Salam semua...salam Jumaat yang mulia, semoga anda semua berada dalam peliharaan Allah hendaknya.
Ada beberapa perkara yang berlaku hari ini.
1. Kembara Ukhwah Ke Utara bermula hari ini. Walau saya tidak dapat bersama mereka mengembara untuk anak-anak yatim namun debaran di hati saya amat terasa. Saya sangat teruja kerana 12 Ramadhan sudah tiba untuk rakan-rakan saya menjalankan misi Ukhwah ini. Semoga rakan-rakan saya Kak Norhayati Berahim, Zul dan isterinya Kusyi Hirdan, Khamisah Mohd Nazri dan Arelyn Yusof dan beberapa rakan lain yang turut serta selamat pergi dan kembali. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Dapat saya gambarkan gembiranya wajah anak-anak di Rumah Ummu Sofia menunggu kedatangan mereka ini.
2. Hari ini hari terakhir dua guru pelatih berkhidmat di sekolah ini. Yushry dan Fadillah , keduanya cepat mesra dan menghormati orang lain. Saya akan rasa kehilangan mereka kerana mereka selalu jadi mangsa usikan saya. Usikan saya selalu membuat orang naik angin dan tensen dengan saya. Juga boleh buat orang lain menangis. Semoga mereka mendapat tempat yang bagus untuk berkhidmat pada masa akan datang. Pesanan terakhir saya sebelum berpisah, jika kahwin jangan lupa jemput akak....:) Cuma sedikit terkilan sebab tidak berkesempatan masakkan mereka mi bandung...hahahaha. One fine day , akak belanja kau orang makan di luar ya.
3. Saya akhirnya ke Asajaya membeli makanan basah seperti sayur dan ayam Saya singgah di Sampun untuk membeli beras hitam untuk mak dan berkesempatan membeli mangga dan buah ciku. Buah mangga 3 biji rm3...dan bila ditanya , wai itu menyatakan nadai buruk. Bila saya makan masa berbuka, ternyata benarlah kata wai itu bahawa buah mangga nadai buruk. Ciku pula rm4 sekilo dan sudah masak. Bahagia rasa jiwa dengan buah-buahan ini. Syukur alhamdulilah atas kurniaan rezeki ini .
4. Cuaca panas membuatkan saya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Penghujungnya, saya bentangkan tilam depan TV dan apasang 2 kipas dua penjuru, kemudian terus lena. Hahahaha....saya terkenangkan susu HIGOAT yang kak NB kirimkan...saya nak bagi mak saya minum malam ini dan begitu juga dengan diri saya...(berlebihanlah tidur saya nanti....:) )
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment