Saya berusaha hendak mengemaskini blog saya setiap hari sekarang, insyaAllah. Mood menulis membara bagai angin puting beliung..hahahha. Hari ini saya takkan cerita tentang apa yang saya lakukan hari ini atau apa menu yang saya masak . Juga tidak memasukkan gambar-gambar makanan sebab saya tak mahu ramadhan disinonimkan dengan menu pelbagai. Lagipun saya awal-awal dah bagitahu, mahu menjaga pemakanan saya.
Hari ini ketika saya mengajar sains sebuah kelas dan meminta mereka melukis gambarajah kitaran air semulajadi, ramai yang mengeluh susah melukis gambarajah tersebut dalam buku teks. Lantas saya berikan cadangan bagaimana mahu melukisnya dengan mudah. Berpuluh tahun yang silam ( 33 tahun yang lampau) saya menggunakan minyak kerosene a.k.a minyak gas untuk melukis dengan cara melekap gambar dari buku teks. Pada masa itu kerosene merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah . Ia merupakan bahan api yang paling mudah dan murah. Baunya tolak tepi...hahahaha. Ia digunakan bukan sahaja untuk menyalakan pelita minyak tanah ,digunakan sebagai ubat sapu sakit perut tetapi juga digunakan dalam kerja-kerja rumah saya. Cara penggunaannya ialah, ambil sehelai kertas dan sapukan minyak kerosene itu di atasnya. Kertas itu akan kelihatan lutsinar dna boleh nampak apa sahaja gambarajah yang hendak dilukis. Untuk mengelakkan ia terlalu basah, gunakan sehelai kain untuk menyapu minyak tersebut. Selepas melukis dengan cara lekap, gunting dan lekat ke dalam buku latihan. Pada masa itu sukar mendapatkan kertas minyak dan inilah cara murah untuk anak kampung yang miskin seperti saya belajar. Tetapi ...seperti biasa kena tahan dengan bau minyak kerosene yang kuat tersebut. Penuh sebeg dengan aroma kerosene. Gam pula bagaimana ? hehehehe ...kita gunakan gam yang dibuat dari nasi yang dilecek sampai lembik untuk melekatkan kertas tersebut. Sebab itu kerja yang selekeh akan dapat dikesan dengan gambar yang berbonjol dengan nasi melekat di belakangnya. Selalunya kalau banyak yang hendak dilekat, arwah datuk dan arwah bapa saya akan membantu masakkan gam daripada tepung kanji untuk saya. Namun setakat ini saya lihat anak-anak didik saya tidak mengamalkannya . Ini adalah kerana kerosene bukan lagi keperluan bagi setiap rumah sekarang. Kalau dulu kerosene digunakan sebagai bahan api untuk menyalakan lampu pam yang terang benderang seperti lampu kalimantang sekarang. Kaum perempuan pula akan masakkan kerosene dengan beberapa batang lilin untuk menggosok lantai rumah selepas ia dicuci terlebih dahulu. Tugas ini selalu saya lakukan sampai licinnya lantai boleh buat kita main luncur dengan stokin. Inilah nostalgia persekolahan , menggunakan bahan termurah dan kreativiti sendiri.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment