Salam Jumaat untuk semua pembaca....
meskipun semasa menulis entry hari ini Jumaat hanya beberapa jam lagi akan berakhir, saya tetap menulis untuk anda. Cuma saya tak pasti apakah perlu saya ceritakan secara terperinci apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan harian saya sebagai manusia biasa. Inikan diari seorang blogger dan saya adalah blogger yang biasa-biasa sahaja. Dalam menulis setiap kata , kadangkala ia disalahertikan . Begitu kuatnya pengaruh kata-kata dalam penulisan. Hari hari yang amat meletihkan saya .Entah mengapa saya terasa amat lapar sekali biarpun masa berbuka masih jauh lagi. Mungkin kerana saya sudah muntah-muntah sebelum subuh dan kemudian batuk tanpa henti membuatkan saya terasa lemah.
Apa yang ingin saya kongsikan rasanya kena menunggu selepas raya aidil fitri barulah tersiar di sini. Ini kerana saya mahu menghormati bulan ramadhan yang mulia ini. Keduanya saya perlukan masa membuat beberapa penyelidikan tentang perkara ini. Saya sesungguhnya tertarik dengan beberapa perkara yang dijumpai oleh saya dalam apa yang saya tonton baru-baru ini. Jangan berprasangka atau paranoid dengan teka-teki ini. Mungkin orang lain melihat dan menonton teledrama ini tidak memikirkan seperti apa yang saya fikirkan. Saya janji akan kongsi apa yang menarik minat saya ini dengan anda semua. Itupun jika saya tidak lupa...hahaha. Saya kan manusia biasa yang serba kekurangan ,lebih-lebih lagi dalam saat saya menjadi pelupa seperti sekarang.
Saya sekarang sangat sibuk....tetapi sibuk saya adalah menghabiskan stok bacaan saya. Saya sedang menghabiskan bahan bacaan agama dan motivasi. Dan banyak juga masa saya luangkan dengan menonton TV dan DVD. Saya perlu penuhkan masa dengan banyak aktiviti sehingga sekarang saya terasa masa itu tidak cukup sama sekali.
Oh raya hanya 25 hari lagi...isu mentega yang haram menyebabkan saya rasa cuak. Ini bermakna adalah lebih selamat jika membuat kek sendiri untuk hari raya nanti. Bererti saya akan makin sibuk. Saya sudah ada 2 jenis kek dalam perancangan untuk dibuat sendiri..insyaAllah.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment