CUTI TAHUN BARU CINA

0

Posted by Leeza | Posted in

Tahun ini cutinya ialah 4 hari. Sebelum cuti , pelbagai rancangan diatur dalam minda.Antaranya hendak menyiap kerja-kerja sekolah dan mengemas rumah. Bermulanya cuti hari sabtu, rancangan terpaksa ditukar kerana sekolah ada program khidmat masyarakat dengan 85 pelajar dari UITM Samarahan. Siang-siang, boss sudah ingatkan saya mesti turun sebab dia nak gambar untuk diletak dalam blog sekolah. Maka setengah hari habis di situ, gotong-royong dan ambil gambar. Selepas itu baru dapat teruskan rancangan ke Kuching untuk  membeli keperluan rumah terutamanya stok makanan. Ingatkan stok makanan untuk seminggu tetapi dua hari sudah habis kerana tanpa disangka abang bukan datang dengan keluarganya sahaja tetapi juga kawan-kawan menantu dan juga adik ipar sekeluarga. Apa lagi ramai anak-anak yang pastinya suka makan dan kelaparan sentiasa. Satu yang saya tak suka ialah bila tidak diberitahu rancangan mereka ini awal-awal sebab jika saya tidak tahu maka persediaan pun tidak ada. Akhirnya saya pasrah sahaja, apa sahaja makanan yang ada saya keluarkan untuk menjamu tetamu-tetamu yang ramai ini. Contohnya , Fakhry memesan ayam KFC, maka saya belikan yang 12 ketul sahaja untuk kami sekeluarga sahaja. Bila sampai terkejut saya sebab ada 5 orang extra...maka terpaksalah kongsi apa yang ada itu sahaja. Selepas banjir semua tilam dan bantal telah saya simpan di atas. Ruang tamu tingkat bawah kosong sahaja dengan 2 kerusi tanpa kusyen. Jadi memandai sahajalah mereka selongkar tilam bantal dan kusyen tetapi saya ingatkan sebelum balik mesti kemas elok-elok sebab saya tak larat mengemas semuanya. Dan bila mereka telah balik, ternyata kemas hanya sekadar kemas pada rupa sahaja. Maka akhirnya tugas mengemas balik semula kepada saya. Satu bendapun apa sahaja yang berkaitan dengan kerja sekolah tidak dapat saya sentuh kerana budak-budak ramai. Mereka berlari, merangkak dan menjenguk, kosentrasi tiada. Saya pula bila melihat Baby Aidil menjulur di lantai saya terus ambil dan pangku sambil buka laptop. Sukalah dia melihat laptop dan tangannya cepat sahaja hendak mengetuk keyboard...hahaha. Si Baby Krisna pula tak mahu dipegang, madang menangis sahaja. Kakak Aidil si Tania lagilah, diam sahaja tetapi tangannya cepat sahaja mencapai itu ini. Jadi dua misi utama sempena Tahun Baru Cina tidak tercapai langsung. Ahad pula majlis perkahwinan adik ipar abang saya si As dan Hatta. Saya sempat menjenguk sekejap sahaja majlis mereka kerana bergilir untuk menjaga emak. Isninnya pula , majlis cukur rambut dan aqiqah si Isya, adik Putri. Apa yang menyentuh perasaan ialah, satu menu lauk ialah sambal sardin campur sawi masin , lauk yang dicadangkan oleh arwah Atok Janggutnya. Sebelum itu, Isya juga dikhatankan dan emak sempat menyaksikannya. Berhari-hari emak bercerita mengenai Isya dikhatan. Selasa barulah saya menghabiskan masa dengan meneruskan misi awal. Walaupun kesuntukan masa , saya berusaha untuk menyiapkannya. Ternyata cuti sentiasa penuh dengan aktiviti. Ramalan awal menyatakan hari ini banjir besar dengan King Tide setinggi 6.1m , tetapi syukur alhamdulilah kerana hujan tidak berterusan . Moga selepas ini tidak lagi ada banjir berlaku.....amin.

Perkahwinan Asfarizan dan Talhatta



Anak saudara  saya Zul menjadi pengapit dengan sepupunya.

Makanan Program BCP UITM Samarahan di SK Jemukan

0

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini, 21 Januari 2012, Program BCP UITM Samarahan dijalankan di SK Jemukan. Jadi, saya mengambil kesempatan mengambil gambar-gambar makanan yang sedap. Saya menjadi orang pertama menikmati makanan ini. Sedap sangat.

Batang pisang
Batang pisang yang telah dipotong kecil

Kulit sapi

Tada...dah siap, batang pisang masak lemak campur kulit sapi


ikan gonjeng masin

Nyum nyum...sedap...saya yang pertama menikmatinya.

Kari daging..sedapppp.

Syukur alhamdulilah atas rezeki yang diberikan oleh ALLAH.

Putri Demam

0

Posted by Leeza | Posted in

Gambar diambil selepas banjir ke dua.
Setiap hari Putri akan ke rumah saya menghabiskan masa menonton TV dan tidur petang dengan saya. Saya bukannya biasa tidur petang tetapi kerana dia hendak tidur terpaksalah berpura-pura tidur di sebelahnya. Selepas banjir ke dua, saya sibuk membersihkan rumah dan Putri yang degil enggan dilarang muncul juga di rumah saya. Jadilah dia mandur kecil yang selalu mengarah saya mencuci dengan cepat. Angin jugalah mendengar suaranya komplen itu dan ini. Tengah bekerja tiba-tiba dia bertanya dengan lembut. "Nek Su, nek su dah makan kah? " Itu intronya. Bila saya mengiyakan dia minta tolong saya ambilkan nasi dan air dari rumahnya di depan rumah saya. Bila saya menyuruh dia mengambil sendiri, dia enggan dan takut neneknya mengamuk. Walau nakal tetapi keletahnya menghiburkan hati saya.
Hari ini dia demam sehingga tidak dapat bersekolah. Sekolah tadika itu  jauhnya lebih kurang setengah  km dari rumah. Oleh kerana saya lewat balik dari sekolah ,jam 1 petang, maka dia saya suruh berjalan pulang mengikut jiran . Cuaca yang panas jam 11.30 tengahari itu , dengan jarak yang jauh berjalan kaki dan dia tidak menggunakan payungnya, si Putri terus demam setiba di rumah. Dia kan tidak biasa berjalan kaki sejauh itu. Bila dia demam, maka pakej penyakitnya pun turut menyerang, iaitu muntah, cirit birit,sakit kaki dan tangan....apa lagi kakak saya yang kelam kabut dibuatnya. Jadi, selepas Tahun Baru Cina , terpaksalah dia menunggu di sekolahnya sehingga saya balik dari sekolah jam 1 petang setiap hari. Teringat arwah abang ipar, datuk Putri yang dipanggilnya Atok Janggut.....kalau dia ada Putri takkan sesusah ini. Al fatihah untuk arwah. Begitulah yang saya rasa ketika arwah kakak saya pergi buat selamanya....namun kena redha dan hidup harus diteruskan . Moga kedua arwah ini aman di sana.....amin.

TRIP KE KAJANG 2

4

Posted by Leeza | Posted in

Jenuh juga saya mengupload gambar-gambar ke dalam entry saya tetapi ada masalah teknikal yang tidak dapat saya selesaikan. Maka kali ini saya upload gambar-gambar yang lain pula.

Sempat mencuba basikal elektrik warna kodok RM1850 tetapi kawan saya Khamisah yang tolong bawa sebab saya tidak tahu menunggangnya.

Yang sedang mengatur basikal itu ialah penjualnya , Zul Haron. Sesiapa yang berminat hendak memesan basikal-basikal ini boleh hubungi zulharon@gmail.com. Dari Sabah dan Sarawak pun boleh menempah. Entah apa yang si Atie tu bising dengan skuter...barangkali dia teruja sangat.

Cute kan ? Inilah anak saudara Kusyi Hirdan, Nafisah. Dia sedang menikmati aiskrim buatan Bibik.

Khamisah sedang memangku adik Nafisah, Qaym sementara dia seronok menikmati aiskrim batang. Entah apa yang dia gelak tetapi saya tahu dia gelak dengan apa yang saya cakapkan....sayapun lupa apa benda saya cakapkan padanya.

Kek birthday Teta yang ke dua.

Dua orang birthday girl sedang memotong kek. Kek kamera di depan tu kepunyaan Kusyi Hirdan.

Salah seorang rakan FB dan blogger, Tini Anuar.

Pertemuan pertama dengan si Chantek manis, Noor Edina. , dia memang manis selalu. Nice to know you, dear.

Kesian birthday mummy yang keseorangan ini, Kak Nah. Happy birthday kak Nah...May Allah bless you always.

Berkesempatan bertemu dengan Rose Harissa @Nora Ismail, novelis dan kartunis APO.

From Singapore with love, bertemu Aidah Rohaidah yang glam.

Bertemu dengan rakan FB , Iezah dengan anaknya yang cute ,Airis.

Di LCCT, kesian Teta demam sampai bertampal koyok. dan ada Bibik yang anggun.

Bersma Teta dan mak Usunya, Nurul Intissar.

Mak Cik Teta di pangkuan MacD

Biar berjuta kalipun bertemu kak NB , berjuta kali juga bergambar dengannya. hahaha.
Setinggi-tinggi penghargaan terimakasih kepada Kak Norhayati Berahim dan Pak Seyit dengan majlis yang meriah dan makanan yang sedap-sedap. Seronok sebab ada spaghetti meatballs, makaroni bakar ,kuih cara berlauk dan bubur pulut hitam kesukaan saya. Terimakasih kepada semua rakan-rakan pembaca dan rakan FB juga sahabat-sahabat yang rapat...insyaAllah lain kali kita akan berjumpa lagi. Maaf zahir dan bathin.

TRIP KE KAJANG 1

0

Posted by Leeza | Posted in

Pada 14 dan 15 Januari 2012, saya telah terbang ke KL untuk menghadiri majlis makan NB Kara dan majlis hari jadi Qaisara Seyit yang ke 6. Saya mengambil kesempatan semasa emak saya menginap di rumah abang Hamdan. Lagipun saya sangat-sangat letih dengan banjir yang sudah dua kali melanda. Saya perlu keluar untuk menghirup udara segar..hahaha.
Majlis dimulakan dengan bacaan yassin beramai-ramai di rumah Kak Norhayati Berahim pada jam 12 tengahari. Saya tiba dari LCCT jam 1.30 petang, dan bacaan yassin sudah sampai ke penghujungnya.
Kak NB dengan kek hari lahir Qaisara ciptaan Puan Roza Ngah. Sebuah kek yang sangat cantik, kek Barbie.

Birthday Girl, QAISARA SEYIT

Alhamdulilah saya berjumpa dengan Kusyi Hirdan dan Khamisah Mohd Nazri, kangen juga dengan mereka.

Sebahagian rakan FB peminat novel, Kak Yan dan Siti Soleha. 
 





Kala hati mahu berbicara....

0

Posted by Leeza | Posted in

Asalamualaikum....
Pada saat hati mahu berbicara , seribu kata ingin diluahkan namun sayangnya jari jemari bagai kaku untuk mengetik setiap abjad pada papan kekunci. Setiap saat yang berlalu merenung diri dan mendengar dentuman guruh di langit yang menangis , setiap kali itulah hati dan bibir tak putus melafazkan ayat-ayat cinta untukNYA yang satu memohon perlindungan dan belas ikhsanNYA agar musibah yang melanda seluruh kampung kami reda .Janganlah kami diduga dengan dugaan yang tak mampu kami tangani. Kuatkanlah iman kami agar tidak lupa mengingatiMU.
Kini adalah kali kedua rumah saya dimasuki air . Dalam masa yang sama , penjaga emak berhenti kerana saya menegur kelewatannya datang kerja memandangkan saya terpaksa turun awal ke sekolah. Sementara belum ada penjaga, saya terpaksalah bekerja keras setiap awal pagi menyiapkan keperluan mak, memandikannya dan memasak makanannya sepanjang hari. Jadi, kakak saya yang menjaga dua cucu tidaklah terbeban sangat. Kasihan jugalah melihat emak yang terpaksa bersusah payah seawal pagi berulang-alik ke rumah kakak.
Sekarang saya selalu menyiapkan kerja sekolah di sekolah sahaja. Di rumah selain sibuk dengan mengemas rumah dan melayan emak , saya mula meluangkan masa membaca buku-buku yang saya beli. Nampaknya banyak buku yang saya tak buat lagi reviewnya. Saya mengikut mood juga. Jika saya ada mood, saya tak ambil masa yang lama menulis review. Moga saya dapat dikuatkan hati menulis review buku-buku kerana saya minat menulis. Apa yang saya baca saya nak kongsi bagaimana perasaan saya terhadap satu-satu buku yang saya telah baca.
Hari ini buat pertama kali saya mengajar Tahun 1 dan Tahun 2, Dunia Sains Teknologi KSSR, subjek baru, murid pun baru. Seronok melihat anak-anak kecil ini. Mereka berminat sungguh belajar dan saya suka....:) Ini secara tidak langsung menaikkan semangat saya mencanak-canak. Semoga mereka menerima pengajaran saya dengan baik.

Banjir 2011 part 5

1

Posted by Leeza | Posted in


29 Disember 2011
Pagi ini air sudah surut ke buku lali. Seawal pagi saya mencuci pakaian-pakaian yang basah. Saya tidak boleh mencuci kesemuanya sekali kerana di dapur masih tinggi aras air dan ketiadaan tempat menyidai. Lagipun belum tentu cuaca panas hingga ke petang.  Almari emak sudah dicuci.(almari plastik). Pagi ini abang Hamdan sekeluarga datang membantu. Saya agihkan tugas-tugas kepada anak-anaknya. Kedua-dua kerusi roda emak dicuci dan dijemur di veranda rumah kakak. Rumah saya masih bergenang air. Tidak banyak yang dapat mereka bantu kerana air masih banyak dalam rumah. Kebetulan jalan sudah kering, saya dibantu abang untuk mengambil kereta di hujung jalan kampung. Cacing-cacing tanah bergelimpangan atas jalan. Saya melihat ada anak kala di dalam rumah. Saya perlu lebih berhati-hati bimbang diri sendiri dalam bahaya. Petang, selesai makan tengahari saya terus membersihkan bilik emak kerana airnya sudah kering. Syukur alhamdulilah kerana selesai untuk satu bahagian rumah. Seterusnya saya seakan keliru kerana semua  benda hendak dibuat termasuk menjemur tilam dan beberapa barang elektrik. Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan saya  kepenatan juga sehingga sebuah pasu pecah terkena tilam.  Timbul rasa marah tanpa alasan. Tidak mahu melayan emosi hasutan iblis syaitan, saya terus mengemop lantai yang kotor. Bahagian yang masih bergenang air saya cedok dengan penyapu dan pencedok sampah. Jika mengemop lebih cepat bersih. Sesekali saya ke rumah kakak melihat keadaan dia. Saya bimbang dia pengsan  tanpa pengetahuan kerana kakak saya ini kalau tidak bersih dia akan bingung. Semua benda hendak dikerjakannya dalam satu masa. Ternyata benar naluri saya bila dia memberitahu satu almarinya roboh kerana bahagian bawah sudah reput terkena air. Syukurlah dia tidak dihempap almari kerana banyak juga barangan berkaca di dalam almari tersebut.  Saya terus teringat dengan tv yang besar di ruang tamu. Terus saya meminta bantuan Loqman dan kawan-kawannya dan kakak juga turut membantu. Bila saya memeriksa almari yang digunakan untuk meletak tv, ternyata bawahnya sudah lembut. Kami berlima mengangkat tv  dan meletakkannya di atas meja yang lebih kukuh.  Walau sibuk manapun dengan  kerja pembersihan , sesekali  saya harus ke atas untuk menjenguk emak. Saya ingatkannya saya sedang bekerja di bawah dan dia tidak  perlu tercari-cari saya. Emak sebenarnya sudah rindu hendak tidur di biliknya semula. Namun saya bersyukur kerana dia nyenyak tidur di bilik atas .  Saya risau dengan persiapan ke sekolah..... saya masih belum melengkapkan sukatan pelajaran dan rancangan mengajar tahunan untuk subjek yang saya ajar. Line internet menyukarkan saya. Ya Allah, berilah saya kekuatan kesihatan ,jasmani dan mental untuk menghadapi segala problema ini. Saya sudah memesan abang saya untuk mengambil si KANCIL kerana susah untuk saya menjaganya pada saat cuaca tidak menentu.  
Paras air semakin surut

Abang membantu saya memandu Kancil balik ke rumah.

Anak saudara saya ini suka sangat bermain air.

Yang ini pula si Fakhry yang mengejar itik.

