Kemarau Dan Masalah Air

Posted by Leeza | Posted in

Kemarau yang terjadi seminggu dua ini menyebabkan kesuntukan bekalan air. Loji air di Asajaya dikendalikan oleh JKR Sarawak. Sebab itu kalau bil air datang selalu lewat 2 bulan dan bayarannya asyik tertunggak biarpun kita jelaskan setiap bulan. Sejak minggu lepas lagi air dicatu dan dibuka hanya pada jam 6 hingga 8 pagi dan malamnya jam 6 petang hingga 9 malam. tanpa notis amaran, namun kami sudah lali dengan keadaan ini. Saya awal-awal menyelongkar gelen kosong, jag2 kosong, bekas roti dan semua sahaja yang boleh menakung air digunakan untuk menadah air. Namun sehari demi sehari air semakin sedikit sehingga kuantitinya pun kecil. Paling sedih bila airnya kekuning-kuningan. Pada hari Isnin keadaan menjadi lebih teruk, sehinggakan penduduk kampung membuka saluran paip air di luar. Rumah saya dan rumah kakak sahaja yang tidak membuka paip luar sebab tindakan ini salah, umpama mencuri air. Kebetulan berdekatan meter air memang saya buatkan satu paip untuk saya mencuci kereta. Petang Ahad itulah saya mengerahkan anak2 saudara saya mandi di situ . Sementara saya mengangkut air ke dalam rumah. Air sudah tak dapat mengalir ke rumah.

Pagi Isnin, saya memesan mak saya jangan sibuk nak angkat air jika ada airpun. Mak saya umurnya 76 tahun masih juga degil dan mengangkut air sehingga malamnya mengadu sakit seluruh badan. Memang payah, sehingga kami memesan murid-murid membawa air sendiri untuk keperluan tandas mereka. Sepanjang jalan saya melihat orang kampung tempat saya mengajar sibuk menadah air dari saluran paip yang dibuka. Ada yang menggunakan kereta sorong untuk mengangkut air, ada yang bermotosikal dan ada yang berlenggang bawa air di jalan tanpa peduli kereta nak lalu. Saya terpaksa bunyikan hon dan memperlahankan kereta sepanjang jalan ke sekolah....tahulah darurat, janganlah sampai membahayakan nyawa sendiri.
Dan petang Isnin bila air langsung tak ada, anak2 saya suruh mandi di hutan. Mereka seronok, sejuk kata mereka. Saya pula tak mandi langsung....huhuhu....panas sepanjang malam. Nasiblah Kementerian Alam Sekitar membenihkan awan petang itu dan malamnya tepat jam 1038 , hujan ribut turu dengan lebatnya. Pada masa yang sama elektrik pula terputus dan saya tak dapat menadah air kerana gelap gelita ,kepala pening dan sibuk dengan mak dan cucunya Luqman yang penakut dengan bunyi guruh dan kilat.

Kesan air tak ada , anak saudara saya si Azim yang tinggal di asrama SMK Pesantren Abdul Taib terpaksa menjadi murid harian. Minggu lepas dia beritahu mereka mandi di sungai yang digali . Petang ini saya diminta oleh abang saya, untuk mengambil Azim balik dari sekolah jam 4 petang. Dia sekolah dari pagi hingga 4 petang. Inilah sekolahnya ,cantik dan besar. Pertama kali saya ke sana, bimbang juga tersesat jalan. Saya ingatkan dia seorang sahaja, rupa-rupanya ramai kawan-kawannya menumpang sama. Saya diserbu oleh ramai anak2 murid saya di situ...dan mereka terkejut bila mengetahui yang Azim adalah anak saudara saya. Petang tadi, kakak berikan lagi dodol labu buatannya. Ahad lepas dia berikan 5 batang dodol labu dan mak melarang saya makan banyak sebab ketiadaan air. Dodol ini dibuat dengan labu,tepung pulut, gula apong dan santan kelapa. Sedap namun apakan daya, air tak ada....kalau sakit perut mana nak cari air ? Sekarang keadaan dah stabil namun masih berjaga-jaga kerana kemarau dijangka berlaku sehingga bulan september. Inilah dugaan ALLAH dan bersabarlah dengan dugaanNya.

Comments (3)

wahh...payah gak kalau cam tu ekh kak. susah betul kalau x de air. baik x de eletrik. ka;au berlarutan sampai bulan puasa dan raya...naya gak. aduss!!!!

p/s...seronoknya mandi kat hutan..ada perigi ke, atau air terjun kak..???

Ain: salam dik. kat hutan tu cuma ada sungai kecil je dik. airnya merah tapi jenih dan sejuk.Mudah-mudahan ini tidak berpanjangan.

Kak Leeza....ktk org Asajaya ek...baru terjumpa blog akak ni cos saya google nak cari komen bout ABBM...haha seronok baca komen akak