How I Wish To Go Away

4

Posted by Leeza | Posted in

Persiapan raya memang dah mula walaupun masih tiga minggu lagi untuk berpuasa. Persiapan paling utama ialah mengemas dan membersihkan rumah. 2-3 hari ini saya sibuk mengecat rumah ,interior tingkat atas dengan warna purple muda. Kemudian membersihkan semuanya sekali termasuk barangannya sekali. Ketika itulah saya terjumpa sarang2 burung di celah dinding dan atap. Tinggal di kampung, debunya sama banyak dengan tinggal di bandar. Baru saya perasan bahawa saya sudah lama tak membersihkan rumah setelitinya. Masa itu, how i wish i have only single story house. Tapi jika rumah setingkat ke mana saya nak lari jika banjir melanda ?

Memang saya meminta tolong anak saudara saya si Zizi dan saya mengupahnya .Namun si Zizi ini kena ditunjuk ajar cara-cara mengecat dan kena duduk bersama dengannya untuk dimonitor. Jadi bila hari ini si nenek yang monitor, sebab saya sibuk di dapur membuat kuih untuk disedekah ke surau . Apabila dia selesai saya rasa nak menangis apabila anak tangga ke tingkas atas berlumur dengan titisan cat purple. Terpaksalah saya gunakan minyak tanah untuk membersihkan tangga-tangga tersebut. How i wish i can do it all alone.

Kemudian ada beberapa perkara terjadi yang amat mengecilkan hati saya. Sehingga tiba satu saat saya menangis dan memerap dalam bilik sepanjang masa. Kenapa seorang ibu lebih sayangkan anak-anak lelakinya ? Saat ini, saya menjadi benci menyambut hari raya. Saya rasa segalanya tidak adil. Perasaan masa kecil, perasaan rejection menjadi kembali mentraumai hidup saya. How i wish so badly to run awayyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Far from home and living alone.

Raon di Kuceng

0

Posted by Leeza | Posted in

Cuti seminggu rasanya tak sah kalau sik raon di Kuceng. Benda wajib yang tak boleh dilupakan. Raon maksudnya bersiar-siar. Kuceng adalah sebutan kami untuk Kuching. Saya bawa kawan saya si Hajjah Aida ke Kuching....alahai bulan puasa takpelah kalau tak makan. Hari-hari biasa kalau tak makan mahunya sakit kepala dan gastrik melonjak-lonjak.

Biasanya sebelum pergi saya akan siapkan senarai barang yang hendak dibeli dan bil-bil yang hendak dibayar. Tapi kali ini saya cuma bawa ukuran badan luqman sebab dia tak nak ikut, sayangkan puasanya. Dia ni jenis cepat mabuk kalau dibawa berjalan.

Di India Street, kedai-kedai sudah penuh dengan baju-baju melayu dan baju-baju raya. Saya belikan baju melayu Luqman. Sedang saya asyik membelek baju warna purple, 2 kakak sepupu saya mencuit. Rupa-rupanya mereka belikan cucu baju melayu warna purple juga. So, saya tak jadi ambil warna purple, saya teringat Luqman sukakan warna biru. Apa lagi saya gunakan tali nylon yang saya guna mengukur badannya. Barang-barang yang saya shopping tak banyak rupanya :

1. baju melayu luqman
2. sandal bata ( sale )
3. ubat-ubat mak dan kakak
4. tuala 2 anak buah yang bujang ( pilih warna coklat dan purple )
5. seluar dalam lelaki ( hehehe.....tak dapat saya bayangkan muka merah padam lelaki-lelaki bila saya menyibuk tengok seluar kecil itu bersama mereka ) Saya kenalah tengok saiz besar ke kecil. Anak-anak buah saya yang bujang-bujang kat rumah tu , memang tak tahu beli barang begini.
6. makanan berbuka - ayam panggang, ayam percik, air soya luqman, air laicikang dan roti john
7. Buku-buku Danielle steel 2 buah - rm 15.80 ( second hand )

Itu sahaja barang yang saya beli. Saya terjumpa sebuah kedai buku secondhand di Tabuan Jaya, Kedai SHALOM bersebelahan dengan RHB Bank. Banyaknya buku-buku western kat sana , best-best je bukunya. Pelbagai dan satu rak penuh buku-buku Danielle Steel. Saya beli dua buah : The Rings dan Mirror Image. Rm7.90 sebuah. Kawan saya yang intro kedai ini sebab hari itu saya lihat buku 3D story books anaknya. Dalam saya membelek buku itu ,terkadang saya terpikir juga adakah pemilik asal buku ini dah mati ? Takde keje lain, ingat hantu je. Saya sempat pesan dengan tauke kedai, cubalah cari malay books second hand.

Bila balik memang sesak jalan. Bazar Ramadhan Samarahan tahun ini banyak menu dan lebih banyak kedai. Masa tengah menjengah-jengah makanan inilah saya terjumpa dengan ibubapa anak murid saya. Kata mereka, terimakasih cikgu sebab berkat usaha cikgu anak saya dah dapat kerja bagus. Saat itu terasa sangat puas sebab nampaknya usaha kita membuahkan hasil.Alhamdulilah.

Ayam percik mengingatkan kenangan saya bersama keluarga angkat abang D dari Terengganu. Kak Long pernah ajar saya buat ayam percik dan saya selalu membuatnya sendiri. Hari ini bila saya merasa ayam percik di Bazar Ramadhan, saya tetiba merasakan, ayam percik kak Long memang the best in the world. Saya juga membeli puding caramel yang pahit rasanya. Entahlah saya pun tak tahu puding caramel atau kuih sekaya yang saya beli tadi. Lupa tanya.....Kak Long pernah ajar saya buat kuih sekaya, nasi dagang dan banyak jugalah. Masakan kak Long memang superb. Saya pernah bawa balik ke Sarawak , ayam percik dan nasi dagang masakan kak Long.
Saya takkan lupakan kenangan itu walau beribu tahun lamanya dan saya tetap sayangkan mereka biarpun sekadar merisik khabar sahaja kini.

Bila Hati Kian Bernanah

2

Posted by Leeza | Posted in

Pepatah ada mengatakan bahawa usia menunjukkan pengalaman dah banyak, lebih dulu makan garam. Ada juga pepatah mengatakan miang-miang daun keladi. Namun dewasa ini, usia tak menampakkan kematangan apabila ilmu di dada ternyata kosong .Apalah ertinya usia yang bertambah jika kewarasan akal tidak dipergunakan. Apalah gunanya mengaku Islam jika di hati nafsu serakah masih bermaharajalela? Jika diumpamakan beruk bagi manusia yang tidak bersolat namun untuk manusia seekor ini , berukpun tak layak kita bagi padanya sebab sejahat-jahat beruk yang tidak bersolat, ia sayang pada anak-anaknya.

Hari ini kesabaran saya menipis sudah. Saya teringat satu kisah benar belasan tahun dahulu. Kisah sepasang manusia yang melakukan dosa dan mati dalam keaiban yakni torpedo lelaki melekat dalam kepunyaan perempuan. Alkisahnya siperempuan ini isteri yang curang pada suaminya. Semasa suami keluar outstation dia berasmaradanalah dengan kekasih gelapnya. Si suami yang selalu mendengar khabar mengenai isteri mengambil keputusan menguji sendiri kesahihan cerita-cerita kecurangan isteri. Justeru itu, sebelum dia keluar menjalankan tugasnya, dia telah menukul sebatang paku didinding dengan berkata : Jika benar isteriku curang, maka lekatlah. Jika tidak, alhamdulilah. Namun Takdir Allah, ketika seronok buat 'keje nyaman' ( syurga kata mereka....kalau tak syurga takkan banyak orang buat keje nyaman) maka melekatlah ia. Dan mereka dikejarkan terus ke hospital dalam keadaan yang amat mengaibkan, namun nyawa melayang menjadi satu pengorbanan atas keje nyaman mereka itu.

Kisah ini pula kisah pasangan yang tak sedar dirinya dah tua bangka. Si lelaki umurnya dah 56 tahun ,duda kematian isteri. Ada anak 4 lelaki dan 2 cucu. Belum setahun arwah isteri meninggal, dia banyak girlfriend dan dapat girlfriend yang ini. Jadi, demi cintaku padamu kemana jua kau ku ikut....ke neraka ke laut mati pun aku ikut. Anak-anak ditinggalkan , suka hatilah hidupke ,matike, jadi orang ke atau jadi hantu ke.Si girlfriend nya pula status masih isteri orang, tuntut fasakh tak juga dapat2. Si suami girlfriendnya ini gantungkan tak bertali, hilang entah ke mana.Untuk mengaburi mata ramai, bagitahulah mereka dah nikah di majlis islam. Saya pula yang menyibuk call pegawai kat sana kebetulan kenalan saya bertanyakan status mereka. Dan jawapannya , nahe.....nope. sikdo. Jadi dia jadikan rumah anak-anaknya sebagai port buat projek....keje nyaman.Tiap kali pasangan ini datang ke rumah itu, anak-anak bertempiaran lari tidur rumah orang. Hai...apa nak jadi. Patutlah muka mereka saya nampak dah macam muka bab one. Agaknya mata saya ni dah makin rabun.

Kalaulah saya boleh buat pasangan itu sebegini alangkah bagusnya. Siapa yang tutup mata, agaknya berbuih mulut menegur. Nak salahkan usia, kedua-duanya dah bercucupun. Nak salahkan takde mak, keduanya masih ada mak. Panjang juga umur maknya tengok benda alah mereka ini. Saya betul-betul sakit hati dan bernanah hati saya ini. Waktu ini saya buat doa ALLAH tunjukkan kuasaNya pada mereka. Dalam marah melangitpun sempat juga saya berangan:
1. Kalaulah saya punya kuasa sakti, saya sumpah mereka jadi katak , jadi batu dan sebagainya yang sewaktu dengannya.Degil, batu, bodoh, bangang...semuanya ada.
2. Kalaulah mereka itik yang selalu beroman depan saya dulu, lama dah saya lastik dengan batu. Itik tu haiwan, mereka ni manusia, manalah sama .Bukankah manusia sebaik-baik makhluk ALLAH, dikurniakan akal fikiran?

Nasib baiklah adik-beradik saya tak ada buat keje nyaman sebegitu. Kalau tak, maunya saya tetak dengan parang. Dalam hidup saya cuma seorang abang je yang pernah saya marah sangat macam saya marahkan budak kecil kerana dia asyik tukar kerja. Takde orang lain yang susah, saya juga yang susah sebab kena tanggung bini anaknya semasa dia menganggur.

Kalau bolehlah, janganlah ada rakan-rakan saya baik yang lelaki atau perempuan, janganlah jadi bangang dan gila buat keje nyaman yang menjurus ke neraka ini. Memang semua tak tahan sunyi, sepi seorang terutama yang dah merasa bercouple, tapi buatlah secara halal. Saya pun selalu sunyi juga tetapi dengan hal sebegini, tak kuasa nak sunyipun malahan boring lagi ada . Boring jumpa perkara yang sama, boring cakap benda yang serupa dan bermacam boring lagi. Ada orang boring baca kisah cikgu, dari kecik asyik cikgu dah tua bangka pun cikgu juga. Baik saya cerita benar yang orang rasa tak suka nak dengar tapi inilah hakikat yang kita jumpa di mana sahaja.

Honour Thyself by Danielle Steel

3

Posted by Leeza | Posted in


Inilah novelis barat yang saya minat iaitu Danielle Steel. Honour Thyself mengisahkan tentang Carole Barber seorang artis filem terkenal yang koma akibat pengeboman terowong oleh pengganas. Pada hari kejadian tersebut Carole yang baru 2 tahun kematian suami keduanya Sean , bercadang bercuti ke Paris sendirian setelah 15 tahun tidak menjejaki Paris.Tujuannya ialah untuk menyiapkan novel pertamanya sebelum dia kembali ke layar filem. Kebiasaan Carole sebaik sampai ke Hotel Ritz , dia akan keluar tanpa membawa beg tangan atau dompet serta pasport pengenalan dirinya. Dan inilah menyebabkan dia koma tanpa pengenalan diri di Hospital Petie selama 2 minggu .

Bekas suaminya Jason Waterman mengesan kehilangan Carole selepas 2 minggu tersebut dan akhirnya berjaya menemui Carole yang koma di hospital. Jason memang masih menyintai Carole dan menyesal pernah menceraikan Carole demi seorang model Russia ,Natalya yang mata duitan.Natalya akhirnya meninggalkan Jason demi lelaki yang lebih kaya. Kemudian, pembantu peribadi Carole merangkap sahabat baiknya Stevie ( Stephanie) dan anak2 Carole dan Jason, Anthony 26 dan Chloe 21 menyusuli Jason ke Paris untuk melihat keadaan Carole yang koma.Saat-saat mereka melihat keadaan Carole, terlalu sedih sehinggakan Anthony yang berkerjaya di bidang pasaran saham dan umur 26 menangis macam budak-budak melihat mama kesayangannya terlantar dengan wayar-wayar berselirat. keluarga Carole yang sememangnya amat menyayangi Carole sentiasa berada di sisi Carole sehingga dia sedar dari koma. Malangnya berita Carole koma di hospital itu dikesan oleh pihak akhbar dan paparazzi menyebabkan pihak hospital terpaksa mengawal ketat bilik Carole dari dicerobohi.

Apabila Carole sedar dari koma, dia menghadapi kehilangan ingatan sehingga tidak mengenali keluarganya. Namun keluarganya tetap lega dengan keadaan Carole yang bertambah baik. Stevie lah yang memainkan peranan amat penting dengan menyedarkan Carole dan membantu memulihkan ingatan Carole tentang siapa dirinya dan peristiwa yang dialaminya. Berita tentang Carole mendapat perhatian seorang lelaki Perancis berumur 68 tahun dan Carole masa itu 41 tahun. Matthieu , merupakan bekas kekasih Carole selepas dia bercerai dengan Jason dan pernah tinggal bersama selama 2 tahun 6 bulan di Paris. Pada masa itu Mattieu merupakan Menteri Dalam Negeri Perancis dan mempunyai isteri yang sudah tidak disayanginya. Mattieu kerap kali berjanji untuk menceraikan isterinya Arlette namun atas tuntutan tugas dan permintaan Arlette yang tidak mahu diceraikan biarpun tiada rasa sayang dan cinta lagi, menyebabkan hubungan Mattieu dan Carole berantakan. Makin teruk saat Carole keguguran anak mereka dalam usia kandungannya 6 bulan. Lelaki Perancis dikatakan punya isteri dan perempuan simpanan dan Carole tidak sanggup lagi menjadi perempuan simpanan. Dia berpindah ke Los Angeles bersama anak-anaknya. Mattieu yang baru kematian isterinya setahun lepas, terus mengunjungi Carole dan menyedari yang dia takkan mampu melupakan cintanya pada Carole biarpun bertahun lamanya mereka berpisah. Carole mengambil masa 5 tahun menyendiri sebelum mengahwini Sean yang akhirnya meninggal disebabkan kanser hati.

Pendekata, cinta lama berputik semula di antara Carole dan Mattieu. Kenyataan pada pagi trajedi bom tersebut dia sebenarnya pergi ke rumah lama mereka di Paris sebelum balik menggunakan teksi. Walaupun Mattieu bukan lagi menteri namun kuasanya masih utuh apabila dia mengarahkan pihak SWAT dan CRS mengawal keselamatan Carole setelah dia diserang oleh pemuda Arab yang dilihatnya semasa dalam terowong dahulu. Dan di akhir cerita ,Carole yang kian pulih bertolak ke California dengan Stevie dan Doktor peribadinya untuk rawatan lanjutan. Demi cinta mereka , Mattieu sanggup mengikut Carole ke California dan menetap dengan Carole di Los Angeles. Mereka akan sentiasa berulang alik antara Los Angeles dan Paris. Lagipun tiada halangan untuk mereka kembali bersatu. Apa yang positif dalam hal ini ialah, keazaman Carole untuk mengisi banyak masa bersama anak perempuannya Chloe yang sentiasa memberontak saat-saat Carole sibuk dengan filem-filemnya sehingga dia berjaya merangkul 2 award Oscar dan satu award Globe. Bagaimana dengan Jason? Carole tetap menyayangi Jason sebagai sahabat, abang dan bapa kepada anak-anaknya. Anthony yang sangat membenci Mattieu sebab pernah melukakan hati mamanya , terpaksa akur dengan keputusan mamanya.

Ceritanya biasa-biasa sahaja. Selamba dan banyak juga info. Ada adegan pengeboman sebagai isu semasa yang menjadi trauma di Barat. Kehidupan bintang popular yang dikejar paparazzi. Namun terus terang saya katakan ketika setengah membaca novel ini, hati saya berkata-kata seronok dan bahagia lagi jiwa saya ketika membaca novel-novel Melayu. Berkobar-kobar lagi saya membaca novel-novel NB . Sebab utamanya , novel-novel Melayu berlandaskan budaya Melayu, Islam dan cara hiduppun sesuai untuk iktibar kita.

Telatah Putri dan Pak Cik Zul

0

Posted by Leeza | Posted in


Sudah lama rasanya saya tak ceritakan pasal Putri dalam entry saya. Putri sudah 2 tahun 2 bulan sekarang dan semakin nakal. Sebagai satu-satunya anak kecil yang tinggal berdekatan dia sememangnya cucu kesayangan saya.
Setiap petang anak saudara saya ,Zul anak kepada abang no 4 saya, akan mengikut ayahnya ke kampung Ulu Semera. Bila dia datang ke rumah dia seakan tahu di mana saya berada jika tidak nampak kelibat saya. Zul berusia 2 tahun 8 bulan . Dia akan terus ke tingkat atas dan menjengah saya di bilik. Saya yang dah tahu kedatangannya biasanya akan bermain sorok-sorok dengannya. Terkadang saya jerkah dia dari belakang...hehehe. Lepas tu kami akan ke rumah Putri di hadapan rumah saya, terkadang Putri yang akan mengunjungi rumah kami. Putri amat garang sedikit dengan Zul dan Zul pula jenis tak suka melawan balik sebab dia faham Putri kecil darinya. Sekarang saya terpaksa bermain lumba lari dengan Zul kalau dia mengajak ke rumah Putri. Hai....mau semput kalau berlari dengannya. Belum siap kita pakai selipar dia dah pecut balik ke rumah....mana aci. Hahaha nenek tak sedar diri betul saya ini, tak mahu mengalah dengan budak kecik. Namun susah saya nak jinakkan si Zul sebab setiap kali balik dia dah tak suka menyalami tangan saya sebab tak suka kena cium. Jadi, tiap kali dia balik mesti berair mata sebab kena cium. Berbeza dengan Putri, dia memang akan menyalami saya dan mencium tangan serta pipi setiap kali hendak balik ke rumahnya. Selalu melambai tangan jika kita kata bye. Kedua-dua budak ini hobinya sama iaitu berjalan. Jika Zul , senang sedikit sebab dia tak meragam dan tidak nakal sangat. Dia pernah mengikut saya ke sekolah. Putri berbeza sekali.....nakalnya buat kita tak boleh leka walau sesaat. Cuma saya dapat mengawalnya sebab dia faham kalau saya larang dan marah dia. Tapi kalau marah ,kena pujuk dia balik. Kalau tak mahu dia tutup mukanya sepanjang hari....Inilah antara penghibur hati saya di rumah....takde anak, menumpang kasih anak-anak orang sahajalah.

Selera Bulan Ramadhan

0

Posted by Leeza | Posted in


Tiap kali Ramadhan pasti selera tetap melonjak-lonjak. Biarpun sibuk dengan ibadah Puasa, selera membaca tetap diutamakan. Novel-novel tetap jadi keutamaan.
1. Selera Kuih-Muih :
Kuih -muih tak larat nak buat. Jadi saya dan keluarga ( kebetulan abang no 1 saya, Hamdan -ramai sangat abang kena pakai nombor ) pergi ke Bazaar Ramadhan di Asajaya untuk mencari kuihmuih kegemaran masing-masing.


Kuih popia goreng,pizza dan hotdog bakar kesukaan Fakhry

Kuih Kasoi,nasi manis (pulut manis) dan kuih roti coklat

Agar-agar santan kesukaan saya, RM1 -4 keping

Kuih pau inti kelapa dan donut

2. Selera minuman : Juga dibeli dan air yang panas juga disediakan. Antara air yang dibeli ialah air tebu, air soya dan air carot susu.

Air soya kegemaran Luqman . Ini dia sorang punya satu jag.

Air carrot susu - saya punya ,(hehehe mak usu tak nak kalah juga )

3. Selera lauk-pauk : Bazaar Ramadhan tak ada menjual lauk-pauk. Jadi saya lebih suka memasak sendiri.

Pais Ikan Kemura


Ikan sembilang asam pedas ( kak ipar masak)

Bubur barli dan jagung ( masakan saya )
Satu lagi masakan saya ialah sup ikan lumek. Tak sempat saya nak ambil gambar.
Alhamdulilah kerana pada tahun ini Ramadhan tetap mewah dengan makanan. Amalan bersedekahpun masih kental lagi.

Menyambut Ramadhan Dengan Kesyukuran

1

Posted by Leeza | Posted in


Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi dengan penuh kesyukuran. Bagi kampung-kampung, awal Ramadhan disambut dengan kenduri di surau. Petang tadi kampung saya sudah membuat kenduri kesyukuran ini dan kesempatan ini AJKK Surau mengagihkan giliran setiap rumah mengikut kumpulan untuk menyediakan makanan dan kuih-muih sepanjang masa terawih.

Menu masakan saya untuk kenduri tadi ialah ayam masak merah, kari ikan tongkol dan ikan popot goreng. Makanan-makanan ini saya letak dalam 2 bekas tetingkat untuk memudahkan anak saudara saya membawanya ke surau. Azizi pula risau sebab dia ditugaskan oleh kakak saya membawa hidangannya pula yang diletak dalam satu talam besar. Dia risaukan lauk- pauk tumpah. Nampaknya remaja sekarang memang tak pandai membawa hidangan bertalam ini tak macam remaja dulu, menjunjung hidangan menggunakan sebelah tangan sahaja. Beratnya tak payah nak cakap sebab semua pinggan mangkuk mengunakan kaca. Tiap hidangan untuk dua orang sahaja. Kalau tak habis biasanya akan dibawa balik ke rumah. Hidangan saya akan dimakan oleh orang lain dan anak saudara saya akan makan hidangan orang lain, bertukar-tukar. Kenduri ini akan diadakan lagi pada hari ke 15 Ramadhan, 7 likor dan 1 syawal. Malamnya akan diadakan solat terawih dan tadarus.

Ada mengatakan hal ini tidak wajib dan tak perlu diadakan. Dalam masyarakat desa , orang-orang tua kita menekankan budaya ini agar semua orang kampung dapat berkumpul di surau. Ini tanggungjawab sosial kita hidup bermasyarakat selain memanjangkan amalan bersedekah. Sebab itulah ada saya terbaca satu artikel untuk kita bersedia dari segi wang ringgit untuk memperbanyakkan amalan sedekah kita pada bulan Ramadhan ini. Mak saya berpesan dengan abang saya untuk menghantar semua bekas makanan yang kami gunakan untuk memberi mereka makanan agar memudahkan kami menyedekahkan makanan kepada jiran dan dia sendiri. Saya mendengar sahaja, sebab saya tahu memang setiap awal Ramadhan saya akan membeli banyak bekas makanan untuk tujuan ini.

Selain amalan bersedekah, amal ibadat, tiap Ramadhan pasti saya juga rajin mencuba resipi-resipi masakan. Tiap tahun asyik mengumpul resipi ,sehingga resipi saya bertambah-tambah. Selera pada bulan Ramadhan memang besar tetapi bila tiba masa berbuka, makanan itu hanya menjadi sajian mata sahaja. Namun rumah saya tahun ini akan meriah, anak-anak remaja yang saya jaga sekarang memang kuat makan, jadi saya tak risau tentang makanan tersebut....memang akan licin selalu.

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua pembaca blog saya dan rakan-rakan saya. Semoga diberkatiNya dengan rezeki dan kesihatan yang baik untuk memudahkan kita menjalani ibadah Puasa.Juga untuk anak-anak murid saya yang suka melepak di blog ini....jangan lupa UPSR nak dekat.

Sahabat Pena

0

Posted by Leeza | Posted in



Count your gardens by the flowers
never by the leaves that fall
count your days by golden hours

don't remember clouds at all

count your years with smiles
not tears
count your blessings
not your troubles
count your age by friends
not years

(sms daripada kak Nyah -Disember 2005 )

Pernah tak anda mempunyai sahabat pena dari jauh samada merentasi Laut China Selatan atau merentasi antara benua? Teringat saya pada program sahabat pena melalui Kelab Sahabat Pena Sedunia ( World Penpal Club ) , saya menyertainya dengan hanya RM1.70 sebagai yuran pendaftaran. Lebih kurang 2 minggu kemudian , saya menerima surat daripada pihak pengurusan kelab ini dengan peraturannya sekali. Kita akan diberi dua orang sahabat pena dari negara pilihan kita ( saya pilih USA dan Jepun ) dan dalam masa yang sama saya akan menerima surat daripada 2 orang sahabat pena yang lain. Antara semua sahabat pena itu, cuma HEIKE KUHFUB daripada Germany sahaja yang kekal menjadi sahabat pena saya sejak 1997 hingga sekarang. Waktu itu dia tinggal di USA . Dulu saya pernah ceritakan mengenainya dalam entry tetapi waktu itu saya tak pandai mengedit dan memasukkan gambar dalam post.

Sekarang kita tak perlu menggunakan media kertas tetapi menggunakan program friendster, facebook, tagged dan banyak lagi, kita dapat menjangkaui persahabatan tanpa sempadan. Namun kita kena lebih berhati-hati sebab ramai penipuan di dalamnya.


Kawan dan Kerja

3

Posted by Leeza | Posted in

Beberapa hari ini semua staf dan cikgu sibuk mengisi Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2009. Masa taklimat LPPT minggu lepas, PK kami telah mengumumkan yang sekolah telah mencalonkan saya sebagai Guru Cemerlang. Semua senyum dan bertepuk tangan ,kononnya nak ucapkan tahniah. Dalam hati saya, aduh ! Apalah cikgu ni, memandai je umumkan sedangkan penilaian final dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Saya sebenarnya mahu menjaga hati beberapa orang rakan setugas yang belum lagi mendapat 'cemerlang' biarpun sekali. Lagipun saya sudah mendapat cemerlang sebanyak dua kali tahun 1997 dan 2004. Takkan nak berikan saya lagi...untuk kali ke 3.

Awal pagi tadi , kawan saya Ustazah menunjukkan pada saya : Kak, saya dah siap isi borang LPPT. Kemudian rakan2 lelaki pun sama juga ...menunjukkan juga pada saya kerja mereka yang dah siap. Saya perasan keganjilan ini : Asal u all ni ye, menyibuk je nak tunjukkan pada saya ? Sengaja nak sakitkan hati saya ke ?Kemudian pecah ketawa mereka, rupanya mereka memang sengaja nak menyakat saya. Ketika saya menyiapkan laporan dan lampiran senarai tugas, aktiviti dan projek yang telah saya lakukan , saya terkejut dengan hasilnya sebanyak 6 mukasurat. Ertinya betapa banyaknya tugas dan aktiviti yang telah saya laksanakan, itupun saya potong-potong. Bila mereka melihat contoh kerja saya, mereka semua geleng kepala dan bertanya bagaimana saya dapat melaksanakan semuanya. Hahaha....dah tugas ,buat sahajalah biarpun sebagai guru perpustakaan dan media jadual waktu mengajar saya sepatutnya hanya 8 waktu seminggu. Sebaliknya sekarang saya mempunyai 23 waktu seminggu dan keadaan ini biasa kerana kekurangan guru. Ini rentetan biasa suasana di sekolah sebab bagi saya, usik mengusik adalah normal dan menceriakan. Jadi tidaklah stress di tempat kerja.

Untuk semua rakan saya :

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.
2)kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.
3)kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.
4)kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang.
5)kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli... pakai. Dah sengkek , gadai.
6)kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sedikit,jual.. ambik kereta baru.
8)kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ada kejap takde..
9)kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pergi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu macam ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar mesej, awak akan baca mesej saya dengan teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawannya menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya.. :)


Ini adalah mesej yang diberikan oleh seorang kawan saya. Saya suka lantas saya hadiahkan untuk anda semua yang sudi mengunjungi blog saya. Terima kasih dan maaf jika ada kekasaran yang mengguris hati .





Mencari lampu suluh si BILLY

2

Posted by Leeza | Posted in

Saya tak kisah jika ada yang ketawa melangap-langap atau ketawa guling-guling membaca coretan ini. ( share with u......hidup mesti happy dan ceria) Pagi ini saya mencari lampu suluh si Billy agar apa yang tersangkut dalam minda saya tidak selamanya hitam legam. Jika tidak tahu, bertanyalah atau googlelah sendiri. Tidak mahu menganggu kakak NB kesayangan saya, pun juga semalam saya terlalu penat sehingga tiada mood untuk bercakap atau santai kecuali tidur awal.Maka inilah lampu suluh saya .....menjana minda kononnya.Inilah rupanya kasut Gladiator. Saya dapat dari blog Hanis Zalikha. Kasut ini terkenal satu masa dulu, harganya rm45. Saya tinggalkan komen dalam blog Hanis, ucap terimakasih dan terus promo si BILLY .Pasti lepas ini dia akan cari si BILLY.....keh3. (ketawa melangap-langap lagi )


Ini pula sup gear box. Lupa pula di blog mana saya dapatkan. Namun ada rahsia jutawan pasar malam berkenaan dengan sup gear box ini. Sup tulang rusuk. Woo....dengar sahaja memang sedap , lupa sejenak amaran doktor : hati-hati dengan tekanan darah tinggi anda. Mudah-mudahan saya takkan dapat darah tinggi. Alahai ..merasa dengan mata sahaja yang dapatnya rasa lapar membuak-buak.

Ini apa pula? Jam dah menghampiri 6 pagi saya malas nak surfing jauh-jauh. Saya jumpa gambar torpedo , memang bahaya. Menakutkan...kalau ini boleh nama hanya tinggal nama sahaja. Tapi torpedo milik manusia ......itu menyedekahkan benih manusia menambah populasi penduduk dunia. Apa pulak saya merepek ni..... sup torpedo adalah sup lembu atau sup kambing. Menurut Anthony Bourdain 'No Reservation' ,torpedo means bull's penies and tecticles. Rasanya hanya kaum lelaki sahaja berani makan sup torpedo....untuk kebahagiaan dan rasa puas maksimum. ( Agaknya lampu suluh saya dah terangkan kegelapan minda saya atau baterinya sudah malap? Tell me if i am wrong )

AKU BUKAN BILLY MILLIGAN oleh Norhayati Berahim

3

Posted by Leeza | Posted in


"Za, akak dah siap." katanya.
"Siap apa?" Saya masih blur ,tidak mengerti apa maksudnya.
"Aku Bukan Billy Maligan."
"Kenapa Billy Maligan? Siapa Billy ?" bertubi-tubi soalan saya tanya dia.
"Googlelah sendiri...." dia enggan menerangkan. Saya terus menggoogle 'Billy Maligan' dan yang saya jumpa ialah setiausaha PBB . Makin saya berkerut tidak faham....
"Oh, akak nak buat buku politik ke , pasal Billy Maligan setiausaha PBB ?"
"Nah, baca sendiri....." Dia berikan link satu laman web tentang Si Billy, 24 karekter si Billy. Lantas malam itu kami berdiskusi tentang karekter Si Billy yang terkadang orang katakan punya 24,14 atau 10 karekter berbeza. Biarpun begitu, saya masih tidak tahu bagaimana intipati novel ini. Biarpun dia memasukkan satu entry tentang Adam dan Laura namun saya masih lagi kabur tentang jalan cerita. Kemudian seorang kawan saya ,Madam T mempertikaikan penggunaan nama Laura dan Adam sedangkan kita maklum selama ini NB sering menggunakan nama-nama Melayu klasik untuk watak-watak dalam novelnya.

Aku Bukan Billy Milligan mengisahkan seorang pemuda yang punya pelbagai karekter yang menyakitkan, menyampah dan sombong bongkak dengan kekayaannya. Adam Sohot yang punyai zaman kecil yang penuh kelukaan , punyai ayah yang kaki judi dan kaki perempuan sehingga dia melihat sendiri ibunya menderita . Masa kecil yang penuh kepahitan apabila sejak kematian ibu tersayangnya, dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan ayahnya pula keluar masuk penjara. Semakin mendera jiwa Adam apabila dia dihina dan dicaci hanya kerana dia anak penjenayah sehingga dia menjadi pendendam dan menjauhi solat dan mengaji. Pada waktu itu Adam bertekad menjadi kaya raya agar masyarakat tidak mempelekehkan dirinya dan hasrat ini tercapai apabila dia berjaya dalam pasaran saham. Perkahwinannya dengan Rozita tidak menjanjikan kebahagiaan apabila dia berdepan dengan tohmahan dan kebencian ibu Rozita, Puan Sri Rubiah yang tetap menganggap Adam anak penjenayah yang tetap hina. Makin melukakan Adam apabila Rozita seorang peguam bela terkenal langsung tidak menghormati kedudukannya sebagai suami. Keadaan ini menjadikan Adam seorang lelaki yang tidak pandai tersenyum dan serius sahaja lagaknya.

Laura watak heroinnya, seorang gadis yang lahir dari kesukaran hidup ditinggalkan oleh ayahnya yang kaya-raya. Laura yang dinamakan sempena watak Laura dalam Little House In Prairie mengimbas kenangan lama saya yang menyukai siri ini. Sejak kecil Laura bt Jidin sentiasa bersusah payah untuk membantu ibunya Mak Eton pembuat belacan dan menyara adik-adiknya Fauzul dan Hakim. Dia dan Fauzul berjaya dalam kerjaya sementara Hakim memilih jalan hidup dengan berniaga belacan dan cencaluk di pasar borong. Laura seorang gadis yang gigih ,dan dengan wang pemberian ibu Yazir sebagai tukaran untuk meninggalkan Yazir ,Laura berjaya membuka sebuah syarikat sendiri Laura Real Estates Agency.Pada peringkat ini saya memang mempertikaikan tindakan Laura mengambil wang tersebut dan menggunakannya untuk membuka syarikat. Dalam kerjayanya sebagai egen Hartanah inilah dia menemui 2 watak yang juga penting dalam mengolah jalan cerita menjadi kelopak-kelopak bunga untuk ditaupkan menjadi sekuntum bunga yang berkembang dengan indahnya.Watak pertama ,pertemuannya dengan Richie, seorang pemuzik yang kaya, pemilik banglo di Cheras, 'Teratak Alam' yang mempunyai empat balkoni , 8 bilik dan sebuah kolam renang. Richie yang kecewa ditinggalkan isterinya menggunakan khidmat Laura menjual banglo tersebut dengan harga rm500 000 sahaja sedangkan setelah dinilai oleh valuer, harga banglo ini mencecah lebih dari rm2 juta. Richie menggambarkan persoalan kecurangan isteri terhadap suaminya biarpun suaminya kaya. Kekayaan bukan ukuran kebahagiaan dan keutuhan rumahtangga.Hubungan baik Laura dengan Richie , membuatkan Richie menyayangi Laura sebagai adik , his little angel dan sebagai hadiah, kereta pacuan empat roda dihadiahkan untuk Laura. Watak kedua ialah watak Julie seorang selebriti terkenal yang didera oleh suaminya Datuk Kamaruddin menggunakan khidmat Laura untuk mencari rumah atau aparment sewa sebagai tempat untuknya bersembunyi dari suami durjana tersebut. Persoalan yang disampaikan ialah jenayah rumahtangga dan setiap isteri yang menjadi mangsa dera harus mengambil tindakan tegas untuk keselamatan diri. Richie dan Julie membawa diri ke luar negara dan Takdir menemukan mereka ,jatuh cinta dan berkahwin.

Pertemuan Adam dengan Laura hanya urusan perniagaan , jual beli banglo Teratak Alam. Pada masa itu Adam baru hendak melangsungkan perkahwinan dengan Rozita. Jika kita teliti betul-betul sebenarnya, Adam dan Laura pernah bertemu di tepi Tasik Titiwangsa. Waktu itu Laura membaca komik dengan mengunyah kuaci sementara menunggu Raudhah. Dia ketawa terbahak-bahak sehingga Adam melihatnya sakit hati sebab ketawa itu mengingatkan Adam dengan silamnya yang selalu menjadi bahan ketawa.Pertemuan atas urusan Teratak Alam terulang lagi selepas 3 tahun kemudian di mana Adam menjalani proses penceraian. Di sinilah Adam dan Laura menjadi rapat dan kita disogokkan dengan peribadi Adam Sohot yang menjengkelkan dan menyakitkan hati. Laura menjadi mangsa tengkingan dan kemarahannya sehingga dialog kesukaan Adam : Awak ingat saya bodoh? menjadi lali di telinga Laura. Namun Teratak Alam menjadi penghubung antara mereka berdua. Cinta???? Rasanya cinta hanya terjalin dalam diri Adam Sohot sahaja sedangkan dari awal hingga akhir cerita ,cinta Laura tidak digambarkan. Adam yang mulanya ego akhirnya tunduk dengan rasa cinta di hati sehingga sukar dia hendak mencairkan hati Laura. Apatah lagi bila Laura membataskan segala hubungan mereka dan menolak semua pemberian kemewahan yang diberikan Adam seperti jam tangan, coklat, wang ringgit untuk shopping dan kad kredit platinum yang dipatahkan oleh Laura. Adakah Laura bodoh dan jual mahal? Namun kita harus sedar mengapa hati Laura sekeras itu jika dia pernah dihina oleh Adam yang kononnya dia jenis perempuan materialistik dan murahan. Sikap Adam umpama Billy Milligan amat menakutkan Laura namun dia akur apabila Adam mendapat restu daripada emaknya Mak Eton yang pada awalnya menekankan supaya Laura tidak memilih lelaki kaya raya. Adakah mereka bahagia? Sudah tentu kerana Teratak Alam menyatukan ramai ahli keluarga. Cuma watak Fauzul menjadi watak kecil sahaja, alangkah baiknya jika Fauzul diceritakan balik bercuti dan mereka berkumpul di Teratak Alam pada masa itu. Watak-watak Lily dan Tanty yang banyak cakap , watak sahabat Raudhah menjadikan Laura tidak keseorangan dan menceriakan novel ini dengan karenah mereka dalam menyatukan Adam dengan Laura.

Membaca novel ini, saya melihat peribadi penulis, lenggok bahasa, dialog dan kelucuan dalam selingan novel menjadikan inilah Norhayati Berahim. Tiada yang baru dalam penulisan novel ini daripada novel yang sudah-sudah iaitu isu konflik antara anak dengan ayah. Laura dengan ayahnya dan Adam dengan ayahnya Pak Sohot. Sejahat manapun si ayah, seperti kata Laura darah yang mengalir dalam tubuh anak adalah benih si ayah. Pak Sohot kembali demi sayangnya pada Adam dan Laura pula mendapat harta wasiat arwah ayahnya.

Ada yang mengatakan mesti ada tazkirah dalam novel-novel NB. Ada 3 sisipan yang menjadi panduan untuk kita ialah : Kisah semut, kisah Qarun yang bongkak dan perdebatan Laura dengan Adam tentang keadilan Tuhan. Sangat bermanfaat untuk kita yang kadang-kadang lalai dengan kesenangan, sedangkan ALLAH menguji kita dalam kesenangan juga.

Isu Sains yang saya perdebatkan dengan NB tentang Neptune yang digambarkan planet paling sejuk, paling gelap dan paling beku. Saya bertanya padanya kenapa Neptune dan kenapa tidak gunakan Pluto. Dalam kurikulum Sains Sekolah Rendah, 9 planet yang diiktirafkan ialah termasuk Pluto, planet terjauh dan paling kecil dalam sistem solar.Namun penemuan baru menyatakan Pluto bukanlah planet kerana Ceres juga bukan planet. Apapun Neptune memang sejuk dan beku. Mungkin kurikulum harus diubah dan kami terpaksa menunggu hitam putihnya.

Sesuatu yang istimewa pada NB ialah penggunaan beberapa perbendaharaan kata yang jarang kita temui dalam dialog. Antara perkataan yang saya temui ialah, waham, cekang, pokta, ganar,panar,pujur,palak,perling,galgal dan muka pot (digambarkan muka berkedut, dalam bayangan saya pot itu belanga..jadi muka belanga , panas....hitam.Entah betul entah tidak pemahaman saya ini....) Saya terpaksa merujuk dalam kamus Dewan untuk mencari maknanya....sebab NB tak suka saya anggap dia kamus hidup saya.keh...keh...keh.

Penulisan beliau kali ini santai dan ceria sehingga kita takkan ambil pot ( belanga juga ke? he he he) dengan perangai si Billy Adam Sohot itu. Saya tersenyum dengan ketawa melangap-langap sebab saya bayangkan ikon ketawa melangap-langap dalam YM. Namun sempat juga dia masukkan isu maggi , sehingga terdetik dalam hati " macam anok aku jak( macam perli saya je )".Sensitifnya saya..he..he..he. Juga ketika Laura memanggil mak nya berulang kali dan disahut oleh Mak Eton...."apa kena kamu ni ? Nak susu mak ke? Dah kering dah..." Saya teringat dialog saya dengan murid-murid saya bila mereka memanggil saya berulang kali," apa dia? nak nenen? nak pepet?". Banyak jugalah dialog santai namun mengundang ketawa kita ketika membacanya. Berdepan dengan watak Hakim yang berhenti sekolah saya teringat anak saudara saya.....alangkah baiknya jika anak saudara saya seperti itu.

Seperti biasa kita tetap disajikan dengan nama makanan seperti sambal ikan bulu ayam ,nasi lemak, udang geragau, jejemput geragau,sup gear box, sup torpedo....memang buat saya termenung, camnerlah rupanya sup gear box dan sup torpedo ni. Begitu jugalah dengan kasut gladiator....saya mencongak-congak dalam kepala saya bagaimana rupanya kasut gladiator itu...adakah ia kasut yang dipakai oleh hero gladiator?

Keseluruhannya novel ini memang best, namun tidaklah romantik biarpun ada adegan panas yang dilakukan oleh Adam yang mabuk edan. Jika Adam berterusan dengan perangai meroyan lamanya, pasti dia tidak akan menemui kebahagiaan dengan Laura. Cuma saya tak puas hati sebab sehingga akhir tiada ungkapan cinta dan sayang dari Laura. Cuma kelakuan dan panggilan Hubby itu sebagai satu tanggungjawab. Mengenali Laura dia memang mampu menjadi seorang isteri yang baik. Halangan percintaan oleh Mak Eton pun tidak mencabar kerana ia dapat dilenturkan dengan sekelip mata sahaja oleh Adam sohot.

Rasanya semua pembaca si Billy memang puas hati sehingga ada yang sanggup bersengkang mata semalaman membaca Billy. Rakan-rakan yang belum membaca Billy, dapatkannya segera : RM25.90 dari NB Kara Sdn Bhd atau di kedai-kedai buku yang berdekatan dengan anda. Anda pasti jatuh hati dengan Laura dan Adam.


Melayan Si BILLY

1

Posted by Leeza | Posted in

Saya kagum dengan ramai geng ulat buku dan rakan-rakan pembaca yang mampu menghabiskan novel dalam semalam sahaja. Dan saya dengan si BILLY beberapa hari ini saya berusaha mengejar masa untuk menamatkannya. Jika masuk pertandingan kecepatan membaca memang saya akan dapat nombor tercorot.

Malam tadi saya berusaha nak habiskannya sehingga mata saya berair dan kononnya nak berehat sekejap dengan memejamkan mata tetapi mata saya celik keesokan paginya. Huhuhu. Lantas saya membatalkan semua urusan hendak berjalan-jalan . Seawal pagi saya siapkan kerja-kerja rumah dan memasak lauk pauk untuk makan tengahari dan malam sekali sehingga makpun terkejut. Kemudian saya melayan si Billy di bilik saya. Memula nak membaca di kerusi ruang tamu di bawah tetapi baru nak buka BILLY , mak dah berceloteh macam-macam.....uwaaaaa. Kemudian anak saudara yang remaja pula memasang radio mendengar lagu-lagu kegemarannya. Jadi saya memerap diri dalam bilik sahaja. Memang buruk sungguh perangai saya ini.

Namun petangnya saya terpaksa mengalah bila pintu bilik ditolak si kecil Zul ( 2tahun 6 bulan ) . " Su, aju...."sambil tangannya melambai. Maksudnya meminta saya mengikutnya ke bawah.....ertinya layan ayahnya yang datang bertandang. Begitu juga bila si Putri sudah melaung memanggil " Nek CUUU....",kenalah tinggalkan si BILLY sebentar.

Si BILLY betul-betul memikat hati saya......tunggu sedikit masa lagi, saya akan buat review bagaimana BILLY mengikut kefahaman dan pendapat peribadi saya.

Sesekali Sepi Itu Menyapa

0

Posted by Leeza | Posted in

Sesekali sepi itu menyapa
aku umpama sehelai daun kering
melayang-layang ditiup angin
dan akhirnya tergeletak di tanah kontang

sesekali sepi itu menyapa
aku seumpama lelayang
putus talinya
melayang-layang ditiup angin
dan akhirnya tersangkut di dahan cemara

sesekali sepi itu menyapa
aku umpama burung patah sayapnya
terbang menyusuri angin
dan akhirnya jatuh di kaki senja

sesekali sepi itu menyapa
aku hilang tumpuan
menjadi musafir kehausan
menyalakan pelita kehidupan
dengan seribu doa
janganlah sepi itu menyapa lagi.



Practices Make Perfect

3

Posted by Leeza | Posted in

Latih tubi menghasilkan kesempurnaan. Ini bukan sekadar teori tetapi satu hakikat dan kenyataan. Jika ingin membuat sesuatu yang memang amat sukar jika selalu dilatih tubi akan menghasilkan kesempurnaan. Namun jika kita berfikiran negatif, asyik mengeluh susah,susah,susah maka segala yang kita lakukan seakan amat payah untuk dibuat sebaiknya. Sedangkan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dari itu.

Hari ini memang saya amat sibuk dengan membuat laporan dan mengemaskini fail-fail Panitia Sains, Perpustakaan, Program Nilam , Guru Media dan sesekali berbincang dengan rakan-rakan tentang sesuatu kerja . Ketika kami berbincang itu, tetiba seseorang itu dengan pembaris panjang di tangan dan sebelah tangan mencekak pinggang meluru ke arah saya. Wajahnya masam dan merah .
"Cikgu, tolong saya kawal kelas dulu. Mereka ni langsung tak berdisiplin, disuruh keluar kelaspun masih menganggu rakan di dalam kelas,"
Saya dan Madam T berpandangan . Sinis senyuman Madam T. Saya hanya mampu mengukir senyuman sahaja . " Asal ?"
" Sejak minggu lepas lagi, kelas ni dah problem,"
Saya terus mengambil rotan dan masuk ke kelas tersebut. Semuanya nampak pucat dan duduk senyap di tempat masing-masing. Dua orang yang berada di luar saya suruh masuk ke kelas sebab walau semarah manapun kita , memang tidak boleh menghalau murid-murid itu keluar kelas. Ini melanggar hak anak2 untuk belajar. Jika anda marah, anda yang harus keluar menyejukkan diri terlebih dahulu supaya murid-murid tidak mendapat kecederaan.
" Kenapa? Apa dah jadi pada kamu semua? Mana murid-murid saya yang ceria dan aktif ?"
Mereka senyap sahaja. Saya seterusnya berikan mereka amaran untuk berkelakuan baik pada masa cikgu itu mengajar nanti kerana ia akan dipantau . " Bagi kerjasama kamu,"

Itulah masalahnya, practices make perfect. Namun jika dia tidak berusaha, tidak mengamalkannya setiap hari dan membuat sesuatu dengan sambil lewa, maka masalah itu takkan diselesaikan dengan baik. Saya mendengar 3 ayat yang selalu dituturkannya kepada rakan2 nya apabila ditegur.
1. I don't care, aku sik peduli.
2. Kamek malas , saya malas.
3. Aku lelah, aku penat.

Tiga ayat ini yang sering bermain di bibirnya merupakan satu sikap negatif yang tidak harus ada pada seorang yang bakal menjadi guru. Kenapa bakal guru yang terdahulu yang pernah masuk ke kelas itu tidak menghadapi masalah mengawal disiplin anak2 ini? Saya sendiri tidak menggunakan rotan sewaktu mengajar , namun mereka senyap dan berminat dengan pelajaran saya. Mungkin pengalaman kami berbeza, namun jika kita baru dan kurang mahir maka kita belajarlah dan bertanya dengan orang lain. Kami semua menawarkan diri untuk membantu namun jika sikap sambil lewa dan malas begini, sampai bilapun takkan berubah.

Apa saya nak lakukan? Saya guru pembimbingnya. Minggu depan saya akan masuk ke kelasnya setiap hari untuk membuat pantauan . Biarlah dia rasa tensen sentiasa sebab saya tahu selama ini dia terkadang tidak mengajar dan hanya duduk sahaja. Jika tidak membuat latih tubi, bagaimana nak dapatkan kesempurnaan? Saya lebih risaukan anak-anak itu. Ertinya sebaik tempoh dia habis dipantau pensyarahnya, saya akan ambil alih kelas ini sepenuhnya biarpun masa dia belum tamat lagi. Risikonya, saya juga yang menanggung bila anak-anak ini menduduki UPSR tahun 2011 nanti. Sesiapa yang nak jadi cikgu atau masuk KPLI, tanyalah diri sendiri dulu....sejauh mana anda hendak mendidik anak-anak bangsa kita. Jika kita sambil lewa, bagaimana anak-anak akan berjaya? Kalau anda hanya harapkan RM , lupakan sahaja bidang perguruan kerana bidang ini bukan sahaja menguji kesabaran dan keimanan anda tetapi juga menuntut pengorbanan masa, emosi, tenaga dan RM.

Kemarau Dan Masalah Air

3

Posted by Leeza | Posted in

Kemarau yang terjadi seminggu dua ini menyebabkan kesuntukan bekalan air. Loji air di Asajaya dikendalikan oleh JKR Sarawak. Sebab itu kalau bil air datang selalu lewat 2 bulan dan bayarannya asyik tertunggak biarpun kita jelaskan setiap bulan. Sejak minggu lepas lagi air dicatu dan dibuka hanya pada jam 6 hingga 8 pagi dan malamnya jam 6 petang hingga 9 malam. tanpa notis amaran, namun kami sudah lali dengan keadaan ini. Saya awal-awal menyelongkar gelen kosong, jag2 kosong, bekas roti dan semua sahaja yang boleh menakung air digunakan untuk menadah air. Namun sehari demi sehari air semakin sedikit sehingga kuantitinya pun kecil. Paling sedih bila airnya kekuning-kuningan. Pada hari Isnin keadaan menjadi lebih teruk, sehinggakan penduduk kampung membuka saluran paip air di luar. Rumah saya dan rumah kakak sahaja yang tidak membuka paip luar sebab tindakan ini salah, umpama mencuri air. Kebetulan berdekatan meter air memang saya buatkan satu paip untuk saya mencuci kereta. Petang Ahad itulah saya mengerahkan anak2 saudara saya mandi di situ . Sementara saya mengangkut air ke dalam rumah. Air sudah tak dapat mengalir ke rumah.

Pagi Isnin, saya memesan mak saya jangan sibuk nak angkat air jika ada airpun. Mak saya umurnya 76 tahun masih juga degil dan mengangkut air sehingga malamnya mengadu sakit seluruh badan. Memang payah, sehingga kami memesan murid-murid membawa air sendiri untuk keperluan tandas mereka. Sepanjang jalan saya melihat orang kampung tempat saya mengajar sibuk menadah air dari saluran paip yang dibuka. Ada yang menggunakan kereta sorong untuk mengangkut air, ada yang bermotosikal dan ada yang berlenggang bawa air di jalan tanpa peduli kereta nak lalu. Saya terpaksa bunyikan hon dan memperlahankan kereta sepanjang jalan ke sekolah....tahulah darurat, janganlah sampai membahayakan nyawa sendiri.
Dan petang Isnin bila air langsung tak ada, anak2 saya suruh mandi di hutan. Mereka seronok, sejuk kata mereka. Saya pula tak mandi langsung....huhuhu....panas sepanjang malam. Nasiblah Kementerian Alam Sekitar membenihkan awan petang itu dan malamnya tepat jam 1038 , hujan ribut turu dengan lebatnya. Pada masa yang sama elektrik pula terputus dan saya tak dapat menadah air kerana gelap gelita ,kepala pening dan sibuk dengan mak dan cucunya Luqman yang penakut dengan bunyi guruh dan kilat.

Kesan air tak ada , anak saudara saya si Azim yang tinggal di asrama SMK Pesantren Abdul Taib terpaksa menjadi murid harian. Minggu lepas dia beritahu mereka mandi di sungai yang digali . Petang ini saya diminta oleh abang saya, untuk mengambil Azim balik dari sekolah jam 4 petang. Dia sekolah dari pagi hingga 4 petang. Inilah sekolahnya ,cantik dan besar. Pertama kali saya ke sana, bimbang juga tersesat jalan. Saya ingatkan dia seorang sahaja, rupa-rupanya ramai kawan-kawannya menumpang sama. Saya diserbu oleh ramai anak2 murid saya di situ...dan mereka terkejut bila mengetahui yang Azim adalah anak saudara saya. Petang tadi, kakak berikan lagi dodol labu buatannya. Ahad lepas dia berikan 5 batang dodol labu dan mak melarang saya makan banyak sebab ketiadaan air. Dodol ini dibuat dengan labu,tepung pulut, gula apong dan santan kelapa. Sedap namun apakan daya, air tak ada....kalau sakit perut mana nak cari air ? Sekarang keadaan dah stabil namun masih berjaga-jaga kerana kemarau dijangka berlaku sehingga bulan september. Inilah dugaan ALLAH dan bersabarlah dengan dugaanNya.

Tulis Nama Atas Batu

1

Posted by Leeza | Posted in

Guru yang bertugas genap sepuluh tahun atau lebih di sesebuah sekolah akan dipindahkan atas keperluan perkhidmatan.

Itulah yang my boss nyatakan sebaik menghadiri mesyuaratnya. Isu ini menjadi bualan kami setiap hari dan mencongaklah kami semua tentang tempoh perkhidmatan kami di sekolah sekarang. Tahun ini bermakna sudah 9 tahun saya berkhidmat di SKJ. Ertinya setahun sahaja lagi saya berada di SKJ, selepas itu akan ke manakah hala tujuan saya?

Petang tadi saya, Madam dan Cikgu A membincangkan isu ini dan golongan pelapis kami sebab kami setakat ini merupakan kumpulan penggempur hadapan untuk UPSR. 9 tahun saya di SKJ ,selama itu jugalah saya mengajar kelas UPSR. Memang tanggungjawabnya lebih besar dari guru-guru lain sebab di bahu kamilah terletak prestasi sekolah. Jika keputusan peratus keseluruhan di bawah 30% maka SPR lah status sekolah tersebut. SPR maksudnya Sekolah Prestasi Rendah. Jika SPR, 5 Boss besar akan datang melawat dengan strategi dan program khas .Melawat ertinya memantau segala-galanya.Maunya cikgu2 tak boleh tidur lena,mandi tak basah dan tensen tahap gaban.

