Tak sihat.....

Posted by Leeza | Posted in


Saya tak berapa sihat hari ini sebab gastrik saya menyerang lagi. Nak kata tension dan tak makan tak jugalah....tetapi mungkin kerana makan sesuatu yang pedas. Sepanjang pagi saya menghabiskan masa di sekolah. Alhamdulilah tahun 6 ramai yang hadir untuk kelas tambahan. 9 murid yang tak hadir ialah kumpulan yang lemah dan selalu gagal. Jadi, salah siapa kalau mereka gagal jika masa kelas tambahan mereka tidak hadir. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menukar aktiviti yang dirancang sebab ia memerlukan kehadiran semua. Jadi saya memberikan latih tubi menjawab soalan2 sains UPSR sahaja. Lantaran itu saya melayan si kecil inilah. Hobinya suka berjalan. Di belakang rumah warna pink itu rumah saya......kalau kaler pink memanglah penghuninya feminin. Tahun ini nak cat hitam, boleh ke.....hahaha mahu orang tak nampak rumah saya waktu malam.

Si kecil ini setiap pagi memang akan menjenguk rumah saya. Saya sentiasa berpesan dengan kakak saya untuk sentiasa berhati-hati , bimbang dia berlari meluru ke jalan raya sebab budak2 kampung suka merempit. Saya sendiripun masa bertolak atau balik ke rumah mesti sentiasa awas sebab dia suka melompat-lompat jika nampak kereta saya. Mungkin 2 tahun lagi, dia boleh saya bawa ke sekolah pada waktu petang.

Saya patutnya nak masukkan 'sesuatu' di sini namun saya belum sedia berkongsi dengan semua tentang hal ini. Lagipun kakak saya dah komen awal.....jadi tak payahlah saya siarkan.

Comments (2)

salam
simpanlah rahsia itu

Biarlah rahsia Za...
Nanti bongkarkan rahsia itu bila kita bersua di Mines... he3x gurau aja...

Semoga perjalanan Za naik belon selamat dilindungi Allah SAW.