Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah

0

Posted by Leeza | Posted in


Sepatutnya saya habiskan novel Selamat Pengantin Baru Isteriku terlebih dahulu, tetapi atas desakan hati saya yang ingin tahu sehebat manakah novel Andai Itu Takdirnya membuat saya menyingkirkan dulu novel Selamat pengantin Baru Isteriku. Sebelum saya ke KL pada 7 Jun yang lalu, saya sudah dikhabarkan oleh kawan saya Hajjah Aida tentang novel ini sehingga satu sekolahnya menangis. Kemudian semasa kami keluar berjalan2 , si Aida ini sanggup mencari novel ini namun tiada di pasaran....sehinggalah saya membelikannya novel ini di READ MALAYSIA. Selepas itu ramai yang mengkhabarkan tentang novel ini sehingga si Junes berkata dia tak berhenti menangis.

Seminggu saya membaca novel ini. Andai Itu Takdirnya telah dicetak sehingga 7 kali dan novel yang saya baca merupakan cetakan ke 7. Kalau sudah sampai 7 kali cetakan, tentulah ia hangat di pasaran dan tentu best ceritanya. Siapakah Siti Rosmizah? Ini pertama kali saya dengar dan di luar kulit novelnya, beliau memberitahu yang kerjayanya ialah seorang peguam dan novel ini lahir dari mimpinya selama tiga malam berturut-turut.

" Za, u nangis tak baca novel ini ?" Junes menyoal saya berulang kali. " Tak..." saya jawab dengan yakin. Hati batukah saya ini ?

"Za, awak dah baca setengah, macamana jalan ceritanya?" tanya pula seseorang.
" Hmmm...nampak ok tapi ada banyak tak logik dalam cerita ni.." Huh....memang batu betul hati saya.

Setelah habis baca novel ini, saya mengumumkan bahawa novel ini memang menarik, best, mampu membuat pembacanya banyak menangis dan menyedarkan kita tentang takdirNya.

Kisah diterajui oleh Nur Aleya Idris dan Syed Adam Aizril Tan Sri Syed Abbas. Pergolakan cerita keseluruhannya tentang pasangan ini yang terpaksa mengharungi banyak dugaan rumahtangga . Bukan hanya disebabkan oleh sepupu Aizril, Syarifah Emellin tetapi disebabkan oleh keegoan yang tinggi dalam hati Aleya dan Aizril. Kekejaman yang dilakukan oleh Aizril melampau-lampau ,semuanya hanya disebabkan ego seorang lelaki. Mulut kata benci tetapi hati membuak2 rasa sayang dan cinta. Namun ego mengatasi segalanya. Begitu juga dengan keegoan Aleya, ketika Aizril menagih kasihnya, dia pula yang jual mahal. Hubungan mereka ditautkan dengan kasih sayang anak. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula pasangan suami isteri. Begitulah jalan ceritanya. Bohonglah, jika saya katakan jika hati saya tak pernah tersentuh dengan novel ini atau tak pernah menitis airmata sekalipun. Saya hanya menangis apabila melibatkan watak kanak2....saat kelahiran Dania dan Danish, ketiadaan papa untuk mengiqamat dan mengazan ,sungguh menyentuh hati saya..... Alhamduliah, lembut juga hati batu saya ini.

Gaya penulisan sangat menarik, gaya bahasa pun cantik dan senang difahami. Penulis masih lagi lemah dalam menyusun ceritanya...terkadang ia macam tetiba je berlaku sehingga saya terpaksa mengulang seperenggan ayat untuk memahami di mana peristiwa ini berlaku. Ada beberapa perkara yang saya musykil dan rasa macam tak logik sahaja.
1. Malam pengantin , Aleya tidur di ruangan tepi bilik mandi yang tidak berpermaidani. Dia gunakan tuala sebagai alas bantal dan kain batik sebagai selimut. Aleya seorang gadis graduan cemerlang dari luar negeri, kenapa dia sanggup menyeksa dirinya tidur di sudut ruang seperti itu? Agaknya saya tak faham tugas isteri yang harus taat dengan suami ....jadi kena buat macamni kalau suami tak izinkan. Rumahkan besar ?
2. Usia kandungan Aleya sudah 8 bulan. Takkan sesarat ini masih muntah-muntah lagi, masih morning sickness lagi? ( ms124)
3. 8 bulan bilik kosong ditinggalkan dah ada sawang labah2 dan beg tangan penuh dengan habuk. Rumah orang kaya takkan semudah itu dipenuhi sawang dan habuk.
4. Aizril tarik tudung Aleya dan hentakkan kepalanya ke tiang seri rumah, darah membuak-buak keluar. Sepatutnya dia pengsan dan koma terus tetapi Aleya masih cergas lagi menjawab kata-kata Aizril. Dalam keadaan ini, saya pernah beberapa kali terhantuk dashboard kereta dengan kuatnya sehingga dahi saya terkesan cengkik dan ini si Aleya dengan darah membuak-buak memang tak mungkin mampu secergas itu.
5.Syed Aizril semasa sedar dari koma ,masih berselirat dengan wayar , terus cergas, menangis teresak-esak dan memohon maaf dari Aleya. Dalam kondisi pesakit yang sedar dari koma, tak mungkin sewaras itu terus.
6. Jam 2 pagi Ikram memberitahu keadaan Aizril nazak tetapi jam 3 pagi Aizril sedar dari koma dan sihat walafiat terus.
7. Aleya terus rebah selepas berkata-kata "begitu tinggi nilai panggilan seorang ayah..." Macam cerita Taiwan.....habiskan dialog dulu baru pengsan. Sama juga dengan masa Aizril mengazankan jenazah Danish, selepas selesai baru terus rebah dan pengsan.
8.Bilik Aizril di tingkat atas, dia masih berkerusi roda masa itu. Ketika Aleya duduk bersama dengan mertuanya dan Dania, tetiba Aizril muncul di belakangnya. Bagaimana Aizril boleh naik ke kerusi roda selepas mandi dan turun tangga ,kemudian mendapatkan Aleya di ruang tamu bawah? Aizril ada super power ke?
9. Aizril turun kerja bertongkat yang menopang ketiak, dengan pemandu, tetapi petangnya dalam beberapa jam , dia balik memandu sendiri kereta. Takkan keajaiban perubatan itu berlaku dalam beberapa jam sahaja? Namun Aizril bagi alasan bahawa kakinya dah baik semalam ,sengaja nak surprisekan Aleya.
10. Penulis suka menggunakan suasana hujan lebat untuk mewujudkan suasana yang pilu dan haru biru. Setiap adegan sedih mesti diikuti dengan hujan berdentum dentam. Saya menikmati cerita hindustan.....sedikit adegan ada selingan lagu hindi...dan cerita ini selingannya hujan yang turun. Aizril menyesal memeluk kaki papanya memohon ampun dan selesai ia berkata-kata hujanpun turun dengan lebatnya.

Bagaimanapun, keseluruhan cerita memang menarik....gaya tersendiri dalam penulisannya. Lain novelis lain cara penulisannya. Saya gembira membaca novel ini......hehehe memang hati ini batu sungguh. Tahniah dengan Siti Rosmizah.


My Lepak Place

0

Posted by Leeza | Posted in

Saya tak ada idea nak tulis , jadi saya masukkan tempat yang selalu saya pergi masa senggang saya. Setiap Sabtu memang saya akan berjalan sahaja.....

Ini merupakan kawasan perbankan Samarahan. Di sini ada Bank Rakyat dan Bank Islam. Kalau hujung bulan atau time cuti umum ,jangan berangan nak 'cucuk' duit kat sini memang takde duit punya. Sebelah bank2 ini, ada kedai ONE STOP yang menjual barangan yang sangat murah. Mak dan kakak saya suka pergi kedai ini beli barangan rumah seperti penyepit baju, baldi....dan berbagai lagi. Belakang bangunan ini ada UNACO, sebijik macam TESCO. Sayur2annya murah2...dan saya memang suka shopping barangan dapur dekat sini. Yang pastinya kedai dobi anak saudara saya ada dekat sini dan di situlah saya tinggalkan kereta sebelum ke Kuching menggunakan bas atau van sewa. Kenapa pulak ???? Sebabnya saya takut driving seorang diri di kawasan bandar ( saya kalau depan stering, jalanpun boleh blurrr ) dan kedua.... saya sentiasa mengantuk....baik saya guna kenderaan awam supaya senang saya menikmati panorama.

Ini pula bangunan baru bertentangan. Bahagian hujungnya akan dibuka banyak gerai makanan dan pelbagai lagi. Di sinilah KFC samarahan, tempat lepak student2 UNIMAS ,UITM dan IPGM. Di sini juga kedai jual kereta, GAMMA motors yang hqnya di jalan Sekama membuka cawangan.Keistimewaan di sini ialah tempat parking yang banyak dan dekat dengan kampung saya.... sejam driving.


Ini pula bazaar Kuching. Kami panggil 'pasar'. Kalau kat semenanjung tu pasar maksudnya pasar basah. Ini belakang Electra House. Saya jarang ke sini kecuali kalau waktu cuti atau hujung bulan time keluar bersama geng2 bujang saya.

Inilah India Street. Saya dan kawan2 suka mencari kain ela , buku, majalah dan baju tidur di sini. Semua ada kat sini....terpulang apa sahaja yang diingini. Jalan ini, semasa Ramadhan akan tertutup dan terbantutlah kelajuan perjalanan kita. Berbagai barangan raya dijual di sini terutamanya kek2 sarawak. Saya serik membeli kek2 di sini sebab apa sahaja namanya, semua kek sama rasa. Bila sebut hal kek ini.....saya teringat anak2 buah saya setiap tahun merenggek nakkan kek proton saga yang dah bertahun saya tak buat. Bukan main susah nak buat kek ini, at the end tak sampai dua hari dah licin. Bukannya tetamu yang makan tetapi anak2 itu yang asyik buka tutup bekas kek.

Tak Pernah Menyesal

1

Posted by Leeza | Posted in

Saya masih ingat suatu masa dulu, ketika seluruh rakan sekelas saya(tingkatan 6 atas) sibuk mengisi borang kemasukan ke maktab perguruan, saya satu2nya yang tidak beria-ia. Sehinggalah seorang rakan saya telah mengambil borang tersebut dan semua mereka sekelas memaksa saya melengkapkan borang dengan akwalan yang ketat. Kira macam tahananlah...hehehe. Hari ini saya bersyukur dan berhutang budi kepada mereka. Kenapa saya tidak berminat menjadi cikgu? Pertama kerana saya sudah mempunyai cita-cita, ia dah hampir tercapai apabila menerima tawaran ke ITM Shah Alam mengambil bidang yang saya minat itu selepas SPM tetapi kerana saya tak ada duit maka saya terpaksa melepaskan peluang itu.....sedihnya. Kedua, saya ini kasar dan tak pandai nak handle kanak2, jadi bagaimana nak jadi cikgu? huhuhuhu.

