Melayan Si BILLY

Posted by Leeza | Posted in

Saya kagum dengan ramai geng ulat buku dan rakan-rakan pembaca yang mampu menghabiskan novel dalam semalam sahaja. Dan saya dengan si BILLY beberapa hari ini saya berusaha mengejar masa untuk menamatkannya. Jika masuk pertandingan kecepatan membaca memang saya akan dapat nombor tercorot.

Malam tadi saya berusaha nak habiskannya sehingga mata saya berair dan kononnya nak berehat sekejap dengan memejamkan mata tetapi mata saya celik keesokan paginya. Huhuhu. Lantas saya membatalkan semua urusan hendak berjalan-jalan . Seawal pagi saya siapkan kerja-kerja rumah dan memasak lauk pauk untuk makan tengahari dan malam sekali sehingga makpun terkejut. Kemudian saya melayan si Billy di bilik saya. Memula nak membaca di kerusi ruang tamu di bawah tetapi baru nak buka BILLY , mak dah berceloteh macam-macam.....uwaaaaa. Kemudian anak saudara yang remaja pula memasang radio mendengar lagu-lagu kegemarannya. Jadi saya memerap diri dalam bilik sahaja. Memang buruk sungguh perangai saya ini.

Namun petangnya saya terpaksa mengalah bila pintu bilik ditolak si kecil Zul ( 2tahun 6 bulan ) . " Su, aju...."sambil tangannya melambai. Maksudnya meminta saya mengikutnya ke bawah.....ertinya layan ayahnya yang datang bertandang. Begitu juga bila si Putri sudah melaung memanggil " Nek CUUU....",kenalah tinggalkan si BILLY sebentar.

Si BILLY betul-betul memikat hati saya......tunggu sedikit masa lagi, saya akan buat review bagaimana BILLY mengikut kefahaman dan pendapat peribadi saya.

Comments (1)

saya dah abis baca kak, mmg best. tp saya x reti la how to comment. tunggu akak nyer ulasan la nanti. tp sy gtee tak mengecewakan.