Jangan sebut namaku.

Posted by Leeza | Posted in

Wahhhh.... sapa punya entry yang sombong banget nih?( tiru bahasa kak NB).hehehe...Jangan menyampah dulu, baca sampai habis.....let me tell you the truth.

Sejak minggu lepas, saya selalu tersedak semasa makan dan minum. Sakitnya bila nasi atau air masuk melalui saluran hidung. Sehinggalah pagi tadi, kawan baik saya ,Madam T yang sibuk mengisi borang kena sembur dengan air teh.....alamak???? Malunya saya....kesian dia. Nasib saya cepat swing ke arah lain dan dia cuma kena tempias. Nasib baik juga borang yang dia isi boleh diprint semula. Dalam sejarah hidup saya, tak pernah saya berperangai macam ini. Saya cukup kuat menjaga tatatertib di hadapan rakan dan orang ramai. Ia dikaitkan dengan orang yang menyebut2 nama kita. Siapa agaknya ye.....

Dan selepas saya membawa mak saya ke Klinik, saya terus pergi ke Kuching. Semasa makan tengahari ( sejak kena gastrik ,saya mesti pastikan saya makan) saya tersedak lagi. Kemudian saya menerima sms dari kawan baik saya sejak kecil ,ARIZA. Dia bising2 sebab saya belum muncul2 lagi ke rumah maknya dan dia sekeluarga pula bercuti di Kuching. Sabtu ini mereka balik Bintulu. Ahakzzz....takde orang lainlah yang sebut2 nama saya ni...mestilah si Riza dengan makcik. Bila saya call dia.....tahu apa katanya???? Saya diwajibkan ke rumahnya sebelum dia balik Bintulu dan sekarang dia berada di Putrajaya. Katanya bz memanjang.....saya kenalah buat appoinment dulu. huhuhuhu, apa kejenya sayapun tak ingat, tapi kira senior jugalah jawatannya dalam SESCO. Suaminya pula , manager kat SHELL. Saya selamba je jawab, takpelah tak tengok muka awak, asal saya tengok muka makcik cukup. Dan kesian juga saya bila dengan nada rendah dia tanya : Kau tak nak jumpa aku ke???? Hehehehe....ye lah, Jumaat ini saya akan ke rumahnya. Sempat juga dia pesan nak paper upsr....huhuhu.

Hari ini saya ke sekolah sebab dah janji dengan murid2 tahun 5 kelas tambahan sains. Tapi sayangnya ,budak2 tu mungkir janji... seorangpun tak nampak muka. Bercuti sakanlah tu. Cikgu nampak terlebih rajin. Kalau tak buat, mak bapa n orang2 kampung akan mengata cikgu malas.
Esok satu kelas lagi untuk tahun 6.....kelas 3 jam. Siap saya pesan dengan pak guard, suruh mereka berkumpul dan tunggu saya. Kalau mereka tak datang juga esok....ha....buka sekolah nanti saya akan marah n berleter.....dan cuti akan datang saya takkan buat kelas lagi.....baik saya nikmati cuti nanti.

Saya akan bercuti ke Kl 7 Jun hingga 10 Jun. Tiket dah beli. Sandal dah sedia. Baju2 dah sedia....beg????? hahaha...tengah fikir ,beg mana nak pakai. Nak guna beg beroda ke? Ada beberapa misi saya di Kl nanti.
1. Pergi READ MALAYSIA. Saya nak cari buku2 yang best....bukan novel saja.Berapa budget???Adalah dalam RM200.Dulu saya pernah beli buku2 PTK sampai rm200 lebih dan sempat sambar 3 novel NB. Satu kotak saya bawa buku balik sampai overweight.
2. Saya nak jumpa kak NB n geng. Ada ilmu saya nak tuntut darinya. Bukan ilmu hitam tau....tapi ilmu yang membantu pengembangan idea dan kemahiran. Saya dah senaraikan soalan dan apa yang saya nak belajar nanti.
3. Shopping : kain, beg dokumen saiz A4 , dan pelbagai barangan yang tak ada di Sarawak. Saya kan kaki jalan.....
4. Nak makan sate kajang.....ini kak Zara lah yang buat saya teringin . Berapa bulan Za???? ohhh 12 bulan dah .....hehehe.

Pstt, Jangan bising. Ramai yang kenal saya tak tahu rancangan saya ni. Sebab, mereka bukannya ada masa nak layari internet. Dan untuk semua rakan bloggers yang pergi READ MALAYSIA pada 7 jun, jumpa anda di sana. Saya akan ada di sana sekitar jam 12 tengahari, itupun jika saya tidak sesat.

Comments (2)

Insya-Allah Za, kalau tak ada aral melintang, akak akan jumpa Za di read malaysia.

Novel 'Andai itu takdirnya' memang best... boleh leleh air mata dibuatnya. Novel tu akak pinjam dari adik ipar akak. Dia pulak pinjam dari kawan. Pinjam atas pinjam. Jangan hilangkan buku orang sudahlah... ha3x

sorilah kak, ida baru je berpeluang bc entri akak ni. wah, akak memang seorang pendidik yg dedikasi dan rajin. sayang anak murid pulak yg mungkir janji yea.
mcmn perjalanan ke KL tempohari. seronok tak. misi menimba ilmu terlaksana tak..
bila akak nak update blog ni pasal cuti2 di KL.. hehe...