Namun siapalah kita yang mampu menolak takdirNya. Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan STPM hari Jumaat, saya terus disuruh oleh guru saya melapor diri ke Sekolah Menengah di kampung saya sebagai guru sandaran tidak terlatih. Sebenarnya saya sudah mengisi borang memohon kerja sambilan ini semasa saya ditugaskan oleh Pengetua saya menemuduga pegawai pendidikan tentang sejarah sekolah saya. Beliau sendiri yang offer saya mengisi borang kerja tersebut. Hmm....saya tak tahu bagaimana saya boleh mengajar Bahasa Inggeris tingkatan 1 dan 2, Sejarah Peralihan hingga tingkatan 2 dan Bahasa Malaysia peralihan. Rasanya masa tu semangat memang tinggi, darah muda tak takut pada cabaran. Lupa terus dengan minat dengan tak minat. Pengalaman yang saya tak lupakan ialah memasak untuk rombongan penceramah dari Semenanjung seramai 6 orang untuk program motivasi islamiah....bayangkanlah, saya tak pandai memasak....terpaksalah saya bawa balik daging dan ayam dan minta kak ngah saya masak. hehehe. Bila fikir balik...saya selalu tanya diri saya, bagaimana saya mampu lakukan kerja dan tugasan itu. Mana cikgu tetap yang lain???? Ntahlah......masa tu saya memang tak membantah arahan Boss.

Hari ini saya tak menyesal jadi cikgu. Semakin rasa bangga bila usaha membuahkan kejayaan. Strategi saya semakin menampakkan hasilnya. Hari ini rasanya saya nak kongsi perasaan bangga dan bahagia di hati ini bila murid-murid tahun 6 saya mencapai 100 peratus lulus....semuanya lulus. Awal2 saya sediakan rotan dan nak kenakan mereka yang tidak mencapai target yang ditetapkan....namun sehingga akhir, semuanya melonjak naik. Syukur alhamdulilah......bilang skor A pun bertambah. Hanya sebulan lagi nak UPSR....rasanya keputusan ini akan makin meningkat. Saya dah kenal apa masalah mereka dan sedikit demi sedikit saya akan membantu mereka mengatasinya. Bayangkanlah budak yang selalu blur ,lemah...hari ini dengan wajah gembira dan yakin menjawab soalan saya dengan lantang. Semua terkejut.....hehehe.Ertinya saya dah boleh simpan rotan saya untuk tahun depan pula.

Marilah kita layan lukisan2 anak2 murid saya yang di tahun 2. Kita pasti ceria melihat hasil lukisan mereka ini.


Pemenang lukisan minggu ini. Saya berikan rm1 sebagai galakan. Minggu ini rajin pula dia siapkan lukisannya.




So, bagaimanalah saya berubah secara totally mengendalikan anak2 yang memang kita tahu mempunyai sifat nakal dan karenah pelbagai ? Saya jatuh cinta dengan kerjaya ini bila berdepan dengan wajah anak2 yang begitu mengharap ilmu yang kita sampaikan. Mereka ini mengajar saya erti ketabahan dan keyakinan yang padu. Saya gembira mencelikkan sesuatu yang tertutup dan mengubah peribadi anak2 ini. Bakat mereka jika kita berjaya mencungkilnya dan bimbing dengan betul, kita sendiri akan takjub dengan hasilnya. Jangan pukul, jangan marah, jangan jentik namun bimbing mereka dengan bijaksana. Saya gunakan rotan bila anak2 itu tidak berubah namun selain rotan, satu asas yang saya tekankan ialah kesedaran mereka tentang keupayaan mereka.Rotan bukan satu penyelesaian yang bijak....hanya guna sebagai jalan terakhir. merotan kena tahu cara....jangan sakiti anak2 itu melampau. Inilah peranan kita sebagai guru dan ibu bapa untuk memastikan mereka mencapai tahap yang mereka boleh dapat.Jika anak2 kurang motivasi di rumah, maka di sekolah tempat mereka meluahkan segalanya dan saya tahu inilah peranan saya , bukan hanya sebagai guru tetapi juga sebagai ibu dan kawan mereka.

Catatan Biasa

3

Posted by Leeza | Posted in

Saya tak berani lagi cakap saya tensen sebab dah kena kritik hebat2. Kalau boleh saya tak nak jadikan perkataan itu satu muzik di mulut saya hingga boleh jadi satu tabiat yang buruk. Hari ini saya buat catatan pelbagai.....
1. Sabtu lepas saya order karipap segera daripada CT ,rm10. Malam tadi dia sms suruh hantar balik dua bekas plastiknya . Saya dah tahu awal2 daripada kawan saya Nor bahawa CT sayangkan bekasnya ini. Tapi sengaja saya usik dia : ala CT....bekas aiskrim yang kita beli kat kedai, cantik lagi...takdepun kedai suruh hantar balik...hehehe. Betulkan....mana ada kita beli aiskrim and then bekasnya kita hantar balik. Sebenarnya dia sayangkan label depan tudung bekas itu iaitu : Majlis pembukaan Majlis Islam Samarahan oleh YB . bekas PM kita , Tun Datuk Abdullah Badawi.

2. Minggu ini ,gerak gempur praupsr peringkat negeri diadakan. Tadi my paper, science dah siap dibuat oleh mereka dan siap disemak oleh saya. Bagaimana? Strategi saya membuahkan hasil sebab anak2 ini ramai yang lulus dengan baik. Hanya 7 sahaja yang gagal. Itupun gagal dengan markah yang hampir lulus. Kali ini saya dapat 3 orang dapat score A dan peratus lulusnya 77.8%.
Alhamdulilah......masih ada masa lagi untuk menambah peratusan lulus ini.

3. Awal pagi saya sudah dihubungi oleh seseorang bertanyakan sesuatu perkara sensitif yang boleh mencetuskan perang. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Saya sering berhati2 dengan kata2 saya. Apa lagi nak share something dengan seseorang yang lain. Terkadang kita tak tahu yang orang yang nampak baik, manis mulut, di belakang kita tengah mengasah pisaunya tajam2, tengah mengisi pelurunya dalam senapang maut.... Saya hairan sebab perkara kecil dan remeh boleh dijadikan modal untuk melagakan orang lain. Saya tak tahu apa tujuan orang itu berbuat demikian dan apa faedah yang dia dapat. Agaknya terlalu banyak masa free sehingga dia punya masa untuk atur plot2 jahatnya. Selepas baling batu dia akan sembunyi tangan. Tetiba saya rasa bosan.....tetiba saya rindukan sekolah lama saya. Tetiba saya rasa nak beredar dari tempat ini dan meneroka dunia baru, tempat baru......Dulu kami bertiga very closed..... seorang dari kami pindah, tinggal kami berdua bertahan. Don't care what people thinking, sebab tugas kami berdua dah sarat mengisi masa penuh kami.....Tak apalah.... biarlah orang tu sibuk dengan fitnahnya. Saya dah malas nak bercakap dengan orang2 tertentu, malas nak ambil peduli hal orang lain.

4. Bagaimanapun, hati saya terhibur juga sebab ada dia yang selalu di sisi saya. Kemudian dapat hadiah gambar ini dari adik saya HAIQAL ,orang Bintulu, Sarawak. Apa nama kereta ini ? VEILSLIDE MITSHUBISHI.



Dan di penghujung hari saya layan selera saya dengan :Roti aiskrim 3 perisa ( vanilla, coklat dan strawberry. I hope my doctor tak tengok saya makan ini.....mahu dia marah2 saya sebab tidak control pemakanan. DR. B...... hidup hanya sekali.....makan sahaja apa yang dimahukan.


My First Try- Roti Jala

2

Posted by Leeza | Posted in

Saya suka memasak tetapi tidak pandai memasak. Jika saya cuti atau masa free, saya memang suka mencuba sesuatu yang baru . Sejak minggu lepas saya berniat nak cuba buat roti jala tetapi saya tak yakin. Atas bimbingan seseorang, saya cuba juga membuatnya.
Mula sekali , saya buat kari ayam yang tidak terlalu pedas. Semua orang rumah saya terutama mak saya memang tidak suka makan pedas. Saya cuma letak ayam dan kentang yang dipotong dadu kecil2.Masak je kari ini, si Luqman dengan mak saya dah menceduk untuk makan dengan nasi.
Saya buat sedikit sahaja, bimbang tak jadi. Dengan melafazkan BISMILLAH, saya cuba mengirai adunan pertama. Hahaha, yang keluar ialah dot,dot,dot sahaja. Anak buah saya si Wan dan Luqman dah menenggek kiri kanan tengok macamana rupa roti jala.....keh keh keh, Luqman ketawa guling-guling bila tengok dot...dot...dot yang keluar.
Kali kedua mengirai lagi. Alamak terlebih pula....jadilah macam lempeng. Tebal....bising mulut budak2 itu. Saya suruh main jauh-jauh dan tengok TV.


Banyak kali mencuba , saya asyik tambah air....maka terhasillah 3 keping ini yang nampak macam rupa roti jala.

Semuanya menjadi bermacam rupa, namun namanya rezeki dan makanan saya tetap letak dalam pinggan. Saya ingatkan budak2 tu tak mahu makan, tetapi mereka berebut pula.....tanya sedap tak? Angguk-angguk sahaja kepala, siap pesan suruh buat lagi. Membuat sesuatu yang susah kena dilatihtubi maka kemahiran akan lebih efektif dan produktif. InsyaAllah, lain kali akan buat lagi. Tambahan pula Ramadhan semakin hampir......

Sebahagian dari Keluarga Saya

3

Posted by Leeza | Posted in

Semalam saya memang plan nak singgah sekejap ke rumah abang saya ,Saidi. Semasa saya sibuk shopping di Wisma Satok dengan kawan2 saya, abang Dee dah call tanya di mana saya berada. Bila diberitahu saya masaih di Wisma Satok, banyak pula soalannya ....macamlah saya ni baru berumur 14 tahun. Ketika saya sampai di rumahnya, saya dapati ada kereta abang saya Hamdan parking di situ,fahamlah saya yang abang no 1 ini ada di situ juga. So,sebaik beri salam dalam menyalami semua ,saya terus cakap kat abang no1 : oooo..kata sibuk, tak nak pulangkah jenguk mak? hehehe saya dengan abang2 saya bukannya nak berkias2 lagi. Baru je nak duduk, abang Dee dah kata....hah makan durian kat luar . Bila dengar durian je, saya rasa nak melompat tinggi2. Apa taknya sejak kak NB citer durian, si Junes citer durian, Lily Haslina Nasir juga citer durian, siap papar durian banyak dan besar dalam blog...saya asyik 'menyingo' (toleh) kiri kanan jalan, kalau2 ada orang jual durian. Biarpun kecik, namun cukup melepas rasa kempunan saya. Dah kenyang baru tanya abang Dee ,mana dia dapat durian tersebut. Rupa2nya dia baru travelling ,lawat ladang di Simunjan. Durian tu dari sana. Eh, kenapa makan sorang.....sebabnya si CT tak pandai makan, si Nor kekenyangan dan yang lain dah makan.

Rupa2nya kak ipar saya, Nurul Aqma Syaqilla Abdullah dah masak banyak untuk makan tengahari. Lauknya ialah ikan kari, udang masak merah, udang asam pedas, sambal terung manis, manok masak kicap...ntah apa lagi, sayapun lupa nak perhati . Kami bertiga tak makan sebab dah makan di Selera Asam Payak. Baju putih abang Dee, baju merah abang no1 Hamdan dan bininya kak Midah.
Ahmad Fahmi Hamdan,16 tahun saya paksa habiskan durian yang saya tak larat nak makan. Mana taknya ayahnya telah kopekkan saya tiga biji durian....Dia ni jenis ambil yang bagus2 sahaja.

Ini anak abang Hamdan, Nurfazyanni, 13 tahun. Saya panggil si Bibik....sebab kalau dia balik kampung, tugas cleaners bagi dia.

Ini anak bongsu abang Hamdan, Ahmad Fakhry. Umur 11 tahun. Nakal dan manja .Kuat makan juga. Saya suka main kejar2 dengannya...hehehe suka tengok perut boroinya bergoyang. Dia kata sayur terung goreng manis masakan 'iaknya' sedap...sedangkan kak Nurul belajar dari maknya. Saya pun hairan kenapa semua orang puji sayur terung kak Nurul sedap? Mak pun cakap macam tu sedangkan saya guna cara yang sama, tumis bahan2 , letak kicap manis, sos tiram dan gula sikit dan terung.

Inilah anak bujang abang Dee, Muhd Farid Ashraf ,15 tahun dan Muhd Faris Danial ,7 tahun. Si Danial ni nakal, semalam saya baru check giginya yang baru tumbuh semula. Masa umurnya 5 tahun parentnya hantar ke tadika inggeris.... so bila saya ajar tulis ABC , dia pula yang ajar saya balik.....:u are wrong Su, my teacher said like this; round, up and down. Bila umurnya 6 tahun ,kami hantar tadika melayu. Dan kali ini dia tegur saya pula : salah usu : camni baca, A kecil, A besar.......hehehe memacam sahaja dia.

Masa pulang abang Dee suruh bawa balik durian untuk mak saya, tetapi mengenangkan kami guna kereta CT maka saya menolak. Namun berjanji minggu depan saya datang lagi dan bawa mak sekali. Dan kak Nurul bekalkan semua lauk pauk untuk dibawa balik....ertinya petang ini saya tak payah masak untuk makan malam......part macam inilah best bila jadi adik yang bongsu.

Jom Heboh TV3 di Stadium Negeri Kuching

1

Posted by Leeza | Posted in



Hari ini sejak 2006, TV3 mengadakan jom heboh di Kuching. 2 tahun lepas berturut2 diadakan di Miri. Jadi, masyarakat Sarawak pun berduyun2 ke Stadium Negeri untuk turut serta JOM HEBOH. Keluarga saya awal pagi lagi sudah ke sana . Saya dan 2 rakan saya NOR dan CT hanya ke sana pada pukul 2 petang setelah kami singgah sebentar di rumah abang saya di Petrajaya.
Nor dan CT- banyak barang yang diborong.Cuaca sangat panas.




Sempat berjumpa dengan rakan2 satu profesyion, Cikgu Seria dan suaminya Cikgu Salim serta rakan saya Nor.Banyak mereka borong RIBENA.... 2 botol rm10. Murah..murah...murah.Saya baru nak borong YOGURT.Terjumpa dengan cousin saya, Kakak Saadiah,bekas jururawat. Beliaulah yang mengajar saya mendengar menggunakan kaedah 'lip reading' sebelum saya memasuki tahun 1. Jika tidak....saya tak dapat menjadi kanak-kanak yang normal.
Antara artis-artis yang dijumpai dan ditengok ialah :






Ini si Iqram..bolehlah tahan .



Keseluruhannya, Jom Heboh TV3 kehilangan auranya. Semakin hambar dan tawar....bukan kerana orang Sarawak tak datang tetapi pihak penganjur kekurangan penaja....kawasan yang besar seakan kosong dan tidak banyak gerai dibuka. Kami hanya meronda 30 minit sudah sampai ke hujung....sedikitnya kedai. Gerai yang ada ialah, Hotlink, Ribena, Nestle Yogurt, Mee O, maggi ( buah hati saya ), Munchys dan biotecnology. Sedih sebab tempat parking penuh, orang ramai sangat tetapi jom heboh menjadi jom blah. Tak tahulah mungkin esok banyak lagi booth dibuka. Artis2 pun kureng....tengoklah gaya Amy dan Amyza Adenan....tercuit2 saja. Si Ery Putera pula duduk menopang dagu tunjuk muka handsome dan sesiapa nak ambik gambar dengannya bayar rm3 dan masuk ke dalam tabung. Saya bagi je derma untuk Bersamamu TV3. Jika beginilah gaya artis2 ini promosi untuk dapatkan derma, mungkin sampai esok, tabung itu takkan penuhpun....Apa yang saya dapat lihat ialah, kanak2 kurang kelihatan kerana ibubapa takut anak2 terdedah dengan virus H1N1. Cuma saya tak dapat nak katakan betapa tercengangnya si Ery bila saya tanya rakannya, itu siapa ....dengan suara yang agak kuat. Hehehe..manalah saya kenal siapapun kat TV3.

Awards daripada Salbie S

4

Posted by Leeza | Posted in



Thank you Bie for this two awards. Sorry, i attached two awards together and answer the questions. Elehhh mesti Bie muntah dengar ayat-ayat manglish ni.

2. Nyatakan 6 fakta tentang pemberi award ini : SALBIE SALLEH

i. Dia cute.....kalau guna simbol wang USD , mesti dia cute tapi nakal.
ii. Suka merapu.....sebab dia suka makan ikan kerapu.
iii. Kena fikir seribu kali kalau dia dah merapu....dia murid yang lulus cemerlang ujian sukukata dan pembendaharaan kata.
iv. Penulis yang banyak idea bila chatting.
v. Suka menyakat sehingga kitapun mudah kecik hati.
vi. suka ketawa tetapi dia paling prihatin.

3. Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri dan hobi.

i. sensitif dan mudah sedih bila orang kata macam2.
ii. kasar ( itu orang kata.....)
iii. nakal ( suka buat citer kartun )
iv. suka shopping
v. garang
vi. suka berjalan
vii. suka membaca
viii. suka surfing dan chatting
ix. suka makan aiskrim, kek coklat, kek cheese, buah limau sunkist dan kuietiaw hailam.

3. Edarkan kepada 10 penerima awards seterusnya dan describe tentang mereka.

i. Kak NORHAYATI BERAHIM - Dia teristimewa, i love her, sifu, sahabat, kakak, saudara, my idola, my favourite novelist......semoga dia tetap ada di sisi sehingga ke akhir hayat, amiin.

ii. EIBUJUNES - my best friend,selalu ada di sisi dan selalu buat saya gembira sangat.

iii. INTAN ZURIYATI - my adik ,my cheeseky, mama pada my RUSHLY ( little tubbie)

iv. FARAH NADWA - my beloving niece....my secret whispers of joy.Dia boleh diharap untuk jaga saya masa tua.

v. MUHD FARID ASHRAF - My handsomest nephew, paling baik,paling disayang .... mak usu love u ED.

vi. IDASM - yang paling rajin tinggalkan komen....bila tengok masanya free , sebiji macam Bie...the owl. Ida , kesian awak selalu bz hingga tidurpun kurang.

vii. NIK FAUZIAH - My best friend, sepupu eibujunes , patutlah sama je perangai...hehehe. baik sangat2 , my loving councellor ( betul ke...kaunseling)

viii. KAK ZARA ALUWI - Dia orang pertama yang saya jumpa di Mines....kesian dia. Walau penat setia menemani saya shopping buku. Thanks kak Zara.

ix. ZULIANA ABUAS - Saya masih berhutang novel VIVA SAKURA dengannya...dah separuh baca, novel itu tertinggal pula di rumah Farah dan Farid, saya berikan ini untuk ganti rugi....hehehe insyaAllah akan ada akhir terindah untukmu.

x. TERISTIMEWA untuk sesiapa jua yang pernah katakan saya kasar atau bertanya : LB kasar ke? Inilah hadiah paling manis untukmu....tanda sayang dan tulus ikhlas, salam persahabatan dan semoga anda sihat walafiat, gembira dan ceria sentiasa. Maafkan saya kerana tanpa saya sedari saya menyakiti hati dan melukai hati anda......tegurlah saya kerana saya terlalu banyak kekurangan . InsyaAllah saya akan jadi lebih baik dan lembut...........without u my friends, my life seems lonely and empty. Stay with me and be my forever saudara .





Koleksi buku dan budaya membaca

1

Posted by Leeza | Posted in

Sebenarnya saya tak tahu apa entry yang hendak saya masukkan kali ini. Saya benar-benar sedih dengan sesuatu hal namun tak apalah. Yang pasti saya sedar diri dan berusaha untuk berubah jadi lebih baik.

Biarlah saya bincangkan tentang koleksi buku. Jika kita minat membaca mesti kita ingin memilikinya dan menjadikannya koleksi buku. Namun ada sesetengah rakan dan saudara kita yang minat membaca dan meminjam koleksi buku yang kita pasti sangat sayangi. Dibuang mati bapa diluah mati emak ( betul ke frasa ini....maafkan saya...)

Ada beberapa buah buku yang saya tengah cari dan jadikan koleksi tetapi buku-buku ini sudah tiada di pasaran . Ini disebabkan cetakannya dihentikan oleh penerbit. Apabila saya menjelajah blog-blog rakan-rakan , saya terjumpa beberapa rakan yang mencari beberapa buku lama milik seorang penulis. Bila mendapati bahawa buku-buku tersebut ada dalam koleksi saya, semakin saya bersyukur kerana memilikinya. Apatah lagi kedai buku di Sarawak sangat terhad. Jika ada buku yang saya jumpa tiada dalam koleksi biarpun mahal saya beli juga kerana saya serik dengan keterhadan stoknya.

Saya masih menyimpan koleksi buku lama saya biarpun mengikut sejarahnya buku-buku itu pernah dibawa seorang anak kampung yang meminjamnya lemas di lautan pesisiran kampung. Beberapa tahun yang lalu, kampung ini dihubungkan dengan jalan laut. Kerana amanah dia sanggup menjemur dan menyelamatkan kotak buku-buku saya yang dipinjamnya itu...dan saya sebenarnya tidak kisahpun jika buku-buku itu tidak dapat diselamatkan....takkanlah kita nak berkira dengan rakan yang ditimpa musibah.

Jika dibandingkan dengan orang lain, koleksi buku saya tidaklah banyak. Malahan keupayaan membaca saya agak lambat berbanding dengan orang lain. Saya pernah menyaksikan rak buku milik Ahliahnizam dalam blognya yang menang tempat ketiga perpustakaan rumah. Wow...mengkagumkan. Kemudian saya melihat rak milik Rose Harissa dalam blognya, pun banyak koleksi bacaannya.

Teringat pertemuan dengan kak Noor , geng ulat buku @kicap di Mines....saya terpaku dengan kearifannya dengan semua novel yang ada....bilalah saya boleh secepat itu menghabiskan sebuah novel? Hari ini saya membawa novel "Selamat pengantin baru isteriku" ,kononnya nak baca masa free..namun sampai balik novel itu tidak terusik. Majalah Muslimah yang saya langgani menjadi tatapan rakan-rakan sekerja sehingga kami ramai-ramai memerah otak mengisi silangkata dalam majalah tersebut. Bagus juga aktiviti ini sebab selain dari sibuk dengan kerja sekolah, kami semua dapat menjana minda bersama secara santai. Apa yang saya suka ialah apabila ada abang pekerja am yang duduk di bilik guru masa rehatnya dan saya memang akan suruh dia baca apa sahaja majalah yang ada di atas meja saya. Gembira saya melihat budaya membaca diamalkan oleh semua rakan sekerja saya. Paling seronok ialah bila ada rakan membaca kuat dan yang lain dengar....hehehe biasanya untuk surat pekeliling semasa dan suratkhabar.

Tetiba saya rasa saya nak habiskan novel-novel koleksi saya sendiri dan kemudian baru mencari stok baru hujung minggu ini.




Ulasan novel SECANTIK ANUGERAH : Sarnia Yahya

1

Posted by Leeza | Posted in


Alhamdulilah....setelah berusaha mencuri masa yang sibuk, saya berjaya menghabiskan novel ini semasa menunggu giliran kelas tambahan tahun 6. Novel ini adalah karya pertama Sarnia Yahya di bawah penerbitan NB Kara Sdn.Bhd.

Meskipun saya mengenali penulis ini sebelum karyanya saya baca, namun kali ini seperti novel-novel yang lain, saya tidak akan terpengaruh dengan hubungan ini. Apapun ini hak saya sebagai pembaca, terpulang apa tafsiran saya.....kerana kita berbeza pendapat. Biarpun mungkin ada yang tidak setuju namun terkadang kita perlu juga mendengar pandangan yang berbeza daripada orang lain.

Novel ini berkisahkan percintaan antara suami isteri ,Firdaus dan Aisya. Ia lebih mendorong kepada cinta tiga segi antara Firdaus Aisya dan Azri ,bekas suami Aisya. Empat tahun Aisya menjanda dengan satu kenyataan yang amat pahit bila Azri menceraikan atas alasan tidak sehaluan. Luka Aisya terobek dengan besarnya apabila perceraian ini terjadi setelah dua bulan dia keguguran kandungannya. Empat tahun menjadikan dunia sepi Aisya lebih kepada kerja dan keluarganya. Tanpa Aisya tahu, abang angkatnya Farid yang juga suami kepada sepupunya Jasmin membohongi Azri dengan mengatakan yang Aisya akan mengahwininya setelah empat bulan perceraian mereka. Azri yang sedar tentang keadaan dirinya dan menghormati persahabatan dengan Farid membuat keputusan untuk menjauhi diri dan sekadar merindui Aisya di kejauhan. Inilah jodoh namanya, sekuat manapun talain kasih itu, jika tiada jodoh takkan mampu bertaut kembali. Konflik terjadi apabila Aisya membuka ruang hati menerima cinta dan lamaran ekspress dari Firdaus dan ketika keduanya di ambang perkahwinan tersingkap segala persoalan yang lama tertunggak. Namun saya suka dengan Aisya sebab yang lalu biarlah berlalu kerana jika Aisya mengambil keputusan drastik untuk kembali pada Azri, novel Secantik Anugerah akan terhenti di situ sahaja. Semakin saya membaca novel ini jalan ceritanya semakin hangat dan penuh dengan konflik. Barulah tersingkap kisah di sebalik perceraian Azri dan siapa Natasha dalam hidupnya. Watak Azri menjadi satu watak yang dikasihani , berkorban demi budi dan demi keselamatan Aisya. Di sini masyarakat kaya digambarkan sanggup buat apa sahaja agar maruah dan prestij nama dijaga rapi biarpun menghancurkan hati dan kehidupan manusia lain. Ada duit semua boleh jadi....namun cinta dan kasih sayang yang tulus takkan mampu disogokkan dengan wang ringgit. Memang cerita dalam novel ini best.....tiada menjemukan.

Sekarang saya sentuh beberapa perkara yang saya rasa perlu disuarakan. Memang cinta itu romantis. Namun saya tidak setuju penulis menggambarkan romantime itu keterlaluan terutama saat Firdaus dan Aisya diamuk gelora cinta yang maksimum. Siapalah yang tidak mengerti jika dalam beberapa hari sahaja mereka berdua seperti belangkas....namun bataskanlah sentuhan sebelum diakad nikahkan. Romantisme selepas kahwin...memang semua boleh faham baru kahwin setahun dua ,masih di alam berbulan madu, hubungan suami isteri memang romantis gila. Namun saya gelak guling-guling sebab tanpa Sarnia sedari dia banyak mengulang ayat ini : ....angkat dan bawa ke bilik. Memang romanstis suami isteri ini .

Keseluruhan , novel ini memang best dibaca dan teruskan dengan penulisan anda Sarnia. Untuk semua rakan saya yang belum membaca novel ini, cepatlah dapatkannya dalam Pesta Buku Selangor di PKNS Shah Alam 24Julai hingga 3 Ogos ini. Atau layari laman web : http:/www. nbkara.com dapatkan segera.....harganya pun murah.

Bernard , HINI dan kuih

3

Posted by Leeza | Posted in


Sudah 2 minggu saya seperti orang tak betul kerana urusan PEKA amali Sains Tahun 6. Akhirnya semalam saya sudah siapkan ke semuanya dengan kemas dan detail. Ini meja kerja saya.....hehehe nampak berselerakkan. Kotak atas meja itu penuh dengan data dan fail2 PEKA yang saya siapkan...berat . Nasib baik bekas anak murid saya yang lalu tolong saya bawa kotak ini dari kereta ke meja saya. Temujanji saya dengan BERNARD ialah esok tetapi dia asyik call sejak pagi tanya tentang PEKA. So, saya suruh dia datang hari ini.....sementara tunggu dia datang, saya sibuk nak sediakan air minuman dan kuih muih...nasib bini Boss sporting, pinjamkan saya peralatan seperti jag,cawan ,pinggan dan sanggup pula gorengkan mi untuk tetamu saya ini. Sekolah memang tak ada peruntukan ini....peralatan cawan yang ada pula digunakan oleh kumpulan trainee untuk pensyarah mereka. Apa citernya???? Yessssss and yahooo sebab BERNARD puas hati sangat dengan semua yang lengkap....termasuk evidence hasil kerja amali murid2.Cuma coordination score dia tambah beberapa markah sebab saya letak markah rendah sangat...hehehe nampak saya ni memang kejam dan kedekut dengan anak2 murid saya. Saya malahan siap tanya dia : saya rasa markah yang saya bagi tinggi sangat, awak tak boleh kurang ke?hahahahha..kalaulah ibubapa tahu, mahu nangis guling2 sebab cikgu anaknya ini memang kejam sungguh. Apa yang lucu ialah si Bernard ni tak tahu pula yang markah highest ialah 46 bukannya 50....nasib dia check sekolah saya dulu.

Apa pulak ni? Begini rupanya acuan kuih jala . Sejak kak NB cerita tentang kuih jala, saya teringat keenakan kuih ini semasa lawatan saya ke Melaka 2 tahun lepas ketika bersama rombongan pensyarah dan guru besar. Saya mewakili GB yang tak dapat pergi ke sana pada masa itu.... rugi kalau menolak. Itupun saya suruh dia offer pada staf2 senior...dan bila mereka tak nak ,jadi saya pun pergilah dengan tambang belon free. Acuan ini dibelikan oleh ustazah Hayati dengan harga rm1.20. Saya bayar dia tak nak, katanya dia bagi je....thanks .Sapa menyibuk nak acuan yang sama??? Tuuuuu si Madam T. Ada masa ke dia nak buat....heheh tapi dia memang masak sendiri di rumah, takde pembantu rumah. Rasanya bila saya nak buat.....petang ni kot?

Eh....camner acuan kuih jala boleh jadi kuih begini pulak? Haaahahaha...dunia Asajaya sudah gempar dengan H1N1. Aiiiiyaaaa....memula student Sekolah menengah berhampiran kena sebab abangnya balik dari HONG KONG. Kemudian hari ni dapat tahu yang dua cikgu kami kena quarantin sebab anak2 mereka yang sekolah SMS kena penyakit ini. Student SMS ramai yang kena sebab jangkitan dari cikgu english import yang asal swinburne. Rupa2nya sekolah cemerlang sudah ada cikgu import untuk martabatkan bahasa inggeris. Jadi kerana seorang cikgu yang memesan pisang dari seorang staf tak ada, maka saya belilah....rugi tak beli.Only rm2.00. Pisang 2 kali ( pisang-pisang). Sampai kat rumah, mak saya dah cakap....bagus2, dia nak buat kuih lepat pisang.

Lenyekkan pisang sampai hancur.Gaul dengan tepung, santan dan letak garam, gula dan perisa pandan. Kena letak banyak santan dan buat cair supaya rasanya sedap dan berlemak. kemudian bungkus dalam daun pisang, lipat dan kukus. Tugas mengambil daun pisang siapa???? Itulah si Luqman, cepat dia bantu saya menyiat daun pisang tersebut.
Salam jauh.......