Tidak berhenti mencintai kerjaku

Posted by Leeza | Posted in


Cantik tak bunga dalam lukisan ini? Inilah hasil seni rakan sejawat saya. Puas saya memujuknya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah namun dia keberatan sebab baginya tak mampu menerima banyak tekanan. Namun beberapa hari ini dia terpaksa juga mengalah pada seorang rakan kami yang meminta dia melukis untuk assignment seninya. Dan saya amat menyukai hasil lukisan. Saya mempunyai 2 hasil lukisan hadiah cikgu saya Jasmin dan rakan sekelas saya,"OCHAI" namun ianya telah mak bakar disebabkan ia masih bergulung dalam almari.....Malahan peti antik arwah datuk saya pun mak bakar juga......uwaaaaa.

Apa ni? Inilah retord stand ....radas yang saya sibuk siapkan pagi tadi. Bagaimanapun , saya gembira melakukannya kerana inilahtugas saya.

Inilah sebahagian bangunan kelas SK JEMUKAN. Pilihan warna purple dan violet.Kalau malas berpusing jauh maka rentasi saja padang kecil itu.Di situlah saya mengajar anak2 berkawat kaki.

Ini pula jambatan yang pernah mencatat peristiwa saya jatuh berguling-guling.Nasib tak jatuh ke bawah terus. Setiap kali hujan saya tak berani lagi menggunakan jambatan ini.



Dan inilah sebahagian anak2 murid saya , kelas tahun 6. Mereka sedang membuat latihan amali sains tajuk : Force and springs.

Kerja adalah tanggungjawab kita. Ia adalah periuk nasi kita. Sesibuk manapun kita bukan alasan setiap tugasan dilakukan dengan sambil lewa. Cuba buka mata, pasang telinga, buka hidung besar-besar dan buka hati dan otak kita, melihat sekitaran dan bandingkan dengan keadaan kita. Kita akan dapat menilai, menghargai dan bersyukur : Kita tak perlu berjemur tengah panas, kita tak perlu bersengkang mata 24 jam, kita tak perlu membanting tulang yang sedia kecil dan halus. Setiap gaji yang kita terima adalah hasil keringat kita sendiri samada kita membanting tulang atau memerah kepala otak kita.Jika tugas dan amanah kita tak jalankan, apakah kita sanggup terima upah dan gaji yang majikan kita berikan? Janganlah lalai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Jika kita akhirnya ditimpa bala sebab kesilapan kita sendiri janganlah salahkan orang lain pula. Saya mencintai kerja saya biarpun bidang pendidikan ini adalah pilihan terakhir saya. Saya akan susah hati jika kerja saya belum selesai.

Petang tadi saya menggantikan kawan saya Madam T yang sedang berkursus sehingga 29 Jun. Saya harus membawa 6 orang murid ke program motivasi UPSR, giliran Bahasa Inggeris hari ini di SK HJ KELALI SEMERA, sekolah rendah saya dulu. Sejak pagi saya kebingungan memikirkan bagaimana hendak menyumbat 6 tubuh yang rata2nya lebih besar daripada saya dalam kancil saya. huhuhu.Nasib baik seorang rakan volunteer menghantar 2 daripadanya. Dan saya membawa sama kerja saya untuk dilakukan sambil mendengar ceramah motivasi BI. Saya bersyukur kerana kawan saya ada sama di situ, dan saya memang mudah mendapat kawan2 baru. Komunikasi perlu agar kita tidak bersendirian. Buat apa menyombong diri dan tidak bergaul? Life is so short, why make it so complicated? Dan ketika kami minum saya bertanya rakan saya, sedap tak kuih yang awak makan? Kawan iban saya ini berkata : Bersyukurlah Za. Hahahah... saya hanya mengangkat tangan dengan senyuman. Kami sama2 mengakui bahawa masa itu sentiasa ada, terpulang kita mengaturnya dengan bijak....dan kerja ada satu amanah.

Salam sejuta sayang,

Comments (3)

salam kak...
kmk dolok suka jadi cikgu. dah pegi ujian 2 kali tp xjuak dapat..last2 nasib baik kmk ada peluang jd cikgu sandaran smk belawai. berpeluang juak kmk mengajar..sampey skrg tok kmk still minat nak jd cikgu...

isk..isk
murid2 tu tanya ke za..asal le cikgu aku ni ambik gambar aku, rupanya nak masuk blog iye za..ha.ha
cantiklah sekolah Za ni...

kak liza,
bangunan sek kayu itu mengingatkan kakyong pada sek rendah kakyong di Sibu dulu....
kak za ngajor darjah 6 yer...
kerja apa sekali pun, bila kita suka dgn kerja kita, Insya Allah, akan terasa lebih mudah untuk melakukannya..