Hati Terpilu

0

Posted by Leeza | Posted in

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 telahpun tamat semalam. Biarpun saya hanya sempat menghadirinya selama dua hari namun saya dapat merasai bagaimana sebuah pesta buku berlangsung. Bagi yang baru pertama kali ke pesta buku seperti saya ini bagai rusa masuk kampung lagaknya. Masa itu dalam hati berkata : Kalaulah ada Kak Noor kan best....hehehe tapi segan pula nak call dia. Cuma kasihan juga dengan booth-booth islamik di seberang sungai yang lengang. Takkan orang jual Al Quran nak menjerit-jerit : Al Quran ! Al Quran!. Pihak penganjur perlu usahakan lagi cara pengaturan booth-booth tersebut.

Setiap suka pasti ada dukanya. Jangan terlalu suka ketawa kerana esok-esok pasti menangis. Sekembalinya ke Sarawak, entah bagaimana tercetus sesuatu yang kurang menyenangkan .Perkara ini kecil sebenarnya tetapi pihak kedua sengaja memanjangkan isu. Saya terus mengambil tindakan mendiamkan diri sahaja kerana ia lebih baik.

Apapun juga , hidup kena teruskan. Ke mana hala tuju kena tentukan juga. Saya merasakan sesuatu yang tidak ceria lagi.....namun wajah anak-anak itu mengikat hati dan perasaan saya. Setahun dua mungkin dapat bertahan kemudian ke mana lagi kaki ini hendak melangkah? Saya perlukan suasana baru, cabaran yang baru dan ......hari ini saya mengambil CRK (Cuti Rehat Khas) untuk melepak bersama Layang-layang Bertali Kaca dan mengisi borang-borang kenaikan ke DG44.

Ole-ole Dari Kuala Lumpur

3

Posted by Leeza | Posted in

Pelbagai ole-ole saya dapat dari KL ,baik dari segi barangan ,makanan atau rentetan pengalaman. Betullah pepatah Melayu menyatakan : Jauh perjalanan luas pandangan. Dua malam saya tidur di Hotel Quality yang lokasinya 10 minit dari SOGO. Hari pertama sebaik balik dari PWTC petangnya, saya terkejut dengan paip air pancuran mandi terbuka luas dan dinding bilik terkondensasi (berpeluh) Semua dinding bilik berpeluh....ngeri rasanya.(saya takut tidur di hotel seorang diri -fobia dengan peristiwa pembunuhan di hotel yang pernah diduduki di Kuching beberapa tahun yang lalu semasa berkursus.) Kemudian saya cuba menutup paip air tersebut tidak juga berjaya. Saya telefonlah pihak hotel meminta bantuan. Dua kali saya telefon manager on duty tetapi maintenance tak juga sampai-sampai. Saya teruslah berusaha sendiri, pusing sana sini dan akhirnya paip itu berjaya ditutup biarpun tidak keseluruhannya. Kemudian ketika melelapkan mata , saya yang sedia penat dan mengantuk tidak dapat tidur dengan lena kerana sarung bantal yang satu lagi kotor, ada kesan hitam dan darah....iskkkk darah apa ? Agaknya hem hem tak? Saya baling je bantal itu bawah katil . Bath tub pula kotor. Keesokannya semasa balik dari shopping, saya sempat terserempak dengan house keeping sedang buat kerja....saya suruh dia cuci bersih bath tub, tukar sarung bantal dan tuala yang baru. Makanan di hotel pula....tidak sedap. Pendekata semasa check out saya isi borang refleksi dan markah yang saya bagi semuanya 1 iaitu paling teruk. Kemudian saya tulis komen-komen di tepi borang itu hingga penuh setiap ruang yang kosong. Bila ditanya adakah saya akan menginap lagi di sana? Saya jawab tidak. Adakah anda akan memperkenalkan hotel kepada kawan-kawan anda ? Saya jawab tidak. Tidak berbaloi dengan harganya rm188 semalam.

Hadiah tudung selendang panjang daripada kak SRI DIAH dan penanda buku : So Sweet So Nice. Terimakasih kak Sri.

Jam tangan SOLVIL ,hadiah daripada Kak NB ....hadiah hari jadi saya. Terima kasih kak...sayang saya nak pakai hari-hari. Cantik sangat. Masa balik hari itu, saya guna jam lama saya, dan jam ini saya simpan dalam beg kerana saya takut ia tercalar akibat membawa beg-beg yang berat. Sekarang ini saya dapatkan plastik untuk menutup cover muka jam dari kedai jam. Sayang sangat.

DODOL.....oh DODOL. 11 bungkus kak NB bagi...dodol Pak Haji Melaka yang bahagia dengan keluarganya. Sedap dodol ini....kedekut saya nak beri pada orang lain. Hehehe.... 4 bungkus saya bagi pada 4 beradik saya , sebungkus saya bawa ke sekolah (siapa cepat dia dapat) dan sebungkus saya bagi kepada boss saya. 5 bungkus untuk saya sendiri....seketul sehari. Jangan hairan....sini tak ada dodol sebegini.

Ini pula Inang-inang. Kakak pesan goreng satu-satu sebab ia membesar bila digoreng. Ingatkan besar tapak tangan , rupanya besar sikit je ....bolehlah goreng 2 sekali. Rasanya seperti kuih bepang. Sedap, masin-masin. Luqman kata kalau manis baru sedap....hehehe budak gula.

Kuih ini kita panggil KUIH MANDA (disebut kuih mando....dulu masa kecil saya panggil kuih kancin baju @butang baju)Sama rasa ...dan akak saya beritahu namanya kuih denderam atau telinga batak. Yang ini kesukaan mak saya. Awal-awal dia simpan untuk dirinya sendiri...macam budak-budak.


Memula saya tengok kuih ini, saya cakap : cantiknya keropok ni. Nanti gorengkan ? Hahaha...Bibik dan kak NB menjerit , eh jangan . Makan terus. Rupa-rupanya biskut bawang. Kak NB pun tak tahu nama , Ustazah di sekolah saya beritahu itu ialah biskut bawang manis.
Ada satu lagi kakak bagi iaitu Keropok ikan @keropok lekor kering. Saya juga membeli berbagai jenis roti gardenia di SOGO. Penuh sebeg merah dan saya letakkan di dalam kargo....akibatnya bila sampai di rumah semua roti penyek dan flat kena timpa. Silap sendiri juga...hehehe.


Ini novel-novel yang saya beli pada hari pertama di PBAKL. Mak dan kakak saya merungut sebeg besar penuh dengan buku-buku. Kata mereka : Sikde apa usu beli, buku-buku saja...hehehe. Ada juga barangan lain yang saya beli seperti pakaian, kain , tudung dan beg-beg.Layang-layang bertali kaca saya beli 4 buah : diri sendiri, CT, Ain dan Madam T. anis Ayuni 2 buah : diri sendiri dan kak Jacque. (dia peminat Anis Ayuni tetapi sayangnya penulis ini tiada dijumpai semasa di PBAKL )


Jangan ingat saya baca novel sahaja. Saya juga beli bahan-bahan bacaan bukan fiksyen . Sebuah buku PTS : Buat duit dengan internet saya hadiahkan kepada Boss saya. Belajar saat akhir dan soal jawab masalah remaja saya belikan anak saudara saya Farah dan Farid.


Ini pula yang saya beli pada hari kedua di PBAKL. 4 naskhah komik yang saya beli adalah untuk anak saudara saya Danial. Dia pesan komik Batman...tetapi saya tak jumpapun di PBAKL. Tafsir Al Quran pula saya beli dengan harga rm 30, buku yang sama di Kuching harganya rm50. Jimat rm20.


Tahun ini saya bertekad untuk lulus PTK bulan Jun nanti dengan 4 flat untuk dua-dua kertas. bagi menambah bahan yang ada saya belikan 3 buah buku ini....insyaAllah akan dihabiskan dan ditelaah tak lama lagi.


Pergi Kl sombong nak bawa beg kepit warna coklat....seharian pakai ke hulu dan ke hilir saya rasa sakit bahu pula. Maka dengan sukacitanya saya membeli beg selempang ini dengan diskaun 70%, harganya selepas diskaun rm50.90. Amat menyelesakan.


Jeng-jeng ...masa balik dengan Air Asia flight jam 12.55 a.m. Tengah malam itu saya sudah 2-3 kali bangun mengemas sebab saya nak bahagikan beg dengan barangan yang hendak dibawa. Akhirnya saya membeli beg galas ini dengan harga diskaun 70% iaitu Rm80.90. Di dalamnya saya isikan dengan tafsir Al Quran, beberapa buah buku, sebotol air mineral dan 4 bungkus dodol. Dodol selebihnya dan buku-buku yang lain saya padatkan dalam sebuah beg troli untuk di bawa masuk kabin. Beg biru berisi pakaian-pakaian dan beg merah berisi roti saya masukkan ke dalam kargo...beratnya 12 kg. Beg troli saya tak timbang..takut nak tengok berapa beratnya. Beberapa kali pegawai bertugas mengingatkan bahawa beg kabin tak boleh melebihi 7 kg. Saya angguk sahaja.


Namun...keberanian saya kian surut semakin mengecil bila menunggu masa untuk boarding bila melihat pintu masuk ini. Ia dikawal ketat. Sebelahnya ada ukuran saiz beg dan sebelah lagi ada timbang beg. Ia guna neraca timbang kedai ....mak aiii...saya perhati seorang demi seorang penumpang yang masuk. Mereka tidakpun memeriksa dengan ketatpun. Macam penjenayah sahaja lagaknya...aduhai. Saya tak takut bayar denda lebihan berat tetapi takut ditahan daripada memasuki kapalterbang....esok kan nak kerja. Akhirnya dengan lafaz Bismillah dan berdoa dalam hati banyak-banyak, saya terus melangkah dengan penuh yakin. Beg sandang saya sandang di belakang, beg plastik sogo saya bimbit sebelah dan beg troli saya heret dengan santai...buat-buat kelihatan ringan. Ketika ditahan mereka hanya memeriksa pas masuk...dan bila sudah melepasi, saya rasa sangat lega.....nasib tidak berpeluh-peluh. Ternyata saya tidak boleh jadi jahat ......dan orang yang takut-takut buat jahat macam ini selalunya mudah ketahuan. Teringat masa di darjah satu lalu, gara-gara cikgu garang bermisai melenting, saya tidak boleh siapkan latihan dan saya melarikan diri dengan terjun keluar melalui tingkap kelas. Hahaha....sekarang saya yang garang menyebabkan anak-anak lari ke tandas bersembunyi semasa kelas Sains.

