Asalamualaikum....
Tibalah seperti yang saya janjikan dengan Luqman, hari ini adalah hari untuk keluar bershopping dengannya. Luqman ini pelik sedikit dari orang lain. Kalau dia kata tak mahu, maka jangan buang masa untuk memaksanya. Awal pagi saya sudah naik angin dengannya sebab sejam untuk saya memanggilnya bangun dari rumah dia. Dan adalah keluarbiasaannya untuk mandi awal pagi dan saya paksa ke Kuching. Jam 9 pagi baru kami bertolak. Dia juga tidak suka aircond sebab mabuk kereta. Mana tak mabuknya , dia tak suka mengikut saya berjalan bila saya mengajaknya.
Destinasi kami yang pertama ialah The Spring. Puas saya bawa dia meronda Parkson bahagian lelaki tetapi tak jumpa saiz untuknya. Kami pergilah ke bahagian kanak-kanak. Dua kali kami tawaf dan membelek baju-baju tetapi dia menggeleng kepala. Akhirnya saya bawa ke Padini...pun serupa juga. Akhirnya kami masuk ke kedai BATA kerana saya mencari sandal. Dia akhirnya berkenan dengan sepasang sandal jenama Bubble Gummers..hahahaha. Kalaulah dia tahu itu adalah jenama budak-budak. Kami balik dari The Spring dengan 4 kotak sandal dan kasut. Sandal Luqman dapat diskaun 50% RM12.50 sahaja.
Tepat seperti jangkaan saya, Luqman gembira bila dibawa ke Kawasan Shopping Stutong. Kami menapak di Kedai Dragon City ,yang bertingkat 3. Hebat sekali dan barangannya berpatutan ,jauh lebih selesa daripada shopping di Pusat Bandar Kuching (pasar).Luqman akhirnya memilih 3 helai tshirt, sehelai seluar ,sehelai jaket berhud (untuknya pergi sekolah awal pagi) dan sepasang baju melayu warna unggu. Selepas itu , kami pergi pula ke kedai yang besar juga iaitu Jun Rong. Di situ barulah Luqman membeli sehelai seluar panjang dan seluar bermuda bergaris. Ia di bahagian kanak-kanak. saiz pinggangnya 25-26. Dia kena mencuba dulu semua pakaian ini sebab susah hendak menentukan saiznya. Alhamdulilah, tugas membeli pakaian rayanya akhirnya selesai sudah.
Oleh kerana cuaca sangat panas dan saya madang pula mengantuk, maka saya membeli nasi beriyani dan ikan pari bakar sahaja untuk berbuka . Itu sebabnya saya tak suka membeli makanan di Bazaar Ramadhan, rasanya tidak sesedap mana. Kuih muih tidak saya beli. Begitu juga Luqman, dia lebih suka beli nasi dan air sahaja.
Balik ke rumah saya dapati mak saya sangat uzur. penjaga mak mengadu bahawa mak sakit pinggang. Sakit lamanya kembali menyerang dia....Moga saya dikurniakan ketabahan dalam menjaga mak....
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment