Teori Manggis

Posted by Leeza | Posted in


Beberapa minggu yang lepas, sahabat saya si Junes ada nyatakan teori manggis iaitu bilangan ulas manggis akan sama dengan jumlah tampuknya. Minggu lepas,ketika kami bersembang pasal buah-buahan saya yang selalu datang dengan idea spontan menyatakan tentang teori manggis ini. Kemudian teori ini meleret dengan teori bilangan anak yang boleh didapati . Seorang cikgu ini, namanya saya panggil abang Z biarpun patutnya saya panggil dia pakcik sebab dia pakcik saya juga....menyatakan teori dengan melihat garis pada kepalan tangan. Sebelah kanan anak lelaki dan kiri anak perempuan. Madam T mencuba dan nyata tepat sekali. Saya ????? Hehehe menyibuk sama... sehingga kena tempelak Ustaz dan cikgu Z " Eh ko ni Za....camner ko nak dapat anak, lom kahwin lagi tu.....keh3" .Riuh rendah satu bilik guru. Saya menjawab selamba ," ala...manalah tahu aku dapat anak tiri ke nanti..."

Hari ini perkara teori manggis memang saya dah lupakan. Sebaik habis perhimpunan, saya dan madam T bergerak ke gerai kuih muih. Tetiba cikgu Z memanggil saya dengan menunjukkan kotak tisu. Kami berdua terus menghampirinya ," apasal kotak tisu tu ? Nak bagi saya ke?"
" Ni...cuba kau tengok teori manggis ko minggu lepas betul ke tak ?"
"Habis....camner? Saya blur...." jawab saya.
" Aku beli buah manggis minggu lepas, aku bilang tampuknya ada 4, tetapi ulas di dalam lebih dari itu. Kau tengok gambar ni... semua manggis ada 4 tampuknya....ulas isinya lebih."Beria-ia cikgu Z ini menerangkan. Si Madam pukul lengan saya...." Ye lah Za. kan minggu lepas awak buat teori manggis ni ?"
" Ye ke.....sampai macam tu sekali kitak( awak) buktikan teori manggis aku ? "
Keh...keh...keh... saya dah ketawa guling-guling. Kepada si Junes....apa cerita teori manggis awak ni ?

Si Cikgu Z ini senior saya.....mengajar BI. Dan kami memang selalu bercanggah pendapat. Selalu juga menjadi penyokong kuat saya. Selalu bawa duit banyak.... sehingga saya dianggapnya penyamun pompuan kerana saya sering mengusiknya. Tak dapat saya bayangkan betapa dia menganggap serius pasal teori manggis ini. hahahaha....

Comments (0)