Jalan-jalan cari barang.....

0

Posted by Leeza | Posted in


Cuti sekolah memang sinonim dengan majlis perkahwinan dan kenduri-kendara. Hari ini saya dengan geng bujang saya, Ct dan Nor memenuhi undangan kak Munah ...majlis perkahwinan anak saudaranya plus khatamal AL QURAN anak2 daranya Tina dan Tini. Cantik baju pengantin ,kaler oren.

Ini Ahmad Muslim anak sulung kak Munah, sedang mengikuti program ijazah pendidikan major maths di IPGM Miri. Lim merupakan anak murid saya, dari kecil saya melihatnya, menyakatnya yang kaki bangku tetapi saya paksa turun ke padang mewakili rumah sukan bermain bola sepak....dia yang terer Sains, tetapi saya rotan kerana tak dapat result bagus, dia yang penakut pada insect merbahaya ...sekarang sudah dewasa. Cepatnya masa berlalu....

Selesai makan kenduri.....sedap nasi kendurinya, kami terus pergi ke airport Kuching untuk mengambil tiket yang saya beli. Saya ingat macam dulu tiketnya tetapi sehelai kertas....huhuhu...sakainya saya.

Haluan seterusnya ialah ke pusat bandar. Cuaca panas menyebabkan kami bertiga asyik beli air minuman. Saya mencari beberapa barang, ubat mak saya dan sama-sama menyibuk dengan kaum Iban yang akan menyambut Gawai esok.Saya beli sandal lagi......sales. Perhentian terakhir kami ialah kedai-kedai nenek cina kami : Kedai Nek Point, Kedai Nek Kong, dan kedai Nek Wan. Hehehe ini istilah untuk tempat membeli belah kami yang tetap setiap bulan. Di sinilah saya terserempak dengan ramai kawan, anak-anak murid dan orang2 kampung.Yang melucukan hari ini ialah apabila si Ahmad murid tahun 1 yang merenggek meminta datuknya membeli sesuatu...menyebabkan orang tua itu memanggil nama saya di khalayak ramai. Dan Ahmad nampaknya tak berani mendesak datuknya lagi sebab saya dah gelengkan kepala padanya.Lucunya si Ahmad.....kebetulan dia anak kawan saya sendiri. Dan saya gelak habis bila melihat si Ghalib memakai seluar tenteng ( seluar yang sudah pendek).

Apabila sampai ke rumah dan jika tiada ke mana2, inilah PUTRI, cucu saya yang akan datang ke rumah menyibuk dengan baldi dan pelbagai jenis barang.Dia tengah sibuk dengan coklat bulat yang saya beri tetapi dia tak makan.....sebab memikirkan benda itu sekadar mainan....hahaha...

Kehilangan lagi.....

0

Posted by Leeza | Posted in

Mengikut rancangan awal, saya memang berhasrat hendak ke bandar Kuching untuk merayau2...namun entah kenapa terasa malas hendak memandu ke mana2. Saya hanya menghabiskan masa melayani TUHAN LEBIH TAHU.....dan kalau membaca memang saya tidak suka di ganggu dan tidak menggunakan cermin mata walaupun saya rabun.

Tentu sahaja Luqman kecewa sebab memang saya berjanji hendak membawanya ke swimming pool di Samarahan. Bagaimanalah saya nak bawa dia ke sana apabila kakinya terluka terpijak kaca. Khamis lepas dia telah pergi menjala di sungai depan rumah bersama kawan2nya tanpa pengetahuan kami sekeluarga. Saya sudah melarangnya.....dan apabila dia balik petang memang saya pukul. Bukan saya sahaja membebel , maklongnya juga marah2..sebab sungai itu tidak lagi selamat untuk disusuri kerana ada kaca dan buaya. Saya hanya mengingatkannya supaya merawat lukanya sehingga sembuh. Sebelum saya ke KL saya akan membawanya ke swimming pool dan tentu saya akan mengheret sama si Azim.

Petang ,saya berhasrat hendak mencuci kereta kancil hitam saya namun tidak kesampaian kerana hujan turun dengan lebatnya.....Lagipun kawan sekampung datang ke rumah bertanyakan sesuatu.........syhhhh.

Dan selepas maghrib, anak saudara saya ( ibubapa PUTRI) mengajak saya menghadiri kenduri kahwin kawan mereka di KAMPUNG TANJUNG TUANG. Saya tahu mereka ini penakut bila waktu malam....Putri sudah mula meragam bila jam sudah pukul 10 malam, terpaksalah saya mendukungnya di luar rumah.Kami sampai ke rumah sudah hampir 12 malam, dan semua sudah mengantuk. Saya membawa kuih muih bekas kenduri. Sudah menjadi adat setiap majlis kenduri disediakan plastik untuk membawa lebihan makanan dan lauk pulang. Sesampai di rumah saya terus mengadap 2 ekor belangkas rebus di atas meja.....hmmmmm sedap!
Namun sesampai di bilik baru saya sedar saya kehilangan gelang emas saya.....hwaaaaaaaaaaaaaaaa. Mungkin ia tercicir ketika mendukung PUTRI. Inilah sebabnya kenapa saya tidak suka memakai barang kemas....suka membeli tetapi tidak suka memakainya. Ini bukan pertama kali saya kehilangan barang kemas......mak saya marah. Nasiblah....

Sibuk walaupun cuti

1

Posted by Leeza | Posted in

Yahoo.....cuti dua minggu, dan bermulalah pekerja-pekerja swasta dan awam yang lain berkata,'seronoknya jadi cikgu...cuti banyak..."Saya tetap mempunyai jadual kerja yang harus disiapkan semasa cuti ini. Alhamdulilah,pagi tadi saya telah selesai memberi taklimat kepada semua guru dan staf mengenai program praktikum KPLI dari IPGM Tun Abdul Razak.Selesai satu tugas. Ketika saya hendak menyiapkan laporan program Nilam saya, saya tercari-cari di mana letaknya 'handydrive' saya. Puas saya mencarinya namun tidak ketemu. Ketika saya menelefon kerani sekolah, rupa-rupanya benda itu tertinggal atas CPU dia...huhuhu.....terpaksalah saya menunggu hari Ahad untuk mendapatkannya. Saya sudah semakin pelupa sekarang....mungkin kerana dalam kepala saya sarat dengan banyak hal yang perlu diselesaikan.

Rasanya esok saya hendak keluar ke bandar Kuching seorang diri, merayau-rayau sebab ada barang yang saya hendak cari.Namun bergantung kepada keadaan kesihatan saya juga. Sejak petang semalam saya mengalami sakit perut, adakah saya tersalah makan semasa jamuan makan hari guru? Semalam saya tak dapat tidur kerana kesakitan. Dan di sekolah ,rupa-rupanya bukan saya seorang yang mengalami hal yang sama, semua rakan sekerja mengalami keadaan serupa.....demi menjaga airmuka staf tersebut, kami hanya bersosek2 sahaja. Dan gangguan ini menyebabkan saya terpaksa membatalkan kelas tambahan untuk tahun 6 petang ini.Tak mengapalah selepas cuti Gawai ,3 dan 4 jun saya akan membuat kelas untuk mereka selama 3 jam sehari.

Isnin dan Selasa adalah masa untuk saya mengecat rumah....warnanya ialah purple.Saya cuma mengecat bahagian dalam rumah sahaja. Bahagian luar dekat raya nanti barulah mengecatnya.Saya mempunyai ramai anak saudara lelaki tetapi saya lebih suka mengecat sendiri sebab mereka ini banyak songehnya....sebelum cat nak pakai papanlah, sarung tanganlah ..bla...bla.Jika tak siap....maknanya selepas balik dari Kuala Lumpur saya akan menyambungnya semula.

Kenapa kisah cinta saya selalu gerhana??? Hahaha...kadang2 cinta ini umpama cucur pisang, sedap ketika panas tetapi tawar ketika sejuk. Kalau teringat cucur pisang....saya dah rasa teringin pulak. Tadi saya mencari tetapi kampung iban sebelah kampung saya sibuk nak sambut Gawai. Kalau time Gawai janganlah nak rajin berjalan, nanti terjumpa driver mabuk lagi. Serik saya.Tak mengapalah , sayapun tak harap sangat sebab dah lali....jika ada jodoh adalah, jika tak ada....tak mengapa juga.Bila dah tua nanti duduk sahaja rumah orang tua atau pergi pusat 'Caregivers'. My friend T said, anak-anaknya dah ready nak hantar dia ke pusat kebajikan orang tua sebab mereka tak nak mummy mereka kesunyian dan duduk sorang2. Hahaha....kesian juga kan.

Saya ingat tak ada orang sudi jenguk blog saya, maklumlah di sini tiada warna ceria. Yang ada adalah realiti kehidupan .Namun saya silap....sebab mereka datang ,membaca dan meninggalkan tanpa jejak. Terima kasih.

Sketsa Hari Ini

2

Posted by Leeza | Posted in


Sambutan Hari Guru 2009 peringkat sekolah SK JEMUKAN. Bacaan ikrar dipimpin oleh Cikgu Aziz, PK HEM.Inilah pakaian seragam SK JEMUKAN tahun ini...dark purple.

Wajah-wajah anak-anak murid saya. Yang tutup muka tu si KONCES.Yang tengah tu Mohd Solehin,dia ni pandai melukis.Mulutpun bising.

Bila saya cakap saya nak muatkan dalam blog di internet, berebut pula mereka show off wajah. Ini murid-murid tahun 5. Si Irwan Aidy yang sebelah kiri...

Ini pula murid tahun 1.Yang garu pipi tu namanya Azwan, nakal...dan yang purple tu pula si Mohd Alizan. Dia ni berbeza daripada adik beradiknya, kesian sangat. Dia ini adalah anak didik saya sejak tahun 1 lagi dan saya berazam untuk menjadikannya berjaya dalam akademik dan segalanya...Biarlah dia jadi 'insan' yang berguna dan boleh membantu ibu bapanya menyara abang dan kakak serta adiknya yang tidak berdaya suatu hari nanti.

Ini pula murid umur 5 dan 6 tahun PRASEKOLAH 1. Mereka adalah kumpulan penari joget.


Persembahan tahun 6. Inilah warna pakaian pengawas SK JEMUKAN.

Memotong kek di kelas tahun 6. Hahaha tengoklah telatah anak2 ini. Kek tu hasil kutipan mereka, dan saya tak sampai hati nak makan.... biarlah mereka makan sendiri.

Ini gambar gimik sahaja....saya tak makanpun kek itu.....tocek2(pura2/main2) untuk bergambar dengan Madam T.

Ini hadiah pertukaran saya dengan madam T. Yang purple tu hadiah saya untuk madam T : sekotak coklat ferereo roceher, sebungkus coklat cadbury fruits n nuts ( fave kami berdua) dan pouch telefon.

Ini kek hari guru daripada tahun 6.

Sebahagian hadiah2 yang saya terima. Yang harunya seorang murid saya anak buah kawan saya sendiri. Kawan saya belikan saya sebuah beg alatulis warna coklat. Jadi ,tahun ini saya dapat 2 beg alatulis.

Inilah hadiah2 daripada sahabat saya ,Madam T. Dia berikan saya beg alatulis dengan warna kesukaan saya BLUE dan perkataan yang bermakna seribu : B READY.Saya tahu apa maksudnya...supaya saya bersedia untuk menghadapi masa depan terutamanya cabaran menghadapi master yang akan datang. Tiba2...saya rasa gerun. Dan satu lagi hadiahnya ,pouch telefon dengan kad, something for u to school n something for kl....huhuuhuhu....Anaknya si Joanne bertanya : mahukah orang dewasa macam aunty Liza pakai pouch budak2...hehehe. i think she knows what i am...n mummynya masih menganggap saya still young???? Hahaha...i gila2 je ..T. Whatever, thankssss so much.