Emak dengan cucunya si Fahmi
Syukurlah kerana abang Hamdan hari ini balik untuk menjenguk emak dan membantu saya membersihkan rumah. Walau bagaimanapun air yang masih bergenang menyukarkan kerja pembersihan.
 Dan ketika entry ini saya update , air sudah benar-benar surut. Sukur alhamdulilah kerana abang-abang saya membawa keluarga balik membantu saya membersihkan rumah. Bimbang banjir melanda lagi semasa perayaan Tahun Baru Cina nanti maka sofa saya suruh naikkan lebih tinggi lagi di atas kepala kerusi. Peti ais yang besar saya suruh letak di tingkat atas. Saya bersyukur kerana mesin basuh saya berfungsi walaupun berendam dalam air. Beberapa hari saya mencuci menggunakan tangan sehingga jari-jari saya bengkak dan sakit.  Persiapan banjir akan datang telah saya lakukan dengan lebih teliti....moga tidak lebih teruk seperti sekarang.

Banjir 2011 part 4

0

Posted by Leeza | Posted in

28 Disember 2011

Hari ini nampaknya air semakin surut. Baru nampak tembok depan pintu.Alhamdulilah. Semalam sekolah sudah menelefon menyuruh saya ke sekolah untuk menandatangani opsyen skim gaji baru iaitu SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) Seawal pagi saya mencuci beberapa baldi pakaian termasuk 12 helai kain batik emak yang baru. Saya mencuci dengan berdiri atas kerusi dan menggunakan tangan sahaja di atas sinki. Setelah 3 hari 3 malam tidak mandi barulah saya mandi hari ini ....:(  Apa nak buat...darurat sungguh. Kemudian saya bersiap ke sekolah dengan mengharungi air separah lutut dan betis itu ke tempat kereta diparkir. Pada masa ini si Luqman sibuk mencari gawang dan ikan keli. Saya merasa makan gawang masak kicap hari ini, masakan emak tiri Luqman. Saya terpaksa bertukar seluar  dalam kereta. Masa hendak ke sekolah , hampir sahaja saya terkandas kerana ada saatu bahagian jalan digenangi air . Rupa-rupanya Kampung Jemukan yang tidak pernah banjir mengalami banjir tahun ini. Menurut GuruBesar saya , banjir di SK Jemukan agak tinggi , separas lutut tetapi mujurlah sekolah saya bertiang tinggi. Saya memilih pencen 58 tahun....tak sanggup saya bekerja sehingga 60 tahun lagi. Biarlah generasi baru yang akan menyambung perjuangan saya selepas 58 tahun nanti. Balik dari sekolah saya terus ke Asajaya membeli makanan basah. Kakak yang memasak makanan kami.  Tentu sahaja kena mengharung air lagi ke rumah dan kena bersalin seluar yang basah semula. Di sepanjang jalan boleh dilihat jelas dalam air cacing-cacing tanah yang mengembang dalam air. Boleh buat spaghetti sedap ni...hahahaha..gurau aje. Kedai-kedai makan  ditutup pula. Setiap kedai rata-rata orang datang membeli mop, penyapu, barangan mencuci rumah, penyangkut baju, dan penyepit baju.   Saya tidka boleh membeli banyak barang memandangkan terpaksa berjalan jauh masuk ke dalam kampung. Sebenarnya di sepanjang jalan saya sangat susah hati mengenangkan emak saya. Abang saya berjanji hendak menziarahi nya tetapi membatalkan janji tersebut. Saya risau perasaan emak. Dia terlalu lemah. Semalam ketika saya tinggalkannya untuk mengemas tingkat bawah dia menangis atas katil. Katanya saya tinggalkan dia keseorangan di dalam banjir. Ya Allah , emak....saya takkan tinggalkan emak saya....biar nyawa diancam bahaya sekalipun. Banyak cerita kurang enak yang saya dengar pasal orang-orang kampung saya..dalam hati berighstifar...jika benar, patutlah Allah murka sekali.
Air sudah surut paras betis

Luqman mendapat ikan keli

Gawang yang diperolehi oleh Luqman dan adiknya Ujang

Gawang, spesies yang hanya didapati semasa banjir

Alhamdulilah air kian surut

Motorsikal diletakkan atas lori cina yang sangkut di jalanraya.

Dewan yang baru siap dan belum digunakan
Surau


Beberapa orang kampung yang balik sekejap dari Pusat Pemindahan Banjir untuk mengemas rumah masing-masing.

Melepak sambil bersembang di luar rumah

Di sinilah saya memarkir kedua-dua kereta saya, kawasan yang tidak  dinaiki air

Alhamdulilah, balik dari sekolah, saya diberikan semangkuk lauk gawang masak kicap oleh emak tiri Luqman.