Raon di Kuceng

Posted by Leeza | Posted in

Cuti seminggu rasanya tak sah kalau sik raon di Kuceng. Benda wajib yang tak boleh dilupakan. Raon maksudnya bersiar-siar. Kuceng adalah sebutan kami untuk Kuching. Saya bawa kawan saya si Hajjah Aida ke Kuching....alahai bulan puasa takpelah kalau tak makan. Hari-hari biasa kalau tak makan mahunya sakit kepala dan gastrik melonjak-lonjak.

Biasanya sebelum pergi saya akan siapkan senarai barang yang hendak dibeli dan bil-bil yang hendak dibayar. Tapi kali ini saya cuma bawa ukuran badan luqman sebab dia tak nak ikut, sayangkan puasanya. Dia ni jenis cepat mabuk kalau dibawa berjalan.

Di India Street, kedai-kedai sudah penuh dengan baju-baju melayu dan baju-baju raya. Saya belikan baju melayu Luqman. Sedang saya asyik membelek baju warna purple, 2 kakak sepupu saya mencuit. Rupa-rupanya mereka belikan cucu baju melayu warna purple juga. So, saya tak jadi ambil warna purple, saya teringat Luqman sukakan warna biru. Apa lagi saya gunakan tali nylon yang saya guna mengukur badannya. Barang-barang yang saya shopping tak banyak rupanya :

1. baju melayu luqman
2. sandal bata ( sale )
3. ubat-ubat mak dan kakak
4. tuala 2 anak buah yang bujang ( pilih warna coklat dan purple )
5. seluar dalam lelaki ( hehehe.....tak dapat saya bayangkan muka merah padam lelaki-lelaki bila saya menyibuk tengok seluar kecil itu bersama mereka ) Saya kenalah tengok saiz besar ke kecil. Anak-anak buah saya yang bujang-bujang kat rumah tu , memang tak tahu beli barang begini.
6. makanan berbuka - ayam panggang, ayam percik, air soya luqman, air laicikang dan roti john
7. Buku-buku Danielle steel 2 buah - rm 15.80 ( second hand )

Itu sahaja barang yang saya beli. Saya terjumpa sebuah kedai buku secondhand di Tabuan Jaya, Kedai SHALOM bersebelahan dengan RHB Bank. Banyaknya buku-buku western kat sana , best-best je bukunya. Pelbagai dan satu rak penuh buku-buku Danielle Steel. Saya beli dua buah : The Rings dan Mirror Image. Rm7.90 sebuah. Kawan saya yang intro kedai ini sebab hari itu saya lihat buku 3D story books anaknya. Dalam saya membelek buku itu ,terkadang saya terpikir juga adakah pemilik asal buku ini dah mati ? Takde keje lain, ingat hantu je. Saya sempat pesan dengan tauke kedai, cubalah cari malay books second hand.

Bila balik memang sesak jalan. Bazar Ramadhan Samarahan tahun ini banyak menu dan lebih banyak kedai. Masa tengah menjengah-jengah makanan inilah saya terjumpa dengan ibubapa anak murid saya. Kata mereka, terimakasih cikgu sebab berkat usaha cikgu anak saya dah dapat kerja bagus. Saat itu terasa sangat puas sebab nampaknya usaha kita membuahkan hasil.Alhamdulilah.

Ayam percik mengingatkan kenangan saya bersama keluarga angkat abang D dari Terengganu. Kak Long pernah ajar saya buat ayam percik dan saya selalu membuatnya sendiri. Hari ini bila saya merasa ayam percik di Bazar Ramadhan, saya tetiba merasakan, ayam percik kak Long memang the best in the world. Saya juga membeli puding caramel yang pahit rasanya. Entahlah saya pun tak tahu puding caramel atau kuih sekaya yang saya beli tadi. Lupa tanya.....Kak Long pernah ajar saya buat kuih sekaya, nasi dagang dan banyak jugalah. Masakan kak Long memang superb. Saya pernah bawa balik ke Sarawak , ayam percik dan nasi dagang masakan kak Long.
Saya takkan lupakan kenangan itu walau beribu tahun lamanya dan saya tetap sayangkan mereka biarpun sekadar merisik khabar sahaja kini.

Comments (0)