Ulasan novel TUHAN LEBIH TAHU

Posted by Leeza | Posted in


Tuhan lebih tahu karya Nora Ismail a.k.a Rose Harissa yang saya suka panggil ROSES. Novel ini sampai ke tangan saya pada 13 Mei 2009 dan saya mengambil masa selama 2 hari 2 malam membacanya. Gaya membacapun pelbagai....duduk, berdiri, bertenggek di balkoni, dalam kereta ,baring dan terlungkup dan terlentang.....namun saya mesti habiskan novel ini.

Saya takkan memuji melambung-lambung untuk novel ini . ikhlas dari hati saya memberikan ulasan yang sejujurnya.Sesiapa yang tak suka ,terpulanglah...ini hak peribadi saya sebagai seorang pembaca novel.

Cinta Rina dan Azfarel dalam ikatan perkahwinan adalah impian semua orang...bahagia dalam perkahwinan. Jika ada duka sekalipun itulah rencah kehidupan berumahtangga. Konflik yang menjadi tautan tiap cerita mengembangkan kisah dan melodinya ialah konflik kelahiran Ikhzal . Namun Rina adalah wanita yang sangat bertuah ( semoga ramai wanita yang teraniaya sebertuah beliau..)kerana dia dicintai oleh suami dan diterima oleh keluarga ibu mertua.Mungkin Roses mahukan cara penceritaan yang santai. Sejujurnya saya tawar hati dalam menghayati cerita novel ini kerana tiada cabaran dalam konflik watak Rina. Setakat ini saya belum jumpa lagi novel yang dapat menyelami konflik wanita teraniaya.Mungkin kerana semua novelis yang ada adalah wanita-wanita yang terjaga maruahnya , wanita terhormat yang takkan faham bagaimana rasanya seorang wanita yang terpedaya dan tergadai maruahnya.

Roses pernah mengatakan pada saya bahawa watak Hazry Izhar adalah watak yang akan dibenci, perosak wanita. Namun saya lihat dan selami bahawa Hazry a.k.a Arey tidaklah sejahat manapun. Pada usia semuda Arey dengan latar belakangnya , pergaulan yang bebas menyebabkan Arey melakukan kesilapan.Namun terlambat untuknya berpaling sebab dalam cinta tak ada istilah U-Turn. Malahan saya kesiankan Arey...menagih cinta yang suci. Azfarel pula memang menggambarkan jiwa lelaki yang lambat launnya akan menbangkit semula isu Rina dan Arey. Sebaik manapun lelaki itu, jika isu kevirginity ditimbulkan , tercalar juga ego mereka.Kenapa mereka boleh persoalkan virginity wanita sedangkan mereka boleh rosakkan wanita?

Namun ,bagaimanapun saya bangga sebab novel ini menunjukkan kematangan Roses dalam penulisan novel. Dia mampu meneroka dunia felda, kampus dengan gaya remaja kini, dan matang dalam rumahtangga.....satu bonus sebab dia wanita isteri orang....mama Ikh.

Bagaimana menjaga novel-novel anda?

Saya selalu membaca dalam blog kakak NB tentang komen dan keluhan buku rosak dan mudah tanggal isinya. Oleh kerana buku2 yang terjual di pasaran sudah di seal dalam plastik, agak sukar untuk membuat pilihan. Saya selalu menghadapi masalah ini.Ia normal bagi saya. Apa yang saya lakukan untuk memastikan buku2 ini tahan bertahun2.
1. Check dulu buku tersebut. kalau ada gam yang tanggal...jangan marah2 .cool.
2. Ambil gam ( elok guna cow gum) atau UHU ke , gamkan ruang yang lekang tersebut.Jika nak lebih tahan, gamkan kulit buku dgn helaian pertama. Jangan banyak sangat....nanti anda juga yang nangis sebab x dpt baca kalau semua mukasurat terlekat.
3. tekan dengan benda berat..... eh bila dapat baca nih??? saborrrrrr.....tunggu ia kering dulu.kalau guna cara saya, gunalah kaki kerusi.....but make sure lapik dgn kertas dulu.
4. Lapik dengan plastik transfarent.....sebab? tangan kita ni kotor, berminyak ke....berair peluh ke.....
5. Baca janganlah ganas sangat. Buka sikit2 je....jangan bentang luas macam bentang tikar....patahlah tulang bukunya.
6. Bila membaca mesti ada adab.......
i. jangan membaca sambil makan.
ii. jauhkan minum dekat dengan tempat bacaan
iii. kalau mengantuk, berhentilah membaca.....jaga mata anda....buku tu nanti jatuh pulak.
iv. kalau suami anda ada dekat jgnlah membaca ...utamakan rumahtangga anda....kang marah cik abang anda tu.....niaya.
7. Jangan bagi pinjam pada orang yang anda tahu memang ganas dan tak tahu menghargai hak orang lain.

Sekian. terimakasih.

Comments (1)

salam za....
memang sokong sangat yang no 7 tu....huhuhuhu
sebab saya dah pernah kena, plak ngan **** **** sendiri....geram sgt dah nak tertanggal kulitnya.
Plak tu siap bagi pinjam kat jiran...mmg buat cam harta org btul...sbb kalau buat macam harta sendiri x jadi koyak punya....kan???
Wah...emo sungguh ibujunes disitu....huhuhu