How I Wish To Go Away

Posted by Leeza | Posted in

Persiapan raya memang dah mula walaupun masih tiga minggu lagi untuk berpuasa. Persiapan paling utama ialah mengemas dan membersihkan rumah. 2-3 hari ini saya sibuk mengecat rumah ,interior tingkat atas dengan warna purple muda. Kemudian membersihkan semuanya sekali termasuk barangannya sekali. Ketika itulah saya terjumpa sarang2 burung di celah dinding dan atap. Tinggal di kampung, debunya sama banyak dengan tinggal di bandar. Baru saya perasan bahawa saya sudah lama tak membersihkan rumah setelitinya. Masa itu, how i wish i have only single story house. Tapi jika rumah setingkat ke mana saya nak lari jika banjir melanda ?

Memang saya meminta tolong anak saudara saya si Zizi dan saya mengupahnya .Namun si Zizi ini kena ditunjuk ajar cara-cara mengecat dan kena duduk bersama dengannya untuk dimonitor. Jadi bila hari ini si nenek yang monitor, sebab saya sibuk di dapur membuat kuih untuk disedekah ke surau . Apabila dia selesai saya rasa nak menangis apabila anak tangga ke tingkas atas berlumur dengan titisan cat purple. Terpaksalah saya gunakan minyak tanah untuk membersihkan tangga-tangga tersebut. How i wish i can do it all alone.

Kemudian ada beberapa perkara terjadi yang amat mengecilkan hati saya. Sehingga tiba satu saat saya menangis dan memerap dalam bilik sepanjang masa. Kenapa seorang ibu lebih sayangkan anak-anak lelakinya ? Saat ini, saya menjadi benci menyambut hari raya. Saya rasa segalanya tidak adil. Perasaan masa kecil, perasaan rejection menjadi kembali mentraumai hidup saya. How i wish so badly to run awayyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Far from home and living alone.

Comments (4)

nasib baik kesemua adik2 saya perempuan. so tiada diskriminasi dlm membuat kerja2 rumah. now ni sy punya seorang anak lelaki, tetapi saya ajar supaya membantu saya di rumah, klu malas, saya lempang aje...hihihihi!!!

kak leeza... tabahkan hatimu... bykkan bersabar.. kdg2 tuhan sengaja menguji kita.. mungkin ada hikmatnya tu..

sabar banyak2 ye kak liza.. apa yg terjadi mesti ada sebabnya. kuatkan dan tabahkan hati kak liza tau. ibu tetap ibu walau apa pun yg berlaku....

salam....jangan berprasangka begitu, keluarga Hang Nadim pun besar, emak layan kami sama sahaja walaupun mungkin kadang-kadang terlebih pada adik beradik yg lain tapi mungkin itu bukanlah niatnyer. Pada tuan ponya blog banyakkan bersabar btl kata IBU Aira tuu.... maaf kalau terlebih..jengok la blog hamba yer....