GIANT KUCHING |
Oleh kerana GIANT baru dibuka 25 Ogos lalu, maka kami sempat singgah sebab lokasinya berada dalam perjalanan balik ke Samarahan. Bangunan setingkat dan besar. Banyak jugalah barang-barang yang saya beli terutama untuk emak saya. Untuk diri sendiri saya beli parfum kerana parfum saya sudah habis. Syukur alhamdulilah kerana tuan punya kedai parfum berikan saya kad keahlian percuma untuk mendapat diskaun 10%. Saya menawar harga parfum VERSACE terbaru yang saya beli...hahaha. Semua barang hendak ditawar harga.Barang RM1060 , saya tawar dan dapat RM960 sahaja. Untuk parfum saya dapat harga tolak diskaun 10%. Jika hendak ke Giant , pergilah pada hari-hari yang tidak sibuk supaya mudah mendapat tempat parkir. Saya jumpa kawan sama belajar USM dulu dan kami berbual fasal kerjaya kami. Saya bangga dapat kawan sepertinya sebab dia jenis protektif kepada kawan-kawannya. Lama juga tidak berjumpa dengannya ..hahaha.
Kalau raya mestilah ada duit raya untuk dibudget. Tahun ini susah sangat saya mendapat sampul duit raya sehingga saya terpaksa membelinya di kedai dengan harga rm1.20 untuk 10 keping. Itupun masih tidak mencukupi. Tahun ini saya peruntukkan rm100 untuk anak-anak. Untuk cucu dan anak saudara duit raya mereka istimewa sedikit. Tahun ini saya ada 17 orang cucu dan 10 orang anak saudara yang harus diberi duit raya. Hahaha....syukurlah sebab tahun ini rezeki saya bertambah baik.
Ternyata , hari ini sangat sibuk bagi saya. Abang saya datang menghantar beberapa makanan. Terimakasih kepada dia suami isteri. Namun saya perlu beli juga makanan sebab tidka mencukupi menampung makanan beberapa hari. Saya tahu saya tidak mungkin ada masa untuk keluar membeli makanan basah nanti.
Comments (0)
Post a Comment