Cuti Dah Habis

Posted by Leeza | Posted in


Sebelum cuti habis, saya sempat membawa cucu saya Dyg Putri Erwin bt Awg Ridzuan yang berumur 2 tahun bersiar-siar. Dia memakai baju yang saya belikan di KL.

Orang yang paling seronok apabila pergi ke kolam renang ialah Muhd Luqman yang berumur 12 tahun. Kalau satu hari dalam kolam renang berendam airpun dia memang tahan. Teringat dulu semasa kampung saya dilanda banjir 2 kali pada awal tahun ini....dia jugalah yang tidak lekat di rumah. Macam ikan. Kalau hari panas dia akan memancing ikan puyu sampai mak saya boring nak jaga berpuluh-puluh ekor ikannya.

Bila cuti dah habis, maka saya harus melakukan banyak perkara. Antaranya membersihkan kereta saya. Ada satu persamaan kereta saya dengan kereta Suraya Yacob ialah patung teddy bear putih kecil yang kami gantung di depan .....hahahhaha umur dah banyak masih main teddy bear lagi? Itu adalah hadiah daripada anak buah saya, Farah Nadwa.Banyak jugalah cebisan kertas dalam kereta yang saya buang termasuk juga jambangan bunga ros sebab Putri dah rosakkan. Kalau ada anak kecil sedialah dengan cebisan makanannya pula....saya tak ada anak tapi kaya dengan anak buah dan cucu. Mak saya ialah sweetheart baby saya.

Inilah kamera digital yang saya baru beli. Olympus fe 45 dengan harga rm 480 menggunakan bateri biasa. Biarlah dulu, jangan tegur....saya memang tak pandai beli kamera. Sekarang masih baca manualnya....namun dalam kepala otak ini, mesti ada yang menyatakan saya dah mereng jika ambil gambar pelik-pelik. Sebabnya sekitar saya adalah rural dengan masyarakat yang masih tipikal.

Apa pulak ni? Inilah jawapan tag kak Zara Aluwi. Khazanah dalam handbag saya. Sebenarnya saya mempunyai banyak beg yang asyik ditukar ganti dan isi kandungannya pun berbeza. Khazanah ini adalah isi beg yang saya baru pakai dari KL...ada saputangan untuk lap muka. gula2 woods untuk batuk saya, purse beethoven dark purple,bekas kad2 ,kad titan ,booknote kecil, pen dan kunci kereta serta yang wajip ialah handfon. Esok dah nak kerja, saya akan menggunakan handbag , beg dokumen dan beg laptop. Bila cuti sudah habis, persediaan memang amat perlu untuk esok dan esok. Mengajar adalah amanah....dan saya akan jalankan tugas ini dengan baik sebab satu yang membantu saya di akhirat nanti ialah ilmu yang diperturunkan dengan penuh dedikasi dan tulus ikhlas. Semoga anak-anak didik saya menjadi insan2 yang berguna kepada ibubapa,masyarakat dan agama.....juga negara.

Comments (2)

Assalamualaikum Za,
Wah dah beli kamera baru, lepas ni tentu banyak gambar-gambar menarik dalam post.

Terima kasih kerana menyahut tag dari akak. Melampau akak ya, menyuruh kamu keluarkan isi perut beg.

Selamat memulakan tugas Isnin ni.

salam Za....
Selamat memulakan tugas...
Jangan tenson2....ibujunes hari nie pun memulakan tugas baru jugak menjaga twin.....dua2 ada hari nieeee.....
doakan semoga semuanya berjalan lancar......