VIVA SAKURA oleh Zuliana Abuas

Posted by Leeza | Posted in


Antara banyak-banyak novel ,inilah novel yang selalu saya kepit ke mana-mana. Novel ini saya order secara online dari NB KARA awal Jun lepas...ertinya ia dah terbang secara pos ke tangan saya di Asajaya. Kemudian saya bawa bersama semasa percutian di Kuala Lumpur lepas....naik belon lagi ulang alik Kuching-KL-Kuching. Masih juga saya belum habiskan sehinggalah ia tertinggal di rumah abang Dee saya di Petrajaya. Minggu lepas baru saya dapatkannya semula dan cuti hujung minggu ini saya pulun habis-habis novel ini.

Novel VIVA SAKURA merupakan karya sulung Zuliana Abuas di bawah penerbitan NB KARA sdn Bhd. VIVA dalam bahasa france ini bermaksud LIVE ( ini menurut terjemahan kak Charmaine Augustin ). Viva Sakura maksudnya Live Sakura. Inilah cerita Korea yang paling best kerana ia mengumpulkan semua elemen romantisme, infomartic, konflik dan catatan perjalanan yang indah. Jika anda peminat Winter Sonata, Beautiful Days, All In One, Auntumn in My Heart dan telenovela Korea yang best-best, inilah kompilasinya. Semua padat dalam sebuah novel yang superb.

Kisah diterajui oleh Sakura Alia yang mengambil keputusan menetap di Korea selepas graduasinya untuk misi mencari ibunya yang telah lama ditinggalkan. Semasa dia bekerja di kedai kasut, dia dipertemukan dengan Ryan Lee anak jutawan yang terkenal dengan handsome, kaya dan playboy. Itupun semasa Ryan mengepit girlfriendnya si Jessy , model kasut yang sombong. Berlaku salah faham atas kesengajaan si Jessy yang gila cemburu buta dan panas baran sehingga hubungan Sakura dan Ryan sentiasa dibungai dengan api kemarahan dan pergaduhan. Tiada yang indah pada permulaan hubungan mereka sehingga sentiasa mencetuskan dendam di hati Ryan dan Sakura. Ryan menuduh Sakura yang mengaibkannya dengan gambar homoseksual kononya dia gay di internet sedangkan ini adalah dalang mama Ryan ,Puan Alice yang geram dengan perangai Ryan yang kaki perempuan. Banyak kejadian yang melucukan dan di sebalik itu semua tanpa disedari cinta berputik dan menanti kembangnya ibarat bunga sakura dalam hati kedua-duanya.

Cinta ini tergugat dengan kehadiran Joo Shin anak Encik Takai, pemilik kedai bunga tempat Sakura menyewa dan bekerja. Joo Shin jatuh hati dengan Sakura. Kehadiran bunga dan surat 20 reasons why i love sakura menyebabkan Sakura mula menerima Joo Shin dalam hatinya. Namun cinta ini sekelip mata musnah pada saat ulang tahun syarikat Ryan, Sakura melihat dengan mata kepalanya sendiri Joo Shin memeluk Eu Yong bekas teman wanitanya yang kebetulan turut bekerja di syarikat Ryan. Keesokan harinya , Sakura meneruskan misi mencari ibunya di Pulau Jeju. Pada saat itu sejak menghantar Sakura pulang, si Ryan yang menunggu di luar rumah Sakura terus mengekori Sakura ke Pulau Jeju. Maka bermulalah cinta bertaburan di langit Jeju, indah dan mengasyikkan bagi kita yang pernah merasakan saat bercinta. Cinta Sakura menjadi kian kukuh apabila kenyataan diketahui bahawa penulis surat cinta 20 reasons why i love Sakura adalah Ryan Lee dan bukannya Joo Shin.Namun pencarian Sakura berakhir apabila ibunya meninggal dunia setelah menyesal meninggalkan Sakura dan ayahnya di Malaysia.

