Sepatutnya hari ini saya ke Kuching bersama kawan saya, Noria untuk shopping raya, tetapi memandangkan kakak saya terpaksa ke hospital kerana anaknya hendak bersalin maka saya batalkan rancangan saya. Biarpun ada penjaga mak tetapi tak mahulah biarkan dia seorang jaga mak. Lagipun dia jenis cepat kalut . Mak saya bukannya sihat sepanjang masa, kalau sakitnya datang tetiba ,susah kalau tak ada anak di sisinya. Bukankah saya yang lebih memahami mak saya ?
Bila berada di rumah saya tak sia-siakan masa yang ada. Oleh kerana mak saya tidak tidur malam, maka siangnya dia sangat mengantuk. Saya biarkannya tidur selepas dia sarapan pagi dan makan ubatnya. Saya terus mengasah parang dan kemudian terus menebas halaman rumah saya. Bukannya saya tidka pernah meracun ,malahan selalu tetapi rumput jenis love grass (kelulut) ini susah hendak mati. jadi saya tebas sehinggalah saya kena sengat tebuan . Petangnya saya sambung semula dengan membawa spray aerosol bagi menghalau tebuan. Alhamdulilah biarpun sengal-sengal sebab lama sudah tidak buat aktiviti sebegini , segalanya selesai dilakukan. Tingkap juga sudah dibersihkan dan langsir baru digantung.
Hari ini keluarga saya menerima orang baru , iaitu cucu saya yang ke 17. Namanya Dayang Aisha Alifa Awang Ridzuan, 3kg. Alhamdulilah, thanks Allah atas anugerah ini. Saya tidak mengecat rumah tahun ini, malas sungguh dan tidak larat sebenarnya. Alasan sahaja sebab kalau nak mengecat rumah tidak payah menunggu hendak raya. Tiap kali hendak raya mesti sibuk cari resipi tetapi buatnya tidak....hahaha.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment