Catatan Percutian Kuala Lumpur 3

Posted by Leeza | Posted in


Misi pertama ke KL ialah hendak mengunjungi READ MALAYSIA. Ketika saya sampai di Mines, saya terpegun dengan banyaknya buku2 dan tawaran harga pun murah.Dan inilah novel2 yang telah saya beli. 12 buah novel dan satu novel daripada kak NOOR.

Walaupun gila buku, saya tetap tidak melupakan kerja saya.Ini pula buku2 rujukan UPSR dan buku2 rujukan untuk anak2 Madam T, Jasmine n Felix. Lucunya bila budak penjual berulangkali memberitahu : Puan, ini buku2 cina. Sapalah yang tak geram dengan harganya rm2 saja senaskah.Saya tidak melupakan anak buah saya Muhd Farid Asyraf yang akan menduduki PMR,saya belikannya pin untuk pembelajaran PMR online dari berita harian. Tiada yang mampu saya berikan hanya ini agar dia beroleh kejayaan.

Cantik tak? Ini baju yang NIK FAUZIAH hadiahkan pada saya. Ketika saya tunjukkan pada Suraya Yaacob, saya tanya dia : Su, cantik tak? Hehehe dan dia menjawab sepatah : Cantik. Terima kasih NIK atas hadiah ini. Terima kasih Su sebab menjawab walaupun awak bz.

Inilah sebahagian tudung2 yang saya shopping sakan dengan kak Aty dan kak Mijah. Sebahagian telah saya berikan kepada kakak dan anak saudara. Harganya rm6 saja sehelai.Saya membeli banyak sebab harga di Kuching untuk semua tudung itu belasan ringgit, ada yang berpuluh ringgit.Yang biru itu special.....saya dah padankan dengan kain special juga.


Saya pening ketika memilih kain . Bukannya apa, saya berkira2 apa yang kawan2 saya pesan....bila dah nak pulang dia kata dia nak kain berjalur sebab ia popular sekarang. Syyyyhhh saya tahu dia takkan jenguk blog saya....yang kuning itulah kain berjalur dan saya sendiri punya.Mak saya warna coklat dah saya berikan.

Hmmm...cantik tak? Saya mendapat hadiah ini daripada kak Aty. Beg itu sama dengannya tapi fesyen lain. Teta kata : beautiful umi. Ketika saya kata , sama juga dengan aunty punya. Dia kata no....umi big and aunty small. hahahaha.... sedangkan saiz beg kami sama saja. Kain itu warna biru serupa tapi tak sama dengan hadiah kak Aty untuk NIK. Camner kak Aty tahu saya suka biru, purple and green?

Yang inilah yang buat saya lama di Sogo sehinggakan saya tak sempat membeli barangan lain.Pakaian anak buah sayapun cuma beberapa helai sahaja. Tapi Putri dapat 2 helai. Inilah beg dokumen. Nasib baik ada NIK. Pesanan madam T. Jika dia tak nak , beg ini saya yang punya. Tapi jika dia nak, saya dah pesan NIK untuk belikan saya dan pos.

Berehat sekejap dengan kak Mijah. Penatla juga.Kak Aty mana? Alahai...dia masih berkeliaran.... sehingga terpaksa telefon untuk tanya dia di mana.

Penat dari shopping kain, kami makan. Saya cuma ambil nasi, ikan goreng dan sup. Kak Aty kata : ko tak makan cili ke Za? Makan tapi sikit.Pertemuan dengan NIK. Banyak celoteh dan cerita NIK ni.....Setelah penat shopping, malamnya saya tidur dengan nyenyaknya. Kak Aty masih juga dengan hobinya hantar ims. Tetapi tepat jam 1 pagi, saya terkejut amat sangat sebab........hahahahaha. Inilah katil ke dua yang saya patahkan. Yang ini memang amat memalukan sebab patahkan katil orang.Balik Sarawak saya mesti pastikan berat saya berkurangan.Sekarang 58 kg....kena turunkan lagilah sebab katil dah tak mampu menampung berat saya.

Loves always,

Comments (3)

salam za..
ketawa guling2 za... kitak patahkan katil?? hahah!.. mek risau mun beg tu sik ada lagi heheh!

Salam..
Nice blog.

salam za....
ngape jadik begitu??? hahahahah....gelak guling2 nih...
sure kena turunkan berat badan...huhuhuuhu