Walaupun takde siapa yang sudi menjenguk blog saya, saya tetap updatekan blog ini. Biarpun saya rasa saya ini sudah sampai ke tahap syok sendiri. Takpe lah........

Jangan peningkan kepala.....

0

Posted by Leeza | Posted in


Cuba teka berapa harga sepasang sandal di atas? Perempuan dengan kasutnya adalah sinonim. Semua perempuan suka shopping. Lelaki paling bingung kalau perempuannya hobi bershopping kerana itu maknanya poket mereka akan kempis. Namun 'demi cintaku padamu. ku korbankan jawa dan raga.....' maka kemahuan wanita kesayangan dituruti.



Fuhhh..lega rasanya bila hari ini hari terakhir taklimat praktikum di IPGM. Ertinya saya tak perlu bertolak jam 6 pagi dan balik jam 6 petang. Saya tak jadi menggunakan jalan darat kerana hujan lebat....mata saya rabun jauh....Inilah permandangan sungai Samarahan yang sempat saya rakamkan dalam feri.

Apabila tamat sahaja taklimat jam 12 30 tengahari, saya menelefon abang saya Sabri di kampung Meranek untuk mengajaknya berjalan-jalan. Kebetulan dia kerja malam. Jadi saya terus mengangkut ke dua cucu saya, Aidit (4 tahun) dan Eujin (6 tahun) serta abang dan isteri . Dua lagi cucu saya, Syed dan Aimi terpaksa ke sekolah fardhu ain...kesian juga si Syed sebab dia yang selalu call mengajak nek su nya bz memanjang ini berjalan-jalan. Saya tak berani nak berjanji dengan budak-budak sebab mereka ini kalau kecewa tak baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.

Justeru itu, kami pergi shopping ....dan saya menyambar 2 pasang sandal di atas...harganya tentu kak NB kata saya cheapskate lagi..hehehe . Harganya bukan rm 50 tetapi rm5....sahaja. Tak percaya????? Kakak ipar saya memborong 3 pasang. Saya gelihati dengan lagu yang di mainkan oleh kedai tersebut : lupakan cinta kita.....aku tahu kau ada orang lain....pulangkan seliparku....dan aku akan pulangkan seliparmu....yang tidak cantik itu. aku tahu saiz bramu....L..dan bukan M Nasir.....
Begitulah antara liriknya...hahahaha....saya dan kakak ipar berpandangan ,gelihati. dan dalam kereta, si EUJIN dan Aidit menyanyikan lagu itu...uwaaaahahaha.Cepatnya kanak-kanak menghafal lagu. Saya harap kasut ini tidak membuat saya terjatuh lagi seperti tahun lepas....sedikit lagi saya tergolek jatuh ke bawah. Sekolah kami masih sekolah bertiang kayu, bertitian kayu berlian (kayu yang paling keras).Kalau hujan , memang sangat licin. Jangan nak 'ngegeh' pakai kasut bertumit tinggi dan halus...gerenti tumit kasut anda patah dek lubang titian yang jarang.

Tapi saya tak seronok lagi berjalan apabila menerima call dari kakak di kampung....ada 3 missed call. Saya call balik namun tiada jawapan. Saya risaukan mak saya....ada sesuatu ke berlaku?Jadi saya terus balik dengan lajunya dalam hujan yang lebat. Sampai di Asajaya , kelihatan ada kemalangan berlaku.....saya tak mahu berhenti sebab jantung saya dah berdegup keras kerisauan. Namun bila sampai , saya terus masuk rumah dan alhamdulilah mak saya okay sahaja. Saya terus bertanyakan kakak ,kenapa tak jawab telefon....marah saya dengan kakak.




Bila dah habis taklimat ertinya bersedia untuk keesokan harinya. Inilah keadaan katil saya...hehehe berselerak.Tak malu wehhhh. Peduli apa saya, inilah keadaan katil saya malam ini.Bagi orang yang dah jadi bini, katilnya mana ada masa nak berselerak....wangiiiii saja..kecualilah....after project tambah populasi rakyat Malaysia.( Jangan marah geng..) Banyak kerja nak dibuat. Saya dah siapkan laporan dan agenda untuk 2 taklimat esok. Namun saya tak pasti sebab esok adalah sambutan hari guru peringkat sekolah....lagupun saya tak hafal ni. Kawan blogger saya Nik Fauziah dengan entrynya pasal usia.....mengingatkan kita pada usia yang meningkat...dan kematian yang makin dekat. Semakin tua kita, semakin senior dan veteran kita ertinya beban dan tanggungjawab terhadap kerja semakin bertambah. Jadi buat apa peningkan kepala....buatlah semampu anda dan rancang perjalanan hidup anda.Tak peduli usia makin tua, saya tetap menggemari kerepek sebagai peneman semasa buat kerja....tapi keropok saya kerepek rumpai laut....masih mementingkan soal kesihatan.

To be a better person.

1

Posted by Leeza | Posted in

Tajuk saja dalam bahasa Inggeris....hehehe.Hari ini kan saya ada taklimat praktikum guru2 KPLI.Jam 6 saya bertolak dari rumah dan menggunakan feri ke seberang...nasib saya tak baik, mahu kecut perut saya sebab saya kena paling akhir dan paling tepi dekat hujung. Apa2 hal, risiko sendiri dan saya bukanlah pemandu yang mahir. Sikit lagi kena besi tepi feri sebab ruangnya memang sempit.Pagi yang sejuk dan aircond kereta tak mampu menghalang peluh dari menitis di dahi saya....Namun alhamdulilah....kereta saya selamat. Yessss...saya dah jadi lebih baik dari semalam.
Saya diberitahu yang setiap sekolah menghantar 3 orang sebuah sekolah untuk taklimat yakni, GB ,Guru Sains dan Guru BI.Saya tercangak2 mencari wajah boss saya tetapi sehingga jam 10....wajahnya tiada. Rasa marah juga sebab ini bermakna saya jadi 3 in 1 lagi....maknanya balik sekolah Khamis nanti kena bagi taklimat kepada Boss, PK I (kurikulum), PK KK (kokurikulum), PK HEM (hal ehwal murid) dan Guru BI. Huaaaaaa....malasnya nak ulang balik benda2 ni.

Bila dah seorang diri ,manalah saya ada teman untuk bersembang....saya duduk dengan Jurulatih Utama PEKA Sains, Cikgu Teo. Saya bersembang dengannya dan saya tahu memang dia pakar dalam Sains dan Matematik. Saya minta banyak bendanya dengannya termasuk semua image sains. Dan dia memang dipuji oleh para pensyarah sebab pandai membuat ulasan ketika mencerap guru2 praktikum. Jadi kesimpulannya, bagaimana kita nak menjadi lebih baik ?

1. Kita hendaklah muhasabah diri terlebih dahulu. Kita cari apa kekurangan kita..samaada zahir dan bathin.
2. Bila dah tahu kekurangan diri, maka berubahlah sedikit demi sedikit. Jangan terlalu drastik sebab drastik biasanya memungkinkan dua perkara : Berjaya atau gagal.
3.Bertekad dan berusaha. Cakap sahaja tanpa melakukan apa-apa umpama berangan....tiada hasil.
4. Belajar......untuk mengisi kekurangan diri.
5. Bertawakal dan sentiasa berdoa agar segala usaha direstuiNya.

Untuk menjadi guru pembimbing, saya harus bersiap sedia untuk memantapkan diri agar 2 orang pelatih praktikum saya menjadi produk yang cemerlang demi pendidikan masa depan.Saya dapati kumpulan praktikum tahun ini berkobar2 dengan latihan praktikum mereka...mereka terus berjumpa dengan guru pembimbing mereka. Dan lecturer mereka telah memberi gambaran tentang 2 guru pelatih saya....dan saya menemui formula yang sesuai untuk menentukan kelas yang harus mereka kendalikan nanti..bersesuaian dengan perwatakan dan kemahiran mereka. Dengan ini saya dapat gunakan serampang dua mata, membantu mereka menimba pengalaman dan membantu mengatasi masalah yang sedia ada di sekolah saya. Saya rasa pasal disiplin murid-murid, jika saya ada di dalam kelas mereka takkan berani 'membuli' guru2 praktikum ini.Esok.....saya akan melalui jalan yang panjang lagi...namun saya akan menggunakan jalan yang jauh.....bolehla mencuba skil 'merempit'.

Malunya saya.........

0

Posted by Leeza | Posted in


Inilah perkhidmatan feri yang menghubungkan Kota samarahan dengan daerah asajaya dan sadongjaya. Hari ini perkhidmatannya bermula jam 430 pagi hingga 830 pagi dan sebelah petangnya jam 230 petang hingga 730 petang.Gambar ini saya rakamkan dalam kereta ketika menunggu feri, ertinya saya berada di hadapan sekali.

Saya ingatkan feri ini menggunakan laluan sebelah tetapi rupanya depan ini. Saya nak undur kereta dihadang oleh motosikal dan kereta di belakang. Sementara di seberang kanan pula penuh dengan motosikal, saya tawakal sahaja mudah-mudahan kenderaan yang besar dapat melalui kanan saya dengan baik.

Inilah permandangan dalam feri. Kumpulan bermotosikal memenuhi separuh dari kereta.Keadaan ini normal semasa awal pagi dan petang, masa orang pergi dan balik kerja.Feri ini boleh memuatkan lebih kurang 12 buah kereta dengan 3 lorongnya. Sewa dikenakan ialah rm1. Selain feri kita boleh gunakan jalan darat yang jauh memakan masa 30 minit untuk sampai ke simpang jalan feri.

Apa kaitan dengan tajuk ??? Pagi tadi saya menghadiri mesyuarat perlaksanaan dan penyelarasan PEKA ( penilaian amali Sains )UPSR sebagai ketua pentaksir sekolah di Pejabat Pelajaran Samarahan. Saya terlewat sampai ke pejabat kerana terpaksa mengambil kawan yang menumpang kereta saya dan menunggu feri. Menyesal pulak saya tidak menggunakan feri. Sesampai di pejabat, apa yang saya bimbangkan menjadi kenyataan apabila tiada tempat parking kereta....huhuhu. Nasib baik Pak Guard tolong saya dan dia menyuruh saya parking kereta di tepi gate masuk. (Lupa saya ambik gambar ) Saya terus rushing ke bilik mesyuarat...bimbang juga kalau2 kena marah.Masa melapor 800 pagi tapi saya tiba 815 pagi. Nasib baik seorang member dah 'reserved' sebuah kerusi untuk saya. Baru je duduk dan berbasa-basi dengan member, seorang pekerja membawa kertas ...biasanya suruh alih kereta. Dan alangkah malunya saya kereta saya QAE1411 diumumkan. Hehehe....member2 semua bising dan ketawa. Saya keluarlah dan saya risau...kalau takde tempat parking , mahu saya balik terus. Namun Pak cik Guard itu dengan senyuman minta saya alihkan kereta ke dalam tempat parking yang hanya khas untuk staf-staf pejabat pelajaran.....kira speciallah.Lega rasa hati saya.

Itulah masalahnya apabila bangunan pejabat tiada kemudahan parking kereta. Biasanya kalau saya ada kursus atau mesyuarat saya minta abang saya di UNIMAS hantar saya dan dia bawa balik kereta....dan time habis mesyuarat dia boleh ambil saya. Kemudian masa rehat kami disajikan dengan bubur nasi dan karipap. Saya tanpa sedar berkata : Masa kecik makan bubur, dah tua camni pun makan bubur... Berderai ketawa kumpulan guru lelaki yang duduk berhampiran....merah muka Wellington dan gengnya.....sampai mereka tak larat nak makan lagi. Sakit bahu saya kena tepuk member....agaknya boleh tercium bubur saya kalau tak awas. Malu lagi saya.....kenapalah mulut ni uncontrollable.

Kemudian semasa sesi mesyuarat,...ketika pembentangan nak buat carta organisasi ajk PEKA... saya mengajukan soalan begini : Cikgu , bagaimana dengan keadaan orang yang dia jadi boss PEKA, dia juga kuli..... Penceramah blurr sebab dia tak faham. Saya terangkan keadaan saya yang jadi Ketua Pentaksir Sekolah, Pentaksir sekolah untuk 3,4,5,6 dan juga ketua panitia sains. Tentulah tak cantik carta saya sebab semuanya nama saya sendiri sahaja.Wellington dan membernya dah berdekah ketawa....hehehehe....kamu ni Well sejak dulu suka ketawakan aku.

Semua pening masa akhir sebab menyedari bahawa banyak tugasan menanti.Banyak fail kena siapkan dan banyak perkara kena buat sebelum 31 Julai. Saya sendiri sempat telan panadol kerana sakit kepala berada dalam bilik yang pengap, panas dan kuasa aircondnya tidak mencukupi. Jika tidak ,bagaimana saya nak driving pulang ? Tambahan kawan saya tidak pandai memandu. Namun syukur dia ada kerana kami sepanjang jalan bersembang masa sekolah kami dulu....tidaklah saya mengantuk.Dan esok...... saya terpaksa melalui jalan yang sama sendirian.,, tetapi kali ini tiada masalah tempat parking kerana lokasi taklimat saya ialah IPGM Tun Abdul Razak Samarahan.

Layan Boring

3

Posted by Leeza | Posted in


Inilah bunga pokok Naga .Ada 3 kuntum sudah berputik. Setiap hari saya mengintainya dan siap berpesan pada kakak saya untuk menyimpan sebiji buah naga untuk saya. Sedangkan saya boleh membelinya sendiri tetapi rasa tanaman sendiri lebih berbaloi.

Kenapa pokok naga ? Ini hadiah untuk kakak Zara yang terkilan dengan pokok naganya yang terbantut, being retarded.( istilah dalam sains PPSMI ). Sebelah pokok naga itu serumpun serai.

Ini merupakan sebahagian pokok tembikai yang abang ipar saya tanam. Sekarang musim tembikai di kampung saya. Dan bermulalah musim batukkkkkk.....Hari ini abang ipar saya menuai buah-buah tembikainya namun sayang dia tak dapat benarkan buahnya membesar lebih lama kerana minggu lepas beberapa biji buah tembikainya dicuri orang. Inilah penyakit yang dialami oleh orang kampung, hasil tanaman tak sempat dituai kerana pencuri-pencurinya suka mengebas hasil titik peluh orang lain.

Pagi ini saya mengajak Putri berposing dengan kebun tembikai atuknya.Tetapi sebelum aksi di atas Putri menggayakan aksi yang sangat melucukan sehingga saya ketawa terduduk. Dan jadilah gambar ini yang saya sempat tangkap.

Nasib baik si Putri ini tidak mengacau buah-buah tembikai atuknya. Dia memang nakal namun mungkin dia tahu buah itu berat ,jadi dia tidak menyentuhnya.

Dia dah marah dan tidak mahu diambil gambar lagi. Sebabnya mama dan abahnya sudah bersedia untuk mengajaknya berjalan. Pasal jalan, Putri memang suka...

Peristiwa ED menginsafkan saya. Semalam saya menghubungi kembali rakan lama saya yang saya anggap saudara saya, ARIZA yang berada di BINTULU. Marah jugalah dia kerana saya menyepikan diri sehingga dia tak dapat mencari saya. Pagi tadi saya terus menelefon Makcik DYG NORIAH ,ibu ARIZA....saya banyak terhutang budi pada beliau. Apa yang buat saya rasa pilu, bila dia menangis dan terperanjat ketika saya menelefon tadi. Makcik, saya akan selalu lawat makcik.....Alhamdulilah beliau sihat walaupun berita tentang ZUL menyedihkan saya.....ZUL cousin Riza mengidap leukemia.....dan baru diketahui bulan mac selesai majlis perkahwinan adikku Ruzaiman. Saya benar-benar insaf bahawa Allah menguji hambanya dalam suka dan duka. Persahabatan bukan dinilai dengan masa tetapi sekali persahabatan terjalin, rasa kasih sayang dan persaudaraan tetap utuh . Itupun jika hati kita benar-benar ikhlas. Bukannya saya melupakan ARIZA dan keluarga yang banyak mencorakkan masa remaja saya, tetapi dibendung oleh rasa rendah diri dengan keadaan saya.....membuat saya sekadar merisik khabar. Mungkin saudaraku Ariza marah dengan hal ini jika dia membaca blog saya.....hehehe.marahlah "JERRY" , saya akan minta hubby awak si "TOM" memujuk awak. Awak ni masih awet mudalah biarpun anak-anak ramai.....syhhhh,jangan bising nanti kak Ina marah....dia nak saya sentiasa puji dia cantik sehingga sayapun boring.

Kehilangan ED.....

1

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini, sakit untuk saya teruskan cerita ini kerana ia bertemankan airmata . Saya tidak mudah menangis namun sekali menangis, saya akan menangis tanpa henti....
Pagi tadi setelah mengambil NOR dari kampung Jemukan, kemudian CT dari Samarahan, kami terus bertolak ke SMK TUN ABG HJ OPENG. Bukannya saya lupa arah sekolah ini namun lokasinya telah berpindah sebaik saya menamatkan tingkatan 6 saya di sana.

Saya membawa bersama 50 biji karipap yang masih panas dan saya tempah dari CT untuk santapan guru-guru saya. Saya terus menemui cikgu saya yang pandai melukis , Cikgu Jasmin yang saya panggil Kak YIN or Kak MIN. Dia membawa saya menemui cikgu Hajjah Solwati, guru ekonomi saya. Hanya dia yang ada memandangkan guru2 saya ramai yang berpindah ke Semenanjung. 22tahun berlalu...rasanya saya tak mengenali cikgu Solwati lagi sebab wajahnya menyimpang dari bayangan saya....cikgu saya sangat cantik....tak seperti wanita berusia 52 tahun. Setelah soal jawab , dia terus mengisi borang rujukan saya untuk syarat program Master.

Selepas itu, Kak Min sibuk membawa cikgu Wahab menemui saya . Hehehe, marah cikgu saya itu kerana sangkanya saya tidak mahu menemuinya. Dan saya sempat berkirim salam dengan isterinya Kak Kamariah. Terkejut cikgu Solwati bila saya menyebut nama kak Kam...."awak kenal ke isterinya"...."Tentulah kenal cikgu, saya yang satukan mereka berdua. Dua pasangan saya satukan, dia dan kak Min". Pecah rahsia 22 tahun yang lalu. Cikgu Wati tak percaya dan dia bertanyakan cikgu Min. Hahaha...kak Min mengakui. Namun jauh disudut hati saya tertanya kenapa wajah kakakku ini mendung sangat.

Namun seakan Tuhan ingin menunjukkan sesuatu, saya ditakdirkan menemui dua adik perempuan kak Min di Wisma Satok ketika saya hendak bank in duit proses UPM. Setelah berbasa-basi, kak Maimon berkata " Pasti Liza tak tahu ni...." sambil memandang wajah kak Ding." ye lah....ah Za tahu ke citer ED ?"
" Tahu, kan ED belajar di UNITAR ?" Mereka berdua berpandangan..." Kenapa kak, ada sesuatu ke yang kamek sik tahu ?"
" ED dah meninggal...."
" Hah????? ED ????" Saya terus menangis waktu itu. Rupanya ED meninggal 3 julai tahun lepas. Hampir setahun dan saya baru mengetahuinya. Arwah meninggal kena langgar ketika dia keluar rumah menunggang motosikal.
" Kenapa kak MIN tak bagi tahu ?Kan saya selalu call dia dan baru beberapa minit saya menemuinya,"
"Mungkin dia tak sampai hati nak bagitahu Liza...."
Dan saya tidak bermaya lagi....saya menangis ketika mengekori Nor dan CT membeli hadiah hari guru. Pulangnya kami, CT dan NOR yang bergilir driving.

Petangnya, saya call Kak Min setelah pasti masa kerjanya sudah tamat. Saya bertanyakannya kenapa tak bagi tahu saya tentang ED. Saya sendiri akui saya tak terlintas nak tanya pasal ED. Dia kata dia selalu rasa nak bagitahu pasal ED pada saya tapi tidak terluahkan. Dia tunggu saya bertanyakan ED tadi tapi saya sibuk sebab ramai guru yang keluar bertanyakan saya dan sibuk menyakat saya.22 tahun yang lalu, saya yang menyatukan cinta mama dan abahnya. Kehadiran ED memang kami tunggukan kerana mamanya pengidap sakit jantung. 22 tahun yang lalu saya yang selalu menemani kak Min , memastikan dia sentiasa sihat, memastikan dia ceria dan saya juga yang selalu membantunya di library. Dia juga yang membantu membetulkan lukisan saya sehingga cikgu Julaihi mengesyaki bukan saya yang melukis.Dia berikan saya tuisyen melukis percuma.Kini permata hatinya telah tiada. Kami sama-sama menangis mengenangkan arwah ED.
"Liza, Arwah tetap ada....dia tetap masih ada..." Saya menangis mendengar rintihan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya.
" Akak...jangan lupa beritahu saya bila buat tahlil arwah,"
"Okay..minta no ?" terkedu saya..rupa-rupanya saya tak pernah berikan no telefon saya padanya." Kamek sik bagi no pada kitak kah ?" Setelah dia mencatat no telefon saya ," no ED pun 014..., Akak masih simpan nombornya,"

Bulan Julai....3 bulan setelah arwah kakak saya meninggal. Seakan waktu itu keluarga kami masih berkabung lagi. Jauh di sudut hati, saya menyesal sebab menyepikan diri. Alasan saya, saya tak ingin menganggunya. Dulu saya suka mengusik arwah ED, sehingga kak Min bising "macam budak2". Saya berjanji akan selalu menghubunginya....biarlah saya luangkan masa untuknya . Saya tahu dia sayangkan saya....

Hadiah dari kawan

1

Posted by Leeza | Posted in

Line celcom petang ni asyik nyanyuk sahaja. Saya send 1 sms ,ia jadi 3 sms diterima. My friend send sms ia jadi berganda-ganda. Last2, dia call saya dan kami discuss apa hadiah untuk teachers day. Pelik ada jak....mana ada surprise lagi kalau u bagitahu u nak apa. Hehehe....saya silap pasal my friend ini sebab dia memang baik sangat. Dia nak apa???? Hilang program dietnya bila dia kata dia nak coklat. Jadi saya akan belikannya coklat yang mahal dan banyak. Tapi coklat setelah cair di mulut, takkan tinggal kenangan untuknya? Jadi saya merancang nak cari sesuatu yang dia tentu suka. Dia tunggu sehingga anak bongsunya Felix habis tahun 6 baru dia nak minta pindah sekolah. Tentulah cuma tinggal 3 tahun sahaja lagi kami dapat bersama.
Saya nak apa pula? Dia bertanyakan tajuk buku untuk saya....tetapi saya tak nak sebab saya dah punya banyak buku yang belum saya habiskan lagi.Lagipun anak saudara saya dah minta saya jangan beli buku dulu sebab dia mempunyai berpuluh koleksi yang saya belum baca.Saya hanya minta my friend belikan saya beg alatulis yang baru dan boleh muat semua barang-barang seperti calculator, pen, pensel,pemadam, liquid paper, stapler dengan dawai kokotnya,pembaris, thumbtack, screw-driver, pendrive ,nametag,gunting dan cutter.Hahaha...screw-driver untuk buka apa saja yang ketat, ketatkan apa yang longgar.
I want to share something......camner nak jaga anak lelaki yang khatan ? huhuhuhu....saya dan mak tengah risau nak khatankan LUQMAN hujung tahun nanti. Saya teringat peristiwa sorang anak saudara yang khatan......gara2 tengok video citer seram, bleedinglah ia....iskkk ngeri saya. U all tahu apa saya buat ? Saya suruh ayahnya sapu ubat luka kuning : iodine. hahahaha..pedihlah. Dan bila refer ke doktor, ayahnya kena marah sebab guna iodine. Nanti tak berfungsi benda tu, kang. Jadi, kesimpulannya saya memang tak boleh jadi nurse jaga budak lelaki yang khatan.... kejam sangat.

Loyar lok jap.....

2

Posted by Leeza | Posted in

Semalam aku amat susah hati. Stresspun ada kerana sekotak file peka sains aku bawa pulang. Jadi malam aku tidur2 ayam dengan file2 atas katil. Malam tadi anak2 buahku buat BBQ hati, badal n soseg sebelah rumah.Aku menyempat order juga beberapa cucuk badal n hati. Kan aku kuat makan time stress n susah hati ? Jam 12 , aku sempat lagi bancuh teh n cicah roti 'keben masin' (osborne). Namun semalam aku bulatkan hati, nyalakan tekad untuk submit permohonan untuk master pendidikan.
Pagi ini aku memang amat sibuk. Awal pagi aku berjumpa Boss aku untuk dapatkan referee reference sebagai syarat untuk permohonan. Lepas tu aku minta izin untuk keluar ke sekolah menengah uruskan hal berhenti sekolah Azizi. Lama juga aku kena tunggu PK HEM kerana dia ada kelas. Nasib baik kelas aku cuma jam 1020 hingga 1120.Lastly, Azizi aku tinggalkan untuk tunggu sijil berhentinya siap ditaip, dan aku suruh dia jalan kaki balik rumah. Siap bagi warning, jangan merayau sebab aku akan check dengan neneknya jam berapa dia balik ke rumah. Aku dah cakap, walaupun dia macam bebas, tak bersekolah dan bekerja, aku tetap kawal gerak gerinya. Sebab tu tengok matanya merah, aku sergah tanya....dan aku juga yang malu bila dia jawab : bangun tido , su. Hah, sapa suruh buat masalah, aku takkan percaya lagi.

Khamis depan kan hari guru. Jadi pagi tadi mula cabutan undi untuk menentukan pasangan hadiah anda. Aku kena Pn Mariani. Kawanku Madam T kena Ustaz A. Madam tiada hari ni sebab dia kena pergi mesyuarat dan taklimat PLBS BI. Dia call suruh tukar pasangannya sebab dia tak mahu dgn Ustaz....tak manis. Dia nak dengan aku juga. So, pendekkan cerita aku berurusan dengan pasanganku Kak Ani n Cikgu yang incharge. So settle masalah.... sebab Kak Ani n aku memang jenis tak kisah. Hehehe kalau Kak Ani senang je cerita, belikan kain baju kurung. Tapi kawanku ini ????? Entah apa dia suka ,akupun tak tahu. Tapi aku memang tahu apa kesukaannya dan dia bukan main sikit-sikit, tapi banyak2. hehehe....marahke kawan ? So aku tanya dia sendirilah apa dia nak. Dia tahu aku suka apa....hehehe hobi kami sama cuma aku jenis sikit2.

Esok adalah hari yang aku tunggu-tunggu sebab aku akan mengunjungi sekolah lamaku, SMK TUN ABANG HJ OPENG,PETRAJAYA. Aku akan menemui guru-guruku untuk dapatkan reference .Aku nak cari lecturer aku tapi aku tak tahu di mana dia berada....entah2 dah balik Semenanjung. Aku takut jugalah sebab guru-guruku ini penyakat semuanya. Namun tiada kenangan aku di sekolah itu sebab OPENG lama bukannya di situ.Lokasi Openg sekarang adalah baru sebab sebaik aku habis tingkatan 6, ia dipindahkan ke lokasi sekarang. Kalau lokasi lama aku tahu cerita seramnya kerana aku adalah wartawan yang membuat research, interview dan menulis tesis tentang sejarah sekolah tersebut. Aku dengar cerita dari guru-guru lama sehinggakan pengetua menghalang aku daripada mengetahui cerita tersebut. Sanggup pula beliau interview sendiri pegawai n cikgu tersebut. Tentulah bahannya telah dia edit terlebih dahulu. Kalau tak, sure tesis ini dapat juara peringkat negeri Sarawak. Kami jatuh no2 selepas SMK Betong. Kesan cerita2 seram ini.....aku takut tinggal seorang di asrama dan berjalan malam pun aku takut....apa lagi nak study awal dinihari. OPENG.....aku datang esok....datang dengan karipap untuk guru-guruku.

Susah hati dan diet

4

Posted by Leeza | Posted in

Ramai orang punya pelbagai cara untuk mendietkan badan agar sentiasa 'slim', sihat dan ceria. Aku tak pernah mengamalkan diet tetapi makanan-makanan yang alergic aku dah pantang. Meskipun ia makanan kesukaanku. Namun jika aku stress dan susah hati, selera makan aku bertambah-tambah.
Aku sebenarnya susah hati. Di manakah hala tujuku esok hari ? Adakah aku akan menyambung pelajaranku atau aku kena tunda lagi hasrat aku ini ? Aku dah surf tentang kursus yang aku minati tetapi sayangnya kursus ini hanya ditawarkan di pusat induk UPM.Mahu tak mahu, aku terpaksa tunggu lagi atau aku terus menghantar permohonan minggu depan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan ?
Bukan pasal kerja yang memeningkan kepala namun impian ini. Adakah aku harus teruskan atau mengalah sahaja?Pemergian aku ke KL seakan menjadi tidak perlu bila memikirkan perkara ini.Semakin dekat tarikhnya , aku menjadi semakin tawar hati.

Apapun....semoga aku kuat semangat untuk meneruskan cita-citaku ini. Dan KL, tetap aku tuju untuk menemui kakakku NB dan gengnya. Hehehe..kak zara, nanti za bawa sate kajang ular ye.

Takkan aku biarkan......

1

Posted by Leeza | Posted in

Pagi tadi awal my friend Madam T datang ke sekolah. So , "Morning, friend. How are you ? How about last night?"
"I'm fine ,thank you. But so bad i can't finish Yati's assignment. I need 3 more pages to go. "
"Why? What topic that you can't further on ?" Saya hentam sahaja bahasa inggeris saya bila bercakap dengan Madam T.
" I don't know why i am not finish it, it was 12 midnight and i want to sleep because my head so painful."Dia menjelaskan.
"It is okay. Don't give up. Only 3 more pages. Anything i can help you, maybe you want my ideas?"
Haahaha, memandai sahaja saya menawarkan pertolongan terhadap assignment dalam bahasa inggeris : EDUCATION TOURISM.
" Okay, boleh tak awak bagi cadangan tentang kebaikan dan keburukan promotion education?"
Yes, hati saya berdetak. Kalau dalam bahasa Malaysia, laju sahaja saya bagi idea sebab bahasa saya, senang untuk saya berkomunikasi. Saya berikan idea-idea tentang kebaikan dan keburukan. Berikan contoh-contohnya sekali.Barulah saya melihat keriangan pada wajahnya yang tadi lesu dan tidak bermaya. Apa yang dikesalkan assignment ini diberikan 'last minute' dan kami berdua memang tidak suka membuat sesuatu 'last minute'. Dia berikrar takkan sanggup lagi membuat assignment orang lain. Begitulah orang zaman sekarang , hendak belajar assignment upah orang lain buat. Saya sendiri pernah membuat assignment orang lain. RM250 satu assignment untuk 12 mukasurat. Teringat hal kami sendiri , sewaktu belajar dulu segalanya buat sendiri. Dan baru sebentar Madam T menghantar sms memberitahu yang assignment itu sudah siap dan sekarang dia hendak habiskan membaca novel NB Setiap Jumaat. Saya selalu menempelak dia 'cina murtad ' apabila dia begitu fasih membincangkan tentang agama dan budaya orang islam.

Ketika saya masuk kelas tahun 5, saya tertarik dengan kerenah anak-anak di kelas ini. Hari ini Mohd Zulfikar hadir dan saya dapati pelajarannya kian meningkat. Dia anak yang sangat nakal ,namun setelah saya naikkan tarafnya menjadi pengawas, dia berubah sikap.
"Nampaknya Fikar akan dapat no 2 penggal ini."
" Mana cikgu tahu ?" Irwan Aidy menyampuk.
" Cikgu tahulah. Mungkin Fikar dapat kalahkan awak,"
"Ohhh..." panjang Irwan mengeluh dengan senyuman sinisnya.
Saya terus bercakap dengan Zulfikar. " Fikar, awak berusaha lebih kuat lagi. Kalau awak dapat kalahkan Irwan hujung tahun nanti, cikgu bagi hadiah istimewa untuk awak. "
" Ye cikgu, saya janji akan berusaha lebih kuat," jawab Zulfikar dengan yakin.
" Oh cikgu..... takkan ku biarkan. Saya akan pastikan dia tak dapat mengatasi saya." Jawab si Irwan.
" Kalau cam tu , awak kenalah setiap hari belajar. Jangan leka, sebab kalau awak leka, senng je Fikar akan kalahkan awak."
"Mana cikgu tahu ?" Irwan bertanya lagi.
" Cikgu tahu sebab kematangan awak berdua berbeza. Dalam Sains, walaupun bahasa Inggeris awak lebih baik, tetapi Zulfikar matang mentaksir soalan."
Sepanjang dialog ini, 2 murid perempuan Mira dan Fain terdiam sahaja.
" Awak berdua, bila nak majukan diri? Asyik paras hidung je dapat ?" Saya menyergah kedua mereka. " Nanti kami usahakan cikgu,"
Beginilah cikgu-cikgu saya memprovok saya berpuluh tahun yang lalu. Dan saya menggunakan teknik yang sama untuk mengangkat anak-anak yang sederhana untuk lonjakan saujana.
Beberapa tahun ini memang teknik begini berjaya kerana saya mampu menggilap bintang yang datangnya dari lumpur. Malahan saya pernah ditanya apa yang saya gunakan apabila separuh dari kelas tahun 6 berjaya mendapat A dalam BM penulisan. Tahun itulah saya menemui ramai bintang yang dapat menulis karangan dengan gaya bahasa yang indah sehinggakan saya boleh meremang bulu roma ketika membaca intronya. Betapa rindunya saya hendak mengajar BM UPSR lagi tetapi keperluan menyebabkan saya terpaksa bertahan dengan Sains. InsyaAllah , tahun ini semestinya saya hendak mencapai target lebih dari 80 peratus.

Pernantian

1

Posted by Leeza | Posted in

Malam ini kak NB balik kampung bersama keluarganya di TURKI. Saya ingat dia sudah berangkat awal pagi tadi. Namun ketika masa rehat, saya menyemak emel dan yahoo messenger menggunakan telefon bimbit , saya dikejutkan dengan kiriman ims dari kak NB .Saya membalasnya dengan pesanan agar dia menjagi diri baik-baik dan jangan lupa pulang.Manalah tahu jika dia tak ingat nak balik, huhuhuhu.

Mungkin ramai guru sudah berseri-seri menunggu cuti sekolah yang akan tiba. Namun saya pening kepala apabila balik dari kelas , saya melihat beberapa surat arahan untuk keluar mesyuarat dan taklimat. Terdapat juga 4 modul untuk ujian PEKA Sains tahun 3,4,5 dan 6.Bererti saya hanya punyai masa sehingga Jumaat ini untuk menyiap kerja2 dan melengkapkan data-data PEKA saya .
Antara aktiviti minggu depan ialah :

23 Mei - membawa semua murid tahun 6 ke SK HJ KELALI, Semera untuk program motivasi dari jam 7 hingga 5 petang. Untuk seharian ini, saya cuma perlu mengawasi murid-murid tersebut. So....saya akan bawa novel 'TUHAN LEBIH TAHU' untuk saya habiskan. Harap-harap masa tu saya tak perlu jadi juru acara bidan terjun lagi. Siap kau , INGELMAR kalau aku kena ganti tempat kau lagi macam last year. Abang saya, Saadi merupakan guru besar...antara lembaga MGB daerah...dialah yang suruh saya ganti. Huh....lain kali tak naklah bro. So strategi saya....duduk jauh-jauh menyembunyikan diri. Tengah slot baru saya akan tampil ke depan.

