Salam ramadhan untuk semua rakan pembaca...
Emak saya tidak sihat sejak kelmarin. Malam tadi saya menjaganya dengan teliti. Seawal pagi kakak saya ke rumah memberitahu bahawa mereka sekeluarga hendak ke Kuching. Tambahan pula Putri demam dan suami kakak sakit . Mereka dibawa ke klinik swasta untuk mendapat rawatan. Jadi hasrat hendak ke Asajaya terbantut. Saya cuma sempat menyapu sawang dan membersihkan tingkap hari ini. Selebihnya berada di sisi mak saya. Sekali sekala saya menjenguk facebook untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti kawan-kawan saya. Banyaknya ialah menonton beberapa siri kegemaran saya di TV. Saya berbuka ala kadar sahaja sebab lebih suka menikmati buah-buahan .
Apa yang saya tengok hari ini ialah ;
1. NCIS Los Angeles
2. CSI Miami season 9
3. Nora Robert's The Northern Light.
Marathon ? oh tidaklah..sebab saya sekali sekala kena ke dapur menyiapkan makanan mak saya...mengelap badannya dan melayan dia berbual. Jadi semua siri dalam TV ini tidak dihayati sepenuhnya sebab selalu kena tinggalkan.
Hari ini berakhir dengan seribu syukur alhamdulilah. Ada sesorang mengamanahkan sesuatu untuk saya tunaikan hajatnya. Saya bercadang memilih hari Jumaat sebagai hari untuk melaksanakan hajat beliau itu. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan , kemurahan rezeki dan kesihatan kepada beliau suami isteri. amin...
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment