak berjaya.
e. Kak Zara tidak kedekut ilmu dan banyak membuat research......jika dibandingkan za dengannya , za jauh lebih ketinggalan dalam teknologi. Tahniah kak Zara...... tapi jangan ingat semua makanan ada kat kedai mamak pulak ......hehehehe.

2. 10 fakta diri sendiri
Huh... yang ini , apa nak bagitahu ni. Hanya orang yang kenal rapat je kenal sapa LIZA BUJANG. Tak apalah... boleh share.

i. Hobi : Shopping kalau ada duit. Kumpul setem ( ini dah bagi kat Farid Asyraf ...nanti ambil balik sebab dia mana ada masa nak tambah koleksi.....lepas ni akan rajin cilok setem2 cantik dari surat2 member ) Kumpul sampul surat pertama ( ada koleksi yang belum diambil dari member yang keje kat pejabat pos besar Kuching..,,ini sambung dari koleksi abang SAIDI BUJANG) dan baca novel dan buku2 agama.
ii. Peminat ELLA , ERRA FAZIRA dan NORHAYATI BERAHIM.
Pernah belayar dengan ELLA di cruise CORAL PRINCESS sebab menang hadiah slogan ELLA USA. Pernah jadi NAIB PRESIDEN kelab PEMINAT ERRA FAZIRA SARAWAK....dan pernah makan dengan Erra di hotel HILTON Kuching ....dan sekarang NB....nothing to say.... segalanya simpan dalam hati sebab dia istimewa dalam hidup LIZA BUJANG.
iii. Makanan kegemaran : Mi goreng, Kue tiaw hailam , spaghetti dan tomyam langkawi.
iv. Minuman kegemaran : teh limau ais dan teh kosong.
v. Impian yang belum tercapai : setiap tahun tersenarai dalam azam tahun baru tapi yang ini belum lagi tercapai , asyik forward ke next year je. 1. kahwin 2. gi haji 3. nak khatam......4. nak....... hahaha.
vi. Keluarga : mempunyai 5 abang, dan 2 kakak ( satu dah meninggal) mempunyai 25 anak saudara ( seorang za tak nak ngaku....sensitif ah ) , dan 10 cucu saudara.
vii. Kerja : Jadi guru sains tahun 6, tetap dan berpencen.....iskkkkk kalau saya bosan mahunya saya chow jadi nazir je, boleh sakat orang lain.
viii. Kereta idaman : Kereta MINI JOHN COOPER - jatuh hati dengan kereta ini di tempat parking BOULEVARD KUCHING>idam saja ye bukan nak beli. tak mampu sebab gaji cikgu, ciput.... 10 tahun lagi saya akan langgar dinding gaji agaknya.
ix. Kawan baik : ramai sangat. Kalau sebut kat sini nanti ada yang kecik hati jika namanya tak disebut......sebab kawan saya ada yang brutal cemburu sangat....mahunya saya kena tarik ke dalam tandas lagi untuk bercakap dengan saya.
x. Pengalaman yang tak boleh dilupa yang bawa iktibar dan keinsafan : Sekejap pengsan dalam kemalangan jalanraya.... hanya sesaat, cahaya putih seakan menemukan saya dengan ALLAH SWT. kerana saya sempat mengucapkan : YA ALLAH ,SELAMATKAN AKU. Sampai saat ini setiap yang saya lakukan saya tetap mengingatiNya....

3, Beri awards kepada 5 sahabat bloggers :
Saya nak berikan award ni kepada siapa ye? Kakak kesayangan saya kak NB ? Memang saya tahu dia takkan tepek kat blognya yang sudah penuh dengan perabut .....nasib dia tak letak produk yang Qaisara nak jual. So saya takkan bagi dia award...

i. Eibujunes - orang pertama selain novelis yang saya rapat. saya tahu dia dah ada banyak awards , so awak ambik mana yang awak suka.
ii. Nik Fauziah - orang yang saya fikir tak mesra tetapi rupanya dia lebih dari itu.... mek suka dengan kitak, nik. suka je tahu bukan ehem3. geli ah. Awak ambik award yang awak suka.
iii. Farah Nadwa bt Saidi - anak buah kesayangan saya.......dia akan balik cuti semester nanti, so dia boleh update blognya dengan award ini.
iv. Intan Zuriyati - kamu kawan yang paling lama saya kenal di cyber. Cuma saya tak suka dengan perangai mendesak awak tu.... jika awak angin, buruk perangai awak.... kalau awak buat lagi saya akan hilangkan diri dari awak lagi tahu.
v. kepada sesiapa yang teringin award dan pengunjung blog saya.... ini hadiah untuk anda, ikhlas dan sayang dari saya.......always.

alamak...lupa banner signature. ini mesti akak saya ketawa guling2 lagi.


Hadiah Hati

0

Posted by Leeza | Posted in


Saya memang tidak gembira hari ini kerana tidak sihat, demam panas. Awal pagi lagi mak saya kecoh pasal cucunya si Luqman yang ketiadaan kenderaan ke sekolah. Dalam hati cukup menyumpah dan menyampah dengan orang itu yang lupa tanggungjawabnya. Kalau ada depan mata mahu saya sekeh kepala biulnya itu. Kemudian ketika di sekolah mood saya bertambah dengan ketiadaan kunci bilik Sains....rupa-rupanya ada orang menggunakan bilik itu terlupa mengunci pintu dan anak kuncinya ditemui oleh Pak Guard pada pagi Ahad masih bergantung di pintunya. Syukurlah....tiada barang2 yang hilang. Juga pening apabila ada member yang bercakap dengan kuat....saya tidak suka membuat kerja dalam keadaan bising. Tengaharinya saya suka melihat anak2 menyantap makanan tengahari mereka sebelum kelas tuisyen bermula.

Namun mood saya menurun apabila melihat isi makanan mereka. Hanya ini sahaja??? sambal belacan, setengah telur rebus dan setengah kerat ikan masin. Malahan mereka sempat menawarkan makanan yang sedikit itu untuk saya. Peruntukan mereka seorang ialah RM1.50. Hmm... rasanya mahal ni. Saya memujuk anak2 ini, tak apalah habiskan makanan kamu nanti selesai tuisyen kamu makan lagi di rumah. Mereka dengan senyuman berkata : tak apa cikgu, ini dah cukup bagi kami.


Inilah hadiah pertama saya terima dalam email. Hadiah hati dari sesorang yang saya sayang . Jika dia menjenguk blog saya , pasti dia juga gembira kerana hadiahnya saya pamerkan dengan rasa gembira yang teramat. Namun saya tahu dia tidak suka menjenguk blog saya.....cukuplah sekadar saya faham dia sayang saya bagaimana.


Salam sejuta sayang,



Lempeng Lemantak

2

Posted by Leeza | Posted in

Rasanya sejak saya melawat blog UMIE dan dia menceritakan tentang ambuyat, saya begitu menggilai lemantak. Lemantak diperbuat dari sago dan rupanya agak liat dan bukan kering seperti tepung biasa. Ia dijual berbungkus. Ia juga makanan utama kaum Melanau. Tepung ini jika dibiar lama dalam plastik dan terdedah di tempat panas ,ia akan jadi masam dan tidak sedap. Baru-baru ini , cousin saya abang MORTADZA SAT yang tinggal di Sarikei balik ke kampung. Kebiasaannya dia akan membeli makanan dari daerah melanau seperti tepung lemantak, sagu dan ikan lumek salai untuk mak saya. Mak saya suka semua makanan jenis ini. Saya pula bila ada tepung lemantak teringin nak buat pais lemantak udang, lempeng lemantak udang dan mak saya pula akan buat lempeng ini.Ini tepung lemantak yang sudah digaul dengan kelapa parut dan sedikit garam. Kalau nak manis letakkan gula.Banyak yang mak buat semalam dan ini bahagian terakhir yang mak saya tinggalkan untuk saya. Balik dari sekolah ,mak tanya nak buat tak, jika nak dia akan buat untuk saya. Bayangkanlah usia saya 41 tahun mak masih layan macam anak2 kecil. Sedangkan dulu................opps. Saya menolak sebab saya baru makan nasi...lemantak ini amat mengenyangkan. Jika makan, tak perlu makan nasi lagi kecuali bagi yang kuat makan la.... Gaul dengan rata ,jangan sampai berketul2 dan melekit. Kalau tak gembur betul2 akan jadilah lempeng anda banyak 'bump'. Alamak.....bahasa saya dah rojak....nanti jangkit penyakit kak yong....entah mana dia belajar bahasa rojak....( jangan angin kakyong).





Lepas tu tabur atas kuali. Saya ada ambik gambar, tak terang jadi saya tak pamerkan.Tabur rata2. Bezanya dengan lempeng biasa ialah tidak letak air. Jangan nak memandai letak air, nanti jadi ambuyat pulak. Lepas tu ambil daun pisang letas atas taburan tepung tadi. Sebenarnya kalau ada daun palas atau daun nipah , lebih baik sebab ia keras. Oleh kerana bukannya setiap hari dapat tepung lemantak, maka guna je lah daun pisang. Jangan buat besar sangat macam roti nan....nanti lempeng anda tak menjadi. Apa letak atas tu ???? Lastly, letakkan sesuatu yang berat atas daun pisang tersebut. Saya guna lesung batu ini je. Kalau ada benda lain boleh juga, asal ia berat. Jangan guna tangan anda pulak.......kecuali kalau anda tak nak guna tangan tu lagi, bolehlah. Mahu saya nak berguling2 lepas ni. Satu ingatan penting, gunakan api perlahan.


Haaa.. dah masak. Sikit lagi hangus. Saya pula sambil tunggu ia masak, sibuk melihat apa ada bawah tudung saji....mak saya dah goreng ikan kilat ( bawal kecil) yang harganya rm12 sekilo. Kalau nak kaya boleh jadi nelayan. Saya makanlah nasi.....makan malam.

Kalau dah masak, kita boleh makan macam tu sahaja atau cicah / culit dengan gula nipah atau gula pasir. Saya pula guna susu manis.... saya tabur atasnya dan lipat dua macam kuih apam balik. Rasanya..............hmmmmmmm sedap.


Salam sejuta sayang,

Monday Moody

2

Posted by Leeza | Posted in

Isnin datang lagi dengan pelbagai ekspresi dan peristiwa. Hari ini genaplah Farah Nadwa bt Saidi 18 tahun. Saya yang berikan nama ini....bermaksud the silent whispers of joys. Selamat ulang tahun kelahiran dear Farah. Mak Usu tetap doakan A'ah dapat kejayaan dalam dunia dan akhirat.Semoga berjaya dalam cita-cita.

Sebelum cuti lepas saya telah memberikan taklimat secara terperinci dan mengagihkan tugas dan tanggungjawab setiap guru yang terlibat dalam program PRAKTIKUM KPLI SR yang bermula hari ini. Tapi sayang, rasa geram tak dapat nak tahan apabila ada seseorang yang langsung tidak menyediakan apa2 pun.Kerana dia second boss...malas saya nak membebel panjang2 setelah memberi penerangan saya minta borang kosong untuk diberikan kepada 2 trainees saya. Dan kerja yang sepatutnya dia siapkan selama 3 minggu termasuk cuti 2 minggu, selesai saya buat sendiri tak sampai 5 minitpun. Kedua trainees saya, seorang dari BELADIN sarawak, dan seorang dari Kuala Lumpur.Mereka akan mengambil alih kelas saya, sains tahun 3, 4 dan 5.Ertinya saya akan rileks kerana mereka dah masuk kelas saya???? No dear. Saya setiap hari akan jadi guru pembimbing mereka , memeriksa buku rekod dan jurnal harian mereka. Saya juga akan memantau mereka....saya berdoa saya tidak terlalu kejam dalam membuat permantauan.

Belum 10 minit saya tarik nafas lega, boss saya telah menyerahkan satu surat panggilan kursus : feedback enhance learning (science) selama 2 hari di IPGM kampus Tun Abdul Razak di kota samarahan. 78 km dari rumah saya. Sebenarnya dalam surat itu tertulis :sila hantar guru yang bukan mengajar tahun 6. Jika bukan saya siapa lagi? Seorang rakan saya, sedang menjalani pembedahan di KL.,dan seorang lagi rakan senior dipujuk banyak kali tetap menolak untuk kursus Sains. Tetiba saya rindukan Cikgu D. Bukan rindu yang ehem3 tetapi dia selalu mengganti tempat saya jika saya memerlukannya. Sejak dia pindah, saya patah tangan kiri..... sehingga saya memujuk seorang rakan bertukar dari jabatan Maths kepada jabatan Sains. Akhirnya saya beritahu boss : Boss, saya yang pergi...barulah nampak senyum wajah boss saya. Khamis dan Jumaat , 3 guru akan keluar sekolah termasuk Adil guru maths tahun 6. Ertinya kelas tahun 6 banyak ditinggalkan. Stress saya memikirkan result tahun 6. Walau bagaimana carapun saya takkan mengalah.... biarpun mereka nampak malas sangat.


