Hampir sahaja saya terlupa update blog hari ini. Apa khabar kalian semua? Harap kesihatan anda semua baik-baik sahaja semasa menjalani ibadah puasa ini. Tiap hari Isnin, saya cuma ada satu kelas sahaja jam 9 sehingga 10 pagi. Kesempatan ini saya ambil untuk minta izin keluar ke klinik bagi mendapatkan ubat-ubatan emak saya yang sudah habis . Jarak klinik kampung saya dengan sekolah hanyalah 3 kilometer sahaja. Saya menunggu giliran jam 1015 pagi. Hanya ada kami berempat sahaja termasuk bayi kecil sedang menunggu giliran. Saya membawa bersama buku TRAVELOG RAMADHAN untuk saya baca. Jam 11.15 barulah pegawai bertugas memanggil kami seorang demi seorang. Entah apa yang dilakukannya dalam bilik masa bulan puasa ini. Nasib baik saya sabar hari ini walaupun kepala sudah berpinar dan bengang kerana memikirkan kerja saya pun banyak hendak disiapkan di sekolah. Walaupun tak ada kelas tetapi kerja lain yang berkaitan sangat banyak. Saya berjumpa pegawai kesihatan itu hanya untuk memberitahunya jenis ubat yang mak saya perlukan. Selalu berlaku begini, servisnya minima terpantas ialah sejam setengah. Bilakah mereka ini hendak berubah ?
Sebaik tiba di sekolah, saya dapati guru setiausaha peperiksaan belum memasukkan markah PEKA (amali Sains ) kerana ada sebab teknikal. Maka setelah Ustaz memasukkan markah PAFA nya, saya terus memasukkan markah PEKA Sains UPSR. Hari ini pula tarikh akhir menghantar semua bahan dan dokumen hardcopy dan softcopy ke Pejabat Pelajaran Samarahan. Itu sahaja kerja yang dapat saya siapkan gara-gara menunggu dengan penuh sabar di klinik. Kalau ada kotak komplen, agaknya sekejap sahaja kotak itu sudah penuh. Sebab itu kalau ada emergency , saya sekeluarga lebih suka terus ke unit emergency Hospital Umum Sarawak.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment