Belum penat shopping

Posted by Leeza | Posted in

Kelmarin saya sampai ke KL jam 10 pagi. Semasa menunggu KLExpress untuk ke KL Sentral saya terserempak dengan Anding Putera , artis dari Sarawak. Sempat juga berborak dengan Anding malahan saya memang kuat mengusiknya.

Jam 11 saya sampai ke Mines shopping complex. Kak Zara hendak menemui saya tetapi kami tersalah maklumat. Saya menunggu dan kak Zara pula berpusing jauh,kesian.

Di READ Malaysia saya membeli banyak novel dan buku2 rujukan untuk UPSR. Saya menemui geng kaki buku yang lain terutamanya Kak NOOR. Saya juga menemui novelis NOOR SURAYA. Best dan teruja sangat.

Petangnya saya ke rumah Kak NB....saat2 pertemuan itu akan saya ceritakan kemudian.Saat ini saya penat sangat. Sekarang ini saya berada di rumah kak NB menggunakan laptop dia. Saya perlukan masa yang tenang untuk menceritakan segala kenangan di sini.

Hari ini seharian kami shopping, saya dengan Kak NB, Kakak Mijah dan anak2nya OJAN dan AKIM. Teta tak dapat ikut sebab masih tidak sihat. Sempat juga menemui NIK FAUZIAH. Banyaklah barangan yang saya beli.....dan kakak2 NB n MIJAH pun sama juga. Itulah, perempuan dan shopping satu sinonim.

Teta dah mula sembuh dan memang ,mulutnya sentiasa ada saja celotehnya. Dia juga rapat dengan saya...mahu bermanja, bercerita dan bermain.....Cute sangat dia....dan memang dia boleh mencuri hati sesiapa sahaja yang melihat dan mengenalinya.

Saya rasa belum penat lagi untuk shopping........jumpa lagi bila saya balik ke Sarawak nanti bersama catatan perjalanan dan percutian saya.Anda akan kenal siapa kakak NB di mata saya.

Comments (1)

akak minat shopping ke? sy pun minat juga..tp kena selalu tgk bajet la he he..