CHARMAINE AUGUSTIN in my heart

Posted by Leeza | Posted in


Mungkin ada ramai yang sudi singgah di blog saya kenal siapakah dia. Dia istimewa dalam hidup saya. Mungkin ramai juga tertanya-tanya bagaimana hubungan jauh boleh sebegini akrab . Persahabatan kami bermula sejak 13 April 1990. Saya peminatnya. Dia bukan sahaja sebagai celebriti tetapi juga seorang kawan dan saudara saya yang baik. Ramadhan tidak lama lagi menjelang dan setiap kali ramadhan mengingatkan saya kepadanya. Hubungan kami rapat setiap kali ramadhan dan aidil fitri.

Bagaimana kami berhubung? Kami sering berhubung melalui surat-surat dan poskad. Setiap kali dia ke luar negeri atas urusan kerja dan percutian dia pasti mengirimkan surat atau poskad. Malahan dia pernah membawa bersamanya surat-surat saya semasa travelling dan masa itulah dia akan menulis kepada saya.... Saya seringkali merunggut pasal tulisannya yang memang tidak cantik langsung. Sehinggalah seiring dengan teknologi kami menggunakan komputer untuk menulis dan seterusnya menggunakan email. Dia mempunyai kebolehan menulis surat yang panjang lebar. Jika pada masa tertentu, dia akan membebel dengan saya berhelai-helai jika ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan saya....hehehhee...saya kan nakal pada masa itu. Sehinggalah pada satu peringkat saya menangis dengannya dalam telefon dan surat saya apabila gagal dalam ujian Geografi saya. Dia berikan nasihat yang sangat bernas.....yang pedasnya dia mulakan dengan ayat ini:

First,menangislah seberapa banyak yang liz perlukan.........kalau kita selalu sukses ,kita takkan faham akan keperitan mereka yang kurang berupaya belajar dan selalu gagal. Kadangkala tu,kita menangis kerana 'pride' kita, ataupun kebanggaan terhadap diri sendiri,ataupun sombong bongkak adanya, bukan kerana kita gagal.

Sejak itu, saya tidak lagi patah semangat biarpun beberapa kali tersungkur. Dia yang memberi saya kekuatan untuk menentang arus kehidupan. Persahabatan dengannya amat manis sekali...dia istimewa. Namun siapalah kita mampu melawan takdirNya. Kami terpisah tanpa khabar berita. Saya kehilangannya dan dia juga kehilangan jejak saya. Kali terakhir saya tahu ialah dia sudah berhenti dari kerja di MDC. Mungkin dia sekarang sudah menetap di Cannes ,France mengikut suaminya ? Saya pernah mengirim surat ke alamat terakhirnya namun surat itu dikembalikan dengan mesej dia sudah berpindah.


Di manapun sahabat saya ini berada, saya doakan dia sentiasa sukses dan bahagia. Semoga dia mendapat apa yang pernah dia impikan. Dia pernah menyuarakan hasratnya hendak menulis sebuah buku.....dan saya yakin dia memang boleh menulis. Saya menyimpan semua surat-suratnya dengan baik....sebab dia kenangan terindah dalam hidup saya. Jika Tuhan mengizinkan kami bertemu semula atau dia berpeluang menatapi entry ini, semoga dia tahu betapa saya sayangkannya.

p/s : Kak Charm.....raya tak lama lagi, tak nak bagi kad raya kartun pada saya lagi ke? I miss u sangat-sangat.

Comments (0)