ROTI CANAI SALAD TACO oleh Norhayati Berahim

0

Posted by Leeza | Posted in

Asalamualaikum warahmatullahi' wabarakatu'....
Jika saya ungkapkan semua perasaan ketika membaca novel ini, mesti ada orang yang akan membuat tanggapan bahawa saya terlalu emosional dan terlalu jiwang dalam memperkatakan sesebuah novel. Dipandang dari segi positif , semua pencinta buku akan mempunyai keterujaan yang tinggi terhadap buku yang dibaca. Apatah lagi jika buku itu adalah buku yang sangat disukai cara penyampaian dan isi kandungannya. Membaca sejuta kalipun tidak apa...pasti perasaan suka itu berganda setiap kali membacanya kerana kita akan lebih memahami bila dibaca berulang kali...silap-silap boleh hafal ayat dari A ke Z.
Ya , saya akui bahawa saya sangat lambat membaca novel sekarang ini. paling cepatpun tiga hari, hanya pada hujung minggu. Namun tidak semua cuti hujung minggu saya bernasib baik kerana kunjungan anak-anak emak yang lain.
Namun dalam situasi saya membaca novel ini amat berbeza. lambatnya saya menghabiskannya kerana saya perlu untuk berjeda seketika untuk mencerna beberapa kaitan watak di dalam novel tersebut. Saya akui pada mulanya saya pening sebab banyak watak diperkenalkan. Tambahan pula pengenalannya amat minimum untuk memperolehi klu atau bayangan siapakah watak-watak tersebut. Dan pastilah penulis memperkenalkan watak melalui beberapa peristiwa penting yang seterusnya jika pembaca bijak akan berusaha mengaitkan semua watak itu di sepanjang deretan perjalanan plotnya. Kali ini penulis menggunakan pendekatan yang amat berbeza dalam memperkenalkan watak-watak novelnya. Jika dulu kita boleh agak watak ini dengan watak itu saling berkaitan dalam bentuk pola berpilin yang semakin besar pusaran berpilinnya maka berkembanglah jalan cerita tersebut. Namun kali ini ia umpama percikan bunga api di udara , melantun ke serata arah dan hujungnya kita harus kumpul satu persatu membuka segala misteri yang termetri sepanjang jalan cerita tersebut. Bijak penulis ini  dalam mengikat fokus pembaca untuk terus  sabar membaca satu persatu. Ya..membaca Riti Canai Salad Taco ,kita tidak boleh bermain politik kotor untuk melangkau satu helai demi satu helai kerana ia membuat kita tertinggal sesuatu yang remeh tetapi amat penting...contohnya saat pertemuan pertama watak hero dan heroin. Namun keduanya tidak perasan pada pertemuan itu sebab heroin langsung tidak memandang secara terperinci wajah heronya pada masa itu. Hanya pandangan pertama di kilang Sejuk Beku lah yang membuat si hero jatuh  hati kali pertama tetapi tidak kepada heroin. Nyata dalam novel ini  perasaan sebenar heroin tidak terlalu digambarkan hanya setelah berkahwin barulah timbul rasa sayang, cinta dan kelembutan yang ada pada Raniah. Penulis seboleh mungkin menjaga dengan sebaiknya santun seorang wanita Melayu dalam menyemai perasaan kasih kepada kaum sejenisnya yang hakikatnya ramai yang hilang kesantunan  ini. Ibarat perigi mencari timba.

Kita diajak untuk bersabar dalam menghayati novel ini sepenuhnya. Ini kerana setelah beliau mengenalkan beberapa watak dan perwatakan yang menarik , bila kita membaca baris demi baris dengan harapan kita temui jawapan siapakah watak-watak tersebut dan kenapa ia terjadi sedemikian. Namun dipertengahannya beliau banyak memperkenalkan Raniah dan lingkungan kehidupannya. Begitu juga dengan Mukmin dan sekitar masalahnya. Semasa beliau menceritakan kisah masa kecil Raniah , kita kemudian tertanya-tanya apakah yang berlaku seterusnya kepada watak Hanum dan watak Amirul. Kedua misteri ini seterusnya seakan dilupakan bila kita menghayati jalan cerita seterusnya. Tertanya-tanya juga hati kecil saya, adakah penulis sengaja melupakan dua watak ini menjadi tergantung atau ada kisah selanjutnya. Begitu juga dengan Mukmin , saya tertanya-tanya kenapa emak Mukmin merahsiakan hubungannya dengan Bakhtiar dan Nana. Bila membacanya saya tidak dapat lari daripada berprasangka buruk bahawa , emak Mukmin berkahwin dengan Haji Ismail dengan cara menggunakan ilmu hitam. Bimbang suami , Mak Tua dan anak-anak menjadi marah maka beliau menyimpan secara kejap rahsia yang tidak ingin dibongkarnya walau natijahnya , bukan sahaja Mukmin menerima padah tetapi isteri Mukmin juga turut terkena.

Saya akui juga saya tertanya-tanya kenapa Salad Taco menjadi tajuk kerana hampir 70% cerita berkait dengan Roti Canai. Rupa-rupanya semua watak mempunyai kenangan dan kaitan rapat dengan roti canai. Di warung Mak Cik Delima lah pada mulanya pertemuan Hawa dengan Raniah. Seorang wanita berambut merah dan sedang duduk memerhati Raniah melebar roti canai dan kemudian mengambil gambarnya. Dan Salad Taco menjadi lambang pertemuan Raniah dengan Mukmin yang membuka sebuah restoran iaitu 1420. Satu nombor yang mempunyai makna yang sangat mendalam bagi pemiliknya. Apa maksudnya, kenalah rakan-rakan membaca sendiri novel ini. Jika saya ceritakan kesemuanya , rasanya tidak cukup dihelaian blog ini. Mahu bertambah beberapa episod seterusnya. Bak kata krew Aksara dulu, habis satu roll filem dengan hanya saya yang bercakap...

Saya sebenarnya amat sebak membaca kisah Raniah dan ibunya. Betapa degilnya seorang ibu , Mak Cik Delima sehingga perbuatannya itu amat mengecilkan hati Raniah. dari kecil sehingga dewasa , Raniah menjadi anak yang berdikari sehinggakan masuk universiti menggunakan duit sendiri. Perasaan kecil hati seorang anak sebenarnya telah saya rasai bertahun-tahun, dan ini membuat hati saya terguris bila membaca bagaimana  Raniah balik dengan sebak di hati setelah menemui ibunya di Pusat Jagaan Orang Tua. Dan bila Raniah menulis artikel tentang emak Mei Ling, ia menyedarkan Mak Cik Delima betapa dia mengabaikan saat-saat manis masa kecil anak yang harus dikongsinya bersama anak. Biar sibuk manapun, luangkanlah masa untuk hari-hari penting anak seperti majlis penyampaian hadiah dan sebagainya. Jangan kedekut untuk tunjukkan perasaan sayang kepada anak melalui perlakuan. Ini bagus menjadi panduan ibu bapa di luar sana. Dalam menanggani masalah sosial anak-anak zaman sekarang, amat pentingnya ibubapa meluangkan masa bersama anak-anak agar pergerakan dan pergaulan mereka dapat dipantau sepenuhnya. Bukan mengongkong keterlaluan namun berusaha menjadi kawan baik anak-anak dan berubah serta bertoleransi mengikut zaman anak-anak.

Bila terjebak dengan kerja yang tidak halal, ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi untuk mengubah nasib dan keluar dari lingkungan kerja yang banyak menjurus ke arah kemungkaran. Kita didedahkkan dengan perubahan positif pekerja kelab malam seperti Hawa . Kehidupannya amat bahagia dengan suami yang amat menyanjung kehidupan beragama malahan kedua suami isteri ini berjaya membuka minda golongan barat tentang kehidupan Islam . Kejayaan ini amat manis dengan pengislaman Stephanie di Jerman.  Juga betapa akar dan asas yang kuat dalam mendidik anak-anak menjadi perisai yang sangat ampuh sehingga syukur alhamdulilah dalam cabaran yang sangat hebat dengan dugaan dan cabaran persekitaran kehidupan di Jerman, anaknya Raudhah yang remaja akhirnya terselamat. Syukur alhamdulilah walau pada mulanya saya sangat cemas bila Raudhah kembali daripada parti rumah kawannya dalam keadaan sugul dan murung. Bukan hanya ibubapanya mendoakan, secara tidak langsung hati kecil saya turut berdoa agar Raudhah tidak rosak. Walau bagaimanapun penulis tidak lupa menceritakan natijah perbuatan yang jahat untuk menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita. Bakhtiar dan anak-anaknya yang tidak tahu status memandangkan nama bapa mereka berlainan sekali akhirnya mati terbakar . Biasanya manusia yang mengamalkan ilmu hitam, syirik dan berkawan dengan syaitan akan mati dalam keadaan yang mengaibkan. Hani perempuan Melayu yang zahirnya ditunjukkan sebagai wanita yang kuat beragama tetapi lahirnya amat kasar, egois dan kuat berprasangka. Ia menjadikan kita memikirkan adakah kita ini tersangat munafik yang menunjuk-nunjuk kebaikan tetapi sebaliknya hati kita sehitam-hitamnya tanpa dikawal.  Perkahwinan Daim yang gagal menyedarkan betapa dia terburu-buru mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hani yang tidak dikenalinya dengan sepenuhnya. Penulis sama dengan saya amat bersetuju bahawa sesuatu perkahwinan itu haruslah mendapat restu daripa ibubapa terlebih dahulu. Jika tidak, maka akan timbul masalah di kemudian hari. Puan Suhana ibu Daim amat tidak setuju bila Daim mengahwini Hani , bukan hanya kerana dia lebih menyukai Raniah menjadi menantunya tetapi kerana nalurinya dapat mengagak bahawa Hani bukanlah perempuan yang baik.

Roti Canai Salad Taco membicarakan tugas wartawan dan pengusaha kilang makanan sejuk beku. Namun saya amat suka kerana tugas wartawan ini menjadikan penulis dapat mengungkapkan semua bidang, agama, fesyen, makanan, halal dan haram hatta kebajikan sekalipun. Betapa kerjaya ini bukan hanya setakat menjadi wartawan mewah tetapi tugas wartawan yang melaporkan kebenaran dan membantu golongan yang perlukan bantuan kebajikan . Kita diperkenalkan dengan watak Zawi dan saya menjerit terkejut bila tahu siapakah Zawi yang sebenarnya. Patutlah saya hairan kenapa si Raniah asyik berkepit dengan Zawi dan hingga sanggup duduk di atas paha Zawi. Sesuatu yang manis bila Raniah menjadi sahabat yang tidak berputus asa mendoakan dan menegur sahabatnya yang pincang jalan hidupnya untuk berubah ke arah kebaikan. Ini menjadi motivasi kepada kita semua , jangan sesekali tinggalkan sahabat tetapi berdoalah dan jangan berputus asa mengajaknya ke arah kebaikan. Begitu juga dengan watak Janis , seorang wartawan yang banyak mengungkapkan realiti kehidupan masyarakat zaman kini. Walau dia bukan orang Islam tetapi beliau banyak menyumbang ke arah kebajikan. Akhirnya saya dapat mengagak , dia dan Daim berkahwin dan dapatlah Janis memeluk Islam mengikut papanya, Razali Teoh. Watak Janis dan kaitannya dengan Hanum sangat mengejutkan saya.

Sudah panjang meleret ulasan novel yang saya buat ini. Tahniah kepada kakak Norhayati Berahim kerana memperkenalkan cara baru dalam pengolahan watak dan perwatakan. Nampaknya kakak telah melangkah ke satu tahap lagi dengan mengubah pola penceritaan akak. Teruskan akak kerana info-info dan ilmu yang akak selitkan dalam novel ini amat membantu kita semua. Anda di luar sana , dapatkan novel ROTI CANAI SALAD TACO di pasaran sekarang. Atau layari laman web : http://www.nbkara.com.my.

UDA DAN DARA oleh Aisya Sofea

0

Posted by Leeza | Posted in

Novel ini sebenarnya sudah lama saya beli tetapi saya baru sahaja membaca dan menghabiskannya hari ini. Tiga minggu saya membaca novel ini. Novel berkisah percintaan yang diumpamakan uda dan dara antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Mereka berdua kenal sejak kecil tetapi terpisah kerana kejadian penghinaan oleh Izzat Hilman terhadap Siti Mariam yang pada zaman remajanya digambarkan seorang gadis yang gemuk dan tidak menarik. 17 tahun lamanya Siti Mariam menyimpan rasa marah dan dendam tetapi tidak dapat menolak naluri kasih sayang dan cintanya  terhadap Izzat Hliman. Si Hilman pula jatuh hati bila bertemu semula dengan gadis yang pernah dicemuhnya itu. Gadis itu berubah menjadi wanita yang  mempersonakan. Maka bermulalah cinta mahu tapi malu, sehingga kejar mengejar. Si gadis asyik berdolak dalih dengan hatinya..mulut kata benci tetapi hati kata mahu sangat. Hilman pula cinta membuak-buak dan bernafsu.

Pada peringkat pertama ialah hubungan yang bertarik tali , nampak si Mariam tidak matang. Bagaimana bercinta kemudian berpisah ? Ia umpama bom jangka bagi Hilman yang seikhlasnya sayangkan Mariam. Bagaimanapun kita tidak boleh salahkan Mariam kerana dia tahu dan sedar diri bila secara terangan kakak Hilman ,Kak Yah hendak menjodohkan Hilman dengan sepupunya Khalidah lulusan dari Jordan.Kemudian percintaan ini disenyapkan sementara dengan masalah ayah kandung Mariam berhutang dengan Ah Long. Masalah ini membuat keluarga Mariam dalam bahaya dan berada dalam kestressan. Kemudian Hilman terlibat sama sebab dia rapat dengan Mariam. Bila akhirnya Hilman membantu melunaskan hutang ayah Mariam dan dia dengan tegas meminta ayah Mariam tidak lagi menganggu hidup Mariam. Di kesempatan itu  juga dia melamar Mariam menjadi isterinya. Kerana terhutang budi , maka perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Kak Yah pula semakin mengamuklah dia kerana adik kesayangan ingkar dengan kehendaknya. Maka bermulalah episod duka seorang isteri yang terasa diri dikahwini untuk membayar hutang dan tidak disukai oleh kakak ipar.

Banyak juga konflik yang diwujudkan dalam novel ini. Konflik hati Mariam yang berteka- teki samada suaminya sayangkan dia. Sehingga bila mereka dalam saat-saat mengecap bahagia berdua, datang musibah bila rahsia penjualan tanah untuk membayar hutang ayah Mariam dibangkitkan oleh Kak Yah. Kemuncaknya Mariam yang tidak tahu dirinya mengandung terjatuh dari tangga menyebabkannya keguguran. Kak Yah cuba menangguk di air keruh dengan mendesak Hilman mengahwini Khalidah. Hakikatnya Khalidah serba salah dengan tindakan Kak Yah dan masih menghormati perkahwinan Mariam dan Hilman. Namun ada penyelesaian yang menyedarkan Kak Yah dari lena dan sikap obsesnya yang keterlaluan. Pendermaan darah kepada anak lelakinya Jefri yang mengidap demam denggi oleh Mariam yang baru keguguran menyebabkan sengketa  dan dendam ini berakhir dengan manis. Maka kebahagiaan itu dilengkapi dengan kelahiran Arif Hilman. Penulis juga tidak melupakan watak Adam Mukhriz dengan Hawani dan  Luqman Hakim dengan Farah.

Keseluruhannya penyampaian amat sederhana , cinta yang biasa-biasa sahaja. Malahan kali ini semakin jelas bila penulis amat terhad dalam penceritaan

Masak Pada Hari Minggu

0

Posted by Leeza | Posted in

Asam Pedas Kekasih
 Hari Ahad sahajalah masa paling santai untuk saya memasak. Hari-hari biasa saya tidak sempat memasak yang istimewa untuk diri sendiri. Bak kata kawan saya, kalau kau dah kahwin mahu atau tidak ,kau terpaksa memasak juga untuk keluarga. Betul katanya, sebab bila saya seorang saya hanya memasak untuk emak dan untuk diri sendiri terkadang makan terkadang tidak. Kalau lapar sangat, telur dadar menjadi pilihan.

Oleh kerana sudah berminggu ayam  dalam freezer, maka hari ini saya mencuba resipi dalam Buku RESIPI 6 SAHABAT Norhayati Berahim . Resipi Anita @Balqis Nazid menjadi pilihan pertama kerana semua bahannya ada. Sebenarnya bahan-bahan asalnya hendak memasak sup, dan laksa  tetapi saya ingin mencuba kelainan hari ini. Syukur alhamdulilah, sebab ia menjadi , malahan rasanya sangat sedap. Percaya atau tidak saya menghirup kuahnya sehingga licin.

Resipi sendiri : Udang Terung Tumis Manis
 Emak pula tidak menyukai ayam. Lantaran tidak mungkin saya memberinya lauk yang pedas sebegini, maka saya memasak Udang Terung Tumis Manis. Saya gunakan terung, udang, dan gula apong /nipah. Ini makanan kegemaran kami berdua. Resipi ini tidak terdapat dalam mana-mana buku.

Jadi jika anda ingin mencuba resipi Asam Pedas Kekasih, dapatkannya segera. Berbaloi sangat untuk kita mmebeli buku resipi kerana memasak itu sinonim dengan kita sebagai wanita. :)

BANTULAH MEREKA....WATER

0

Posted by Leeza | Posted in

Saya berharap pembaca blog saya sedia membantu mereka ini. Kasihanilah anak-anak ini . Mari kita sama-sama membantu mereka mendapatkan tempat kediaman yang selesa dan selamat. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat memberi ganjaran kepada sesiapa yang sedia menghulurkan bantuan.

Saya kongsikan kempen daripada blog kak Norhayati Berahim :

Assalamuailaikum, saya wakil dari grup Ukwah mulai hari ini mahu memulakan kempen mengutip derma yang diberi nama WATER, iaitu kempen Wakaf Teratak Rahmat. Seperti yang pembaca semua maklum, saya dan rakan-rakan grup ukwah sudah dua kali melawat rumah Teratak Rahmat yang terletak di Mata Ayer , Kangar Perlis. Penghuni Teratak Rahmat memerlukan bantuan pembaca semua bagi mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
.1. Mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba memerlukan pengubahsuaian anti kebakaran berjumlah RM60,000
2. Sistem pendawaian elektrik dan paipan yang baharu berjumlah RM40,000
3. Pengubahsuaian bangunan tempat anak-anak Teratak Rahmat berlindung, seperti kantin, bilik air dan sebagainya memerlukan RM60,00
Wakaf tunai dlm bentuk wang ringgit
Wakaf persegi iaitu 1 kaki RM50. (3200kps)
Masukkan sumbangan anda ke akaun Bank Muamalat 0901-0019362-72-9.  Cek tulis atas nama TERATAK RAHMAT.
Blog: teratakrahmat.blogspot.com
No tel: 019-4776482/0111-4223141
E-mail: teratakrahmat@gmail.com
 
Jadi sahabat-sahabat semua , sudi-sudikanlah menderma dan war-warkan kepada sahabat dan saudara kalian untuk membantu mereka ini. Moga kalian diberkati oleh Allah SWT hendaknya...amin.

Hari Guru 2012

0

Posted by Leeza | Posted in

Hari Guru 16 Mei merupakan hari yang sentiasa ditunggu-tunggu. Ia seperti satu hari istimewa , hari keraian bagi saya. Pada awal pagi saya mulakan dengan senyuman tanda hati yang tengah berbunga-bunga. Hakikatnya , semangat saya mencanak-canak naik dengan profesyion perguruan ini. Biarpun ia bukan kerjaya orang kaya-kaya, tetapi bersyukurlah kerana ia bidang yang luas untuk menabur bakti dan mengumpul saham akhirat.

Bertugas pada Hari Guru

Hadiah untuk diri sendiri..Beg COACH

Hadiah-hadiah daripada murid-murid

Keluar dalam Harian Metro edisi Hari Guru

Harian Metro 16 Mei 2012
Dan kegembiraan itu semakin memuncak bila dapat berita sahabat-sahabat saya Cikgu Rabiah Abas dan Cikgu Unlong Nudin , mendapat cahayamata setelah 20 tahun berkahwin , anak lelaki, Mohd Zahin Rizqullah yang lahir pada 16 Mei 2012. Bila Allah berikan rezeki, bila-bila masa dan kita janganlah sekali-kali berputus asa....moga Mohd Zahin mendaji anak yang solleh..amin. Tahniah kepada sahabat-sahabat saya ini.

LAGI CERITA PBAKL 2012

0

Posted by Leeza | Posted in

Walaupun PBAKL 2012 dah berlalu 2 minggu lepas ,namun keseronokan berpesta buku masih terasa. Selain booth NBKara menjadi keutamaan , saya tidak melepaskan peluang ke Dewan Tun Hussein yang menjadi dewan Karangkraf. Saya mencari karya-karya terbaru Aleya Anessa, Damya Hanna, Anis Ayuni dan beberapa siri Bestari. Sudah tentu saya tidak melepas peluang berjumpa dengan Kak Sri Diah Saharuddin yang saya tahu perjumpaan kami hanya setahun sekali. hahaha.

Kak Sri Diah memberi ucapan semasa pelancaran Buku Resipi Sushi.
Sumbangan daripada Grup Buku Karangraf untu Program Nilam SK Jemukan

Akhirnya berjumpa dengan kak Sophia.

Bertahun tak jumpa akhirnya jumpa juga kakak yang awet muda ini, Kak Halimah Awang.

Bergambar dengan Jun dan ibunya.

Antara sumbangan dari Grup Buku untuk sekolah

Sumbangan daripada Grup Buku Karangkraf

Hadiah daripada Jun, terimakasih
Antara buku-buku yang saya borong di PBAKL

Hadiah dari Vietnam , terimakasih kak Sri Diah.

Hadiah daripada Kak Sophia, terimakasih

Hadiah daripada Khamisah Mohd Nazri..terimakasih.
Terimakasih atas semuanya sahabat-sahabat. Walaupun sekejap cuma tetapi memadai untuk kita melepas rasa rindu . Semoga persahabatan kita tetap terjalin kukuh selamanya. Terimakasih Kak Aidah dan Kak Wati yang membantu saya mengurangkan berat bagasi di LCCT. Terimakasih atas pemberian beg cooler khas dari Tasmania...

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2012

0

Posted by Leeza | Posted in

Sangat indah rasanya sebab berpeluang ke pesta buku lagi tahun ini. Syukur alhamdulilah kerana diizinkan Nya untuk bersama-sama semua peminat buku, karyawan buku dan rakan taulan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.

Permandangan dari tingkap bilik saya.
Tahun ini saya memilih untuk duduk di Hotel Seri Pacific selama 2 malam. Syukur alhamdulilah kerana pilihan saya ini sangat tepat. Selain amat selesa , dekat dan mudah untuk berulang-alik ke Pesta Buku yang terletak di sebelah hotel, ia juga amat selamat memandangkan BERSIH 3.0 sedang beroperasi pada 28 April yang lalu. 
Hadiah harijadi yang kecil sahaja untuk kakak tersayang.

Qaisara yang manja.

Bersama keluarga Junaidah daripada Kluang, Johor
Saya berkesempatan menemui Ibujunes yang sudah lama saya kenal melalui blog Kak NB . Kali ini dia datang membawa semua anak dan ibunya. Saya kagum dengan ibunya yang minat membaca. Saya suka sangat menyakat anak Jun si Hakim yang wajahnya selalu tensen.

Bersama penulis Lelaki Tidak Bersalah, Kusyi Hirdan

Bersama penulis Keindahan Cinta Iman, Puan Zuraidah Othman.

Sudah tentu bersama novelis pujaan saya, Roti Canai, Salad Taco.

Gambar beramai-ramai. Bila Singapura dan Sarawak berkumpul di NBKara....maka gamatlah dengan pelbagai cerita.

Jauh nun di Sarawak, di KL juga menjadi tempat pertemuan...hahaha.
Saya sangat seronok, biarpun kaki saya belum sembuh sepenuhnya. Masa terasa sangat singkat. Amat menyesal pergi hanya sekejap sahaja. Tahun depan saya akan datang lebih lama sedikit. Saya cuma berpeluang shopping buku sehari sahaja iaitu 28 April. Itupun saya kerap berehat kerana kesihatan tidak mengizinkan sangat. Jumpa lagi tahun depan....jom rakan-rakan yang hendak sertai , sila menabung dari sekarang untuk membeli buku-buku. Syurga buku di sana.............