Honour Thyself by Danielle Steel

Posted by Leeza | Posted in


Inilah novelis barat yang saya minat iaitu Danielle Steel. Honour Thyself mengisahkan tentang Carole Barber seorang artis filem terkenal yang koma akibat pengeboman terowong oleh pengganas. Pada hari kejadian tersebut Carole yang baru 2 tahun kematian suami keduanya Sean , bercadang bercuti ke Paris sendirian setelah 15 tahun tidak menjejaki Paris.Tujuannya ialah untuk menyiapkan novel pertamanya sebelum dia kembali ke layar filem. Kebiasaan Carole sebaik sampai ke Hotel Ritz , dia akan keluar tanpa membawa beg tangan atau dompet serta pasport pengenalan dirinya. Dan inilah menyebabkan dia koma tanpa pengenalan diri di Hospital Petie selama 2 minggu .

Bekas suaminya Jason Waterman mengesan kehilangan Carole selepas 2 minggu tersebut dan akhirnya berjaya menemui Carole yang koma di hospital. Jason memang masih menyintai Carole dan menyesal pernah menceraikan Carole demi seorang model Russia ,Natalya yang mata duitan.Natalya akhirnya meninggalkan Jason demi lelaki yang lebih kaya. Kemudian, pembantu peribadi Carole merangkap sahabat baiknya Stevie ( Stephanie) dan anak2 Carole dan Jason, Anthony 26 dan Chloe 21 menyusuli Jason ke Paris untuk melihat keadaan Carole yang koma.Saat-saat mereka melihat keadaan Carole, terlalu sedih sehinggakan Anthony yang berkerjaya di bidang pasaran saham dan umur 26 menangis macam budak-budak melihat mama kesayangannya terlantar dengan wayar-wayar berselirat. keluarga Carole yang sememangnya amat menyayangi Carole sentiasa berada di sisi Carole sehingga dia sedar dari koma. Malangnya berita Carole koma di hospital itu dikesan oleh pihak akhbar dan paparazzi menyebabkan pihak hospital terpaksa mengawal ketat bilik Carole dari dicerobohi.

Apabila Carole sedar dari koma, dia menghadapi kehilangan ingatan sehingga tidak mengenali keluarganya. Namun keluarganya tetap lega dengan keadaan Carole yang bertambah baik. Stevie lah yang memainkan peranan amat penting dengan menyedarkan Carole dan membantu memulihkan ingatan Carole tentang siapa dirinya dan peristiwa yang dialaminya. Berita tentang Carole mendapat perhatian seorang lelaki Perancis berumur 68 tahun dan Carole masa itu 41 tahun. Matthieu , merupakan bekas kekasih Carole selepas dia bercerai dengan Jason dan pernah tinggal bersama selama 2 tahun 6 bulan di Paris. Pada masa itu Mattieu merupakan Menteri Dalam Negeri Perancis dan mempunyai isteri yang sudah tidak disayanginya. Mattieu kerap kali berjanji untuk menceraikan isterinya Arlette namun atas tuntutan tugas dan permintaan Arlette yang tidak mahu diceraikan biarpun tiada rasa sayang dan cinta lagi, menyebabkan hubungan Mattieu dan Carole berantakan. Makin teruk saat Carole keguguran anak mereka dalam usia kandungannya 6 bulan. Lelaki Perancis dikatakan punya isteri dan perempuan simpanan dan Carole tidak sanggup lagi menjadi perempuan simpanan. Dia berpindah ke Los Angeles bersama anak-anaknya. Mattieu yang baru kematian isterinya setahun lepas, terus mengunjungi Carole dan menyedari yang dia takkan mampu melupakan cintanya pada Carole biarpun bertahun lamanya mereka berpisah. Carole mengambil masa 5 tahun menyendiri sebelum mengahwini Sean yang akhirnya meninggal disebabkan kanser hati.

Pendekata, cinta lama berputik semula di antara Carole dan Mattieu. Kenyataan pada pagi trajedi bom tersebut dia sebenarnya pergi ke rumah lama mereka di Paris sebelum balik menggunakan teksi. Walaupun Mattieu bukan lagi menteri namun kuasanya masih utuh apabila dia mengarahkan pihak SWAT dan CRS mengawal keselamatan Carole setelah dia diserang oleh pemuda Arab yang dilihatnya semasa dalam terowong dahulu. Dan di akhir cerita ,Carole yang kian pulih bertolak ke California dengan Stevie dan Doktor peribadinya untuk rawatan lanjutan. Demi cinta mereka , Mattieu sanggup mengikut Carole ke California dan menetap dengan Carole di Los Angeles. Mereka akan sentiasa berulang alik antara Los Angeles dan Paris. Lagipun tiada halangan untuk mereka kembali bersatu. Apa yang positif dalam hal ini ialah, keazaman Carole untuk mengisi banyak masa bersama anak perempuannya Chloe yang sentiasa memberontak saat-saat Carole sibuk dengan filem-filemnya sehingga dia berjaya merangkul 2 award Oscar dan satu award Globe. Bagaimana dengan Jason? Carole tetap menyayangi Jason sebagai sahabat, abang dan bapa kepada anak-anaknya. Anthony yang sangat membenci Mattieu sebab pernah melukakan hati mamanya , terpaksa akur dengan keputusan mamanya.

Ceritanya biasa-biasa sahaja. Selamba dan banyak juga info. Ada adegan pengeboman sebagai isu semasa yang menjadi trauma di Barat. Kehidupan bintang popular yang dikejar paparazzi. Namun terus terang saya katakan ketika setengah membaca novel ini, hati saya berkata-kata seronok dan bahagia lagi jiwa saya ketika membaca novel-novel Melayu. Berkobar-kobar lagi saya membaca novel-novel NB . Sebab utamanya , novel-novel Melayu berlandaskan budaya Melayu, Islam dan cara hiduppun sesuai untuk iktibar kita.

Comments (3)

saya pulak suka baca novel Cecilia Ahern!!!

psst...selamat berbuka puasa utk kak liza sekeluarga dn selamat menjalani ibadah terawih!!!

salam kak Liza...

Kawan saya pernah dan kerap cakap, cerita melayu boring...dia suka cerita@penulis barat. Semua buku barat dia puji melangit. Katanya kalau novel english dia sanggup beli..kalau novel melayu dia nak pinjam je...saya dengar rasa semacam je...tak boleh salahkan dia, itu pendapat dia..tapi kalau ya pun jgn sampai mcm tu..komen depan saya pulak tu..selepas komen novel saya!..langsung tiada sepatah yg elok pun tentang novel saya tu...hati ni mmg dah kecik dgr kata2 dia..tapi saya diam je la...malas nk cakap byk.Mungkin betul komen dia tentang novel saya tu...cuma yg buat saya sedikit ralat kata2 dia yg sggup beli novel english dan pinjam novel melayu!

Ain : terima kasih kerana rajin komen . Selamat berpuasa Ain.

Jue : Jangan jadikan komen dan kritikan orang melemahkan semangat Jue untuk menulis. Setelah akak membaca novel Viva Sakura , memang gaya penulisan awak menarik dan fantastik. Memang resan manusia yang suka mengagungkan penulis barat sedangkan dewasa ini novel melayu sudah menjangkaui sempadan dan lebih ke depan .