Mendekati ALLAH

Posted by Leeza | Posted in

Saya teringat beberapa minit saya kembali ke Sarawak, rakan saya bertanya : Selepas NB siapa lagi yang ingin akak temui? Dan sebelum pemergian saya ke Kuala Lumpur, anak saudara saya Riena berbual dengan kawannya : Bestnya usu, selalu sahaja dapat jumpa orang yang dia suka.Dulu berlayar dalam cruise princess bersama Ella, kemudian keluar makan dengan Erra Fazira, sekarang dengan novelis terkenal. Kemudiannya kawan itu menjawab : sebab usu bersungguh2 untuk mendapat apa yang dia mahukan.

Saya terkedu dengan semua ini. Apa yang pasti saya merasakan semua adalah atas keizinan Allah SWT. Jika Dia tidak mengizinkan, takkan ada pertemuan dengan apa yang saya inginkan. Sebab itu saya menjawab soalan kawan saya dengan penuh yakin : Tiada siapa lagi ingin saya temui kerana saya ingin menemui TUHAN. Jika ingin menemuiNya , adakah kita harus mati terlebih dahulu? Adakah kita berpeluang melihatNya jika dosa kita menyebabkan kita jadi penghuni Neraka?

Jika dulu dunia remaja saya adalah Ella dan Erra Fazira namun sekarang saya merasakan saya menemui idola saya dan mengenali dunianya. Saya tak tahu kenapa kami tiba2 rapat dan kenapa saya begitu mudah dapat menemuinya. Seakan Allah menjurus pertemuan ini. Adakah dia ditakdirkan untuk jadi pembimbing saya ? Jika ya..saya amat bersyukur kerana menemui permata yang bukan sahaja novel2 nya menjadi pujaan saya tetapi dia banyak mengajar saya apa itu hidup ini sebenar-benarnya.

Entahlah, saya memang benar2 berubah. Dulu saya pernah fobia pada pertemuan dan saya seakan tidak mempercayai adanya keikhlasan dalam dunia ini setelah seseorang menunjukkan sikapnya yang teramat melukakan hati saya. Namun saya masih menghantar sms bertanyakan khabar, saya masih mengucapkan assalamualaikum yakni mendoakannya kesejahteraan. Sehinggakan pada satu tahap ketika dia mengerjakan haji, saya berdoa kepada Allah agar mendekatkan saya dengannya.Dia pernah menceritakan sesuatu kejadian di sana yang membuat saya terdiam. Namun dia mungkin tidak menyedari apa makna semua kejadian itu.Apapun rasa sayang itu, rasa keikhlasan itu tidak saya luputkan untuknya.Satu keistimewaan kita menjalinkan hubungan persaudaraan sesama Islam ialah kita mampu mendoakan sesama kita kesejahteraan dan keredhaanNya.Hanya melalui salam dan senyuman ,kita memohon doa darinya untuk insan2 seagama kita.

Dan ALLAH juga sayangkan saya dengan menjauhkan apa yang mungkin menarik saya jauh dariNya. Saya bersyukur kerana saya bukan sahaja mendapat kasih saudara seIslam daripada NB tetapi juga daripada Junes , Nik Fauziah, Kak Zara dan ramai lagi yang rata2nya luas membaca. Baru saya tahu bahawa dunia ini tidak sesempit Sungai Sarawak dan tidak sekecil dunia ULU SEMERA. Saya tahu inilah berkat doa rakan-rakan saya. Mungkin Ustaz di tempat saya bertugas sentiasa mendoakan agar saya insaf ( saya suka cakap lepas sahaja.......)Tak perlulah saya tunjukkan apa yang saya lakukan sehingga saya rasa saya telah berubah, namun saya mendoakan agar semua rakan bloggers dan rakan baik serta kenalan saya sentiasa ada di sana untuk saya berpaut ketika hati ini terkadang sangat rapuh dan lelah......

Saya akan berusaha untuk menunaikan janji saya denganNya...kerana inilah sahaja cara saya berterimakasih dan bersyukur atas segala nikmatNya. Ini juga sebagai rasa sayang saya padaNya kerana memberi saya kekuatan dan menemui apa yang saya rasa hilang selama ini.......

Comments (2)

Salam za, apabila silaturrahim itu diikat dengan dengan nama persahabatan dan ukhuwah, ia memberi makna yang berbeza. Kita bersahabat, bukan berkawan, berteman atau sekadar menjadi rakan. Setiap yang bersahabat ada hak mereka masing2.
Semoga silaturrahim yang terjalin atas nama persahabatan dan persaudaraan Islam ini terus kekal hinggga ke akhir hayat dan mendapat keredhaannya.

kak, semog amenemui apa yang dicari.. Amin