Biasalah seumpama cerita Korea, pasti ada konfliknya yang akan menitiskan airmata pasangan ini. Si jahat yang berperanan memisahkan mereka ialah mama Ryan Lee , Puan Alice. Pelbagai cara mama Ryan memutuskan hubungan termasuk menghantar wang yang banyak supaya Sakura meninggalkan Ryan. Sehingga saat mama Ryan menghina keluarga Sakura yang tak dapat diterima dek akalnya , maka cek kosong mama Ryan diambil Sakura. Inilah yang mencetuskan kemarahan Ryan terhadap Sakura sedangkan sebelum ini dia yang meminta Sakura bertahan dan berjuang demi cinta mereka. Dalam kemelut ini terungkai rahsia silam kehidupan Puan Alice dan siapakah Sakura itu dalam hidupnya. Dia sebenarnya menyayangi Sakura kerana ia adalah anak kakaknya . Namun dendamnya membara sebab Jamil ayah Sakura mengkhianati cinta mereka ...seperti kisah silam mama Jun Sang dan Ayah Eu Jin. Memang kita membaca 'winter sonata' versi Melayu.Saat paling sedih ialah ketika hari terakhir Sakura pulang ke Malaysia dia dihadiahkan dengan pengumuman pertunangan Ryan dengan Marlisa Yong. Sehinggalah kenyataan akhbar tentang sejumlah wang yang didermakan atas nama Puan Alice menyedarkannya betapa luhurnya hati Sakura Alia. Pengakhiran , selepas setahun barulah Puan Alice dan Ryan ke Malaysia mencari Sakura Alia .Itupun setelah Ryan memeluk agama Islam. Malangnya Joo Shin terlebih dahulu melamar Sakura Alia . Adakah hubungan ini berakhir dengan kekecewaan? Cerita ditamatkan dengan peristiwa 5 tahun kemudian , kelihatan kemesraan 3 kanak-kanak, Aaron Daniel, Lisa dan Maya dengan Joo Shin dan keadaan Sakura Alia yang sarat mengandung. Kemudian kemunculan Ryan dan Chee Mei rakan Sakura di Jeju membuat kita tertanya-tanya tentang akhirnya...sehinggalah ia terlalu manis untuk ditutup sebab Sakura dan Ryan rupa-rupanya kahwin serentak dengan Jamil dan Puan Alice.

Jalinan cerita dan percintaan begitu kemas disusun dan gaya bahasa juga indah. Ada puisi dan catatan cinta.Diselitkan juga dengan keindahan tempat-tempat di Korea. Jika telenovela,kita disajikan dengan gambar permandangan indah namun novel ini berjaya menghuraikan keindahan ini menggunakan struktur ayat. Saya bukan hanya tertarik dan terbuai dengan kisah cinta Korea ini tetapi juga informatik tentang beberapa perkara terutamanya Mysterious Road di Pulau Jeju. Saya mencari info tentang tempat ini di dalam Google dan membincangkannya serta teori fizik magnetic dengan kakak NB , menarik sekali. Kak NB seterusnya memberikan saya pepatah : Orang tidak membaca samalah dengan orang yang tidak mengembara dan orang yang tidak mengembara samalah membaca hanya satu mukasurat sahaja.

Tahniah Zuliana atas kejayaan novel ini. Kawan-kawan dan saudara saya yang terlebih dahulu membaca novel ini semua memberikan thump up dengan novel ini. Dan saya begitu puas dan teruja selepas membaca novel ini. Teruskan Zuliana dan saya menunggu novel anda seterusnya. Selamat majujaya, all the best wishes from me.

Comments (2)

mcm best je kak. semlm gi cari gak buku ni. x de pulak. tp dpt gak rembat Aku Bukan Billy Milligan.

K.Liza!!!...sob..sob..(Tgh selsema + terharu...hehe)terima kasih...huhu...speachless..bila tgk pesanan akak kat chat box..jue dah gabra...huhu..terima kasih. Review akak sgt bermakna(mengembalikan semangat yg hampir hilang)..wlp jue tahu buku tu masih ada kurangnya...Jue cuba buat yang terbaik untuk next...Inshaallah.Chaiyok!..hehehe..