Sudah 2 minggu saya tidak ke Asajaya untuk membeli barang-barang terutamanya makanan. Setiap kali balik dari sekolah saya akan memasang tali pinggang keselamatan dengan azam hendak ke Asajaya. Bila sampai di simpang keluar Kampung Jemukan, saya terus menanggalkan tali pinggang tersebut pertanda rancangan ini saya batalkan. Saya masak apa sahaja yang ada dalam peti ais. Keledek boleh jadi makanan direbus, dimasak sayur atau digoreng menjadi cucur. Bila sudah tidak ke Asajaya , seminggu ikan puyu saya beri makan roti sahaja kerana makanannya sudah habis. Emak pula hari-hari bersungut kerana syampu dan talkum Baby Johnsonnya sudah kehabisan. Entah kenapa saya berasa sangat malas.
Cucu-cucu lelaki saya sudah beberapa kali menghantar mesej suruh bersungkai di rumah mereka. Sahabat lama saya juga mengajak berbuka puasa di Kuching bersamanya sekeluarga. Saya sendiri tidak tahu bila dapat menunaikan semua permintaan ini. Kesihatan mak saya tidak menentu. Hari ini dia demam. Seawal pagi cuaca amat sejuk memandangkan hujan turun sepanjang malam. Cucu saya si Buntit awal-awal pagi sudah memanggil meminta dihantar ke sekolah kerana hujan. Saya juga berasa tidak sihat sehingga terpaksa memakai jaket ke sekolah.
11 tahun saya mengajar Sains di SK Jemukan. Buat pertama kalinya saya hilang sabar ketika mengajar kelas Tahun 3 ketika membimbing mereka membuat eksperimen menguji kepantasan pengaliran air melalui beberapa jenis tanah. Apa yang saya angin ialah bila mereka ini terlebih rajin, dan asyik bergaduh bila menguji pasir. Syukurlah kerana biarpun saya hilang sabar, eksperimen berjaya dilaksanakan. Bila disuruh membawa tanah liat, ada yang membawa plastisin. Geram saya dibuatnya. Sementara kelas Tahun 5 pula, mereka berjaya melaksanakan pengujian sifat kimia bahan secara berkumpulan tanpa perlu saya membantu. Senang hati saya melihat mereka berdikari.
SAPs (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ) telah dapat saya akses setelah memasuki beberapa akaun menggunakan password yang diberikan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah. Cikgu itu sendiri tengah sibuk mentelaah pelajarannya kerana minggu ini dia menghadapi peperiksaan program ijazah OUM nya. Syukurlah walaupun saya dapati amat penat memasukkan markah di dalam SAPs ini. Banyak alasan yang saya dengar tentang SAPs ini. Saya memula memikirkan saya tidak perlu mengisinya..hahaha. Bila tahu, padan muka saya. Sekarang baru saya sibuk dan PK1 pun tensen bila saya minta data markah yang pernah saya berikannya. Itulah kesibukan saya sekarang. Ternyata saya mempunyai 9 kelas untuk diisikan markahnya. Apa lagi tarikh akhir ialah 2 September. Tak mahu saya membuat kerja ini pada saat-saat akhir.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment