Back To Normal

0

Posted by Leeza | Posted in

Rumah saya sudah kembali normal. Barang-barang sudah mak saya simpan. Memang kerja-kerja menyimpan dia yang buatkan. Tahun ini tidak ramai tetamu. Sebabnya malam selalu blackout dan air pula selalu tak ada. Air dan kuih muih anak-anak yang habiskan.

Esok sekolah dibuka semula. Saya sudah bersedia sejak pagi lagi. Semangat terasa membara namun terselit rasa malas juga. Dekat penghujung tahun ini, hanya ulangkaji sahaja yang diperlukan. Kemudian sukan sekolah bermula. Rasa seronok sebab ini peluang untuk menurunkan berat badan. Biasanya saya akan turut berlatih bersama anak-anak kecil itu. Seronok sangat.

Cerita raya saya dah tutup sebab memang saya tak banyak ambil gambar. Tak berpeluang sebab saya sibuk di dapur, memasak dan melayan tetamu.

Untuk mereka yang meninggalkan kita, marilah kita sedekahkan al fatihah. Saya sedih mengenangkan arwah Boy. Ayahnya Boss saya....entah bagaimana agaknya esok.

Kisah Luqman

0

Posted by Leeza | Posted in

Kalau hari raya yang paling seronok tentulah Luqman. Biarpun kehilangan ibu , seboleh mungkin saya dan keluarga cuba untuk menggembirakannya. Namun kenakalan Luqman terkadang membuat saya hilang sabar. Menjelang raya dia masih sibuk hendak menjala sehingga jala itu saya suruh abangnya buang. Kemudian dia belikan mercun untuk dimainkan. Jika main dengan cara betul tak apa lah tetapi pandai dia gunakan batang payung yang rosak untuk dijadikan kelonsong peluru dan mercun itu diletakkan di dalamnya. Memang kreatif tapi bahaya...sehingga saya rampas benda tu. kemudian dia bakar dan tikam dalam tempayan. Mahunya berdegum degam.Dia berazam hendak tamat puasa dan abang-abangnya berjanji berikan duit raya. Begitu juga dengan kawan-kawan abangnya.Jadi dia tagih sehingga mereka terpaksa berhutang dengannya sebab tunggu duit gaji baru....ha ha ha.

Satu petang ,raya ke tiga , tetiba jiran saya, Si A mengamuk bersama dengan adiknya si K dan bapanya si E.
" Mana Luqman ? " tanya dengan kasar.
Saya yang tak tahu apa-apa terus memanggil Luqman keluar. Waktu itu hanya saya dan emak di rumah. Kakak saya sekeluarga, abang-abang Luqman dan anak buah saya si wan berjalan raya. Bila Luqman muncul di muka pintu, si A menuding ke arahnya .
" Kau ganti muka anak ku Man! Hancur muka anak aku di rumah tu ".
" Kau ni Man, siap kau aku gasak muka kau ke semen," marah ayahnya si E pula.
" Ni gaya kau tuk Man, " marah si K pula.
Saya terus tersentap, " Apa hal ni? Cuba citer apa sebenarnya kes Luqman?" Saya bertanya dengan suara yang masih lembut.
" Kau tau, anak aku luka-luka berdarah di rumah tu, " kata si A.
" kenapa pulak ?" saya masih tak faham.
" Dia sebabkan anak aku jatuh basikal dilanggarnya dengan basikal." kata si A.
" Okay, Man betul ke ? "saya tanyakan Luqman.
" Takde usu, bukan saya yang bawa basikal. Bob yang bawa, kami berdua dah jauh ke depan. Mereka berdua jatuh sendiri."
"Oh....jangan kau bohong. Oleh kerana kau dalam rumah aku tak dapat pukul kau. Tapi jika kau di luar ,siap kau nanti." marah si A.
Mak saya muncul....dan dia terus berkata, " apa hal kamu semua. Dahlah dia ni tak beremak dan tak berbapak, kamu nak bunuh dia....bunuhlah... bunuh. "
Saya lihat mereka kaku. " Saya tak kisah dia tak beremak tetapi perangainya biarlah elok. Ni, mak aku hampir mati kena tikam dengan mercun," kata si A.
" Ok...kau bawa anak kau sini, aku nak tengok . kalau parah aku bawa pergi hospital. Kau bawa juga kawan-kawan Luqman yang terlibat. Aku nak dengar sendiri." saya jawab dengan selamba.
Saya terus call abang ipar saya merangkap ketua kampung suruh balik segera. Kemudian abang-abang Luqman pun sampai juga. Tepat jangkaan saya, Si Erol yang panas baran nak mengamuk dan suruh neneknya ambik pedang samurai di bilik saya. Amboiiiii nak pakai pedang segala. Saya pun angin dan tenyeh dahinya..." Kau ni kenapa, tak pikir panjang ke. Suka nak jadi pembunuh. Rugi kau nak bunuh orang senteng macam tu. Haa tunggu, nanti aku suruh kau bertumbuk dengan si A tu biar dua-dua sama sakit."

Tak lama kemudian, datang lagi Si A ni dengan kawan-kawan Luqman tapi anak dia tak bawa. Nampak gaya budak-budak tu takut dan tak membantu Luqman. Semua kenyataan menentang Luqman. Tetiba bini Si A marahkannya ." Kenapa kat sini tunjuk lagak? Kenapa tak tunjuk berani depan samseng di bandar ?" Kata bininya.Barulah saya faham dia ni ada kes ahlong dan tujuan sebenarnya nak minta ganti rugi dari saya.
" Kalau tak puas hati kita jumpa di court. Kau upah lawyer aku upah lawyer." Jawab saya ringkas. Mereka semua terdiam dan mencicit balik .

Selepas kejadian itu saya ketahui beberapa perkara :
1. sebelum dia menyerang kami, dia dah belasah Luqman dengan beberapa kali tamparan dan tumbukan di muka sehingga malamnya muka Luqman biru lebam.
2. Anak dia jatuh sendiri sebab kawannya bawa basikal dengan laju.
3. Menurut saksi, Luqman tidak terlibat langsung sebaliknya dia cuba membantu budak itu.
4. Budak itu berbohong kerana takutkan bapanya.
5. Saya dikutuk menyebelahi anak-anak buah yang teruk perangai.
6. Basikal Luqman saya hancurkan kerana dia semakin nakal sejak ada basikal.
7. Saya sekat kawan-kawan nakalnya dari bermain dengan Luqman lagi. Bila mereka muncul saya suruh balik dan bagitahu , mak bapak kamu tak suka kamu berkawan dengan Luqman yang jahat.
8. Pergerakan Luqman dibatasi dan diawasi.
9. Saya bertekad untuk bertindak jika mereka menyentuh Luqman lagi.
10. Nampaknya Luqman belajar dari kejadian ini.


Jadi, bila saya ke mana-mana saya bawa Luqman bersama. Sehinggakan tiba satu part dia boring sangat mengikut saya berjalan raya....hahaha.

Satu Hari Di Hari Raya

0

Posted by Leeza | Posted in


Raya 2009 diraikan seperti nak tak nak sahaja. Segala persediaan dibuat dengan kelam kabut. Jika di Semenanjung, takbir raya dilakukan dari rumah ke rumah namun di sini ia diraikan dengan tembakan mercun. Persis tahun baru cina. Awal malam raya ketika saya sibuk membuat kuah kacang, roti canai dan menyediakan bahan-bahan, tetiba blackout pula.Jadi, pengumuman raya tak dapat di ketahui sehingga saya terpaksa sms Kak NB. Hehehe jauhnya nak tahu pasal tarikh raya.

Ini kek-kek yang saya hidangkan untuk tetamu. Yang warna pink , kek lapis strawberry prune rm45, kek lapis pandan ( hijau and coklat ) abang D bagi, kek lapis coklat cheese rm75, kek masam-masam manis ( buat sendiri) , dan roll rosalinda -abang D bagi. Namun tak guna juga beli kek mahal-mahal sebab semua orang dan anak-anak saudara lebih sukakan kek buatan sendiri.Hari kedua kek masam-masam manis dah habis.

Pagi raya adalah penuh tangisan untuk keluarga Boss saya kerana pagi raya pertama , anak lelakinya yang kerja TUDM di KL telah meninggal akibat dilanggar lari di Bulatan Cheras pada hari Sabtu lalu.Alangkah hancur hati ibubapanya dan keluarganya yang menanti kepulangan anak tersayang.Bagi manusia keparat yang memandu laju dan lari setelah melanggarnya, tidakkah punya perasaan ? ALFATIHAH UNTUK ARWAH MUHD AZIZI SEJELI. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ini pula keluarga AZMI abang kepada Luqman. Anak-anaknya Harziq dan Harith awal-awal lagi dah berlari mencari nek usunya. Apa lagi, tentulah nak duit raya.

Ini pula si kecil Alya....Semasa saya menghulurkan duit raya, dia mengangkat tangannya yang lemah sedikit demi sedikit untuk mengambil sampul duit raya. Alhamdulilah walaupun lambat, atleast dia bertambah baik hari demi hari walaupun kesihatannya selalu tak menentu.

Kad Raya Dari Nora Ismail

1

Posted by Leeza | Posted in

Seronok sangat bila balik dari kerja hari ini, dalam email, Nora Ismail berikan kad raya ciptaannya. Saya sangat menyukai kad raya ini sebab semua hero dalam novelnya ada dipamerkan. Kelihatan mereka ini harmoni dalam sebuah keluarga besar. Selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maafkan ketelanjuran bicara saya yang kasar selama ini.

Hanya beberapa hari lagi nak raya. Shopping makanan belum lagi saya lakukan. Paling menyedihkan bila kek yang ditempah saat-saat akhir baru dikatakan tak ada. Terpaksalah saya selongkar koleksi resipi kek saya dan saya buat sendiri kek tahun ini.Rasanya berpuluh tahun saya tidak membuat kek raya. InsyaAllah , saya akan berjaya juga membuatnya nanti.

Elakkan pembaziran, itu yang sering saya peringatkan diri sendiri. Sebab itu perancangan memang amat perlu. Budget kena rancang dengan teliti. Apa yang pasti, saya nak jamu tetamu yang datang dengan makanan yang berat sedikit. Saya berharap mereka menyukai masakan saya...hahahaha. Saya kan tak pandai masak.





SERASI DI HATI oleh Nora Ismail

3

Posted by Leeza | Posted in


Serasi di hati hasil karya Nora Ismail telah saya habiskan bacaannya pagi tadi. Memang saya mengambil masa yang lama membaca novel ini. Bukan kerana ia tidak menarik tetapi kerana saya yang sering kesuntukan masa.

Serasi di hati memang mampu mendekati pembacanya sebab tema yang dibentangkan dengan latar belakang yang amat berbeza daripada novel-novel yang lain. Nora berjaya menggarap sebuah sketsa kehidupan realiti yang sangat kontroversi.

Zarul watak hero yang dilukiskan seiras wajah hero Jepun ,Yutaka Takenouchi merupakan watak pemuda yang ketandusan kasih-sayang sehingga ia terjebak dengan skandal seksual dengan isteri kedua majikannya Datuk Kamaruddin iaitu Zalina Asha. Namun kesedaran Zarul tentang kepincangan hidupnya ini lebih meluas setelah dia mengenali Intan Edrinaz melalui program MIRC.

Intan Edrinaz pula telah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya tetapi tidak menyintainya iaitu Shamsul Azman. Perkahwinan Intan Edrinaz tidak bahagia apabila Shamsul Azman tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan banyak mengambil kesempatan ke atas isterinya sehingga perbelanjaan rumahpun isteri yang tanggung. Terasa panas hati saya dengan sikap dan perangai si Azman ini....rasa nak cucuk je biji matanya. (huhuhu.....)

Pertemuan Zarul dan Intan akhirnya mencetus persahabatan yang kian mesra. Namun keduanya tahu menjaga batasan pergaulan meskipun terkadang Zarul agak nakal dan terbuka menyuarakan rasa sayang kepada Intan Edrinaz. Nasihat Intan membuatkan Zarul kembali kepada ayahnya Johendry dan keluarga ayahnya. Zarul sebenarnya ditinggalkan oleh ayahnya sehingga dia menumpang kasih kepada arwah makciknya setelah kematian ibu tersayang. Arwah makciknya meninggalkan harta yang banyak untuk Zarul dan ayahnya pula merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Keluarga ayahnya berusaha untuk menyedarkan zarul agar tidak terus bergelumang dengan dosa zina. Alhamdulilah zarul berjaya juga keluar dari belenggu si Zalina, wanita serakah dan seks maniac. Hubungan Zarul dan Intan mendapat tentangan yang hebat dari Zalina sehingga Intan yang sedang mengandung keguguran. Paling menyedihkan apabila si Azman menghalau Intan yang baru keluar hospital sehingga Intan terpaksa menumpang rumah Zarul. Azman menuduh isterinya curang sedangkan sejak awal dia yang telah mencurangi isterinya dengan meniduri Junaida isteri orang dan kemudian dengan Zalina Asha. Intan kemudiannya diceraikan oleh Azman. Zarul tetap setia menemani Intan dan menunjukkan kasih sayangnya dengan tulus. Keikhlasan Zarul membibitkan rasa cinta di hati Intan dan hubungan ini hampir menemui penghujung bahagia sehinggalah Azman kembali dengan seribu penyesalan. Junaida dan zalina mengandungkan anak Azman namun lelaki ini tidak mahu bertanggungjawab. Dia kembali menagih cinta dan kasih Intan yang telah terluka begitu dalam.

Demi menjaga hati semua pihak, Intan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Zarul dan kembali ke pangkuan Azman untuk membantu Azman pulih dari tekanan jiwa. Sembilan bulan kemudian, atas rancangan Ainon, Suriani dan Aziz rakan sekerja di Trend Art Collections, Intan dipertemukan semula dengan Zarul . Akhiran yang bahagia apabila keduanya kembali bersatu dan dibahagiakan lagi dengan keadaan Edrinaz yang mengandung setelah 5 bulan berkahwin. Malahan Zarul merupakan suami yang romantik, kekasih yang hebat dan sahabat yang penyayang sehingga dia yang menanggung alahan ketika isterinya mengandung.

Novel ini sangat best. Nora banyak menggunakan kepakarannya dalam interior designer dalam novel ini. Juga gaya bahasa yang santai dan perwatakan yang happy go lucky, milik si zarul. Membaca tiap mukasurat seakan tidak mahu berhenti . Kepuasan juga maksima dengan akhiran yang manis. Tahniah Nora Ismail. Tidak sia-sia saya meminati hasil karya anda.