Sekarang badan saya masih terasa sengal kerana semput membawa beg yang berat....Air Asia, naik turun dengan tangga. Entah berapa kilokah beg troli tersebut ? Sedangkan novel NB, Layang-layang Bertali Kaca sudah seberat 2 kilo inikan pula 4 novel....hari itu hendak timbang di rumahnya tak jumpa senaskahpun. Apa yang Mersik katakan : tak mengapa berat barang di bawa, asal beratnya pengalaman manis di PBAKL dibawa pulang untuk kenangan sepanjang hayat.

Terima kasih untuk semua warga KL yang baik hati....terima kasih sejuta kali. Terima kasih akak atas semua yang akak beri, masakkan saya makanan-makanan yang sedap, dan Pak Seyit yang sentiasa baik hati dan penyokong kuat isterinya. Terima kasih Kak Sri atas kesudian dating dengan saya selama 2 hari dan hadiah terbaru yang akan akak pos kan pada saya....

PBAKL 2010 : My Second Day

3

Posted by Leeza | Posted in

Pada hari ke dua Pesta Buku, 20 Mac 2010 saya bercadang ke sana selepas zohor. Saya sudah berjanji dengan kak NB untuk ke sana lagi hari itu. Seawal jam 830 pagi ,saya menapak di sepanjang Jalan TAR. Ketawa besar Kak NB bila tahu saya sudah berada di jalan TAR....sebab manalah kedai yang buka seawal itu. Kenapalah kedai-kedai di KL tak beroperasi ikut masa pejabat? Nanti buat cadangan di kabinet...hehehe berangan je lebih. Saya menunggu di luar SOGO bersama beberapa orang yang lain. Atleast, takdelah cuma saya sahaja yang tercongok depan SOGO pagi itu. Bila sudah berada di dalam SOGO, saya explore semua tingkat dan gerai yang ada di situ. Rambang mata tengok semua barang-barang berjenama yang berdiskaun sampai 70%. Sedang saya sibuk shopping sakan, Kak Sri Diah call bertanya lokasi saya. Lantas saya berjanji akan ke Pesta Buku petang. Saya terpaksa membeli sandal kerana kaki saya sudah melecet memakai kasut.....dan kali ini saya berjaya menggunakan LRT berseorangan.Best.....saya dah pass pakai LRT alone.
Saya sempat menyaksikan persembahan nasyid kumpulan Saujana dengan lagunya Patah Hati. Sedap lagu itu....bila habis mereka buat persembahan, semua penonton bersurai...hehehe. Hari itu,gerai 'Mustread' mengadakan program bersama peminat . Antara kumpulan yang sertai program tersebut selain Saujana ialah kumpulan Raihan dan Rabbani. Gerai ini terletak di sebelah gerai NB Kara sahaja .


Bila sampai ke NB Kara, saya terjenguk-jenguk dan jumpalah budak handsome ini, Anuar Kamaruddin penulis baru NB Kara : Blog Priasetia. Teruja betul dia tengok saya...keh-keh. Dia adik yang baik , peramah dan pemalu.... iskkk camner nak promote novel sendiri ni dik? Diam dia diam berisi....dalam kepalanya itu jika diblutooth, boleh menjana billion rm ...sebab mindanya penuh dengan program grafik , kreativiti, idea-idea yang serba baru....SELAMAT DATANG KE DUNIA PENULISAN , NUAR. Stay The Way You Are....Being humble is not stupid.

Hahaha...tengoklah telatah sejoli ini. Satu bakat Nuar yang saya tahu ialah menjadi bakal ayah mithali. Saya bukan sahaja nak promosi novelnya tetapi juga nak promosi orangnya ini.... PENGUMUMAN : sesiapa yang suka kan orang ini, sila hantar resume dan borang permohonan....tarikh tutupnya endless sehingga terpilih oleh yang empunya. Kena hadiri temuduga dahulu ya...hahahaha. Nuar : jangan muncung muka tu tahu. Sik kacak kitak kelak.

Baru beberapa jam saya duduk di NB Kara, kak SRI DIAH call ajak dating lagi di cafe luar Dewan Karangkraf. Hahaha...dia sesak dalam dewan terlalu ramai...berjalan di dalamnya sampai berlanggar bahu. Buku-buku yang dijualpun tak nampak...kena menyelit. Kami berbual dengan 2 orang staf karangkraf yang handsome-handsome. Hehe thank you adik-adik sebab very friendly to me.

Selepas Kak Sri Diah kena pergi ke seminar , saya terus balik ke booth NB Kara . Akak saya dah call minta saya balik ke NB Kara. Rupa-rupanya taukey Cheese Nan yang datang dengan baju serba oren. Cantiknya Idasm...manis semanis senyumnya . Tapi...hehehe kuat membebel jugalah. Dalam kereta puas saya tadah telinga mendengar bebelannya dan ada juga nada merajuk kerana saya tak singgah ke restoran miliknya di maju Junction. Pagi itu saya ada menapak jalan ke sana , tetapi separuh jalan saya berpatah balik sebab bimbang sesat. Kalaulah saya teruskan perjalanan itu sedikit lagi tentu saya terjumpa restorannya itu. Apa nak buat, takde rezeki hendak merasa cheese nan...lain kali je dik.

Mesti ada gambar dengan dia....tengoklah dia dah pandai tersenyum manis depan kamera. Tapi saya ???? Huhhhh..muka masam kerana penat dan ingat nak balik.....

Tidak dilupakan Qaisara , puteri kesayangan NB Kara malahan merupakan kesayangan semua pembaca novel NB. Bersamanya si cilik handsome Baby Solehin yang mulutnya penuh dengan cucur udang hasil tangan NB.

Hari ini saya shopping buku lagi. Saya membeli 4 buah komik , 3 buku PTK , sebuah novel : Saga Tiga di Creative dan sebuah Tafsir Al-Quran. Saya terpaksa berhenti mengenangkan barang-barang saya yang sudah sedia banyak itu....cukuplah.

Lebih kurang jam 6 petang saya balik bersama Idasm yang sudi tumpangkan saya ke hotel. Sebelum bertolak balik, saya memeluk erat kakak saya NB...entah bilalah akan bersua lagi....semoga Allah mengizinkan pertemuan kami masa akan datang. Terima kasih untuk semua di NB Kara dan semua novelis yang saya jumpa pada hari itu. Cuma saya terkilan sebab saya tidak dapat mencari Kak Zara , Kak Noor , gerai Jemari Seni dan gerai Kaki Novel. Apa-apapun, saya akan datang lagi ke Pesta Buku Antarabangsa KL tahun depan.

PBAKL 2010 : My First Day

0

Posted by Leeza | Posted in

Teruja banyak kali kerana akhirnya dapat merasa pengalaman di Pesta Buku Antarabangsa KL. Jika dulu , saya tak pernah ambil tahu dengan pesta buku ini namun sejak mengenali dunia buku secara serius , saya merasakan ia adalah suatu pesta yang best. Pada 19 Mac 2010,awal pagi lagi saya sudah bangun, jam 3 pagi. Saya mandi jam 5.30 pagi dan menunggu waktu subuh. Pakaian telah saya siapkan awal-awal malam tadi. Kak NB dan Bibik awal-awal lagi bersilat di dapur menyiapkan bekalan makanan untuk di bawa ke PBAKL. Ini antara menu sarapan pagi saya selain nasi dengan kari kerang iaitu tempe goreng dengan daun bawang. Sedap sangat, tak tahu saya bahawa tempe boleh dimasak sebegini. Selalunya ia dibuat sambal tempe goreng dengan kacang dan ikan bilis. Nanti nak cari tempe dan buat sebegini.Sementara menunggu masa untuk bertolak ke PBAKL, saya melayan Si Puteri ini berposing. Tengoklah gayanya....dia menggunakan t-shirt ekslusif JOM BACA : NB KARA sdn bhd.

Teta, gaya apa ni sayang ? Hahaha....dia tengah memikirkan gaya-gaya dengan tongkat bercahaya yang dibelinya semalam di tapak pesta belon udara panas.
Sebelum ke PWTC, saya dan Kak Jah singgah di SOGO dahulu untuk shopping beg troli. Kak NB dan yang lain terus ke PWTC. Saya dan Kak Jah berpecah untuk memudahkan kami membeli barangan masing-masing. Saya dapati banyak sale .....rambang mata saya melihat semua barangannya. Saya mencari beg troli terlebih dahulu dan saya jatuh hati dengan beg ini sebab diskaunnya 70% dan ia mempunyai extension yang boleh dibuka untuk menambah kuantitinya.Kemudian saya uruskan check in di Hotel Quality seawal jam 1230. Sementara menunggu waktu zohor saya mandi dulu....hehehe sejak tiba , saya asyik mandi sahaja.Selepas zohor kami berdua bertolak ke LRT yang berdekatan dengan hotel. Jenuh mengheret beg kosong naik LRT. Ada beberapa perkara yang melucukan sehingga saya dan kak Jah tak henti ketawa. Agaknya Kak Jah dah lama tak naik LRT.Terima kasih Kak Jah (kakak kepada NB). Bila tiba di PWTC kami hanya mengikut arus orang yang ramai , tidak susah mencari tempat PBAKL diadakan. Namun kami tak berani hendak teruskan perjalanan ke tempat NB Kara. Nasib baik ada Ojan yang tolong mengambil kami berdua dari pintu masuk. Kesian Ojan berpeluh-peluh dia bila sampai. Rupa-rupanya dia mencari kami berdua di pintu masuk yang lagi satu.

Inilah rupa pintu gerbang PBAKL menuju jalan masuk ke Dewan 2 di seberang sungai. Namun NB Kara sudah menyediakan banting di pintu masuk untuk menunjukkan kedudukan gerainya. Agak mudah menemui boothnya sebab Pak Seyit Kara telah letakkan banner di pintu masuk. Dia dan Ayub telah sedia terpacak di pintu masuk untuk menunjukkan gerai NB Kara.


Ini rupanya sungai yang perlu direntasi untuk ke Booth NB Kara. Di hujung sungai itu kelihatan seperti jeram berbatu. Sungai ini akan lebih cantik jika ia bersih dan pihak berwajib perlu mencantikkan sungai ini untuk tarikan pelancongan .Bukankah PWTC selalu dijadikan tempat rasmi?
Tak akan pernah jemu bergambar dengannya. Cuma saya lupa memeluknya erat semasa gambar diambil....bukannya tidak mahu. Cantik tak t-shirt yang dia pakai? Itulah t-shirt NB Kara khas untuk Pesta Buku ini. Di sebelah yang sedang sibuk itu ialah Iejay Zakaria. Saya perasan saya tak ada gambar bersamanya....uwaaaaaa.. diapun asyik sibuk sahaja.

Saya sempat merayau ke gerai Karangkraf dan saya berkesempatan menemui Anita Aruszi penulis novel Rembulan Berdarah. Badannya kecil dan cute. Dia bersama dengan Puan Ainon.

Saya akhirnya menemui penulis Doa Buat Suamiku iaitu Sri Diah. Masa saya sampai ke Dewan Tun Hussein Onn, dia tengah bersolat. Semasa dia sampai, dia sedang cuba menghubungi saya...dan saya terus menerpa memeluknya dari belakang.... brutal habis. Terkejut dia...nasib tak kena penampar sebiji. Kami 'dating' di cafe luar Dewan tersebut. Dia belanja makan dan saya memilih sandwiches tuna. Sayangnya novel terbarunya Cinta Yang Terpilih belum dikeluarkan lagi...kecewa sangat.

Saya mengajaknya ke Gerai NB Kara di seberang sungai. Dia mulanya keberatan tetapi saya pujuk juga, tak apalah kak, boleh diet bila berjalan jauh.

Dan inilah dia tiga orang penulis novel yang saya temui.....termasuk penulis Galau Di Hati Seri , Kusyi Hirdan . Galau di Hati Seri...isinya best...puas hati sangat. Sesiapa yang belum beli, dapatkannya cepat dengan harga diskaun 20%.

Jomlah beli novel ini....best sangat. Percayalah kepada selera saya. Jika LIZA BUJANG kata best...tentulah best. Eh...mana gambar novel terbaru NB ? Aduhai lupa pula saya mengambil gambarnya bersama dengan kakak NB . Di sini saya mencuba pengalaman menjadi promoter dan jurujual....siap orang tanya, siapa ni? Hahaha... menyibuk saya ini. Alhamdulilah , saya dapat menjawab segala pertanyaan peminat dan pengunjung NB Kara dengan baik....

Sebelah pagi Nik sudah sms bertanyakan kedudukan saya. Dia janji hendak buatkan saya karipap yang sedap. Memang sedappun rasanya. Pada sebelah petang dia membawa kesemua ahli keluarganya dan anak-anaknya sekali. Tiga puteri Nuruls. Si Iman yang berbaju kuning menyambut harijadinya hari itu....

Berapa buku yang saya shopping ? Hmm, saya membeli 23 buah buku (14 novel dan 9 non fiction). Novel Layang-layang bertali kaca sahaja sudah ada 4 buah. Saya mendapat juga layang-layang kecil hadiah novel tersebut namun saya tidak sanggup membawanya balik ke Sarawak, jadi saya pulangkan balik 4 layang-layang itu untuk diberi kepada peminat yang lain. Penuhkah beg itu ? belum lagi....masih ada sehari lagi untuk shopping di PBAKL. Beratnya beg tersebut tak payah nak cakap, nasib baik ada AYUB yang gentleman .....dialah yang tolong saya mengheret beg dan mengangkat beg tersebut balik ke hotel....opps, sampai luar hotel je tahu. Terima kasih Ayub.

Panasnya Bahang KL

4

Posted by Leeza | Posted in

Saya dah kembali dari percutian KL. Saya akan updatekan kisah seribu rasa yang saya cicip semasa di Kl selama 3 hari . 18 Mac 2010, saya berangkat dengan debaran yang kuat, hati yang gembira kerana akhirnya saya dapat bercuti ke KL. Pagi itu sempat saya pergi ke sekolah untuk mengambil selotep besar buat membungkus kotak ke Kl. Kemudian menunggu anak dara yang saya tugaskan membawa kereta saya balik bersolek sakan...entah-entah baru bangun tidur sedangkan saya dah pesan awal-awal, jam 10 pagi mesti dah standby. Tapi mahu sejam juga saya menunggu...kemudian saya ajak singgah kedai beli sikat rambut yang terlupa. Sampai Kl baru sedar lipstik pula tertinggal...Akhirnya jam 11.15 pagi masih sibuk check in, dan semasa kak NB call tak kuasa nak angkat sebab sibuk di kaunter....dan bila dia tahu, membebellah dia dalam sms.

Sepanjang penerbangan, kebetulan saya duduk dengan seorang guru KAFA yang baru hendak merasa naik belon....banyak punya soalan yang boleh buat kita terjun belon jika tak sabar. Saya buat-buat pejam mata dan tidur sebab kepala saya dah pening nak jawab soalan brutalnya .Contoh soalan : Kak, orang tu siapa? penumpang jugakah? Kalau dah berada dalam belon yang terbang tinggi takkan bukan penumpang pula? Saya jawab : bukan , orang yang sahaja nak tengok. Semasa keluar dari belon, bahang Kuala Lumpur sudah menyerbu...isk..panasnya. Jam 2.30 kak NB datang ambil dengan Qaisara yang tidur di tempat duduk belakang. Pergi tidur, balikpun tidur. Uminya cerita dia sejak jam 10 pagi sudah bersiap awal hendak ke airport mengambil Teacher Liza Bujang....mak aiii...nama penuh lagi. Dia agak malu-malu , agaknya masih mamai. Dan kedatangan saya disambut dengan masakan kak NB , makanan kegemaran saya , kari kerang dan sotong masak kunyit....juga pertama kali makan lasagna . Kari kerangnya sedap sungguh...saya makan hingga kenyang. Lasagna saya makan sedikit sebab dah kenyang...sampai kak NB tegur asal tak makan....saya kata saya akan makan lagi lepas mandi dan solat. Saya makan lagi lasagna tersebut ...ini baru muka tak malu. Kari kerang yang sedap sangat....belum pernah jumpa kari kerang sesedap ini. Kalau kak NB tak jadi penulis ,baik suruh dia jadi chef atau buka restoran. (Ini mesti peminat mahu menangis guling-guling kalau baca ayat ini....tanpa novel NB tentu sunyi dunia buku kan ?)

Sotong masak kunyit...pun sedap sangat.Dia masak tak pedas sangat....khas untuk saya yang tak tahan pedas.

Lasagna ....sedap. Menyesal tak minta untuk dibawa balik ke hotel keesokannya.

Malamnya kami pergi ke Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya. Kami asyik tersesat sahaja mencari lokasi pesta. Kami berhenti di tepi jalan sekejap sebab saya hendak mengambil gambar di jambatan besi. Bersama Qaisara....sejak petang dia asyik berkepit dengan saya di bilik dan bersembang . Bila saya mengajar dia 'body parts" dalam buku stickernya, dia menjawab : teacher saya tak ajar ini...uwaahaa..Tapi dia cepat faham dan daya ingatannya jenis A+++.

Gaya Hakim melayan si Teta melihat belon panas.

Berjam-jam pekerja berusaha untuk memanaskan belon udara panas ini. Nak suruh belon kembang kemudian naik pula....susahlah mulanya lebih kurang jam 8.30 malam....orang sudah ramai menunggu .Hanya tiga sahaja belon yang ada dan rasanya ia hanya sekadar tontonan umum sahaja.

Bergambar dengan kakak kesayangan saya, idola saya, novelis no 1 saya .....dan kesayangan semua peminat novel NB.Tengok kak NB murah senyum, saya pula yang masam muka...hehehe.

Bila balik, kami singgah di gerai-gerai yang ada . Kami berhenti di gerai menjual button kasut croc. Mula-mula saya tengok benda ini saya ingatkan magnet fridge....bila tanya, si penjual tu cakap 6 Rm 10. Rupa-rupanya ia aksesori untuk kasut croc ini.

Contoh kasut yang dihiaskan dengan button .


Saya membeli sepasang untuk cucu kesayangan saya , Putri. Teta juga beli kasut ini dengan warna yang sama. Hakim pula sudah lama memiliki kasut croc.

Semasa balik kami sekeluarga ( kira keluargalah) singgah di gerai makan dekat Taman Rahmat yang tidak jauh dari sekolah Hakim. Saya memesan kuie Tiaow goreng basah...dan pedasnya ,fullamak . Berpeluh-peluh saya makan sehingga Ojan dan Hakim pun senyum...

Ini pula milik puteri kesayangan NB dan Seyit Kara....malam itu saya tidur di bilik Teta. Kali ini saya tidak risau akan merobohkan katil lagi....empuknya tilam membuat saya tidak dapat lena. Katilnya amat kuat, sehingga bila turun dan terpijak empuknya tilam , ibu jari kaki saya tersepit di celah hujung katil....mahunya tidak sakit.

Terimakasih kepada NB kerana layanan yang amat baik, hotel terbaik bagi saya....masakan yang paling sedap. P.s : Pagi tadi semasa di airport, Kak NB boleh call bagitahu satu jenis menu dia lupa masakkan untuk saya : burung puyuh goreng....hahaha.

REMBULAN BERDARAH oleh Anita Aruszi

0

Posted by Leeza | Posted in


Novel Rembulan Berdarah karya Anita Aruszi adalah hadiah daripada adinda Ain Ismail. Terimakasih dik. Jika dia menyatakan sesebuah novel itu best ,tentu tepat citarasanya . Novel ini saya habiskan dalam tempoh 5 hari kerana terpaksa bersaing dengan kerja, sukan dan keluarga.

Kisah di dalamnya tentang cinta, keluarga , harta , persahabatan , kesetiaan, belas ikhsan dan kongsi gelap. Puas....itu yang dapat saya katakan kerana membaca novel ini seperti menonton sebuah telenovela di televisyen. Penulisnya cukup bijak menggarap semua plot sehingga kita hendak tahu banyak perkara. Cinta yang diperkatakan antara Nasriq , Raihana@Duha Maisara dan Zafran tidak terlalu kejiwangan ,malah sukar untuk mengungkapkan kata cinta sewenangnya. Hanya dua hati yang telah bertaut mampu membicarakan cinta dari pandangan mata , hati dan perbuatan. Namun keseluruhan kisah berkisar konflik dalam keluarga , dendam dan tamak menguasai hati Engku Iskandar sehingga dia berkomplot dengan kongsi gelap Black Parade ( Albert Wong) untuk menghancurkan keluarga Zainal Ikram demi harta. Kita diumpamakan menaiki 'roller coaster' ketika membaca novel ini....trajedi yang menimpa terhadap keluarga Raihana sehingga arwah ayahnya dituduh menjadi pembunuh dan meninggal di penjara. Ibunya Maisara pula disuntik ubat sehingga koma dan kemudian menjadi gila di rumah sakit jiwa Ar Raudhah. Dan Raihana sendiri diculik kemudian hendak dijual sebagai pelacur di Thailand. Mujurlah anak yang baru berusia 12 tahun ini sangat bijak untuk melarikan diri dari sebuah lori dan merentasi hutan kemudian menyamar sebagai Duha Maisara yang hilang ingatan.

Cuma watak Asri adik Zainal Ikram yang muncul selepas 12 tahun untuk memperjuangkan nasib Raihana dan mencari dalang sebenar disebalik pembunuhan Zainal Ikram menimbulkan syak wasangka. Katanya cuma 2 tahun ini dia berjaya menjejaki Molin Rahman untuk membongkar wasiat asal Zainal Ikram. Kenapa dalam tempoh 10 tahun dia gagal menjejaki Raihana dan ibunya ? Bukankah dia seorang bekas komando yang kenal rapat dengan pihak polis ? Mungkinkah kerana 2 tahun ini usaha Inspektor Jason menyamar dan masuk dalam A&K Construction sebagai pembantu Estella Wong membuatkan pihak polis berjaya mengaitkan dengan trajedi 12 tahun lalu ? Saya sukakan watak Bustamam seorang ayah yang gila judi , sejahat manapun dia rasa kasihnya terhadap anak angkatnya Duha Maisara membolehkan Duha dilindungi oleh Mama Jun dan pekerja-pekerja kelab malam Blue Ocean. Malahan ketika Black dan konco-konconya mencari Duha Maisara, ayah ini berusaha menyelamatkan si anak. Banyak kisah yang diadun dengan kemas , watak pula tidak terlalu banyak....rahsia demi rahsia dileraikan dengan baik. Penulis berjaya membuat kita tertanya-tanya anak siapakah Nasriq Adli itu dan kenapa Estella ,Reyna dan Albert begitu melindungi Nasriq? Tahniah buat Anita Aruszi kerana berjaya membawa dunia kongsi gelap ala mafia dalam novel ini. Hmmm...kalung permata saphire oren milik Duha yang tercicir bukankah telah diiklankan oleh Erman ? Kenapa Duha Maisara tidak menuntutnya ? Mungkin lebih teruja jika Duha Maisara melihat iklan tersebut dan menuntutnya ? Namun takkan nak temukan watak hero dan heroin semudah ini? Keciciran kalung dan ditemui di rumah lama arwah Munif menyatukan satu campur satu menjadi dua....perfect.

Gaya bahasa , perbendaharaan kata serta struktur ayat yang digunakan juga baik dan mudah difahami. Kesalahan editing juga tiada atau saya terlepas pandang? Secara teknikal , typing error juga rasanya tiada. Ternyata saya mula menyukai karya Anita Aruszi ini.

Persiapan Sebelum Cuti KL

3

Posted by Leeza | Posted in

Ada yang gelak bila saya katakan saya nak buat persiapan .....macamlah saya nak pergi ke bulan. Hahaha....teruja sungguh ini. Saya gembira dapat pergi mengembara jauh dari tempat jin bertendang , tempat lubuk masalah yang tiada kesudahannya. Lagi satu, esok-esok kalau dah terkedang atas ranjang atau bertongkat menggigil jalan tak lurus , tak mungkin saya berpeluang naik belon lagi. Aktiviti naik belon sudah jadi satu aktiviti wajib setiap tahun. Kali ini, hajat hati bukan naik belon sahaja tetapi nak naik gelembong yang besar itu....boleh saya cerita dekat anak-anak bagaimana rasanya naik kenderaan yang menjadi satu sekuen dalam teknologi pengangkutan dunia.

Persiapan pertama ialah kerja yang hendak ditinggalkan. Memandangkan saya akan balik dari KL sehari sebelum tarikh sekolah dibuka semula , segalanya kena disiapkan seawal seminggu. Markah dan laporan 2 orang trainee di bawah bimbingan saya sudah dikemaskinikan. Fail-fail Panitia Sains ,Pusat Sumber, Program Nilam, Perpustakaan serta PEKA Sains juga perlu dikemaskinikan. Khabar yang diterima hujung Mac ,pihak JPN dan PPD akan datang melawat sekolah.Persediaan menunggu mereka perlu agar tidak berlaku ketidak cekapan dalam pengurusan di sekolah. Begitu juga urusan cukai pendapatan diri dan rakan-rakan yang mengupah saya rm10 seorang.

Persiapan kedua ialah urusan rumah yang ditinggalkan. Ingatkan dapatlah meminta salah seorang abang menjaga mak semasa ketiadaan saya beberapa hari namun banyak pula aral dan alasan. Agaknya betullah, anak sepuluh orang mak dapat jaga tetapi mak seorang belum tentu sepuluh orang ini dapat jaga. Saya perlu pastikan rumah dibersihkan dan dikemaskan. Segala keperluan makanan dan peralatan di rumah dilengkapkan. Ubat-ubatan emak dipastikan masih banyak stoknya. Wang belanja untuk mak juga perlu diberikan melebihi kebiasaan. Apa yang pasti walaupun peti ais telah dipenuhkan dengan makanan, terkadang dia tentu teringin membeli ikan atau kuih muih yang dijaja dari rumah ke rumah.Atau dia kena membayar wang kupon kematian ( wang kutipan bila berlaku kematian di kampung) biasanya setiap kematian dia kena membayar rm25 sebab membayar untuk 5 beradik saya....yang wangnya rm5 selalu mereka lupa bayar balik. ( Saya selalu bisingkan hal ini-buat apa nak sibuk dengan mereka yang baliknya berbulan-bulan baru nampak muka) Begitu juga dengan semua bil-bil jangan sampai dia nampak belum berbayar lagi, walau jenuh kita jelaskan due datenya masih lama lagi. Orang tua beginilah...hal remeh selalu dianggap berat. Kalau boleh baginya , hari ini sampai bil, esok mesti jelaskan. Cucunya si Luqman saya dah tugaskan menjaga neneknya dan dia akan tidur bersama neneknya ini. Senakal si Luqman ini, dia pandai menjaga neneknya ketika demam.

Persiapan ketiga ialah beg yang perlu saya kemaskan untuk dibawa ke KL. Sejak minggu lepas mak telah ingatkan saya tentang barang-barang yang hendak dikemas. Antaranya ubat-ubatan seperti panadol, pil gastrik, minyak cap kapak, dan jujub ubat batuk. Pertambahan berat menyebabkan beberapa helai seluar sudah ketat dan tidak selesa dipakai. Begitu juga dengan beberapa helai blouse.....alamatnya seluar dan blouse akan menjadi bahan shopping di KL. Juga tengah buat cabutan undi nak pakai handbag kepit atau handbag selempang . Handbag selempang selesa dipakai ....ringkas dan selamat. Senarai buku yang hendak dibeli di PBAKL juga perlu sebab saya tak mahu membeli buku-buku yang boleh saya dapatkan melalui online. Ertinya , siapa penulis yang saya jumpa saya akan beli novelnya dan dapatkan tandatangan. Hanya yang saya minati sahaja.....yang lain-lain boleh diorder secara online. Sebabnya nanti menghadapi masalah overweight pula...kalau naik belon MAS takpe juga...ni Airasia, everybody can fly, everything can be charge. Barang-barang penting seperti handfon dan kamera mesti awal-awal disediakan.....sebab saya menganggap KL syurga membeli belah tetapi barangan kecil-kecil susah nak dapat... seperti reload xpac dan bateri kamera. Kenalah siapkan awal-awal. Kemudian beberapa cenderahati untuk yang tersayang....tambahan pula dia bakal menyambut harijadinya tak lama lagi. Semoga dia sudi menerimanya.

Jadual cuti saya padat dengan berbagai aktiviti. Setiap hari dan setiap masa. Kalau kebiasaan jam 10 malam mata sudah menguap....sekarang saya berusaha tidur jam 12 malam...itupun sepanjang 2 jam itu asyik gosok mata, menekup mulut menguap dan berbaring berguling-guling atas ranjang. Target nak habiskan stok novel yang sedia ada gagal dilaksanakan . Terdapat 7 novel masih dalam simpanan. Perbelanjaan membeli novel saya tahun lepas sudah mencecah RM1800 ,melebihi had rebat yang diperuntukkan oleh cukai iaitu rm1K. Nanti di PBAKL...berapa agaknya akan saya belanjakan? Disiplin diri kena diperkuatkan , budget kena ditentukan....biarlah rahsia sebab kena tunggu dan lihat.

Sekarang seperti apa yang Kak SRI DIAH katakan seperti menunggu hari akad nikah, begitulah agaknya debaran saya menghitung hari ke Kuala Lumpur. Semoga segalanya dipermudahkan. Cukuplah agaknya pertemuan sekali dalam setahun untuk semua pembaca novel....kerana saya sedar hakikat saya terlalu jauh.

Double Knock Out Bola Jaring dan Bolasepak Antara Rumah Sukan

0

Posted by Leeza | Posted in


Sukan antara rumah sudah bermula. Murid-murid excited terlebih sehingga pelajaran macam tak masuk je dalam kepala. Asyik cerita pasal sukan sahaja. Tengoklah hakimnya , berbaju kurung dan siap berpayung...panas agaknya. Layan je aksi anak-anak perempuan main bola jaring. Saya tak reti main bolajaring sebab di maktab saya main bola baling. Pasal baling-baling , saya pandai je...keh3.



Ini pula aksi anak-anak lelaki main bola sepak. Kalau fokus dekat, refereenya pakai kasut Pua Chu Kang sebab padang sangat lecak. Maklum seharian pagi ke tengahari hujan lebat. Namun semangat berkobar-kobar anak-anak ini seronok sahaja berlari di padang.
Budak yang pakai baju kuning dan seluar merah ini namanya Idris. Nakal dia terlebih, dalam pelajaran selalu buat hal...lemah. Tetapi dia punya otak yang bagus , sekarang semakin maju dalam pelajaran...bagaimana nak handle dia ? Senang je , layan dia macam anak sendiri, kawan dan guru dengannya. Dialah bintang bolasepak rumah Merah hingga terkial-kial ahli rumah saya dibuatnya. Sampai saya ugut dia: Idris, masuk gol, saya sekeh kepala awak....keh3. Dia sengih sahaja sebab dia tahu saya acah-acah je.
Wajah-wajah wira rumah hijau. Semuanya buka baju sebab susah referee nak cam mana satu pasukan yang berlawan. Sibuk je si Fadillah tu....nak ambil gambarpun lewat.
Ini pula penyokong-penyokong yang suka berpaling tadah. Sekejap sokong rumah hijau sekejap sokong rumah merah. Tak boleh pakai langsung.....nyibuk je nak posing sakan. Yang besar-besar tu bekas murid ....masih nakal-nakal macam dulu juga.

Pada akhir perlawanan hari ini, rumah hijau kalah bola jaring dan bolasepak. Kesian mereka....walau bagaimanapun saya beritahu mereka kalah kamu kalah bermaruah.