Bagaimanakah Masa Tua Kita?

Posted by Leeza | Posted in


Hari ini sekolah saya cuti peristiwa sempena Nisfu Syaaban. Hanya sekolah saya sahaja yang bercuti di daerah ini. Pada mulanya saya berhasrat hendak ke Samarahan namun kerana sebab-sebab tertentu dan malas mahu bergerak musim panas ini, maka saya hanya duduk di rumah melayan cucu saya Dayang Putri Erwin.Putri dah mula pandai bercakap,becok pula tu sehingga saya geli hati ketawa.

Dua orang kakak sepupu saya , Kak Yak dan Kak Not yang tinggal di Kuching datang mengunjungi mak saya. Apabila kami berkumpul banyaklah cerita yang keluar.

"Entahlah budak2 sekarang ni, susah betul nak jaga.....nakal, langsung tak boleh buat kerja kita dibuatnya." adu Kak Yak. Dia pesara jururawat, sekarang ini menjaga dua orang cucunya.
"Ye lah, Yak....akupun sama. Kalau hujung minggu mak dan ayah Putri ada, baru aku dapat pergi ke kebun dan buat kerja lain." Komplen si kakak saya pula.
"Aku heranlah...dulu anak2 kita sendiri mana ada susahnya jaga. Jam berapa-berapa kita suruh tidur, mereka akan tidur terus." Kak Not pula menyampuk.
" Bapak tu...dah tuapun nak jaga cucu juga.Manalah sakitnya tak melarat. Yang susah kita juga...."merungut kakak sepupu saya.
" Sama jugalah dengan mak ni. Mana ada duduk diamnya......cucu2nya dah besar masih nak neneknya juga....."

Begitulah antara dialog kakak2 saya ini. Orang tua, kita bebankan dengan menjaga cucu-cucu yang nakal...alangkah sedihnya. Sekuat manalah kudrat warga emas ini. Menjaga anak2 kecil bukan setakat menguras segala tenaga tetapi juga keletihan minda, emosi dan jiwa raga. Saya selalu mengajak mak saya berjalan-jalan namun alasannya ialah.....cucu yang ditinggalkannya.
Selalu saya bertanya dengan rakan-rakan saya tentang rancangan masa tua mereka. Tak payah jauh....selepas bersara saja nak buat apa? Terkadang malas nak memikirkan apa yang hendak dibuat masa tua nanti.Madam pernah menyatakan hendak terlibat dalam kegiatan amal gerejanya.
" U tak nak jaga cucu ke? Tak nak jaga anak2 Felix ke, Joanne ke, Jasmine ke, Denise ke? "
"I don't think mereka nak i jaga. If mereka nak sekalipun belum tentu partner setuju"

Pelbagai rancangan yang saya dengar....ada yang nak duduk rumah sahaja. Ada yang merancang hendak berniaga dan ada juga yang merancang nak kerja. Masa tua kita adakah memadai dengan hanya duduk di rumah sahaja? Bagi yang biasa bekerja tak mungkin mahu sekadar melepak depan rumah. Usia dah lanjut, banyak manalah tenaga untuk keluar bekerja. Saya teringat seseorang yang kami panggil "spice girl"...sehingga sekarang saya melihat dia masih berjalan kaki, masih rugged dan voque biarpun rasanya sudah bersara selama 8 tahun. Dia kini bekerja kontrak untuk menyara hidupnya. Hartanya dihabiskan oleh anak. Kesian....
Sayangkan anak2 terkadang sedih jika diabaikan masa tua. Banyak kisah orang tua yang saya dengar masa muda berharta namun merempat masa tua. Sesetengah pula dapat harta untuk berjoli dan penghujung nyawanya arwah mati di rumah anak saudaranya.

Ada cadangan nak mendaftar di caregiver. Pernah saya baca sebuah catatan seorang caregiver " Banyak pulak cekadaknya si X tuh, entah berapa kali kena usung dia turun naik katil, nak tukar seluarlah, nak tanggalkan pamperslah, nak pam kencinglah...."

Apapun....masa tua kita tiada siapa yang tahu bagaimana rupanya. Jika kita tahu tentu sahaja kita buat perancangan dan persediaan awal-awal. Namun jika kita rasa kita tak nak menyusahkan orang masa kita tua, maka sekarang kita harus bersedia. Biarpun ramai ketawakan saya sebab saya tak ada zuriat untuk bergantung masa tua, namun saya tak kisah. InsyaAllah, Allah akan atur semuanya untuk kita. Yang penting sekarang ini, anak2 saudara yang ramai itu saya nak pastikan semuanya okay jalan hidup mereka. Apa yang pasti saya takkan biarkan orang susah kerana saya.



Comments (1)

saya ada terfikir gak...klu tua2 nanti, ada kah sy kena jg cucu. rasa mcm tak nak.hehe. so awal2 lg sy dh habaq kat anak2, saya tak nak jg anak2 depa. bkn senang nak jaga cucu ni, kang tersalah sikit...merajuk pulak menantu.dah le sy ni cerewet giler...hihihi

lg pun masa2 ni lah nak santai2 ngan hubby, melancong ke, tambah amal ibadah.

tp kita hanya merancang...tuhan yg tentukan. betul tak kak..???