25 Mei - Mesyuarat Ketua pentaksir sekolah untuk pengendalian dan penyelarasan PEKA di PPD Samarahan dari jam 8 hingga 5 petang. Apa yang merunsingkan saya ialah tempat parking yang terhad di pejabat tersebut. Agaknya saya kena kongsi kereta dengan member lainlah.Siap dengan pesanan bawa laptop, Cd, extension wire dan modul.

26 hingga 27 Mei - Taklimat Pengendalian dan pengurusan praktikum guru KPLI maktab (IPGM TAR samarahan ) Tahun ini tak dapat dielakkan sebab guru pelatih KPLI yang datang adalah major Sains dan Minor BI. Mereka akan berkhidmat dari 22 Jun hingga 23 September 2009. Mereka akan ambil alih kelas saya Tahun 4 dan 5. Tugas sebagai guru pembimbing bukannya ringan sebab saya perlu menyemak hasil kerja kedua2 guru tersebut, menyelia pengajarannya di kelas dan tentulah mereka perlu membuat PEKA Sains. Dan tahun 6.....mereka tak mungkin saya abaikan, hanya 3 bulan sahaja lagi.

28 Mei 2009 - sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Yang ini nanti saya ceritakan. Cuma my PK KK dah tadah tangan minta duit makan RM10 untuk jamuan.Saya faham juga sebab 3 hari saya takkan ada di sekolah minggu depan.

Saya rasa saya takde bahan nak kongsi hanya kepala ini penuh dengan kerja, kerja, kerja. Cuti sekolah minggu pertama saya akan penuh dengan kelas tahun 6. Dan minggu ke dua...........yahoo.....tak sabar menanti. Biarlah rahsia.

Sebelum Cuti Sekolah

2

Posted by Leeza | Posted in

Cuti sekolah akan bermula 29 Mei hingga 14 Jun 2009.Ertinya 2 minggu sahaja lagi.Biasanya hari Isnin menentukan garis dan agenda kerja untuk dilaksanakan seminggu ini.Alhamdulilah biarpun mata saya mengantuk kerana 'sleepless' semalaman,namun saya tetap gembira dan ceria kerana keputusan paper Sains saya untuk kelas Tahun 3,4,5 dan 6 amat memberangsangkan terutamanya tahun 3 dan tahun 6. Satu yang saya amat pasti ,jika anak2 meminati subjek dan gurunya ,prestasi mereka akan mendadak meningkat.Biarpun PPSMI menjadi keluhan semua pihak,namun kami guru berusaha agar murid-murid dapat menguasai kemahiran dan gembira menghadapi persekolahan mereka.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah setelah dimesyuaratkan akan diadakan pada 28 Mei 2009.Saya seperti biasa diberikan tugas menyelia murid-murid.Agaknya kerana saya agak garang menjadi sebab tugas ini menjadi tugas saya sejak dahulu kala. Saya tidaklah garang tetapi jika anak2 nakal, cepat juga tangan saya mencuit mereka.Apa saya nak beli sebagai hadiah pertukaran antara staf nanti ?Belum tahu lagi...kena keluar lagi hujung minggu ini.
Hari ini semua guru sibuk dengan keputusan PTK ( peperiksaan tahap kompetensi) untuk anajakan gaji.Saya tak mengambilnya kerana tahun lepas saya telah mendapat IV dan IV dua paper. Saya layak untuk mendapat anjakan gaji tahun ini ke P2.Namun saya tidak dapat menduduki juga PTK bulan Ogos nanti kerana surat perubahan gaji belum dikeluarkan oleh pihak jabatan. Tak apalah....dudukpun belum tentu dapat IV/IV lagi. Tahun depan saya akan berazam untuk dapat IV seperti tahun lepas....supaya dapat anjakan gaji lagi.( Kalau rezeki itu milik saya....dan jika diizinkan Nya.) Apa yang saya tidak lupa ialah peristiwa katil roboh jam 12 malam ketika saya selesai belajar PTK. Berbaloi jugalah....belajar sampai roboh katil.Yang kesiannya Mak saya amat terkejut, abang dan anak2 saudara berlarian naik ke atas apabila terdengar bunyi bising. Nasib baik tilam tebal, taklah mak saya tercedera. Malam itu bermulalah tidur stail Jepun dan Korea.

Santai

3

Posted by Leeza | Posted in


Saya tak mahu macam ini.....manusia yang sentiasa sibuk hingga ke tandaspun dengan laptop.Atau orang yang gila chatting. Jalanilah hidup dengan cara sihat. Bersantailah jika punya masa cuti. Detik-detik bersama keluarga amat bererti kerana apabila masa berubah kita tak punya kesempatan untuk mengubahnya semula.

Hari Ahad sememangnya setiap insan nak habiskan bersama keluarga,bersantai dan berehat agar esok dimulakan dengan tenaga yang berganda.Bagaimana saya bersantai hari ini ?Saya bercadang nak membaca stok buku yang belum saya belek lagi.Namun buku-buku dalam gambar di atas masih tersusun kemas tanpa disentuh.Buku yang panjang tu panduan tahfiz alQuran, hadiah kawan saya . Dia komplen asyik baca novel aje.Siri Tahfiz ni ada 8 jilid semuanya dan saya belum menghabiskan jilid satu lagi.Dua novel di atas milik kawan saya yang kaki novel juga Dia dah berkias-kias pasal novelnya yang belum habis dibaca sedangkan dia sudah menghabiskan semua stok saya kecuali stok buku-buku di atas.Bagaimanalah saya nak baca novel ini jika saya masih banyak kerja lain yang harus saya utamakan dulu.
Ini pula novel-novel koleksi NB yang saya kumpulkan. Ada 5 novel yang kawan baik saya tengah pinjam.Bagaimana nak tipu jika mereka tahu saya peminat NB ?Saya masih mengumpul novel2 NB yang lain biarpun saya sudah membaca kesemua koleksi beliau.Dan sasaran saya ialah READ MALAYSIA....misi mencari novel2 yang tiada di Sarawak.

Hari ini saya cukup malas mencuci kereta. Saya mahu mencuba perkhidmatan mencuci kereta di kedai Asajaya.RM7. Sementara menunggu, saya membawa LUQMAN ke kedai gunting. Tentulah yang mengikut saya ialah si PUTRI dengan mama dan neneknya. Saya biasanya membeli barangan dapur dan stok makanan seminggu. Dan pastinya ada MAGGI : makanan waktu susah. Hotdog dan beef burger perlu ada untuk anak-anak saudara yang memilih makan.Biasanya yang makan sayur ialah saya dan mak saja. Telur dan telur masin juga perlu ada. Lauk kesukaan saya : Telur dadar 2 in 1. ( telur ayam campur telur itik masin, gaul dengan lada sulah dan perasa) lepas tu goreng.Simple tapi sedap.Sejak saya kena gastrik , saya elakkan makan pedas, maggi dan minum air yang bergas.Ikan segar pula tak ada ,maybe kerana semalam hujan ribut melanda. Jadi saya lebihkan sayur-sayuran . Lagipun penjual ikan pasti akan ada untuk menjaja ikan dan mereka pasti berhenti di depan rumah saya.

Pekerjaan utama orang kampung saya ialah pertanian , sayuran dan pisang.Sekarang musim orang menanam jagung, sayuran seperti labu, kacang panjang dan tembikai.Walaupun sekepas banjir sebanyak 2 kali awal tahun ini dan tanah yang tidak subur , namun ia tidak mematahkan semangat mereka.









Selamat Hari Guru

0

Posted by Leeza | Posted in


Inilah driver kami : Ustazah Norafidah, orang Kedah

Selamat menyambut hari guru 2009 : Guru pembina bangsa. Meskipun sakit gastrikku belum baik sepenuhnya, namun kerana janji aku turutkan juga untuk bersama 3 orang ustazah JQAF iaitu Fid, Shidah dan Ila ke Serikin, sempadan indonesia dan sarawak, tempat membeli-belah barangan yang jika ditawar harganya murah-murah. Sebelum itu aku tak henti-henti menerima sms hari guru dari rakan-rakanku seluruh Malaysia.
HINDARTY : Before 16th May, Before the battery dies, Before the operators get busy, Before the sms get jam. Let me be the first 2...wish you HAPPY TEACHERS DAY.
SAAT dan AIDA : Guru, dlm ajarnya ada harapan....Dalam tegurnya ada doa...Dalam marahnya ada sayang.... Dalam diam ada bijaksana.... Berbahagialah kerana anda seorang guru."SLMT HARI GURU".
SITI ZAWIYAH : Sekotak mancis,secawan madu,selaut kasih, seluas rindu,salam manis penuh syahdu, Pengakhir kata : SELAMAT HARI GURU.
Kak MAIMUNAH : GURU dianugerahkan Nur di wajahnya,kelembutan di hatinya,ketegasan pada didikannya,perawat kepada yang terluka ,penghibur kepada segala kesedihan,penderma kasih sayang yang tak bertepi,pendengar yang setia,perindu yang tak ada kesudahannya,pemberi yang tak pernah minta balasan dan pendoa yang tak pernah putus harapan. Begitulah hebatnya insan bergelar GURU.Selamat Hari Guru 2009.
Kak SUFFIAH : One tree can start a forest, one smile can start a friendship.One touch can show how much we care. One teacher can make your life worth living...Selamat hari Guru.God Bless you.
SYARIFAH RADIN : Some people have nice eyes,some have nice smiles and others have nice faces..... BUT!! You have all of them with a nice HEART. Happy teachers day Kak IZA.
EVYCE : The greatest of being a teacher is... we will always be called 'teacher' or 'cikgu' although we r suppose to be called "makcik" or "nenek". Happy teachers day to my beloved friend n teacher.
SERIA : Mak cakap CIKGU macam MAGGI, makanan masa susah. Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS menakutkan, Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam2 ada, tapi saya cakap CIKGU macam L'OREAL,kerana dirimu berharga! Selamat Hari Guru.
Macam-macam sms aku terima dan untuk rakan guru yang mengirimnya aku cuma balas : HAPPY TEACHERS DAY. Sebab....aku busy shopping di Serikin dan Waterfront Kuching. Sibuk memilih dan menawar harga barang2.



Dengan ustazah Zulzilawati juga guru JQAF, dia jadi tukang pilih barangan.

SI ILA tengah show off dengan senapang kayu manisnya. 3 ikat rm5. Ditanya untuk apa kulit kayu manis banyak2, dia cakap untuk buat sup lembu korban.....hehehehe agaknya semua lauk nak letak kulit kayu manis banyak2.Dalam beg plastik hitam tu, kain2 batik.



Di Waterfront Kuching , ada pameran kesenian dan kraftangan. Ini gasing Orang Kenyah. Si ILA dan FID hairan sebab bentuk gasing ini berlainan dan ketika melihat senyuman dan wajah cik Abang2 itu, aku cepat menarik mereka berdua, "nanti akak citer apa sebabnya". Takkanlah, tak perasan lagi bentuknya adalah metafora kepada apa????? Dan tentulah keduanya tergelak panjang....

Ini gasing CONCORD , maybe sebab ia laju macam CONCORD.

Dalam perjalanan pulang, kami melihat fenomena alam yang cantik iaitu kewujudan pelangi. Mengikut orang tua2 , kita tak boleh menuding dengan jari nanti kudung jari.....dan aku dengan ILA tersasul menuding ke arah pelangi tersebut. Si FID selamat sebab kedua tangannya memegang stereng kereta. Namun biarpun ceria ada kisah duka yang berlaku . Ustazah SHIDAH terpaksa terbang balik ke Kelantan sebab diberitahu ayahnya sakit tenat. Jauh kami berpatah balik untuknya mengambil barangannya, kemudian terus ke airport. Apakan daya semasa dia menunggu penerbangan dari KLIA ke KB jam 620 petang......jam 5 petang dia diberitahu yang ayahnya telah meninggal.......ALFATIHAH untuk arwah ayahnya.Inilah yang menjadi sebab FID dan ILA terbang balik ke Semenanjung setiap kali cuti, demi menghabiskan masa dengan ibubapa dan keluarga. Jadi...anak-anak yang jauh, pulanglah selalu menjenguk ibubapa kalian.
Dan.....penghujung senja aku berhenti di tepi jalan tempat sekumpulan remaja kampung J melepak....kerana aku melihat anak2 muridku yang terlibat dalam kes Zizi. Seorang darinya lalok. Hati aku menangis melihat perubahan mendadak mereka. Sewaktu kecil, alangkah cerianya mereka.Dan remaja yang waras itu dengan 2 kawannya melutut di depanku memohon maaf kerana memukul dan membelasah anak buahku. Mereka mengakuinya sebaik aku hanya bertanya dengan lembut : kenapa pukul anak buah cikgu? Aku tidak menyalahkan anak2 ini kerana mereka dan Zizi pada masa itu tidak waras, hati pula muda dan jiwa kacau. Mereka mengakui apa saja yang mereka lakukan....dan aku tahu duduk perkara sebenar.Apa yang menyentuh hatiku, biarpun jahat manapun anak2 ini mereka masih menghormati aku sebagai guru mereka. Malahan dalam hati aku pilu apabila semua mereka menyambut tanganku dan mencium sebagai tanda hormat.Aku hanya berpesan, jangan hentikan persekolahan mereka dan berubahlah. Aku sebenarnya kesal, di manakah ibubapa dan keluarga anak2 ini ? Memang perlakuan aku yang bercakap2 dengan anak2 ini mengundang kehairanan kereta yang lalu lalang, malahan ada yang berhenti bertanyakan aku apa hal....aku tahu mereka bimbang keselamatan aku.Budak yang lalok itu aku suruh rakannya hantar pulang ke rumah, dan suruh mandi......pesananku pada budak yang menunggang motosikal, jangan laju....pastikan dia tak jatuh. dan yang lain sebelum aku berlalu aku suruh pulang ke rumah masing2.
Dan apa yang aku lakukan pada ZIZI ? Aku mengamuk....dan dia aku suruh tidur di rumahku setiap malam dan memang, penampar dan pukulan sudah aku hadiahkan padanya....setelah apa yang aku usahakan tidak menjadi, aku tak mungkin melepaskannya lagi. No way......masa depan anak ini harus aku selamatkan sebelum dia jauh tersasar.

Berhenti Sekolah ????

1

Posted by Leeza | Posted in

Pagi tadi seperti rancangan ,aku ke sekolah Zizi untuk berjumpa dengan pihak sekolah. Awal pagi lagi Zizi dah bersedia menunggu aku berkemas. Aku bawanya ke sekolah J untuk memberitahu boss aku. Dan aku bersyukur sebab boss aku amat memahami. Kebetulan memang kelas aku sentiasa bermula jam 930 pagi.Sempat aku singgah ke gerai kak Anim membeli kuih donatnya yang sedap untuk mak.Dan aku diberitahu oleh kak Anim siapa yang memukul anak buahku itu. Sah memang budak itu bermasalah sejak kecil lagi.
Sesampai di sekolah aku berjumpa dengan PKHEM ,guru disiplin dan guru kelasnya. Aku meminta penjelasan lanjut daripada mereka tentang Azizi. Mereka ternyata mempertahankan tindakan kumpulan itu sebab mungkin kerana mereka takut dengan gangterisme tersebut. Apa yang aku faham ialah punca Zizi dibelasah kerana dia berkawan dengan sekumpulan cina yang ada kes dengan kumpulan tersebut.Mereka dengan sinis memperli Zizi kerana dia suka berkawan dengan budak-budak cina. Aku bersuara : saya bukannya nak menyokong zizi, cikgu. Tetapi hakikatnya kampung kami memang hubungan cina dan melayu rapat sebab kami berjiran.Ternyata ada sikap perkauman di sini. Sensitif sangat.Kawan rapat aku ialah AhCin dan AhLing.Malahan Ah Cin menghantar anak2nya tusyen Bahasa Melayu denganku. Dan aku menahan sabar apabila diberi cadangan untuk Zizi berhenti sekolah. Aku diberikan borang tersebut.Aku memohon agar Zizi diberi peluang untuk berfikir dan dia diberi cuti selama seminggu. Kira macam digantung sekolah.
Dalam kereta berulang kali aku tanya keputusannya dan dia tekad nak berhenti sekolah. Nenek, abangnya, ayahnya dan kakak sulung aku setuju dengan keputusan ini. Aku???? Aku terasa nak menangis sebab terbayang wajah sayu arwah kakak aku, ibu Zizi.Anak ini sejak kecil tak pernah buat perangai. Dimarah macamanapun, dia diam saja.Aku teringat semalam ketika hujan lebat, dan aku waktu itu di kelas...aku seakan tercium bau mayat. Seakan sepintas lalu dan ingatanku terbayang arwah kakak aku. Hati aku berkata seakan dia memohon sesuatu dariku. Mungkinkah aku akan bersetuju membenarkan dia berhenti sekolah ? Dan dengan fikiran yang keliru, aku terapit jariku di pintu kereta.
Di sekolah, aku bertanya pendapat semua rakan-rakan guruku. Mereka kesal dengan pihak sekolah menengah yang mencadangkan agar murid bermasalah berhenti sekolah. Mereka suruh aku pujuk zizi agar teruskan persekolahan yang hanya beberapa bulan saja lagi.Namun aku risau, andai Zizi akan jadi lebih teruk lagi. Jadi, keputusan yang ada di kepalaku ialah, berhenti sekolah, siang bekerja dan malam belajar denganku untuk dia menduduki SPM hujung tahun nanti. Ertinya.....aku perlu berkorban masa-masa ku untuknya.Dan aku perlu belajar SPM sama.
Balik dari sekolah aku pergi ke Kuching menemani kawanku Si Hajjah Aida. Kawan ini terkadang kejam juga.....ada ke patut dia tak fikir aku yang sejak pagi tak makan dan minum ? Dah la aku ni ada gastrik. Jadi aku cuma sempat sambar roti dan air mineral.Itupun gastrik aku dah attack sebab aku stress dan bingung.Semasa dia urus hal dirinya sendiri, aku pergi merayau di Wisma satok tengok kasut dan sandal. Sayangnya kasut yang aku berkenan tak ada saiz 6 lagi. huhuhu. Namun kalau adapun aku takkan beli kerana muka masam pekerjanya.Aku yang dah sedia ada problem takkan nak tengok muka masam lagi ? So, aku masuk kedai sebelah dan ternyata aku dapat sandal yang aku berkenan sangat. Harganya rm 29.90. Murahkan ???? Haah aku 'cheapskate', kak NB.Esok aku pakai untuk pergi ke Serikin, sempadan indonesia dan sarawak.Esokkan Hari Guru ? Ada sesuatu yang aku tengah fikir sekarang, apply kenaikan pangkat ke DG44 datelinenya 20Mei......banyak yang perlu aku fikirkan namun aku terkedu apabila Evyce rakanku di KL memberitahu bahawa 'kita tak boleh selamanya berada di sekolah rendah sebab DG44 tiada di sekolah rendah.'Bertambah lagi dengan nasihat si Fadhly member sekampus dulu. Hendak tak hendak kena juga memohon kenaikan pangkat. Biarlah aku habiskan cutiku esok bersama rakan-rakan 'single' ....kami bertolak selepas subuh.

Belasah kerana dendam ?

1

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini aku memang amat sibuk. Giliran paper aku diuji hari ini, tahun 3, 4,5 dan 6.Paling penat bila aku terpaksa menjaga dua kelas serentak kerana cikgunya hilang entah di mana.Marah juga aku dengan si 'gemuk' tu.Sakit kaki aku bersenam jalan dari hujung ke hujung.Terkadang mengintai dari celah tingkap.Alhamdulilah tahun 5 baik-baik, tekun je jawab soalan. Tahun 4 tu yang masalahnya, pendekar banyak.Sebelum balik ,aku kena pula awasi murid-muridku meminjam buku perpustakaan. Nasib baik ada pengawas yang tahu buat kerja.Murid-muridpun berdisiplin dan tahu menyusun buku di rak.Jadi lewatlah aku balik dari orang lain.Sepanjang jalan aku pasang lagu lama, 'KNIFE'

Dan memang kena 'knife' pun bila dapat berita : anak buah aku si Azizi kena tahan polis.Hah....aku tengok muka kakak sulung aku gendung si PUTRI yang menangis nak minta hantar pada aku, masam mencuka.Aku malas nak emosional dulu, lagi tengah lapar dan penat. Aku bawa dulu beras dan makanan yang aku sempat beli di kedai ke dapur dan bawa semua beg2 aku ke dalam bilik. Lepas tu aku terus ambik Putri dari dukungan neneknya dan melayan dia sekejap. Diakan demam kelmarin dan belum sihat sepenuhnya. Manja dia ni dengan aku.Sebab itulah aku rajin layan dia. Aku tengok mak dah duduk terjelepok di kerusi antiknya.Mesti dia lemah dengar berita si Zizi.Resolusi aku, biarlah bapanya berurusan dengan polis di balai.Walau si bapa dah 'palau cinto', aku malas nak ambik tanggungjawab dia 100%. Cukuplah aku bagi makan anak2nya dan pantau agar mereka tidak jauh sesatnya.

Tepat jam 3, Zizi pulang tanpa dihantar oleh bapanya. Dia menumpang orang lain.So, aku panggillah dia dari rumahnya. Mak dah mencuit aku : janganlah marah dia lagi. Huhh! nenek ni kadang-kadang spoil cucu la.Si Putri biarpun kecil, aku marah kalau dia melampau...kena ingatkan dia apa yang tidak boleh dilakukan.Then, aku tanya Zizi. "Apa citernya?" Dia cerita :Kamek tido di asrama. Tetiba je kena pukul dengan kayu dan di sepak terajang. Kamek pengsan sekejap. Bila kamek sedar, mereka pukul lagi. Kamek angkat dan lari jumpa cikgu.Cikgu bawa kamek pergi balai untuk buat laporan.
Okay....aku marah pasal part "tido di asrama" . Haa...dia ponteng la tu sebab dia budak harian.Aku cakap, kenapa tak sekolah ?Dia diam. Aku dah tuding jari telunjuk ke mukanya....inilah balasan kau tipu semua orang. kau tipu dan mungkir janji dengan usu. Sapa pukul kamu ?
"Tak tahu su, ramai mereka tu. Ada budak kampung J juga."
"Kampung J? Siapa? Semua budak kampung J yang sekolah di situ, anak murid usu.Kamu cam muka?"
Dia mengangguk. Dan ketika aku tanya apa sebabnya , dia jawab tidak tahu kenapa.
"Kamu berhutang?" geleng kepala.
"Kamu pernah gaduh dengan mereka?" geleng lagi.
"Kamu kacau girlfriend orang?" Pun dia geleng kepala.
So, petangnya aku suruh mak urut cucunya dan bagi dia makan panadol sebab memang nampak mukanya pucat. Aku takut kepalanya yang kena belasah itu ada kesan lain. Kalau perlu aku kena bawa dia ke hospital untuk xray.
Jadi, kes ini sudah jadi kes polis.Jika tertangkap budak-budak itu tentulah ada kesan yang lebih teruk lagi.Aku tidak menyokong Zizi, namun aku nak siasat sendiri esok. Jadi pagi esok aku akan minta kebenaran dari boss aku untuk bawa zizi ke sekolahnya , selesaikan hal ini. Aku tak mahu anak2 buah aku kena kacau lagi terutama oleh anak2 muridku sendiri. Berdepan dengan budak yang samseng perlukan strategi, bukan dengan kekerasan. Esok aku akan jumpa pengetua dengan Zizi dan jika diizinkan aku nak bawa dia ke kelas-kelas untuk cam muka budak-budak itu. Aku nak tengok siapa murid-murid aku yang terlibat.Jika dari tingkatan 5 hingga 1, semuanya pernah aku ajar.Aku nak tanya budak-budak itu ,apa sebab mereka belasah Zizi.Jikalau Zizi tidak mampu melarikan diri, sudah tentu nyawanya melayang.Sejahat diapun, dia anak buah aku.Dan jika pengetua tidak izinkan, aku mempunyai sumber yang ramai untuk siasat. Sebab dalam beratus anak muridku tentunya ramai juga yang tahu dan sampaikan maklumat padaku.Aku yakin sebab aku guru yang baik, yang disayangi oleh mereka. Mungkin mereka tidak tahu Zizi itu anak buah aku sebab aku memang tidak menonjolkan diri dengan mereka.Aku tuntut atas nama budi , ilmu dan kasih sayang aku sebagai guru mereka untuk tidak menganggu anak-anak buah aku .Jika tidak aku takkan berdiam diri dan akan buat dakwaan mahkamah.
Pasal Zizi yang menipu dan ponteng, aku tanya dia. nak sekolah lagi ke atau berhenti. Terkedu aku bila dia kata, tak mahu sekolah lagi sedangkan SPM hanya beberapa bulan lagi. Hati aku menjerit dengan rasa kecewa.Dia nak ikut abangnya bekerja di kilang sabut.dan si abang pulak bila dengar cerita ini, terus naik angin dan hendak mengamuk di kampung J. Dia lupa yang aku guru di kampung J.Jika begini terpaksalah aku mohon ke sekolah lain dan jika nyawa aku pula terancam....tentunya aku akan dipindahkan. Tuhanku.....apakah ini harus terjadi pada keluargaku ? Beberapa tahun yang lalu ,keluargaku dihormati dan disegani kerana kami adik beradik menempa sejarah dalam akademik.Namun kini juga menempa sejarah yang hitam.
Benar kata orang tua : anak tanpa ibu memang akan bercelaru. Jika tiada bapa, anak boleh bertahan.

Share with me

1

Posted by Leeza | Posted in


Inilah jalan menuju ke sekolah aku. Pagi tadi keadaan berkabus tebal menandakan bahawa cuaca hari ini memang akan panas.Lantaran itu aku terpaksa memandu dengan memasang lampu.Rasanya aku tidak lewat hari ini memandangkan si LUQMAN awal pagi sudah turun ke sekolah. Lega rasanya hati aku, bermakna aku tidak perlu mengenakan tindakan yang brutal untuknya. Sebolehnya aku tak ingin menyakiti tubuh badan kanak-kanak. My friend said : Sayang sepenuh jiwa biarlah di hati dan jangan sayang dibelai-belai, mereka takkan menghargainya.Tahu apa ugutan aku semalam pada si LUQMAN ? " Usu tak perlu guna rotan , kalau esok kamu tak ke sekolah rasalah penampar sulung usu."Dan petang ini aku lihat dia tidak berkeliaran di kampung bermain guli sebaliknya melepak di depan TV melihat astro ceria bersama kawan-kawannya.

Hmmm, jangan jeles ya....ini novel-novel yang aku beli sebagai balas dendam pasal tak dapat ke KL semasa pesta buku dulu.Dan ia sampai apabila staf yang aku suruh mengambilnya dari pejabat pos. (jahat aku ni....suka buli orang tua....)Kelihatan macam dah dibukakan??? Beginilah rupanya yang tiba dari pejabat pos. plastik terkoyak dan kertas pembungkuspun koyak. Apalah sistem pos malaysia ini...di luar dokumentasinya ada dinyatakan buku.Tebuk sikit-sikit dan intai cukuplah...yang tangan ngengat sangat nak koyak habis...apahal?Agaknya kena baling tak....ganas la.Dan member aku cepat pula ambik satu baca sinopsis...sampai aku kata " haittt, tangan tengok kotor ke tak, jangan pinjam,aku lom rasmi n bungkus dengan plastik dulu....."

Ini satu-satunya yang ada dalam simpanan aku. Tentulah tahu sapa tu. Itulah aku dan abang Dee.Aku kemas je...abang aku pulak tak pakai selipar sebab dia merajuk n menangis. Kalau dia jenguk sini mesti marah2.....woit brother jangan marah nanti kaki tu tak baik lagi.

Dan inilah buah hati aku., Mak dan bapak. Arwah bapak aku memang lebih rapat dengan aku dan mak pulak lebih rapat dengan abang-abang aku.So semasa arwah ayah meninggal aku tak menangis tetapi berbulan dan bertahun aku merinduinya.Semasa hayatnya beliau banyak bergaduh dengan aku.....tetapi selepas bertengkar mulut dan pendapat, biasanya kami berdua sama-sama mengalah. Namun arwah ayah banyak meninggalkan pesanan padaku.....dan satu yang aku tahu : DON'T TOO CLOSE BECAUSE TOO MUCH IS NO GOOD. Apa yang pasti kata-kata ini ada iktibarnya sebab aku sering dilukai. Dan kerana trauma inilah membuat aku mengigau malam tadi.....aku harap trauma ini berakhir setelah pertemuan aku dengan kakak NB Jun nanti.Semoga aku dapat menemui ramai kawan blogger dan novelis-novelis yang aku minat dan kagumi.

Makna 'ngengat'

2

Posted by Leeza | Posted in

Berada di kalangan staf lelaki memang rasa malu ,sopan santun seorang perempuan dan adap tatatertib perlu dijaga.Namun aku tak tahu samada mereka menganggap aku wanita yang suka cakap lepas atau ntah apa-apa. Rakan-rakan sekerjaku memang nakal dalam percakapan dan terkadang perbuatan juga. 9 tahun aku mengajar di sekolah kuching, aku terbiasa menjaga tata bicaraku, bergurau secara sederhana, ketawa tidak melambung2 dan segalanya kena jaga sebab rakan-rakan sekerjaku adalah pelbagai bangsa. Oleh kerana jalan hidup masa kecilku penuh dengan ranjau dan buli, tebal dengan rasa rendah diri ....aku menjadi insan yang tidak ingin menoleh pada masa silam yang menyakitkan. Namun aku tetap aku, sifat nakalku selalu meronta-ronta .Di situ aku kuat mengusik rakan sekerjaku terutama boss aku.Dia MR SIMON JACOB sering membahasakan dirinya 'bapak' padaku.Setiap isnin akulah yang sering mentertawakannya kerana selalu lupa mewarna rambutnya sehingga MR VINCENT yang strict dan bermuka serius, boleh ketawa terbahak2....apara......kontrollah ketawa tu.Aku selalu jadi mangsa ketika meeting menjadi setiausaha mesyuarat dan sehabis meeting , kedua-dua tangan aku akan penuh dengan contengan pen merah. Nak tahu sapa punya kerja ?Tu la....paderi VINCENT.
Sekarang aku nak citer pasal 'ngengat' ni. Ngengat dalam bahasa Sarawak maknanya 'GATAL" or GEDIK. Hari ini sebaik aku habis kelas tahun 4, aku lihat staf lelaki ramai berkumpul dalam bilik guru.Haa...aku senyap2 masuk n pasang telinga.Aku tak pasti apa buah butirnya....namun ada kata ngengat.So seorang staf yang suka menyakat aku....bertanya padaku sapa ngengat, n adakah aku ngengat.Aku kata ngengat itu perlu....hehehhe riuh mereka ketawa.Aku tanya balik, kalau u all tak ngengat macamana u all nak kahwin n then dapat anak lagi.Takkan nak straight forward camtu je.Then aku ditanya so, kau lom kahwin kau tak ngengatlah ?Ehhh....aku cakap aku ngengat juga tapi belum ada lesen lagi. hahahaha.Untuk mereka aku tak perlu jaga tertib sebab mereka kenal siapa aku.Then bila tiba masa balik, aku tanyala kenapa tak balik lagi, masa dah cukuppun.Then Ustaz pun cakap : Kamek sik ngengat sebab itu tak nak balik dulu. Sapa balik awal nya ngengatlah. Dan aku cakap apa???? Secara spontan tanpa aku dapat tahan, aku bagitahu aku ngengat so aku nak balik awallah. Maybe ceritaku ini takkan difahami oleh rakan-rakan bloggerku. Kak NB maybe tak faham juga. Tapi NIK ,aku rasa dia faham.
Dan ceriaku berakhir dengan marah yang panjang bila aku balik rumah dan mendapati anak buah aku, Si LUQMAN ponteng sekolah lagi. Dalam seminggu dia cuma 2 hari ke sekolah.Dari aku mula matikan enjin kereta , buka kunci pintu rumah n angkut barang2ku, aku membebel tanpa henti. Geramnya aku...dan dia senyap2 melarikan diri. Hari ini aku ambil balik basikalnya dan ku kunci dalam bilik abangku. Kalau neneknya ada memang dia boleh cover, tapi no way untukku.Esok pagi aku akan pergi sekolah lewat untuk pastikannya ke sekolah. Penat aku bangun awal sediakan breakfast dan masak untuk lunch sekali sebab aku selalu balik lewat.Pasal pelajaran, aku takkan bertolak ansur.....kerana masa depan takkan ada jalan yang mudah.

Aku sedar aku bz

1

Posted by Leeza | Posted in


Minggu ini aku memang sangat sibuk.Dan lihatlah betapa penuhnya mejaku dengan buku-buku dan kertas-kertas peperiksaan yang perlu aku semak.Namun sesibuk manapun aku ,masih sempat makan dan minum dengan bestfriend aku Madam T yang duduk di depanku.Namun masa free kami tidak sama.Jadi hanya sekejap2 sahaja kami berdua dapat bercakap tentang hal kami sendiri. Hari ini ketika aku tidak bermaya kerana tidak sihat, dia juga yang memaksa aku makan 'painkiller' yang memang aku tidak suka makan.
Awal pagi lagi aku sudah sibuk memasang litar elektrik yang ringkas untuk murid2 tahun 3 membuat eksperimen tentang electric conductor n electric insulator. Aku memang cepat melenting kalau anak2 muridku tidak membawa bahan2 yang aku agihkan.Namun tidak sampai hati aku nak marah bila melihat muka kesian mereka. Mereka seronok sangat menguji satu demi satu barang yang ada sehingga cincin emas akupun kena uji.
Tak sedap hati aku apabila seseorang merungut apabila terpaksa fotostat kertas soalan sains yang sebanyak 26 mukasurat untuk seramai 35 orang.Nak buat macammana bila soalan sains apabila didwibahasakan memang mempunyai banyak mukasurat.Dan tiba jam 1120, kepala aku sudah mula 'hang' dan mataku dah mula 'blur'.Anehnya , bila jam 1220, aku mula bersemangat ketika masuk kelas tahun 6. Sebabnya aku memang bersemangat hendak membetulkan kesilapan mereka dalam kertas soalan.
Haaa.....banyak lagi tugasku : antaranya laporan program nilam .Aku paling leceh mengira bilangan buku yang dibaca oleh semua murid secara manual.Dan ketika rakanku, meminta aku tukar dengannya untuk kursus pusat sumber, aku menolak sebab aku banyak tugasan.Lagipun, tahun lepas aku sudahpun menghadiri kursus tersebut. 3 hari, banyak yang boleh aku lakukan untuk meyediakan murid-muridku menghadapi UPSR tahun ini.
Dan bagaimana dengan novel-novel aku ? Huhuhu...aku tak sempat membacanya lagi.

Anak, kaulah racun kaulah penawar

1

Posted by Leeza | Posted in


Inilah ibu saya AMOI BT JUDIN. Hari ini beliau berada di rumah abang Dee di Kuching. Beliau tak mungkin mahu meninggalkan anak lelakinya yang baru keluar hospital selepas pembedahan kecil di kaki...terlalu kuat bekerja dan bermain badminton sehingga urat yang tegang terkoyak.Apabila beliau tiada, saya terpaksalah ambil alih tugas beliau di rumah untuk menguruskan 4 cucu lelakinya.Apa yang pasti sudah dua hari ini, pandai pulak budak-budak itu berdikari, ambil makanan dan minuman sendiri, cuci pakaian sendiri, basuh pinggan mangkuk dan bangun awal biarpun pada waktu cuti.....agaknya takutkan saya yang memang garang.Jadi saya hanya perlu masak dan pastikan ada makanan di dapur untuk mereka. Air kenalah buat sendiri....

Ini pula anak-anak abang Dee, Farah Nadwa dan Muhd Faris Danial.Farah kini melanjutkan pelajaran ke matrik di Labuan.Mengikut program awal, sepatutnya abah dan mamanya yang akan menghantar dia tetapi kemalangan yang abang Dee alami menyebabkan mamanya terpaksa minta tolong aunty KIKI menemani.Saya pula tak mampu nak bantu memandangkan minggu ini sekolah saya PKSR penggal pertama.Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, terkadang mulut anak boleh jadi realiti.Danial ini biasanya tak petah bercakap kerana dia lebih suka dengan playstationnya.Namun sejak dia bersekolah, mulutnya semakin laser.Mungkin salah abahnya sendiri kerana tidak berehat menyebabkan kecederaannya. Seharian memeriksa ladang kelapa sawit, kemudian driving 3 jam dari Gedong ke Kuching, dia hanya beberapa minit berehat kemudian terus turun bermain badminton. Danial hanya berkata : Abah turun main lagi ke? Kalau abah patah kaki, macammana? Dan hanya kerana kata-kata ini, kemalangan abang menjadi satu ingatan buat Danial.Maybe selepas ini anak ini tidak akan bercakap sesuka hatinya lagi.
Mungkin saya tak pernah merasa menjadi ibu, iaitu mengandung dan melahirkan anak.Namun kehadiran Putri di atas ini bukan saja membuat saya merasa menjadi ibu tetapi juga menjadi seorang nenek.Ketika rakan-rakan saya di sekolah menceritakan hal anak-anak mereka . saya akan menyambung dengan cerita cucu saya ini. Hehehe....sehinggakan musuh ketat saya si Z selalu menyakat : Mudanya kau jadi nenek....Yang lelaki kat sekolah saya memang nakal2 dan saya yang selalu kena smash back.Biasa aaa semua lelaki memang macam tu.Setakat ini takde yang pendiam sebab saya dah ubah perangai mereka ini.Cuma cyborg je yang belum saya jinakkan lagi...susahla..sebab dia tak makan nasi..dia makan mikro chip komputer...wayar2 etc. Hehehe...dia lawat ke blog saya ni?I hope not.

Cutekan ?Inilah buah hati best friend saya....Baby Dania.Mamanya send 3 gambar dia untuk aunty Liza yang belum ada masa nak jenguk dia. huhuhuhu.Mamanya rakan sekampus saya, teman saya sewaktu cuti sebab kami berdua selalunya takkan ada di Sarawak setiap kali cuti sekolah. Buat plan pun mengejut.Namun selepas mamanya kahwin , saya hilang kawan berjalan....jadi sayapun membawa haluan sendiri sehingga mamanya selalu sms menyatakan rindu.Sekarang rakanku ini sudah bahagia....dan saya hanya mampu mendoakannya dari kejauhan. Bilalah saya akan ke rumahnya.Nantilah...one fine day saya akan ke sana untuk menemui Baby Dania.

Hakikatnya, siapapun kita biarpun kita bukan ibu, selagi kita bernama wanita sifat keibuan tetap ada dalam diri kita. Jadi kenapa ada kes buang anak,bunuh anak. dera anak dan sebagainya???Hentikanlah kerana anak-anak kecil ini perlukan kasih sayang .Biarlah anak-anak ini membesar dengan jiwa yang murni kerana suatu hari nanti selagi belum kiamat, merekalah yang akan membentuk dunia baru dan biarlah kemanusiaan dan aksih sayang itu belum mati.

Hari Ibu dan Hari Guru

1

Posted by Leeza | Posted in

Selamat menyambut hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia.Selamat hari ibu untuk ibuku Amoi bt Judin, 77 tahun. Saya ingin mengabadikan wajahnya di sini namun saya menghadapi kesulitan untuk memindahkan wajahnya dari telefon bimbit ke dalam komputer.Beliau ibu yang tabah,semua ibu memang terbaik di dunia.Teringat saya pada saat saya menangis apabila Mak Cik Milah memeluk skrin komputer sewaktu 'online' dengan anaknya Jasmine dalam novel SETIAP JUMAAT karya NORHAYATI BERAHIM. So, untuk ibu-ibu yang suka membaca harus ada novel ini sebab dedikasi untuk kasih ibu yang tiada sempadan. Pada mak saya, saya ceritakan kisah Jasmine dan Mak cik Milah....dan dia suka mendengarnya.Kalau kita tidak bercakap dengan ibu, dengan siapa lagi beliau bercakap? Terkadang cerita silamnya berulang-ulang diceritakan.Kita kenalah sabar kerana orang tua jiwanya sensitif. Saya pernah menulis cerpen 'Aku ,Ilusi dan Duniaku' tentang pengorbanan mak saya dan cerpen ini pernah disiarkan dalam majalah sekolah saya. Jika kita rasakan kita anak yang baik, kita hendaklah kenal ibu kita dengan sebaiknya. Contohnya makanan kegemarannya, apa kesukaannya dan apa yang dia tidak suka.Dan bagaimana dengan isteri-isteri yang menjadi ibu ? Alangkah bahagianya isteri-isteri yang menjadi ibu apabila suami kesayangan menghadiahkan sesuatu sebagai tanda penghargaan mereka. Si suami janganlah pula kedekut dalam menghargai isteri masing-masing.Anak-anak yang mengetahui pentingnya hari ibu akan berusaha menceriakan ibu masing-masing.

Saya tak mungkin menyambut hari ibu, namun saya akan menyambut hari guru tidak lama lagi.16 MEI adalah hari yang dinantikan.Tradisinya menyambut hari guru , ada perhimpunan, persembahan murid-murid, lagu hari guru, lagu wajib : Pendidik Bumi Kenyalang, program bertukar hadiah antara staf,hadiah murid-murid kepada guru-guru dan jamuan di kelas-kelas.Setiap tahun saya mendapat banyak hadiah hari guru sehingga penuh bonet dengan hadiah yang pelbagai.Terkadang kesian juga melihat murid-murid bersusah payah untuk gurunya.Apa yang lucunya apabila saya kembali ke rumah tengahari, ibu dan kawan-kawannya telah menunggu kedatangan saya. Begitu juga dengan anak-anak saudara saya. Tahu kenapa? Mereka suka melihat hadiah yang pelbagai,sehingga belum sempat saya membuka kasut, mereka telah mengadap hadiah saya .Macam budak-budak, mereka yang lebih 'excited' dari saya. Antara hadiah yang selalu saya terima ialah cenderahati, brooch, gelas, pinggan ,mug pelbagai bentuk, pen pelbagai warna dan sabun. Ada murid yang bagi gelas yang dia pakai di rumah, saya terima juga. Itu cara anak-anak menghargai gurunya.Saya masih simpan hadiah-hadiah mereka dengan baik.Sabun dan pen saya gunakan.Selamat hari guru untuk guru-guru saya, Cikgu Heng Joo Kim , Cikgu Camellia Pereira, Mr Joseph Pereira, Cikgu Bahluddin Salleh, Cikgu Jasmin Zailani, Cikgu Kamariah HJ Lett, Cikgu Maznah Kadri,Cikgu Mohd Yamin Mohd Yusoff, Cikgu Ayob Salleh, Cikgu Masduki Hj Komar, Cikgu Julaihi Udin , Cikgu Yusuf Hj Bolhassan, Ustaz Mohammed , Cikgu Johara Zen dan ramai lagi......segala jasamu tetap ku kenang. Terimakasih kerana mendidik saya sehingga saya berjaya menjadi cikgu.Apa yang pasti saya rindukan mereka terutama sekali cikgu Heng dan Cikgu Camellia. Mereka tetap ucapkan 'good morning' setiap pagi kepada saya.

Isnin Yang Sibuk

0

Posted by Leeza | Posted in


Zul merupakan anak saudaraku yang ke 25. Dia adalah anak ke 4 daripada abang aku yang no 4.Dia ni tak suka diambil gambar. kelmarin dia mengikut aku dan ayahnya pergi shopping laptop.Sepanjang perjalanan dia duduk di antara abangku dan aku...sehingga mengantuk. Biarpun begitu, Zul tetap tidak mahu tidur di kerusi belakang. Setiap petang dia selalu menjenguk nenek Amoinya. Jika dia bertemu dengan Putri cucuku yang ke 9, dia menjadi lebih nakal.


inilah gambaran wajah-wajah anak-anak muridku semasa perhimpunan


Setiap isnin menjanjikan kesibukan. Banyak tugasan menanti.Biarpun letih dan tidak sihat sepenuhnya, namun hari ini aku lalui dengan keceriaan. Penawar dukaku pastilah anak-anak itu. Petangnya ada aktiviti gotong royong keceriaan. Kali ini murid-murid tahun 4 menjadi tanggungjawabku. Sebaik aku sampai jam 230 petang mereka sudah menunggu aku di tempat letak kereta.Syukur alhamdulilah, mereka amat rajin sekali. Tugas akupun menjadi ringan. Kami sempat menanam pokok bunga allamanda di tapak bunga kami.Dan apa yang pasti tugas kami selesai sebelum hujan turun dengan lebatnya.





Cuti yang membosankan

0

Posted by Leeza | Posted in

Minggu lepas aku menantikan cuti ini kerana seluruh badan dan minda aku bekerja keras.Namun entah bagaimana aku boleh diserang demam panas.Kepalaku sakit sangat...dan aku fikir aku kena migrain....tapi bukan. Kalau migrain hanya sebelah je.Malam Jumaat abangku H call beritahu yang dia n family akan balik ke kampung.Dia nak aku ada di rumah.Setiap kali sesiapa saja saudara2 ku balik memang aku pastikan bekalan makanan sentiasa ada.Dipendekkan cerita, pagi sabtu ketika aku nak start laptop Dell ,ia tak berfungsi pula. Selalu jumpa masalah ini....nampaknya rekod sebagai laptop paling lama bertahan tidak dapat aku kekalkan.Demam macamanapun, aku tetap juga ke dapur memasak untuk abang D yang balik mengejut dengan isterinya.Hmm....dia macam biasa bawa stok makanan.Aku masaklah simple saja...kari ikan pari ( kak ipar aku yang masak), ikan goreng, n sayur tumis kering.Aku ni dah tuapun tetap anak bongsu yang manja....pada abang2 aku mengadu.So, lets them handle dengan cara lelaki.Hari ahad aku sebenarnya malas mahu berjalan2...tapi dah janji dengan abang yang seorang lagi, aku terpaksalah keluar juga. Kami pergi cari laptop dan broadband.Naik turun cari laptop, akhirnya aku beli je acer rm1899.Abang aku ikut je pilihan aku....dia beli jenis yang sama juga.Dan bila sampai rumah...aku teragak2 pasal acer yang aku beli.....entah betul ke tidak.Mana taknya kepala aku masih belum waras lagi....dan esok akan mula bertugas seperti biasa.