Tenangkan jiwaku

Posted by Leeza | Posted in


Sebelum berbicara tentang tajuk, saya tunjukkan buah ini. Ustaz Sabri yang baru balik dari Kedah ,berikan saya sebungkus buah ini. Seronok saya dapat buah ni sebab rasanya tidak masam. Seperti mana saya menyukai dodol yang kak NB berikan. Saya makan sebungkus sehari.... nak jimat. Apa nama buah ini ? Ustaz kata buah asam jawa. Dari pagi lagi saya berdebat dengan kak NB yang mengatakan buah ini buah keranji. Siap berpantun lagi kakak saya ini....kehkehkeh. Balik ke rumah petangnya, mak pun kata buah keranji.macam pakat je dua orang ni........ada telepati ke?

Sejak beberapa hari ini saya mendengar keluhan rakan-rakan tentang beban tugas yang menekan. Saya hanya mampu mendiamkan diri saya kerana saya sedar cabaran 80an tak sama dengan zaman ini. Dia mengatakan yang dia rasa semakin tua sebab mindanya rasa tertekan. Seribu kali saya mengucap syukur kerana stress telah saya lepaskan di Laut China Selatan guna belon. Dan mana tidak kelam kabutnya member apabila sekolah menerima panggilan yang nazir sekolah akan memantau pada hari khamis ini. Kemudian seorang rakan kami yang menjadi pensyarah memilih bekas murid2 saya sebagai subjek kajian KIA2M program masternya. Dalam 35 orang hanya seorang sahaja yang tidak lancar membaca.Itupun kerana dia suka merayau2. Kawan ini mengatakan bahawa isu PPSMI yang kononnya akan dimansuhkan hanya sekadar gimik pihak tertentu sahaja. Apapun keputusannya saya tetap akan berusaha memastikan murid-murid saya menguasai kemahiran belajar. Lagipun mungkin UPSR akan dimansuhkan mulai 2011. Saya dah tak gentar mengahadapi pemantauan Nazir sebab sudah lali....biasanya Nazir ni 10 minit sahaja observed , selebihnya dia bersembang hal peribadi. Namun saya takkan dapat cemerlang lagi sebab sudah 2 kali kena......ramai lagi orang lain yang belum dapat peluang.
Sibuk macammanapun saya tetap berdoa agar ALLAH selalu tenangkan jiwa saya. Jangan bercakap tak ada masa kerana masa itu ada. Terpulang kita mengaturnya supaya masa itu mencukupi.( terima kasih pada seseorang.....)


Salam Sejuta Sayang,



Comments (4)

salam za..
itu mmg buah asam jawa manis.. ia dari Thailand. Klu kat kelantan buah tu mmg bersepah. Masa I duk kelantan dulu selalu sgt makan..

Za,
Betul kata Nik tu. Itu buah asam jawa. Buah keranji lain. Ia warna hitam sebiji-sebiji macam biji kopi tu...

salam kak ... betu la kak nik tu...tu buah asam jawa..kat pantai timur pun senang dpt...buah keranji mcm yg kak zara plak ckp..

yer.. itu memang buahs asam jawa.. saya tengok pun dah tahu..

sebut pasal buah keranji ni... lama sgt2 tak makan buah keranji... kat mana nak dpt errkkk.. rasanya masa dok Ganu dulu selalu gak makan buat keranji...