Tulis Nama Atas Batu

Posted by Leeza | Posted in

Guru yang bertugas genap sepuluh tahun atau lebih di sesebuah sekolah akan dipindahkan atas keperluan perkhidmatan.

Itulah yang my boss nyatakan sebaik menghadiri mesyuaratnya. Isu ini menjadi bualan kami setiap hari dan mencongaklah kami semua tentang tempoh perkhidmatan kami di sekolah sekarang. Tahun ini bermakna sudah 9 tahun saya berkhidmat di SKJ. Ertinya setahun sahaja lagi saya berada di SKJ, selepas itu akan ke manakah hala tujuan saya?

Petang tadi saya, Madam dan Cikgu A membincangkan isu ini dan golongan pelapis kami sebab kami setakat ini merupakan kumpulan penggempur hadapan untuk UPSR. 9 tahun saya di SKJ ,selama itu jugalah saya mengajar kelas UPSR. Memang tanggungjawabnya lebih besar dari guru-guru lain sebab di bahu kamilah terletak prestasi sekolah. Jika keputusan peratus keseluruhan di bawah 30% maka SPR lah status sekolah tersebut. SPR maksudnya Sekolah Prestasi Rendah. Jika SPR, 5 Boss besar akan datang melawat dengan strategi dan program khas .Melawat ertinya memantau segala-galanya.Maunya cikgu2 tak boleh tidur lena,mandi tak basah dan tensen tahap gaban.

Cikgu A sudah menggambarkan siapa pelapisnya tahun depan. Cikgu baru dengan semangat baru. Kami berdua Madam setuju. Itu untuk Maths. Madam pula sudah ada calon pelapisnya sebab opsyen Bahasa Inggeris ramai. Dan saya ??? Huhuhuhu.....siapakah pelapis saya? Lantas kedua-duanya mencadangkan tulis wasiat jika tetiba dipindahkan. Atau tulis nama atas batu.....hehehehe. Apapun saya harus melatih seseorang untuk mengajar tahun 6. Tak kiralah berapa dia akan dapat peratusan ,janji dia boleh mengajar tahun 6. Puas saya melobi namun tiada yang mahu. Teringat saya 9 tahun yang lalu sewaktu mula-mula melapor diri di SKJ. Kekosongan jawatan guru Sains Tahun 6 dan ketika PK bertanyakan kesanggupan saya, saya terus menerima tanpa alasan apa-apa. Berbekalkan pengalaman mengajar kelas UPSR BM dan Maths , saya berusaha sedaya upaya belajar tentang Sains. Banyak cabarannya, banyak spekulasi yang saya terima. Namun setelah saya banyak buat kajian ,saya dapati SKJ belum pernah melahirkan 5A dan ia disebabkan oleh Sains. Berdasarkan fakta inilah, saya berusaha dan alhamdulilah tahun itu bukan sahaja mencipta sejarah SKJ mendapat 5A tetapi juga meningkat peratus kelulusan terutamanya Sains. Saya hanya percaya pada satu kenyataan sentuhan baru boleh mengubah sesuatu tradisi dan begitulah harapan saya untuk Sains. Sesungguhnya mengajar tahun 6 setiap tahun memang amat memenatkan dan kami yang veteran perlukan golongan muda yang menjadi pelapis dan bersemangat lebih tinggi. Dalam sejarah kami ,guru-guru tahun 6, tahun 2004 adalah kemuncak kejayaan kami sebab pada tahun itulah bilangan murid cemerlang 5A ramai dan bilangan gagal hanya seorang dua sahaja. Apa kata cikgu A, patut diabadikan atas batu nama kami dan prestasi tahun itu. huhuhu.

Comments (1)

beratnya tugas guru sekrg kan kak. saya yg jd guru tak bertauliah kat umah ni pun selalunya tensen tahap gaban gak. tu baru sorang je anak murid. semoga akak akakn terus jd guru yg cemerlang dan berwawasan!!!