Persiapan Hari Raya Aidil Fitri

2

Posted by Leeza | Posted in

Seminggu lagi kita akan menyambut ketibaan 1 syawal. Lagu-lagu raya sudah berkumandang, bunyi mercun sudah berdentum-dentam, jalan raya sudah sesak dengan orang ramai membeli belah untuk hari raya dan rumah-rumah sudah berseri dan berkelipan dengan lampu-lampu berwarna-warni. Meriahnya aidil fitri.

Semalam adalah terakhirnya kali saya membeli belah di India Street sebelum aidil fitri. Fuhhh...memang sesak habis. Dari jalan raya, tempat parkir dan kedai-kedai. Kawan saya si CTZ yang brutal, memang tahu sahaja tempat parkir yang strategik untuk perodua kancil saya. Ngam-ngam di sudut depan kedai...masa ini rasanya polis-polis trafik pejam mata sahaja. Paling saya tak suka ialah bila ada yang membawa anak kecil dan baby....kesian saya melihatnya. Cubalah tinggalkan kat rumah sebab keadaan kesihatan sekarang, cuaca panas dan keadaan orang yang bersempit-sempitan, adalah memang di luar kewarasan fikiran jika membawa anak-anak kecil. Ikut macam saya , bawa ukuran dan ingat saiz anak2. Dalam kes Luqman memang saya tak dapat buat anggaran sebab saiznya tidak sepadan dengan usia. Habis satu bandar saya pusing mencari seluar jeans berdesign dengan tulisan dan gambar, baju tshirt lengan panjang yang berhood dan selipar jepun yang berdesign. Saya beli je seluar jeans faded , 2 helai tshirt dan selipar bata. Walaupun muncung sedepa, sepanjang malam dia asyik membelek dan mencuba baju-baju rayanya. Saya beritahu, bersyukurlah sebab awak lebih bertuah dari anak-anak orang lain.

Kelmarin kawan saya mengeluh apabila tiap tahun dia kena sediakan semuanya, dari part kemas rumah, sediakan juadah hari raya, keluar duit, memasak hatta melayan tetamu yang datang, membeli belah dan sebagainya. Saya akui, tanggungjawab ini sama dengan saya juga malah dah lali dengan keadaan ini. Kita harus mandiri dan sememangnya kita tak mampu harapkan sesiapapun. Menjelang hari raya saya mesti buat senarai semak ( list) yang panjang untuk menentukan persiapan yang perlu dilakukan.

1.Pakaian - Pakaian mak, Luqman dan diri sendiri dah siap.
2. Rumah - Kemas belum siap lagi. Langsir dan perabut guna yang lama. Sarung kusyen baru dah beli.
3. Juadah - Menu dah difikirkan. Kuih kek dah ditempah .
4. Sedekah - Pakaian untuk orang-orang tua di kampung dah siap dibeli dan bungkus,tunggu masa nak berikan.
5. Duit raya - 12 anak saudara dan 11 cucu saudara. Juga untuk anak-anak murid saya yang datang ke rumah pada hari raya pertama je. ( huhuhu)
6. Agenda berziarah : Fisrtly, ke pusara arwah ayah dan arwah kakak. Rumah saudara mara yang dekat dan pada hari raya ke empat saya pula akan berziarah ke Kuching dengan kawan-kawan bujang saya .( Biasanya mereka mengikut saya sebab rumah yang kami pergi itu rumah mak angkat saya dan rumah kawan-kawan saya ) Rasanya tahun ni saya nak buat rombongan 2 kereta sebab saya nak gabungkan kumpulan pertama ( Hajjah Aida dan Maryam dan kumpulan ke dua ( Noria dan CT Zawiyah )....nak tengok boleh tak kedua kumpulan ini ngam bersama....rasanya bolehlah kot sebab Boss nya sama.

Hahaha....itu persiapan saya. Semoga tahun ini raya tetap merapatkan lagi silatulrahim antara kami.

Cerewet si Luqman

1

Posted by Leeza | Posted in

Seperti janji yang perlu ditunaikan, saya dan lecturer KPLI Science Miss C membuat pantauan terakhir praktikum secara bersama. Daripada jam 8 hingga 10 pagi kami berdua keluar masuk dua kelas. Terasa diri dah setaraf dengan pensyarah. Saya sebenarnya dah biasa memantau pengajaran guru lain semasa praktikum Universiti Sains Malaysia bersama dengan Pensyarah USM Prof. Madya Dr Idris. Mahunya tak gugup masa itu,maklum Prof....tapi dia ni lucu ,dan nakal. Dia bagi saya copy dia punya catatan komen...hahaha. Saya dan Miss C telah tentukan markah dan gred kedua trainee ini. Seorang dapat cemerlang dan seorang lulus biasa. Saya sangat kecewa dengan yang lulus biasa itu sebab saya dah ingatkan sebelum cuti penggal lagi tentang persediaan untuk pantauan terakhir ini namun dia pagi tadi baru nak kelam kabut bersedia. Dalam penulisan refleksinya dia nyatakan sesuatu alasan dan kelemahan yang sejak mula diulang dan dijanjikan namun tidak berubah dan tidak meningkat. Dan akhirnya setelah selesai, loceng dah berbunyi. Baru saya sedar yang saya langsung tak sempat nak duduk di kerusi saya di bilik guru. Penat 3 hari belum hilang, bertembung lagi dengan yang ini.

Kemudian saya menunaikan janji dengan anak2 saya untuk shopping pakaian raya. Baru saya nak start enjin , riuh rendah si Putri ,cucu kesayangan saya ini menangis dan memanggil2 "NEK SU". Dia hendak mengikut saya berjalan dan saya tak mahu membawanya kerana cuaca yang panas dan bimbang dengan H1N1. Saya terpaksa bohongkannya katakan yang saya pergi kerja.

Memandu tengah panas terik memang amat meletihkan dan saya mengantuk. Kereta yang saya pandu sesekali terkeluar garis jalan....isk memang bahaya. Waktu itu ,rasanya nak stop kereta dan tidur sekejap. Tapak kaki pula rasanya dah meletup sebab tekan pedal...kena pula kawasan jam.

Dan kemudian si Luqman ini buat hal. Keluar masuk satu kedai , satupun belum jumpa yang berkenan di hati. Saya paksa akhirnya dapat sehelai seluar jeans. Saya nak cari sehelai lagi seluar dan sehelai tshirt serta sandal raya untuknya. Dia muncung sedepa. Saya dah angin sebab dia nak cari pakaian fesyen orang bujang. Mana mungkin sebab saiz badannya macam budak umur 9 tahun. Kalau fesyen orang bujang, saiz S pun tak ngam. Mood saya dah tipis....sehingga saya dah masam mencuka. Saya angin sehingga kata : Ko ni Man, nanti usu tinggalkan kau kat sini baru kau tahu. Di Bazar Ramadhan pula dia nak memacam makanan....saya belikan aje. Sengaja nak tengok larat ke tak dia makan nasi ayam, mi jawa dan roti john . ahahahha. Dan memang dia mampu habiskan semuanya itu....saya perli dia : ha...bagus. dapatlah kamu besarkan badan dan pilih baju orang bujang. Saya cuma dapat belikannya sehelai seluar jeans sahaja dan satu set seluar dalam. Betul-betul cerewet budak ini. Tahun lepas pun sama juga, bertambah lagi dengan 2 abangnya pula....sama jenis.

Esok saya kena shopping lagi dan terpaksalah saya bawa tali nylon lagi. Saya dah warning dia, esok apa yang saya belikan dia mesti pakai. Kalau tak saya buang semua bajunya dalam sungai. Geram saya dengan perangai cerewetnya ini. Mesti ada mak-mak budak punya masalah macam ini juga.

Senyum Sampai Ke Telinga

1

Posted by Leeza | Posted in

1. Merdekanya anak-anak yang selesai menduduki UPSR. Cikgu-cikgu UPSR pun tumpang sekaki. Saya tidak terkecuali. Kalau boleh esok nak mohon CRK ( Cuti Rehat Khas) tetapi dah janji dengan lecturer trainees nak observe mereka bersama,terpaksalah dibatalkan. Untuk meraikan kemerdekaan ini, saya belikan makanan berbuka yang berbagai untuk keluarga saya....terutamanya si Luqman yang telah tamat UPSR.

2. Sebelum itu saya pula demam kerana cuaca panas, sekolah yang dijaga jauh dan terlalu risaukan paper Sains saya. Sekarang demam saya dah baik sebab soalan-soalan yang saya selalu latih tubi ada keluar dalam UPSR. Semoga anak-anak itu berjaya menjawabnya dengan cemerlang. Jadi senyum sampai ke telinga.

3. Saya tengah pulun novel Nora Ismail : Serasi Di Hati. Bestttttt woooo. Kisah lelaki muda menjadi kekasih gelap, kisah bini yang kena sara rumahtangga dan laki ambik kesempatan dari bini dan banyak lagi.....memang best. Dah habis nanti saya buat review.

4. Tahun ini saya rasa Raya akan jadi macam sambutan Kemerdekaan. Masa kian bergerak laju dan saya pula masih tersenguk-senguk menggaru kepala yang tidak gatal. Saya kena belikan Luqman baju rayanya dan selipar. Selalu sahaja hasrat ini tertunggak sebab Luqman ni liat diajak pergi shopping. Saya pujuk dia akan singgah di Bazar ramadhan ,baru dia nak. Boleh dia jawab saya dulu : Usu gunalah tali nylon ukur je badan saya. Huhuhu.....saya memang angin sebab dia ni cerewet. kalau saya beli dan dia tak mahu pakai, kan membazir?

5. Salah seorang guru yang mengawas UPSR bersama saya rupa-rupanya anak cousin saya sebelah arwah ayah. Jadi dia kena panggil saya mak usu juga. Dia pujuk saya tukar perodua kancil saya dengan kereta yang lebih besar. Cadangannya TOYOTA VIOS. Huhuhuhu....saya ni lemah dan takut pandu kereta besar.Kereta besar pernah buat saya accident hingga saya kena pakai neck collar selama 3 bulan. Saya tanya dia pasal kereta idaman saya ( u all tau apa kereta idaman saya ) . Mereka berempat tu ketawa guling-guling bila saya sebut idaman saya.....dan saya pula macam biasa senyum sampai ke telinga. Teringat Madam dah tukar kereta baru....maybe saya akan tukar juga...namun ingat duit susah nak cari, rasanya hasrat ini akan tinggal hasrat tertunggak sahaja.

Itu sahajalah, saya nak sambung senyuman sampai ke telinga ini. Selamat sibuk membuat persiapan hari raya dan saya tumpang seronok juga sebab saya taklah sibuk sangat. Buat ala kadar sahaja.

UPSR Yang Mendebarkan

2

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini UPSR bermula sehingga 10 September 2009. Hari ini saya buat entry pasal kerja cikgu. Sesiapa yang boring bolehlah skip and cuti dari baca entry hari ini. Dah kerjaya saya cikgu tentulah citer pasal cikgu sahaja. Macam Lily Haslina Nasir dan Nora , entry mereka sekitar keluarga dan kerjaya menulis buku. Kalau Lily buat citer kisah dia jadi polis, tentu semua akan berkerut dahi...sejak bila pula dia jadi polis. Sorry LHN sebab mengata kamu kat sini....hehehe. LHN nama ni mula2nya saya baca : Lembaga Hasil Negeri.

Kelmarin saya dah pergi ke sekolah yang akan saya jaga selama UPSR ini , SK Haji Bujang Rangawan Putin. Sekolah ini gabungan dari banyak kampung di persekitaran. Budak Kampung Rangawan, Bilis, Sungai Putin dan Terasi pun sekolah kat situ. Naik kereta pun terasa jauhnya sehingga kelmarin saya sesat....huhuhu. Rupa-rupanya sign board /mercu tanda dah dirobohkan. Saya ingat lagi masa saya menjalani 'ROS', macam PBS untuk IPGM sekarang di sekolah kampung saya. Kami bawa murid-murid pergi mewakili sukan ke situ jalan kaki sahaja. Rasanya setengah hari berjalan kaki. Masa tu pergi ramai-ramai, tak terasa jalan jauh. Tapi kami guna jalan shorcut, merentasi kebun-kebun seperti hutan belantara. Sekarang jalan dah bertar, cantik dan smooth je guna kereta. Saya tiba lewat mesyuarat dan taklimat lewat semalam sebab saya perlu ke sekolah diri sendiri dulu untuk acara sampaikan hadiah pertandingan melukis poster sains bertema angkasalepas. Rupa-rupanya, saya seorang perempuan dengan 4 rakan lelaki mengawas exam. Memang mengkekokkan. Tapi tak kisahlah sebab yang 4 orang tu kawan rapat juga.

Saya tahu Madam tention dengan UPSR ini. Saya dah biasa dengan hal ini. Macam mana jenis soalan pun, kunci dah saya serahkan pada anak-anak itu. Bagi yang lemah saya dah berikan cara termudah. Ada anak Kawan baik saya datang ke rumah untuk belajar, bagitahu yang cikgunya suruh jawab satu bahasa sahaja. Saya pula dah latih anak2 didik saya sejak mula gunakan bahasa yang mereka mahir, tak kiralah BM ke , BI ke atau Dwi bahasa. Anak2 ini saya dah kenal stail mereka. Kalau jawab pasal variables, aim of investigation ,relationship dan trend , mereka semuanya termasuk yang lemah tu akan jawab dalam bahasa inggeris. Anak-anak ini memang akan berusaha untuk pecah rekod sekolah tahun ini. Mereka nak tulis nama atas batu. Luqman pun nak UPSR tetapi malam tadi dia boleh lepak depan TV. Kelmarin balik sekolah dia dah hilang dengan basikalnya dan hanya muncul masa nak berbuka. Alatulis examnya saya sediakan. Dulu masa kita kecik lagi biarpun hanya exam penggal di sekolah, ibubapa bekalkan sebiji telur rebus. Saingan masa sekolah rendah hebat, saya memang tak suka kalah dengan orang lain biarpun cuma kurang satu markah. Kalau kalah selalunya bermasam muka berhari-hari. Perangai ini kekal sehingga tingkatan 6. Bagaimanalah saya tak kena berusaha mati-matian jika abang Hamdan saya akan hadiahkan rotan atau talipinggang jika saya merosot biarpun satu markah ? Dia tak kira saya masih nombor satu ke tidak, janji tidak turun markah. Pernah satu masa saya dapat markah terbaik, nombor satu dan bawa balik banyak hadiah ke rumah. Saya seronok sebab sebelum exam itu saya dah janji dengannya yang dia takkan merotan saya lagi jika saya dapat 100 dalam semua subjek. Jadi sebaik sampai rumah hari itu, saya letak beg dan terus selongkar rumah mencari 'senjata' nya . Saya jumpa 3 senjata dengan saiz yang berbeza, saya ambik dan terus buang ke sungai depan rumah...huhuhu. Rasanya , merdeka sangat. Namun saya tak boleh nak pegang janji ini sebab tidak lama kemudian ,kenakalan saya telah menyebabkan dia menggunakan tali pinggang melibas saya.....isk isk isk. Zaman berubah, abang saya ini tidak segarang komando terhadap anak-anak sendiri. Saya selalu menegur dia yang tidak mengamalkan disiplin ini terhadap anak-anak sendiri. Jika tidak ,pasti anak-anaknya akan lebih berjaya dari kami adik beradik. Sebab itu bila anak-anaknya bertanyakan benarkah abah mereka segarang itu, saya mengakui dan saya akan buat seperti itu terhadap semua anak saudara saya . Setakat ini, senakal si Luqman saya belum merotannya lagi tetapi piat telinga dan heretnya ke bilik mandi memang ada.

Sekarang ini ibu bapa yang mempunyai anak-anak UPSR dan cikgu-cikgi , memang berdebar mendoakan kejayaan anak-anak. Namun anak-anak itu masih tersengih-sengih dan berlarian riang di padang . The last touch saya berikan anak-anak didik saya ialah petang esok jam 2 hingga 4 petang. Mereka hanya perlu datang dan saya akan berikan ulang kaji terakhir sahaja kerana selepas kelas ini mereka tidak akan perlu membelek buku sains lagi. Tak sabar nak tunggu minggu depan sebab saya juga seperti anak-anak ini merasa amat MERDEKA. Kita doakan mereka berjaya dengan cemerlang .

Selera Yang Makin Berkurangan

2

Posted by Leeza | Posted in


Kita dah memasuki ramadhan ke 17. Selera makan kian berkurangan. Saya lebih suka memasak sendiri di rumah. Hari ini barulah berkesempatan membuat kuih BADAK BERENDAM. Ini Ustaz Mohd Sabri punya hal, takde keje lain asyik menyebut nama menu yang tak terdapat di Sarawak. Bila ditanya camner nak buat kuih ini, dia suruh saya tanya NB. So, saya surf internet dan jumpa kat laman web mesra.net resipi kuih badak berendam. So, jadilah kuih begini. Ada rupa kuih badak berendam tak ? Saya sedekah kiri kanan kuih ini sebab kat rumah saya memang tak banyak makan sekarang ini, selera berkurangan.

Ini pula ayam mayonaise , yang saya belajar dari seorang kawan anak saudara semasa saya menyewa di bandar Kuching dulu. Saya hanya melihat sekali sahaja dia masak kemudian saya cuba sendiri. Saya jarang masak begini sebab emak saya tak makan. Anak-anak saudara saya memang suka sebab ayam ini sedap makan begitu sahaja atau dimakan dengan roti. Namun anak-anak saudara saya mengaku sudah jemu makan ayam. Lain kali masa moreh /kenduri 7 likor, saya mungkin takkan masukkan ayam dalam menu. Saya juga membuat nasi ayam untuk berbuka hari ini dan Luqman nampaknya suka sangat. Namun sebelum itu saya dah marah dengannya sebab balik dengan pakaian yang basah dan kotor. Sempat juga kedua telinganya saya piat dan membebel sahaja. Dia ni kalau seharian tak nampak batang hidungnya ,memang ada sahaja aktiviti lasak yang dilakukannya. Saya marah sangat sebab lusa dia dah nak UPSR, bimbang cedera atau jatuh sakit.

Beberapa hari ini kami bertiga ,saya dengan 2 anak saudara saya suka membeli air ais pong atau blended ice juice . RM1 segelas plastik. Luqman suka coklat, saya suka cuppucino dan si Ridhwan suka vanilla blue. Pada penghujung senja, saya baru sedar bahawa saya tak berikan apa-apa makanan hari ini kepada abang saya yang datang petang tadi. Biasanya saya tak pernah lupa berikan makanan untuknya bawa balik setiap kali dia datang ke rumah.Entah kenapa saya macam berat hati nak berikannya apabila melihat dia memetik sayur cangkuk manis depan rumah kakak. Masa berbuka saya berightifar panjang, jahatnya saya .....dan saya bertanyakan mak kenapa tidak mengingatkan saya tadi. Mak juga terlupa. Rasa menyesal pula sedangkan badak berendam, nasi ayam dan ayam mayonaise masih banyak untuk saya berikan pada mereka. Saya akui saya memang geram dengan perangai kedekut abang saya ini...hehehehe. Saya tak kisah dia tak berikan apa-apa pada kami serumah, tapi sayur cangkuk yang cuma segenggam cukupkah untuknya sekeluarga....beli sahajalah sayur di kedai. huhuhu. Tapikan , ramai orang kedekut menjadi kaya raya. Jahat saya ni kan.....namanya manusia tak semuanya perfect. InsyaAllah saya takkan buat begini lagi pada abang saya ini...kesian pula pada anak2nya.

Jatuh Cinta

0

Posted by Leeza | Posted in


Saya tak jatuh cinta dengan mana-mana lelaki sekarang. Saya jatuh cinta dengan mini cooper s ini. Kisah bermula ketika shopping bersama dengan anak saudara dan suaminya di Boulevard shopping centre , Kuching. Ketika parking saya ternampak kereta idaman ini. Sebaik keluar saya terus hampiri kereta ini yang berwarna silver black. Cute sangat. Saya kemudian surf internet dan saya jumpa gambar ini yang kemudian saya print besar dan letak atas meja saya. Tiap kali ajar lukisan tajuk kereta saya bagi contoh kereta ini tetapi murid-murid saya lebih suka perodua kancil. Asal kereta ini adalah mini austin. Kemudian banyak bentuk berubah mengikut peredaran masa . Mini John Cooper itu namanya sekarang. Jika anda peminat MR BEAN, kereta dia juga dikenal kereta mini cooper. Popularnya jadi nama kereta MR BEAN. Sejak saya jatuh hati, saya memang tak lepas peluang pergi ke Boulevard sekadar untuk menjenguk si Mini Cooper silver black. Jika NORA minat dengan kereta EVO, saya minat kereta ini. Masa tengok siri MERTUA VS MENANTU, Erra Fazira pernah guna kereta Mini Cooper warna merah. Kemudian hero cerita korea , COFFEE PRINCE , dia juga guna kereta Mini Cooper silver black.

Biru warna kegemaran saya. Memang fantastik sekali. Namun harganya RM128000 tak mampu untuk saya miliki. Sekadar meminati dan menyintainya dari jauh. Jika saya tak beli rumah ,mungkin saya mampu pandu MINI COOPER. Maunya saya hari-hari makan maggi untuk bayar kereta mahal ini. Hahahaha.....ada kawan bagi pepatah : Biar Papa Asal Bergaya.

Warna merahpun cute. Harga pasaran RM 148 000. Itu harga belum runding lagi tu.

Saya pun suka putih. Memang apa-apapun warna , MINI COOPER tetap mengancam. Tak kiralah pintunya cuma dua sahaja. Apa saya kisah, bukannya ada anakpun. Jika esok-esok ada bala tentera , gunalah van . Jauhnya berangan. Sebab itu bila ada kawan tanya kalau saya nak tukar kereta Perodua Kancil saya, saya nak beli apa....saya senyap sahaja. Sebab dalam hati teramat sukakan MINI COOPER S. Jika tengok MINI COOPER di jalanraya , saya akan tertoleh-toleh......bahayanya. Bukan saya toleh ketika memandu , sekadar memuji sahaja.

Entah apa-apa

1

Posted by Leeza | Posted in

Saya tak tahu apa yang saya nak tulis dalam entry kali ini. Terima kasih pada rakan-rakan yang mengingatkan saya tentang IBU dalam hidup kita. Biarlah peribadi dalam diri saya. Apapun saya takkan abaikan tanggungjawab saya terhadap ibu saya.Takkan pernah.

Bekerja memerah otak memang meletihkan semasa dalam bulan ramadhan. Kesian anak-anak itu terpaksa menghadapi peperiksaan minggu depan. Persediaannya telah diperingkat akhir. Alhamdulilah ,saya dah dapat bagaimana pencapaian mereka , insyaAllah. Bermacam saya janji untuk naikkan semangat mereka termasuk belanja makan di KFC. Anak-anak di kampung, mana pernahnya dibawa makan di KFC. Lainlah anak-anak orang berada.

Terkadang saya ini suka lepas cakap ketika chatting. Saya sebenarnya membuat survey tentang sesuatu perkara dan keputusannya amat mengejutkan saya. Surveynya : kenapa wanita melayu menjadi sasaran 'rakan ' oleh warga asing. Namun saya tak berani nak dedahkan dapatan saya di sini. Apa yang mengejutkan apabila seseorang memberikan bukti tentang kesahihan hal ini. Cuma saya berdoa rakan-rakan , saudara-mara saya yang seagama dan sebangsa takkan terpedaya dengan pujuk rayu sebilangan orang-orang tertentu ini. Namun yang pasti kita wanita melayu diakui oleh antarabangsa sebagai bangsa yang kental dengan kelembutan, kebaikan dan kasih sayang. Namun terpulanglah kepada seseorang itu, jika cintanya terpaut di dahan yang bersalji.