Tugas saya sibuk seperti biasa. Dalam soal kerja mana ada istilah kerja yang dah habis....sehingga 2025 ,tugas ini akan berlanjutan. Berdepan dengan anak-anak, jiwa saya sentiasa riang dan ceria kerana karenah yang bervariasi sering membuat kita tak habis fikir menangganinya. Saya mempunyai murid-murid yang petah bercakap dan sering menceritakan kisah lucu kepada saya. Walau nakal bagaimanapun, kalau bijak menanggani mereka , insyaAllah mereka tidak mengecewakan.
Hari ini saya menerima keputusan hasil pemeriksaan kesihatan yang saya lakukan dua minggu yang lepas. kebimbangan saya terjawab apabila saya masih disahkan mengidap Iron Defiency Annamea. Dalam masa yang sama saya juga mengalami tahap kolestrol tinggi dan hipentensi tahap 1. Syukur sebab paras gula saya normal. Keputusan ini menyedarkan saya tentang perlunya saya kawal pemakanan saya. Seseorang yang saya sayang mencadangkan agar saya mengamalkan memakan epal hijau dan batang calery untuk mengurangkan paras kolestrol yang tinggi. Untuk zat besi pula saya rasa perlu makan pil zat besi. patutlah kepala saya selalu sakit dan demam terutama sebelum dan selepas menstruasi. Ya..saya sudah semakin tua, sistem antibodi pun semakin lemah. Saya sudah membeli basikal senaman untuk mengatasi kelemahan kaki saya. Namun bila puasa, mengayuhnya pun sudah malas. Ada kawan mencadangkan beli 'stepper' ,lebih berfungsi dan efisien daripada basikal tersebut. Namun , saya terasa sayang nak buang duit ke arah itu..baik saya simpan duit itu untuk menunaikan impian saya menjejaki destinasi impian saya. Jika hendak lebih efisien ,baik saya jogging dari rumah saya ke jalan besar dan lari balik menggunakan jalan yang sama. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment