Catatan Percutian Kuala Lumpur 1

Posted by Leeza | Posted in


Seandainya hati ini dapat dibaca pasti semua tahu betapa bersyukurnya saya pada pertemuan ini. Anak ini sering mencuit hati-hati yang melihat blog uminya. Dia kesayangan uminya.....sekaligus menjadi kesayangan orang ramai juga.Bohonglah jika tiada yang tidak menyukai anak ini. Pada malam sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur, saya sempat bersembang dengan uminya, NB. Saya dapat tahu yang Teta sedang demam, muntah2. Saya mengingatkan kak NB andai Teta masih demam, jangan tinggalkannya dan tak payahlah jumpa saya di READ MALAYSIA. Semasa saya datang ke rumah petangnya, setelah berbasa-basi dengan kakak NB saya terus ke bilik melihat anak ini yang sedang tidur. Dialah yang menggamit rindu saya ke KL selain uminya. Pada mula pertemuan memang Teta tidak mahu mendekati saya sebab asing baginya.Ini normal untuk kanak2. Namun semakin masa berlalu, sedikit demi sedikit dia menghampiri saya....dengan hanya duduk di sebelah, kemudian saya hulurkan tangan padanya. Atlast , Teta menyambut tangan saya.Malahan saya mendukungnya ketika Bibik sibuk sekejap.


Ini gambar yang diambil menggunakan handphone saya. Kamera yang saya pinjam dari abang entah kenapa problem. Kak Aty pun mengamuk...hehehe.Tunggu ketika saya sedia mendaownload gambar2 tersebut saya akan ceritakan apa yang berlaku semasa 3 hari saya di Kuala Lumpur. Sekarang lihat betapa cerianya Teta .Dia cuba buat 2 jari tanda peace tapi asyik keluar 3 jari. ini percubaan ketiga saya asyik cuba membetulkan jarinya....sampai diapun gelak gelihati.Agaknya tiga means i love you .

Dan ini.......hahahah, posing maut seksi si Teta.Saya tak tahu samada kak Aty mengucap panjang dengan gayanya ini.Sebelum ini saya betulkan ia dari terselak sehingga nampak seluar dalam hello kittynya.Baju yang ini baju ana muslim. Dia tunjukkan satu jari....entah apa maknanya. Mungkin itu ertinya satu for her.Kak Aty....Teta dah pandai menggoda ni.
Selepas kami bergambar, dia mengajak saya menari dengan cara pegang tangan....hahaha. saya just pegang tangan dia dan dia menari kemudian saya pusing tangannya.....terkejut saya, she know well the tempo and the steps. Agaknya uminya ajar kot. Tapi kami tak buat lama sebab selepas itu ramai ada di ruangan tersebut. Jika anda berdua dengannya anda akan rasa keseronokan bermesra dengannya. Sekarang saya sudah merinduinya.....namun saya sempat mengucup pipinya sebelum saya bertolak.....namun dia menangis kerana hendak mengikut mak usu Nurulnya yang menghantar saya ke KLIA.

Comments (0)