Cikgu A sudah menggambarkan siapa pelapisnya tahun depan. Cikgu baru dengan semangat baru. Kami berdua Madam setuju. Itu untuk Maths. Madam pula sudah ada calon pelapisnya sebab opsyen Bahasa Inggeris ramai. Dan saya ??? Huhuhuhu.....siapakah pelapis saya? Lantas kedua-duanya mencadangkan tulis wasiat jika tetiba dipindahkan. Atau tulis nama atas batu.....hehehehe. Apapun saya harus melatih seseorang untuk mengajar tahun 6. Tak kiralah berapa dia akan dapat peratusan ,janji dia boleh mengajar tahun 6. Puas saya melobi namun tiada yang mahu. Teringat saya 9 tahun yang lalu sewaktu mula-mula melapor diri di SKJ. Kekosongan jawatan guru Sains Tahun 6 dan ketika PK bertanyakan kesanggupan saya, saya terus menerima tanpa alasan apa-apa. Berbekalkan pengalaman mengajar kelas UPSR BM dan Maths , saya berusaha sedaya upaya belajar tentang Sains. Banyak cabarannya, banyak spekulasi yang saya terima. Namun setelah saya banyak buat kajian ,saya dapati SKJ belum pernah melahirkan 5A dan ia disebabkan oleh Sains. Berdasarkan fakta inilah, saya berusaha dan alhamdulilah tahun itu bukan sahaja mencipta sejarah SKJ mendapat 5A tetapi juga meningkat peratus kelulusan terutamanya Sains. Saya hanya percaya pada satu kenyataan sentuhan baru boleh mengubah sesuatu tradisi dan begitulah harapan saya untuk Sains. Sesungguhnya mengajar tahun 6 setiap tahun memang amat memenatkan dan kami yang veteran perlukan golongan muda yang menjadi pelapis dan bersemangat lebih tinggi. Dalam sejarah kami ,guru-guru tahun 6, tahun 2004 adalah kemuncak kejayaan kami sebab pada tahun itulah bilangan murid cemerlang 5A ramai dan bilangan gagal hanya seorang dua sahaja. Apa kata cikgu A, patut diabadikan atas batu nama kami dan prestasi tahun itu. huhuhu.

VIVA SAKURA oleh Zuliana Abuas

2

Posted by Leeza | Posted in


Antara banyak-banyak novel ,inilah novel yang selalu saya kepit ke mana-mana. Novel ini saya order secara online dari NB KARA awal Jun lepas...ertinya ia dah terbang secara pos ke tangan saya di Asajaya. Kemudian saya bawa bersama semasa percutian di Kuala Lumpur lepas....naik belon lagi ulang alik Kuching-KL-Kuching. Masih juga saya belum habiskan sehinggalah ia tertinggal di rumah abang Dee saya di Petrajaya. Minggu lepas baru saya dapatkannya semula dan cuti hujung minggu ini saya pulun habis-habis novel ini.

Novel VIVA SAKURA merupakan karya sulung Zuliana Abuas di bawah penerbitan NB KARA sdn Bhd. VIVA dalam bahasa france ini bermaksud LIVE ( ini menurut terjemahan kak Charmaine Augustin ). Viva Sakura maksudnya Live Sakura. Inilah cerita Korea yang paling best kerana ia mengumpulkan semua elemen romantisme, infomartic, konflik dan catatan perjalanan yang indah. Jika anda peminat Winter Sonata, Beautiful Days, All In One, Auntumn in My Heart dan telenovela Korea yang best-best, inilah kompilasinya. Semua padat dalam sebuah novel yang superb.

Kisah diterajui oleh Sakura Alia yang mengambil keputusan menetap di Korea selepas graduasinya untuk misi mencari ibunya yang telah lama ditinggalkan. Semasa dia bekerja di kedai kasut, dia dipertemukan dengan Ryan Lee anak jutawan yang terkenal dengan handsome, kaya dan playboy. Itupun semasa Ryan mengepit girlfriendnya si Jessy , model kasut yang sombong. Berlaku salah faham atas kesengajaan si Jessy yang gila cemburu buta dan panas baran sehingga hubungan Sakura dan Ryan sentiasa dibungai dengan api kemarahan dan pergaduhan. Tiada yang indah pada permulaan hubungan mereka sehingga sentiasa mencetuskan dendam di hati Ryan dan Sakura. Ryan menuduh Sakura yang mengaibkannya dengan gambar homoseksual kononya dia gay di internet sedangkan ini adalah dalang mama Ryan ,Puan Alice yang geram dengan perangai Ryan yang kaki perempuan. Banyak kejadian yang melucukan dan di sebalik itu semua tanpa disedari cinta berputik dan menanti kembangnya ibarat bunga sakura dalam hati kedua-duanya.

Cinta ini tergugat dengan kehadiran Joo Shin anak Encik Takai, pemilik kedai bunga tempat Sakura menyewa dan bekerja. Joo Shin jatuh hati dengan Sakura. Kehadiran bunga dan surat 20 reasons why i love sakura menyebabkan Sakura mula menerima Joo Shin dalam hatinya. Namun cinta ini sekelip mata musnah pada saat ulang tahun syarikat Ryan, Sakura melihat dengan mata kepalanya sendiri Joo Shin memeluk Eu Yong bekas teman wanitanya yang kebetulan turut bekerja di syarikat Ryan. Keesokan harinya , Sakura meneruskan misi mencari ibunya di Pulau Jeju. Pada saat itu sejak menghantar Sakura pulang, si Ryan yang menunggu di luar rumah Sakura terus mengekori Sakura ke Pulau Jeju. Maka bermulalah cinta bertaburan di langit Jeju, indah dan mengasyikkan bagi kita yang pernah merasakan saat bercinta. Cinta Sakura menjadi kian kukuh apabila kenyataan diketahui bahawa penulis surat cinta 20 reasons why i love Sakura adalah Ryan Lee dan bukannya Joo Shin.Namun pencarian Sakura berakhir apabila ibunya meninggal dunia setelah menyesal meninggalkan Sakura dan ayahnya di Malaysia.

Biasalah seumpama cerita Korea, pasti ada konfliknya yang akan menitiskan airmata pasangan ini. Si jahat yang berperanan memisahkan mereka ialah mama Ryan Lee , Puan Alice. Pelbagai cara mama Ryan memutuskan hubungan termasuk menghantar wang yang banyak supaya Sakura meninggalkan Ryan. Sehingga saat mama Ryan menghina keluarga Sakura yang tak dapat diterima dek akalnya , maka cek kosong mama Ryan diambil Sakura. Inilah yang mencetuskan kemarahan Ryan terhadap Sakura sedangkan sebelum ini dia yang meminta Sakura bertahan dan berjuang demi cinta mereka. Dalam kemelut ini terungkai rahsia silam kehidupan Puan Alice dan siapakah Sakura itu dalam hidupnya. Dia sebenarnya menyayangi Sakura kerana ia adalah anak kakaknya . Namun dendamnya membara sebab Jamil ayah Sakura mengkhianati cinta mereka ...seperti kisah silam mama Jun Sang dan Ayah Eu Jin. Memang kita membaca 'winter sonata' versi Melayu.Saat paling sedih ialah ketika hari terakhir Sakura pulang ke Malaysia dia dihadiahkan dengan pengumuman pertunangan Ryan dengan Marlisa Yong. Sehinggalah kenyataan akhbar tentang sejumlah wang yang didermakan atas nama Puan Alice menyedarkannya betapa luhurnya hati Sakura Alia. Pengakhiran , selepas setahun barulah Puan Alice dan Ryan ke Malaysia mencari Sakura Alia .Itupun setelah Ryan memeluk agama Islam. Malangnya Joo Shin terlebih dahulu melamar Sakura Alia . Adakah hubungan ini berakhir dengan kekecewaan? Cerita ditamatkan dengan peristiwa 5 tahun kemudian , kelihatan kemesraan 3 kanak-kanak, Aaron Daniel, Lisa dan Maya dengan Joo Shin dan keadaan Sakura Alia yang sarat mengandung. Kemudian kemunculan Ryan dan Chee Mei rakan Sakura di Jeju membuat kita tertanya-tanya tentang akhirnya...sehinggalah ia terlalu manis untuk ditutup sebab Sakura dan Ryan rupa-rupanya kahwin serentak dengan Jamil dan Puan Alice.

Jalinan cerita dan percintaan begitu kemas disusun dan gaya bahasa juga indah. Ada puisi dan catatan cinta.Diselitkan juga dengan keindahan tempat-tempat di Korea. Jika telenovela,kita disajikan dengan gambar permandangan indah namun novel ini berjaya menghuraikan keindahan ini menggunakan struktur ayat. Saya bukan hanya tertarik dan terbuai dengan kisah cinta Korea ini tetapi juga informatik tentang beberapa perkara terutamanya Mysterious Road di Pulau Jeju. Saya mencari info tentang tempat ini di dalam Google dan membincangkannya serta teori fizik magnetic dengan kakak NB , menarik sekali. Kak NB seterusnya memberikan saya pepatah : Orang tidak membaca samalah dengan orang yang tidak mengembara dan orang yang tidak mengembara samalah membaca hanya satu mukasurat sahaja.

Tahniah Zuliana atas kejayaan novel ini. Kawan-kawan dan saudara saya yang terlebih dahulu membaca novel ini semua memberikan thump up dengan novel ini. Dan saya begitu puas dan teruja selepas membaca novel ini. Teruskan Zuliana dan saya menunggu novel anda seterusnya. Selamat majujaya, all the best wishes from me.

Sorry Seems To Be The Hardest Word

1

Posted by Leeza | Posted in

What i got to do to make u love me?
what i got to do to make u care?
what do i do when lightning strikes me?
and i wake to find that u're not there?

What i got to do to make u want me?
what i got to do to be heard?
what do i say when it's all over?
Sorry seems to be the hardest word

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
and it's getting more and more absurd

It's sad, so sad
why can't we talk it over?
oh, it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.


Lirik lagu ini pernah disiarkan dalam novel kak NB : Hati Luka.Namun saya meminati lagu ini lama dulu....sejak saya mendengarnya. Tiap kali saya frust dan setiap kali hubungan berakhir, lagu ini menjadi melodi dalam diri saya. Tetiba saya teringat soal hati...maybe dalam saat-saat susah kehidupan di sini, masalah air dan elektrik yang selalu tak ada, kemudian cuaca yang panas....dan berjaga-jaga dengan kesihatan mak dan anak-anak di rumah, menjadikan saya sayu tiba-tiba.

Dalam saat-saat begini entah kenapa semua bekas saya datang kembali dengan pelbagai masalah mereka. Jika dulu memang saya layan sebab itu gunanya teman wanita....namun sekarang untuk apa lagi kembali kepada wanita yang ditinggalkan. Bukan sekali saya membantu ,melayan juga dan saat dia dah berjaya menyelesaikan masalahnya , dia kembali meninggalkan saya.... seakan saya ini akan menuntut satu komitmen...macam desprate sangat. Saya harus kuat, belajar dari kelukaan semalam. Lelaki saat hidupnya digoncang derita dan merana ia lebih lembik dari wanita . Nasihat saya cuma satu..kembali pada ALLAH dan dekati diri denganNya. Hanya DIA yang dapat membantu bukannya saya.

Semalam saya cukup terasa dengan seorang sahabat ini. Saya tahu niatnya ikhlas...konon nak carikan saya pasangan hidup. Alahai sahabatku, jika ia pun janganlah jual saya sampai ke Nigeria. Apa-apapun....setakat ini hidup saya cukup terisi dan bahagia seadanya.Kalau saya sedih, saya nyanyi lagu di atas tu lah.....sampai muak.hehehehe.



BELAHAN JIWA oleh Zara Aluwi

4

Posted by Leeza | Posted in


Novel ini saya tamatkan pembacaannya tepat jam 8:50 malam. Saya tamatkan dengan hati gembira sebab pengakhirannya kegembiraan. Pada mulanya saya merasakan saya sedang membaca buku sejarah,penuh dengan tarikh. Kita dibawa ke zaman silam untuk mengenali latarbelakang watak utama dan rentetan dari latar belakang dan salasilah ini kita melihat perkembangan watak dengan watak-watak sampingannya. Plot dikembangkan dengan perjalanan hidup watak utama dan pertautan berdasarkan hubungan saudara dan sahabat. Belahan Jiwa lebih merupakan kisah dalam satu keluarga besar ANNE. Anne menjadi pusat pertemuan antara keluarga ini. Jika membaca novel ini , saya harus membuat peta minda dulu barulah saya dapat membuat pertautan antara watak. Kemudian saya gunakan formula Matematik untuk menyelesaikan masalah bagi memahami novel ini. Saya tak dapat gunakan formula Sains sebab penulis dah tulis dengan jelas sebab dan akibat. Senang nak faham novel ini sebab saya gunakan kaedah penyingkiran watak-watak sampingan yang terlalu banyak.

Novel mengisahkan Anne yang kehilangan ibubapa dalam letupan bom , kemudian abang dan kakak iparnya mati dalam kapalterbang terhempas. Dia dijaga oleh pengasuhnya merangkap ibu angkatnya. Dia menjaga Amri anak saudaranya. Anne bercinta dengan Alex ,anak MR WONG yang selama ini disyaki pembunuh arwah ayahnya. Persahabatan dengan Zamri dan Alex menghasilkan kerjaya di bidang IT yang canggih. Saya ungkapkan dari segi tema cerita :
1. Percintaan
a. Anne dan Alex -tersekat-sekat kerana dendam .kemudian halangan daripada Juita, ibu angkat Anne. Namun pengakhiran cinta mereka amat manis. Jalinan cinta tidak meleret-leret dan tidaklah jiwang karat.
b. Amri dan Swee Lan - Cinta remaja ,biasalah sentiasa bergoyang...bila tak tahan menerima godaan. Saya tak suka part Amri mencium Swee Lan di khalayak ramai semasa makan di medan Selera ,the Mines. Alahai .... janganlah sampai jadi ikutan oleh remaja zaman kini.

2. Teknologi GPS - penciptaan teknologi ini membuatkan cerita ini seperti cerita bersiri polis. Saya melihat telenovela polis Hongkong. Kak zara nampaknya arif dengan kepolisan dan menarik sekali. Saya dah bayangkan watak Anne ini macamana....wanita yang berwibawa....macam Michelle Yeoh....( kalau perempuan berusia macam saya tentulah pilih wanita berusia juga...) Banyak kisah dia paparkan seperti kes penculikan anak kecil, penyeludupan dadah dan senjata api, kes pukul dan penipuan harta . Jikalau GPS ini memang wujud dan pihak polis seluruh dunia gunakan untuk tujuan kepolisan pastinya jenayah antarabangsa dapat di banteras dengan jayanya.

3. Kegiatan pelacuran akibat kepincangan rumahtangga seperti Bedah dan Kundur. Masalah moral dalam novel ini jelas menyedarkan kita bahawa masyarakat tidak harus mengabaikan tanggungjawab sosial jika berlaku kepincangan moral . Saya kesal dengan kedegilan dan keegoan serta bodoh sombong si Wahid sehingga cucunya Amirah menerima nasib malang sehingga meninggal dalam HIV yang kronik.

4. Tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Anne bukan hanya membela nasib anak-anak kampung yang tidak mampu ke sekolah seperti Kassim dan anak2 Pak salleh tetapi juga mengikuti program sukarelawan antarabangsa seperti di Somalia dan Afghanistan.

Namun kak Zara mempunyai banyak kelemahan sehingga novel ini menjadi sesuatu yang tidak menarik .
1. Watak terlalu ramai dan dia memberi penerangan tentang watak dengan penceritaan di sekitarnya. Saya mulanya pening kepala membaca novel ini sebab terlalu ramai nama yang disebutkan. Ia melarikan fokus ke arah watak utama. Jadi, saya harus jadi bijak ketika menyusun watak-watak dalam novel ini.
2. Ada beberapa perkara yang musykil tentang novel ini.
a. Kejadian letupan bom. Sewaktu kereta Andrian rosak dia dibantu oleh seorang cina di tepi jalan yang menawarkan untuk membaiki keretanya. Andrian seorang polis yang berpengalaman dan berpangkat....dia tentu lebih arif tentang kereta dan tentulah dia takkan membiarkan cina itu membaiki kereta seorang diri . Seorang lelaki biasapun akan keluar dari kereta dan sama-sama menyibuk untuk membaiki keretanya. Saya sendiri kalau servis kereta, saya akan jenguk sama dan becok bertanya itu ini jika kereta saya dibuka. Dan dompet Andrian yang terpelanting...bagaimana boleh tersadai di semak tempat kejadian? Sebelum meletup, sempat lagi ke Andrian melemparkan dompetnya ke luar tingkap kereta? Bukankah lelaki menyimpan dompetnya di dalam saku seluar?
b. Kejadian Anne berjogging ketika di Kuala Muda. Anne berjogging pada waktu pagi dan ketika balik ke rumah dia sempat turun ke pantai di belakang rumah mencari lala. Hahaha..kak Zara , senang betul Anne mencari lala tersebut? Lala kena dicucuk dengan lidi dulu baru ia mudah diambil.
3. Bahasa yang digunakan lebih banyak penceritaan orang ketiga. Kak zara gunakanlah dialog untuk menceritakan kisah supaya kita boleh mencerna dan menginterpretasi maklumat sendiri.

Keseluruhannya cerita novel ini okay. Ceritanya menarik dan ditulis dengan detail terutama bahagian tengkorak Amri yang dibedah. Mungkin penulis banyak idea dan cerita sehingga gaya bahasanya tidak menarik....mendatar sahaja. Keseluruhan cerita lebih kepada cerita polis dan tanggungjawab sosial. Banyak iktibar yang kita dapat, cukup menginsafkan terutama penggunaan bomoh yang salah. Walaupun saya resah gelisah, namun saya puas hati dengan novel ini.

Kepada rakan-rakan yang belum membaca novel ini, dapatkan dari NBKara sdn bhd. Harga rm19.90. Bacalah sebab ia menguji minda dan kefahaman kita. Banyak kisah tauladan di dalamnya....ada realiti tentang kepincangan masyarakat Melayu di luar bandar. Jangan hanya membaca novel cinta sahaja kerana cinta bukan segalanya dalam hidup ini.