Bz layan hati

Posted by Leeza | Posted in

Terasa nikmat bila bercuti, melengkar di atas katil dan berangan2. Namun mata yang sudah biasa bangun awal sudah celik pada sejuknya subuh dinihari. Mak saya lagi awal dan soalannya : kau pergi mana hari ini? Saya hanya mengatakan duduk rumah sahaja dan memang mata dah tak boleh bangun lewat. So, saya melayari internet menjenguk rumah2 bloggers....rata2 tuan rumahnya bz memanjang. Jam 10 bertenet sekejap dengan kakak kesayangan dan macam biasa kami bincang isu negara....cewahhh.Biasalah saya ni mulut takde insurans selalu bercakap tanpa logik. Kakak saya pula akan mempertahankan hujah2 nya.Sebenarnya saya kagum dengan cara dia menyuarakan pendapat dan saya memang tewas di situ sebab saya kurang membaca. Asyik baca novel sahaja.....
Perkara pertama saya lakukan ketika bangun awal pagi, sebelum matahari memancarkan habanya ,ialah mencuci kereta. Cucu saya PUTRI yang saya panggil si 'KOTENG' sudah menjenguk di pintu rumahnya.....melambai minta saya ambil. Tahulah yang dia ni nak main dengan air.Kemudian ,biasa sebagai perempuan ialah mengemas dan mencuci rumah.Kalau hari bekerja, malam barulah saya berkesempatan membersihkan rumah. Alaaa...takde anak manalah nak bersepah. Hahaha...rumah saya tetap bersepah kerana burung2 pipit suka masuk ke dalam rumah saya.Merekalah yang menyepahkan debu dan 'uras'( sampah).

Hajat nak makan cucur pisang tercapai hari ini apabila kawan mak saya memberi pisang abu yang sudah masak. Kemudian mak minta buatkan bubur kacang hijau campur dengan jagung. Si Luqman pula bermain seharian sehingga abangnya terpaksa mencari. Saya memang tak nak cari sebab jika sampai saya mencari, mahu teruk budak tu kena pukul. Dan dia muncul dengan 2 ekor udang sebesar ibu jari saya.....huhuhu. Dia goreng sendiri. Letak minyak dalam frying pan,susun udang tersebut, tabur kunyit atas udang dan pasang api dapur.....jangan tanya camner rasa. Itu resipi dia sendiri.Saya tentulah bising sebab itu bermakna dia menghampiri sungai lagi.

Saya cukup bosan hari ini. Dalam blog2 yang saya jenguk ,takde entry baru.Saya tahu, si Roses balik kampung kenduri kahwin adiknya,Sarnia dan Salbie bawa anak2 pergi bercuti ke Bukit Merah. Kak Zara pun dah ke sana untuk bercuti.Yang lucunya...saya rasa mata saya pitam bila melawat rumah azrin, sarnia, salbie dan zuliana, mereka gunakan cat hitam.

Seharian ini emel saya dibanjiri dengan tagged...bila masa pula saya daftar ke tagged? Macam2 orang say yes to me.Iskkkkkk apa lah. Di penghujung malam, saya buat sesuatu yang drastik. Sesuatu yang buat saya terkelu tanpa kata.

Comments (0)