Kenduri tahlil arwah Bapak

2

Posted by Leeza | Posted in


Hari ini saya sekeluarga membuat kenduri tahlil arwah Bapak. Biasanya kalau arwah kakngah saya masih hidup, kami bertiga akan sama2 membuat kerja2 memasak sendiri. Kali ini hanya saya dan kak Hamiah@Kak Pek sahaja yang membuat kerja memasak.Ptg kelmarin sebaik selesai tugas saya menghantar murid2 ke Kampung Jemukan ,saya rushing mengambil ayam di Asajaya.Kami berdua terus memotong ayam dan malamnya mengoreng ayam tersebut - ini dah jadi tugas saya...biasanya anak2 pasti terliur nak makan ayam yang digoreng tersebut. Saya memang pastikan ayam mencukupi termasuk untuk bahagian anak2 meratahnya. Jam 11 baru saya selesai menggoreng ayam....dan saya memang tidur lena malam tadi...sehingga mak saya bising2 sebab dia risau kenduri start jam 10 pagi.Inilah ayam masak merah.....pedas ......saya teringat sungutan Akim masa makan ayam di Sogo : dahlah kecik ,keras macam nak mati. Alhamdulilah ayam yang saya goreng tidak kecik dan tidak keras. Akim tentu suka ini. Anak buah saya Azim yang sebaya dengan Akim anak buah kak NB pun sukakan ayam ini sehingga dia minta untuk dibekal bawa balik asrama.Tetiba.... saya teringat manok percik masakan Kak Long.

Sayur nangka muda masak lemak.Saya beli dari budak kampung yang menjaja, rm12 sahaja sebab dia cuma ada 12 bungkus.Kakak masak dengan udang dan bumbu pedas. Ingatkan sedikit.... rupanya banyak juga ..muat satu belanga besar. Sehingga kami berdua sempat bincang awal subuh itu nak beli belanga saiz sederhana. Yang ada terlalu besar dan terlalu kecil. Sayur ini favourite tetamu.

Telur dan timun diletak kuah kacang. Ini favourite mak saya. Orang2 tua suka makan.

Sambal udang kari. Dicampur daun bawang dan bawang besar serta cili hidup. Nasib baik juga jumpa orang berjaja, sekilo udang ini rm5. saya beli 6 bungkus....dan saya cilok buat pais lemantak udang dan lempeng udang. Lempeng udang dibuat menggunakan tepung lemantak, garam, perasa, lada putih dan udang. gaul dengan air dan goreng macam lempeng. Bila mak bising sebab udang nak buat lauk kenduri, saya buat sikit je untuk diri sendiri ,tetapi rupanya dia nak juga...hahahaa.....nasib saya tinggalkannya sebahagian.Dan keesokannya saya beli 3 kilo udang untuk mengganti udang yang saya cilok.

Mula2 saya nak buat dadih tetapi mak menentang sebab ini akan menjadikan semua anak2 buah saya 'naik hantu'. Ini kesukaan mereka ....Kebetulan saya jumpa kawan baik saya menjual tembikai maka saya belilah daripadanya sebagai pencuci mulut. Kak Pek cakap mahal, kak NB pun kata mahal juga.... sebiji rm5. Takpelah duit tu rezeki yang saya dapat kerana menjadi pemeriksa kertas sains program motivasi upsr. Memula saya potong besar tembikai ini, tetapi abang2 komplen besar sangat, potong kecil lagi maka jadilah bentuknya tak cantik..... tak pelah dalam perut bukannya ia ada pertandingan ratu cantik tembikai pun.

Apa ni? Tengah tadah tangan baca doa.... tetiba 'si Koteng' ini menepek atas pangkuan dan tadah tangan juga. So ambik gambar je lah.....ini masa dah siap semua kerja memasak...... next forward ,kerja membersih dan menyimpan. Memang penat la...namun selagi hayat masih ada ,insyaAllah saya akan laksanakan tanggungjawab ini sebaik yang mungkin. Dalam Islam memang tak perlu namun selagi ada hayat dan rezeki, insyaAllah ia akan diteruskan juga. Mungkin akan berubah dari segi caranya saja........


Salam Sejuta Sayang,

Bapak dalam memori

2

Posted by Leeza | Posted in

Bersyukur bagi rakan-rakan yang masih punyai bapa tempat mengadu dan melindungi kita.Hari bapa tak pernah saya sambut apa lagi sekarang. Bujang bin Johari adalah lelaki terhebat dalam hidup saya. Ahad ini nanti saya akan membuat kenduri tahlil untuk arwah ayah saya yang telah 13 tahun kembali ke rahmatullah. Perginya bapak merupakan kehilangan yang amat besar bagi saya sebab saya lebih rapat dengannya daripada mak. Arwah merupakan rakan , teman bergaduh dan penasihat saya yang paling best. Namun dua hari sebelum arwah pergi saya sempat pulang menemuinya, berbual2 dengannya. Dia banyak mennggalkan amanat dan pesanan yang untuk saya hanya saya yang tahu. Begitu luahan hatinya ,hanya saya satu2nya anak yang tahu betapa arwah bapak pergi dengan rasa terkilan dan terluka. Allah memberi saya peluang menemui arwah ayah walaupun semasa saat pemergiannya saya tiada di sisinya.Namun bapak memberi amanat yang sangat besar untuk menyatukan keluarga besar ini....dalam aliran air yang bertentangan saya kena sentiasa berada di setiap muara menemukan aliran air itu agar tetap bersatu dan tepu. Besar amanat ini namun setakat ini alhamdulilah, saya berjaya juga memastikan semuanya bersatu dengan aman damai. Biasalah dalam keluarga pelbagai kerenah kita jumpa. Namun sebagai anak bongsu, walaupun abang2 atau kakak2 saya dewasa dari saya, jika buat silap memang saya takkan berdiam diri. Lantaran itu, kalau mereka balik ke rumah ini, mereka akan memastikan saya ada di rumah.

Banyak kenangan saya bersama bapak. Antaranya :
1. setiap cuti sekolah dia akan mengerah saya bekerja membantunya mengangkut kelapa dari kebun ke kedai sampai bahu saya merah2, mengopek isi buah koko sampai kuku saya pecah2, menyungkit isi kelapa salai daripada tempurungnya sampai tangan saya melecet ( tetapi saya selalu ambil kelapa yang sudah merekah....), mengopek udang yang sebesar besen saiz xl.....ntahlah dulu banyak dan murah udang itu sehingga saya suka panggang2 sahaja dan buat bbq. dan paling saya benci ialah bila terpaksa mengejar ayam dan itik untuk disembelih.......terkadang kalau geram, saya sekeh kepala itik-itik itu.Namun semuanya pengalaman saya yang sangat berguna sebab bapak mengajar saya bukan mudah mencari wang untuk hidup. Jika saya tak menjadi cikgu rasanya saya boleh lagi buat kerja-kerja penternakan ini.

2. Setiap kali masa nak balik asrama , arwah mesti mengerah saya bangun jam 3 pagi dan ini sesuatu yang paling saya benci...bangun dalam malam buta untuk balik ke asrama di Kuching. Biasanya kami berdua akan bergaduh dan saya yang mengalah selalunya mesti kena gigit lipan sebab ketulahan.....hehehehe. Bayangkan saya terpaksa berjalan jauh dari rumah pergi ke pengkalan warf untuk menaiki kapal kargo untuk ke Kuching. Saya masih ingat kapal Seng lee dan sim fatt....saya selalu bergaduh dengan arwah sebab saya sukakan kapal sin fatt yang dua tingkat. Tetapi arwah bapak hanya mahu kapal seng lee sahaja. Bila saya jadi guru sains baru saya faham bahawa ketinggian objek mempengaruhi kestabilan..... sebab tu naik kapal sin fatt selalu berguling2 ke kiri kanan....sebab tinggi sangat.

3. Ketika saya mengajar di kuching dan menyewa rumah dekat dengan bandaraya kuching...seberang waterfront sahaja, arwah bapak selalu datang menjenguk saya...mengejut pulak tu. Bukannya dia nak buat spot check tetapi arwah suka berjalan2. Bila memahaminya , saya sediakan satu kunci spare rumah sewa saya agar arwah dan mak boleh datang bila2 dia suka hatta jam 7 pagi sekalipun..biarlah. Taklah saya tergesa2 nak balik untuk buka pintu rumah. Kalau dia ada saya hanya serahkan wang dan dia akan penuhkan peti ais saya dengan ikan2 segar sebab saya bab memilih ikan segar kurang arif. Namun kami masih suka bergaduh jika bab sayur sebab dia tak suka sayur-sayuran.Mak selalu merungut perangai kami berdua yang suka bergaduh ini. Namun , ini perdebatan yang sihat...saya takkan berkecil hati sehingga lari jauh2 dan arwah takkan seperti orang tua di kaki gunung yang simpan dalam hati....sebab kami pada penghujung perdebatan akan mudah berdamai....apapun dia takkan mengabaikan kesukaan saya iaitu sayur-sayuran.

4. Apapun saya merindui kepakarannya membuat rumah. Rumah saya ini hampir 70% dia yang buat sendiri. Rumah ini lahir daripada ideanya. Saya yang menemaninya berjalan kaki dan naik turun bas mencari kayu jenis keras sehingga saya merunggut, beli je la pak. Dia kata : nanti kalau hujan dan banjir ke rumah kau cepat buruk. Nanti aku takde sapa tolong kau? ... saya jawab : pak nak pergi mana???? Arwah hanya diam membatu.Dan saya sedang berkira hendak mengubah suai rumah ini namun mak saya membantah....Tak tahu kenapa semua orang rasa seram bila berada di rumah saya ini, namun saya rasa selamat. Bilik tidur saya, anak2 buah pun tak berani nak dekat sebab memang saya simpan 2 pedang berhantu......pedang samurai dan pedang iban ....keduanya pernah digunakan untuk membunuh. Boleh digunakan untuk merawat penyakit kayap.

5. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bolasepak. Saya selalu bermain bolasepak bersama rakan2 saya.. posisi saya goal keeper. Siapa yang buat padangnya... itulah bapak saya.....the best father in the world. Kami boleh duduk bersama melihat bolasepak tetapi boleh bergaduh depan tv berebut siaran sebab dia ni suka sangat dengan citer p ramlee... asyik ulang je. Apa yang pasti apa sahaja saya nak arwah ayah akan cuba lakukan untuk saya...sehingga sanggup berjam2 membuat bot mainan saya...ketika banjir. Dan saya dapat dua bot mainan, satu bot laju arwah bapak buat dan satu lagi sampan penambang yang arwah atuk saya buat.... dan enjinnya saya sendiri buat menggunakan tin sardin yang dipotong seperti kipas. Tapi kedua lelaki terhebat ini camner pun tak tahu nak buat roket dan kereta racing...yang hanya liza bujang saja tahu melakukannya.......Sekarang ini jika anak2 saudara saya memujuk saya membuat barang mainan mereka yang boleh digunakan semasa banjir atau air pasang, mak dan kakak serta abang sudah menjeling amaran sebab.... mereka tak mahu budak2 itu menghampiri air dan sungai.Namun jika mainan dengan gelang getah dan guli, bolehla saya ajar...... jangan hairan kalau petang2 saya akan berkumpul sama dengan budak2 itu bermain sama....biasanya yang saya dapat saya beri kepada mereka yang buat kerja untuk saya seperti mengutip sampah dan sebagainya.

Banyak memori saya dengan arwah bapak saya.....hanya doa, surah yassin dan alfatihah saya hadiahkan untuknya. Saya bersyukur sebab semasa hayatnya dia sempat merasa wang hasil kerja saya......malahan saya tidak melupakan wajah gembiranya ketika memilih kain baju raya.... sehingga bertanya berkali2 : aku nak kain mahal ye.... saya cakap:pilihlah pak, anak bapak ni masih ada duit lagi. Namun baju itu tidak sempat dia pakai ........walau di manapun , ketika manapun di hati saya arwah bapak adalah the best man in my life.

Mendekati ALLAH

2

Posted by Leeza | Posted in

Saya teringat beberapa minit saya kembali ke Sarawak, rakan saya bertanya : Selepas NB siapa lagi yang ingin akak temui? Dan sebelum pemergian saya ke Kuala Lumpur, anak saudara saya Riena berbual dengan kawannya : Bestnya usu, selalu sahaja dapat jumpa orang yang dia suka.Dulu berlayar dalam cruise princess bersama Ella, kemudian keluar makan dengan Erra Fazira, sekarang dengan novelis terkenal. Kemudiannya kawan itu menjawab : sebab usu bersungguh2 untuk mendapat apa yang dia mahukan.

Saya terkedu dengan semua ini. Apa yang pasti saya merasakan semua adalah atas keizinan Allah SWT. Jika Dia tidak mengizinkan, takkan ada pertemuan dengan apa yang saya inginkan. Sebab itu saya menjawab soalan kawan saya dengan penuh yakin : Tiada siapa lagi ingin saya temui kerana saya ingin menemui TUHAN. Jika ingin menemuiNya , adakah kita harus mati terlebih dahulu? Adakah kita berpeluang melihatNya jika dosa kita menyebabkan kita jadi penghuni Neraka?

Jika dulu dunia remaja saya adalah Ella dan Erra Fazira namun sekarang saya merasakan saya menemui idola saya dan mengenali dunianya. Saya tak tahu kenapa kami tiba2 rapat dan kenapa saya begitu mudah dapat menemuinya. Seakan Allah menjurus pertemuan ini. Adakah dia ditakdirkan untuk jadi pembimbing saya ? Jika ya..saya amat bersyukur kerana menemui permata yang bukan sahaja novel2 nya menjadi pujaan saya tetapi dia banyak mengajar saya apa itu hidup ini sebenar-benarnya.

Entahlah, saya memang benar2 berubah. Dulu saya pernah fobia pada pertemuan dan saya seakan tidak mempercayai adanya keikhlasan dalam dunia ini setelah seseorang menunjukkan sikapnya yang teramat melukakan hati saya. Namun saya masih menghantar sms bertanyakan khabar, saya masih mengucapkan assalamualaikum yakni mendoakannya kesejahteraan. Sehinggakan pada satu tahap ketika dia mengerjakan haji, saya berdoa kepada Allah agar mendekatkan saya dengannya.Dia pernah menceritakan sesuatu kejadian di sana yang membuat saya terdiam. Namun dia mungkin tidak menyedari apa makna semua kejadian itu.Apapun rasa sayang itu, rasa keikhlasan itu tidak saya luputkan untuknya.Satu keistimewaan kita menjalinkan hubungan persaudaraan sesama Islam ialah kita mampu mendoakan sesama kita kesejahteraan dan keredhaanNya.Hanya melalui salam dan senyuman ,kita memohon doa darinya untuk insan2 seagama kita.

Dan ALLAH juga sayangkan saya dengan menjauhkan apa yang mungkin menarik saya jauh dariNya. Saya bersyukur kerana saya bukan sahaja mendapat kasih saudara seIslam daripada NB tetapi juga daripada Junes , Nik Fauziah, Kak Zara dan ramai lagi yang rata2nya luas membaca. Baru saya tahu bahawa dunia ini tidak sesempit Sungai Sarawak dan tidak sekecil dunia ULU SEMERA. Saya tahu inilah berkat doa rakan-rakan saya. Mungkin Ustaz di tempat saya bertugas sentiasa mendoakan agar saya insaf ( saya suka cakap lepas sahaja.......)Tak perlulah saya tunjukkan apa yang saya lakukan sehingga saya rasa saya telah berubah, namun saya mendoakan agar semua rakan bloggers dan rakan baik serta kenalan saya sentiasa ada di sana untuk saya berpaut ketika hati ini terkadang sangat rapuh dan lelah......

Saya akan berusaha untuk menunaikan janji saya denganNya...kerana inilah sahaja cara saya berterimakasih dan bersyukur atas segala nikmatNya. Ini juga sebagai rasa sayang saya padaNya kerana memberi saya kekuatan dan menemui apa yang saya rasa hilang selama ini.......

Tidak berhenti mencintai kerjaku

3

Posted by Leeza | Posted in


Cantik tak bunga dalam lukisan ini? Inilah hasil seni rakan sejawat saya. Puas saya memujuknya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah namun dia keberatan sebab baginya tak mampu menerima banyak tekanan. Namun beberapa hari ini dia terpaksa juga mengalah pada seorang rakan kami yang meminta dia melukis untuk assignment seninya. Dan saya amat menyukai hasil lukisan. Saya mempunyai 2 hasil lukisan hadiah cikgu saya Jasmin dan rakan sekelas saya,"OCHAI" namun ianya telah mak bakar disebabkan ia masih bergulung dalam almari.....Malahan peti antik arwah datuk saya pun mak bakar juga......uwaaaaa.

Apa ni? Inilah retord stand ....radas yang saya sibuk siapkan pagi tadi. Bagaimanapun , saya gembira melakukannya kerana inilahtugas saya.

Inilah sebahagian bangunan kelas SK JEMUKAN. Pilihan warna purple dan violet.Kalau malas berpusing jauh maka rentasi saja padang kecil itu.Di situlah saya mengajar anak2 berkawat kaki.

Ini pula jambatan yang pernah mencatat peristiwa saya jatuh berguling-guling.Nasib tak jatuh ke bawah terus. Setiap kali hujan saya tak berani lagi menggunakan jambatan ini.



Dan inilah sebahagian anak2 murid saya , kelas tahun 6. Mereka sedang membuat latihan amali sains tajuk : Force and springs.

Kerja adalah tanggungjawab kita. Ia adalah periuk nasi kita. Sesibuk manapun kita bukan alasan setiap tugasan dilakukan dengan sambil lewa. Cuba buka mata, pasang telinga, buka hidung besar-besar dan buka hati dan otak kita, melihat sekitaran dan bandingkan dengan keadaan kita. Kita akan dapat menilai, menghargai dan bersyukur : Kita tak perlu berjemur tengah panas, kita tak perlu bersengkang mata 24 jam, kita tak perlu membanting tulang yang sedia kecil dan halus. Setiap gaji yang kita terima adalah hasil keringat kita sendiri samada kita membanting tulang atau memerah kepala otak kita.Jika tugas dan amanah kita tak jalankan, apakah kita sanggup terima upah dan gaji yang majikan kita berikan? Janganlah lalai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Jika kita akhirnya ditimpa bala sebab kesilapan kita sendiri janganlah salahkan orang lain pula. Saya mencintai kerja saya biarpun bidang pendidikan ini adalah pilihan terakhir saya. Saya akan susah hati jika kerja saya belum selesai.

Petang tadi saya menggantikan kawan saya Madam T yang sedang berkursus sehingga 29 Jun. Saya harus membawa 6 orang murid ke program motivasi UPSR, giliran Bahasa Inggeris hari ini di SK HJ KELALI SEMERA, sekolah rendah saya dulu. Sejak pagi saya kebingungan memikirkan bagaimana hendak menyumbat 6 tubuh yang rata2nya lebih besar daripada saya dalam kancil saya. huhuhu.Nasib baik seorang rakan volunteer menghantar 2 daripadanya. Dan saya membawa sama kerja saya untuk dilakukan sambil mendengar ceramah motivasi BI. Saya bersyukur kerana kawan saya ada sama di situ, dan saya memang mudah mendapat kawan2 baru. Komunikasi perlu agar kita tidak bersendirian. Buat apa menyombong diri dan tidak bergaul? Life is so short, why make it so complicated? Dan ketika kami minum saya bertanya rakan saya, sedap tak kuih yang awak makan? Kawan iban saya ini berkata : Bersyukurlah Za. Hahahah... saya hanya mengangkat tangan dengan senyuman. Kami sama2 mengakui bahawa masa itu sentiasa ada, terpulang kita mengaturnya dengan bijak....dan kerja ada satu amanah.

Salam sejuta sayang,

Tenangkan jiwaku

4

Posted by Leeza | Posted in


Sebelum berbicara tentang tajuk, saya tunjukkan buah ini. Ustaz Sabri yang baru balik dari Kedah ,berikan saya sebungkus buah ini. Seronok saya dapat buah ni sebab rasanya tidak masam. Seperti mana saya menyukai dodol yang kak NB berikan. Saya makan sebungkus sehari.... nak jimat. Apa nama buah ini ? Ustaz kata buah asam jawa. Dari pagi lagi saya berdebat dengan kak NB yang mengatakan buah ini buah keranji. Siap berpantun lagi kakak saya ini....kehkehkeh. Balik ke rumah petangnya, mak pun kata buah keranji.macam pakat je dua orang ni........ada telepati ke?

Sejak beberapa hari ini saya mendengar keluhan rakan-rakan tentang beban tugas yang menekan. Saya hanya mampu mendiamkan diri saya kerana saya sedar cabaran 80an tak sama dengan zaman ini. Dia mengatakan yang dia rasa semakin tua sebab mindanya rasa tertekan. Seribu kali saya mengucap syukur kerana stress telah saya lepaskan di Laut China Selatan guna belon. Dan mana tidak kelam kabutnya member apabila sekolah menerima panggilan yang nazir sekolah akan memantau pada hari khamis ini. Kemudian seorang rakan kami yang menjadi pensyarah memilih bekas murid2 saya sebagai subjek kajian KIA2M program masternya. Dalam 35 orang hanya seorang sahaja yang tidak lancar membaca.Itupun kerana dia suka merayau2. Kawan ini mengatakan bahawa isu PPSMI yang kononnya akan dimansuhkan hanya sekadar gimik pihak tertentu sahaja. Apapun keputusannya saya tetap akan berusaha memastikan murid-murid saya menguasai kemahiran belajar. Lagipun mungkin UPSR akan dimansuhkan mulai 2011. Saya dah tak gentar mengahadapi pemantauan Nazir sebab sudah lali....biasanya Nazir ni 10 minit sahaja observed , selebihnya dia bersembang hal peribadi. Namun saya takkan dapat cemerlang lagi sebab sudah 2 kali kena......ramai lagi orang lain yang belum dapat peluang.
Sibuk macammanapun saya tetap berdoa agar ALLAH selalu tenangkan jiwa saya. Jangan bercakap tak ada masa kerana masa itu ada. Terpulang kita mengaturnya supaya masa itu mencukupi.( terima kasih pada seseorang.....)


Salam Sejuta Sayang,



Lamaran Perkahwinan

0

Posted by Leeza | Posted in


Saya rasa hari ini semua minda dan fizikal saya keletihan sebab terlalu banyak yang hendak dilakukan dan difikirkan. Mungkin ramai rakan dan blogger yang kenal saya teruja sakan dengan tajuk entry ini. Saya mempunyai banyak kisah cinta yang terputus di tengah jalan. Ada yang berkasih bertahun-tahun namun tidak kesampaian. Ada juga yang sampai dipaksa kahwin demi tidak membenarkan saya memilikinya. Ada yang meninggalkan saya dan ada yang saya tinggalkan sehingga dia menunggu saya setiap hari di tempat pertemuan kami .....saya melarikan diri...takut. Bila kita memberi hati sepenuh jiwa dan kecewa maka hati itu tinggal beberapa peratus sahaja sehingga ke satu tahap..hati itu kosong tanpa rasa cinta.Kini usia semakin meningkat, saya bosan dan rimas ditanya tentang perkahwinan. Sehingga saya yang keras hati ini boleh menangis tersedu : bukan kehendakku jadi begini.....Semua bekas kekasih mengakui saya wanita paling tabah...walau dilukai masih boleh menjadi kawan baik. Kalau bukan jodoh ,buat apa menyalahkan takdir dan memusuhi sesama insan. Isteri2 tidak perlu merasa gusar sebab LIZABUJANG tidak akan merampas hak kalian. Sekali sudah dilepaskan rasa cinta dari hati maka jadilah sahabat dan doakan kesejahteraan bersama.

Kisah cinta ada pelbagai warna. Malahan cinta saya bertaburan di seluruh benua. Namun tiada lamaran perkahwinan yang benar-benar ikhlas. Sekali matahari muncul, embun pun sirna menjadi debu berterbangan. Sayapun tak tahu sejak bila saya ini boleh melayan satu mesej dalam email. Sekadar main2. Penasihat saya, kesayangan saya dan rakan baik saya sering mengingatkan tentang penipuan dalam cinta. Dulu pernah sekali pergi dating , bukan dating sebenarnya tetapi sekadar bercakap2 sahaja, tetiba datang lelaki ini yang masa sekolah saya panggil saudara kembar saya sebab arwah ayahnya sayang saya sangat2 dan dia menumbuk teman berbual saya. Lepas tu dia paksa saya naik motor besarnya...(hahaha merasa gak saya naik motor glamour) dan apa saya dapat, 1001 bebelan dan amaran pasal lelaki itu. Memang dia ni gangster Kuching dan pernah membunuh..... selalu juga muncul tetiba bila keluar dari penjara. Adanya dia siapalah yang berani nak dekat dengan saya? Orang lain takut namun saya kenal siapa dia......arwah ayah pernah kata hanya saya yang mampu menjinakkannya....tapi takdir perpisahan membuat saya tak mampu memantau pergerakannya. Takkan dah tua saya perlu menjaganya lagi? Saya pernah kata: kalau kau tak mampu jaga anak, kau bagi aku. Dia jawab apa??? " Nanti kalau anak aku nakal ko marah2 dia samseng macam bapanya..." kekekeke.

Siapa lelaki dalam foto di atas? Dia seseorang yang mula rapat dengan saya. Saya cintakannya??? HUHUHU Takdelah. Dia melamar saya. OOOO bestnya. Eh best ke??? Namun sayang dia melamar dan saya tidak teruja sedikitpun. Saya suruh dia buktikan. Pertama : agamanya. Mestilah dia kena tukar agama...... Kedua : Dia harus datang Sarawak jumpa semua ahli keluarga saya. Kena tapis dengan 5 orang abang saya yang garang, seorang kakak yang punya pemikiran tipikal melayu, dan mak yang berprasangka tinggi. Juga pakcik2 saya lagi. Kakak2 ipar saya juga..... terutama kakak Nurul Aqma Syaqilla Abdullah. Dan anak2 buah saya yang majoritinya lelaki. Banyaknya syarat kan..... mestilah sebab kalau boleh saya tak nak kahwin orang asing sebab saya dah ada kahwin campur dalam keluarga saya. Tetapi dia menyakinkan saya bahawa sanggup menghadapi segalanya. Satu bukti telah dia berikan hari ini, satu kejutan yang amat besar.....

Jika dia berjaya bagaimana? Saya tak ceritapun pada semua ahli keluarga saya tentang kisah cinta saya sebab tidak menjadi tidak juga melukai hati mereka. Biarlah saya seorang merawat luka di hati. Namun saya betul2 insaf....... ALLAH menyedarkan saya sesuatu perkara dan saya tak mungkin berpaling lagi. Jika dia bukan jodoh saya, saya tak apa2 namun apapun keputusannya nanti, antara saya dan Tuhan ada perjanjian yang belum tertunai. Ada perkara yang saya sedar bahawa mimpi saya 17 tahun yang lalu selepas sembahyang Istikharah menginsafkan saya bahawa menyintai agama dan ALLAH adalah lebih mulia dari segalanya. Satu kisah cinta saya berakhir dengan airmata apabila saya memutuskan bahawa dia yang pernah saya sayang harus memilih adik angkatnya untuk diIslamkan dan ketika itu buat pertama kalinya saya melihat dan mendengar sendiri seorang lelaki menangis kerana kehilangan saya. Hati jahat saya dan otak yang waras masih memikirkan : takkan saya nak duduk di UK dan resign kerja? Apa-apapun semoga ia tidak menjadi bala dalam hidup saya yang sedia cantik dan terancang. Semoga Allah melindungi saya.......Amiin.
Jika saya kahwin anda semua saya jemput ke Sarawak......kekekeke. Jika tidak, saya mempunyai kehidupan yang saya rancang dengan penuh teliti.



Cuti Dah Habis

2

Posted by Leeza | Posted in


Sebelum cuti habis, saya sempat membawa cucu saya Dyg Putri Erwin bt Awg Ridzuan yang berumur 2 tahun bersiar-siar. Dia memakai baju yang saya belikan di KL.

Orang yang paling seronok apabila pergi ke kolam renang ialah Muhd Luqman yang berumur 12 tahun. Kalau satu hari dalam kolam renang berendam airpun dia memang tahan. Teringat dulu semasa kampung saya dilanda banjir 2 kali pada awal tahun ini....dia jugalah yang tidak lekat di rumah. Macam ikan. Kalau hari panas dia akan memancing ikan puyu sampai mak saya boring nak jaga berpuluh-puluh ekor ikannya.

Bila cuti dah habis, maka saya harus melakukan banyak perkara. Antaranya membersihkan kereta saya. Ada satu persamaan kereta saya dengan kereta Suraya Yacob ialah patung teddy bear putih kecil yang kami gantung di depan .....hahahhaha umur dah banyak masih main teddy bear lagi? Itu adalah hadiah daripada anak buah saya, Farah Nadwa.Banyak jugalah cebisan kertas dalam kereta yang saya buang termasuk juga jambangan bunga ros sebab Putri dah rosakkan. Kalau ada anak kecil sedialah dengan cebisan makanannya pula....saya tak ada anak tapi kaya dengan anak buah dan cucu. Mak saya ialah sweetheart baby saya.

Inilah kamera digital yang saya baru beli. Olympus fe 45 dengan harga rm 480 menggunakan bateri biasa. Biarlah dulu, jangan tegur....saya memang tak pandai beli kamera. Sekarang masih baca manualnya....namun dalam kepala otak ini, mesti ada yang menyatakan saya dah mereng jika ambil gambar pelik-pelik. Sebabnya sekitar saya adalah rural dengan masyarakat yang masih tipikal.

Apa pulak ni? Inilah jawapan tag kak Zara Aluwi. Khazanah dalam handbag saya. Sebenarnya saya mempunyai banyak beg yang asyik ditukar ganti dan isi kandungannya pun berbeza. Khazanah ini adalah isi beg yang saya baru pakai dari KL...ada saputangan untuk lap muka. gula2 woods untuk batuk saya, purse beethoven dark purple,bekas kad2 ,kad titan ,booknote kecil, pen dan kunci kereta serta yang wajip ialah handfon. Esok dah nak kerja, saya akan menggunakan handbag , beg dokumen dan beg laptop. Bila cuti sudah habis, persediaan memang amat perlu untuk esok dan esok. Mengajar adalah amanah....dan saya akan jalankan tugas ini dengan baik sebab satu yang membantu saya di akhirat nanti ialah ilmu yang diperturunkan dengan penuh dedikasi dan tulus ikhlas. Semoga anak-anak didik saya menjadi insan2 yang berguna kepada ibubapa,masyarakat dan agama.....juga negara.

Selamat Tinggal Kuala Lumpur

1

Posted by Leeza | Posted in


Selamat tinggal Kuala Lumpur. Awal saya siapkan barang2 saya. Flight jam 4 petang dari KLIA. Namun pagi itu sempat saya dibawa kak Aty shopping di Kajang. Saya membeli 2 helai blouse di kedai TMX fashion. Kajang sibuk dengan traffic jam dan limited parking.

Kak Aty membawa saya berjumpa Lily Haslina Nasir. Tercapai juga hajat saya. Lily memang sangat peramah dan terima kasih atas hidangan kek coklat yang sedap.

Inilah hero KREW RINCHING....Adib. Memang melucukan dan kalau saya ada anak murid seperti Adib dalam kelas saya, agaknya hari-hari saya tak perlu marah2. Dan yang pakai baju merah itu ialah 'boyfriend' Qaisara. Hehehee....handsome boy lah Teta.

Saya terserempak dengan budak kampung saya, Izan. Saya kenal Izan sejak kecil lagi. Terkejut saya lihat anak-anaknya . Mereka sempat menyanyikan lagu NEGARAKU dalam kapalterbang. Yang lelaki tu asyik berulang alik dari tempat ibunya dengan saya. Layan......saya kan suka anak2 kecil.

Saya rasa nak bawa kereta racing ni balik Sarawak. Ketawa berguling2 Kak Aty bila saya katakan saya berposing di KLIA. Saya sempat shopping lagi di KLIA, perfume dan jam tangan Ben10 untuk Danial.

Setinggi2 penghargaan untuk :
1. NORHAYATI BERAHIM
Terima kasih kerana rajin melayan saya. Terimakasih atas barangan yang diberikan, terutamanya dodol kesukaan saya........bestnya. Baru saya rasa dodol paling sedap di Malaysia.Terima kasih kerana setelah mengenalimu baru saya tahu hidup ini bukan semudah yang disangka. Selain dunia saya, ada lagi dunia lain yang lebih luas dan mencabar. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kak Aty.

2. Tuan SEYIT KARA
Thanks because become so understanding and let your beloving wife spend most 0f her time with me.

3. NURUL,KAK MIJAH, OJAN ,AKIM, HAMDAN SEKELUARGA
Terima kasih kerana terima saya sebahagian dari keluarga. Saya sangat gembira berada di kalangan kalian. Macam keluarga saya sendiri.........

4. BIBIK
Terima kasih atas bancuhan air dan masakan yang sedap.

5. SURAYA YACOB
Terima kasih kerana terima saya dengan baik biarpun saya tahu Sue tak suka kehadiran saya . Namun disebalik kata2 tidak suka yang Sue lafazkan , saya tahu Sue tetap 'suka' saya juga sebab dalam dunia ini hanya ada satu saja LIZA BUJANG. Kalau Sue tak suka saya, Sue takkan susah payah keluar membeli roti canai dan nasi lemak. Sue takkan bangun awal dan kelam kabut masakkan bihun goreng dan nasi goreng untuk sarapan saya. Sue juga takkan bancuh air teh dan hidangkan pada saya. Maafkan saya Sue, sebab bukan saya tak suka masakan awak, tetapi tabiat pagi saya memang tak makan breakfast awal sangat. Sedaplah masakan awak dan menepati citarasa saya.....tak pedas. Dan nasi lemak : maaf sebab saya memang tak makan nasi lemak...allergic.Terima kasih kerana menghantar dan mengambil saya sehingga tiba part pulang awak tersilap hantar saya ke LCCT. Salah saya sebab saya tak beritahu awak awal2 lagi. Maaf atas segala-galanya......Saya berharap suatu hari nanti, kita dapat jadi kawan baik dan saya dapat melihat senyuman awak. Hanya Allah yang dapat balas kebaikan awak.

Kepada semua warga Kuala Lumpur, andai anda mengunjungi Sarawak hubungi saya dan saya akan membawa anda menikmati apa istimewanya tempat saya.Mungkin tiada permaidani merah saya hamparkan menunggu kehadiran anda, namun saya akan menyambut anda dengan kemesraan dan kekeluargaan.

Kuala Lumpur : entah bila saya akan menjejakimu lagi. InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan atas izinNya, saya akan menjengukmu sekali lagi. Mungkin agaknya semasa TETA kesayangan kahwin agaknya....hehehhee.


Salam Sejuta Sayang,

Catatan Percutian Kuala Lumpur 4

0

Posted by Leeza | Posted in


Awal pagi lagi Qaisara memberitahu saya : Teta dah sihat. Teta nak pergi swimming. Selepas mandi, dia terus memakai bikininya. Qaisara masih berusaha membetulkan jarinya untuk membentuk 'peace' tetapi masih juga keluar tiga jari.Dia sendiripun gelak gelihati.

Yes, well done Teta. Akhirnya dia berjaya juga menghasilkan tanda 'peace' dengan betul.

Inilah senyuman ceria permata hati kak Aty. Dia rasa sangat seronok untuk pergi bermain air.

Sempat berposing dengan Danish sepupunya. Danish ini susah untuk senyum. Wajahnya selamba sahaja. Walaupun kecil dan kurus tetapi Danish amat aktif semasa di Sunway Lagoon. Cuma dia tak dapat bermain "superman" aje. Itu istilah Akim.

Kami sempat bergambar sementara menunggu kak Aty membayar tiket masuk. Saya bersama Nurul, Danish,Ojan dan Akim.

Hehehe....saya sempat bermain dengan Akim dan Danish. Wow rasa nak jadi budak balik. Akim menunjukkan sifat perihatinnya. Akim dan Ojan memang 'gentlemen'. Terutamanya Ojan semasa dia memandu saya dan kak Aty atas pelempung....menjerit kami berdua. Paling lucunya saya terkial2 nak naik pelempung tersebut sehingga terpaksa memanjat dinding tepi baru dapat naik.

Apa pulak ni? Oh..inilah gaya Norhayati Berahim melepaskan stressnya setelah selesai menulis novel beratus2 mukasurat.Tapi sanggup tunggang anak badak je.Go kak Aty...go....caiyok!

Hahaha...buat aksi akrobatik kejap. Jika anak badak betul yang kami tunggang, sudah pasti mati penyek si anak badak yang malang itu. Pasti kami boleh terbongkang jika ibunya di sebelah mengamuk.

Jangan percaya dengan gaya si Hamdan ni. Dia sebenarnya join nak pastikan keselamatan anaknya Danish. Tetapi bila selesai permainan itu, Danish dan Qaisara okay je..dia pulak terhoyong-hayang,pening. keh keh keh. Saya okay sahaja sebab rabun boleh menyelamatkan anda dari pening ketika berpusing ligat.

Makan time. Tengok tak pinggan saya yang kosong ? Hahaha...jika makan di sini saya habiskan makanan dengan senang hati sebabnya makanannya tidak pedas.

Keluarga Ateh a.k.a Hamdan sekeluarga. Tahu apa nama anak keduanya ? Zafran , nama hero novel CINTA PERTAMA.

Huhuhuhu.....ketika solat saya sempat mengambil gambar dua anak ini. "ALLAH HU AKBAR!" dengan nyaring Qaisara menyebut dan dia sujud dengan gayanya yang tersendiri. Namun lafaz takbir yang memuji kebesaran ALLAH ini begitu jelas dan tulus. Ya Allah, jika anak sekecil ini tahu mengingatimu, apa tah lagi kita yang sudah dewasa dalam meniti kehidupan. Ada manusia yang tidak matang lagi tidak sepadan dengan usianya, maka berubahlah sebelum DIA menjemput kita pulang......

Salam sejuta sayang,