BELAHAN JIWA oleh Zara Aluwi

Posted by Leeza | Posted in


Novel ini saya tamatkan pembacaannya tepat jam 8:50 malam. Saya tamatkan dengan hati gembira sebab pengakhirannya kegembiraan. Pada mulanya saya merasakan saya sedang membaca buku sejarah,penuh dengan tarikh. Kita dibawa ke zaman silam untuk mengenali latarbelakang watak utama dan rentetan dari latar belakang dan salasilah ini kita melihat perkembangan watak dengan watak-watak sampingannya. Plot dikembangkan dengan perjalanan hidup watak utama dan pertautan berdasarkan hubungan saudara dan sahabat. Belahan Jiwa lebih merupakan kisah dalam satu keluarga besar ANNE. Anne menjadi pusat pertemuan antara keluarga ini. Jika membaca novel ini , saya harus membuat peta minda dulu barulah saya dapat membuat pertautan antara watak. Kemudian saya gunakan formula Matematik untuk menyelesaikan masalah bagi memahami novel ini. Saya tak dapat gunakan formula Sains sebab penulis dah tulis dengan jelas sebab dan akibat. Senang nak faham novel ini sebab saya gunakan kaedah penyingkiran watak-watak sampingan yang terlalu banyak.

Novel mengisahkan Anne yang kehilangan ibubapa dalam letupan bom , kemudian abang dan kakak iparnya mati dalam kapalterbang terhempas. Dia dijaga oleh pengasuhnya merangkap ibu angkatnya. Dia menjaga Amri anak saudaranya. Anne bercinta dengan Alex ,anak MR WONG yang selama ini disyaki pembunuh arwah ayahnya. Persahabatan dengan Zamri dan Alex menghasilkan kerjaya di bidang IT yang canggih. Saya ungkapkan dari segi tema cerita :
1. Percintaan
a. Anne dan Alex -tersekat-sekat kerana dendam .kemudian halangan daripada Juita, ibu angkat Anne. Namun pengakhiran cinta mereka amat manis. Jalinan cinta tidak meleret-leret dan tidaklah jiwang karat.
b. Amri dan Swee Lan - Cinta remaja ,biasalah sentiasa bergoyang...bila tak tahan menerima godaan. Saya tak suka part Amri mencium Swee Lan di khalayak ramai semasa makan di medan Selera ,the Mines. Alahai .... janganlah sampai jadi ikutan oleh remaja zaman kini.

2. Teknologi GPS - penciptaan teknologi ini membuatkan cerita ini seperti cerita bersiri polis. Saya melihat telenovela polis Hongkong. Kak zara nampaknya arif dengan kepolisan dan menarik sekali. Saya dah bayangkan watak Anne ini macamana....wanita yang berwibawa....macam Michelle Yeoh....( kalau perempuan berusia macam saya tentulah pilih wanita berusia juga...) Banyak kisah dia paparkan seperti kes penculikan anak kecil, penyeludupan dadah dan senjata api, kes pukul dan penipuan harta . Jikalau GPS ini memang wujud dan pihak polis seluruh dunia gunakan untuk tujuan kepolisan pastinya jenayah antarabangsa dapat di banteras dengan jayanya.

3. Kegiatan pelacuran akibat kepincangan rumahtangga seperti Bedah dan Kundur. Masalah moral dalam novel ini jelas menyedarkan kita bahawa masyarakat tidak harus mengabaikan tanggungjawab sosial jika berlaku kepincangan moral . Saya kesal dengan kedegilan dan keegoan serta bodoh sombong si Wahid sehingga cucunya Amirah menerima nasib malang sehingga meninggal dalam HIV yang kronik.

4. Tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Anne bukan hanya membela nasib anak-anak kampung yang tidak mampu ke sekolah seperti Kassim dan anak2 Pak salleh tetapi juga mengikuti program sukarelawan antarabangsa seperti di Somalia dan Afghanistan.

Namun kak Zara mempunyai banyak kelemahan sehingga novel ini menjadi sesuatu yang tidak menarik .
1. Watak terlalu ramai dan dia memberi penerangan tentang watak dengan penceritaan di sekitarnya. Saya mulanya pening kepala membaca novel ini sebab terlalu ramai nama yang disebutkan. Ia melarikan fokus ke arah watak utama. Jadi, saya harus jadi bijak ketika menyusun watak-watak dalam novel ini.
2. Ada beberapa perkara yang musykil tentang novel ini.
a. Kejadian letupan bom. Sewaktu kereta Andrian rosak dia dibantu oleh seorang cina di tepi jalan yang menawarkan untuk membaiki keretanya. Andrian seorang polis yang berpengalaman dan berpangkat....dia tentu lebih arif tentang kereta dan tentulah dia takkan membiarkan cina itu membaiki kereta seorang diri . Seorang lelaki biasapun akan keluar dari kereta dan sama-sama menyibuk untuk membaiki keretanya. Saya sendiri kalau servis kereta, saya akan jenguk sama dan becok bertanya itu ini jika kereta saya dibuka. Dan dompet Andrian yang terpelanting...bagaimana boleh tersadai di semak tempat kejadian? Sebelum meletup, sempat lagi ke Andrian melemparkan dompetnya ke luar tingkap kereta? Bukankah lelaki menyimpan dompetnya di dalam saku seluar?
b. Kejadian Anne berjogging ketika di Kuala Muda. Anne berjogging pada waktu pagi dan ketika balik ke rumah dia sempat turun ke pantai di belakang rumah mencari lala. Hahaha..kak Zara , senang betul Anne mencari lala tersebut? Lala kena dicucuk dengan lidi dulu baru ia mudah diambil.
3. Bahasa yang digunakan lebih banyak penceritaan orang ketiga. Kak zara gunakanlah dialog untuk menceritakan kisah supaya kita boleh mencerna dan menginterpretasi maklumat sendiri.

Keseluruhannya cerita novel ini okay. Ceritanya menarik dan ditulis dengan detail terutama bahagian tengkorak Amri yang dibedah. Mungkin penulis banyak idea dan cerita sehingga gaya bahasanya tidak menarik....mendatar sahaja. Keseluruhan cerita lebih kepada cerita polis dan tanggungjawab sosial. Banyak iktibar yang kita dapat, cukup menginsafkan terutama penggunaan bomoh yang salah. Walaupun saya resah gelisah, namun saya puas hati dengan novel ini.

Kepada rakan-rakan yang belum membaca novel ini, dapatkan dari NBKara sdn bhd. Harga rm19.90. Bacalah sebab ia menguji minda dan kefahaman kita. Banyak kisah tauladan di dalamnya....ada realiti tentang kepincangan masyarakat Melayu di luar bandar. Jangan hanya membaca novel cinta sahaja kerana cinta bukan segalanya dalam hidup ini.

Comments (4)

Assalamualaikum Za,
Terlebih dulu akak nak ucapkan terima kasih atas panjang lebar pujian tentang novel BJ tu. Masa jumpa dulu, akak lupa nak beritahu Za supaya makan panadol terlebih dulu sebelum baca novel akak tu. Kesian Za... terpaksa guna kaedah matematik untuk nak faham.

Komen berguna daripada Za itu, amat akak hargai dan ianya menjadi peringatan kepada kakak untuk lebih peka dan berhati-hati dalam merangka watak.

Terima kasih sekali lagi.

slm kak...saya pulak lebh suka baca cerita yg mdah utk difahami tetapi dgn gaya bahasa yg indah bukan meleret2. contohnya mcm buku kak yati (all her novels saya ada), ramli awang mursyid( cuma trilogy sang ratu aje), haz hazari (percayalah), Nora Ismail (Aku ada kamu, tuhan lbh tahu) dan a few other novelist. saya tak berapa dgn cerita cinta yg terlalu klise atau cerita kepolisian sbb saya berjiwa lembut. cewahhhh...

psst..klu akak dh abis bc cerita viva sakura, btau ye komen akak ttg novel ni. tq kak.

Kak Zara .... salams...teruskan usaha akak. Za suka idea akak.
Ain...salams...hehehe biasalah Ain, setiap orang lain citarasanya.Viva sakura sikit lagi. nanti bagitahu.

wah.. panjang lebar akak terjemahkan novel ni.. semua ada.. pujian dan kritikan membina...
bagus3!
tak pernah cari lala.. mmg tak tau apa2 pasal tu..