Practices Make Perfect

Posted by Leeza | Posted in

Latih tubi menghasilkan kesempurnaan. Ini bukan sekadar teori tetapi satu hakikat dan kenyataan. Jika ingin membuat sesuatu yang memang amat sukar jika selalu dilatih tubi akan menghasilkan kesempurnaan. Namun jika kita berfikiran negatif, asyik mengeluh susah,susah,susah maka segala yang kita lakukan seakan amat payah untuk dibuat sebaiknya. Sedangkan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dari itu.

Hari ini memang saya amat sibuk dengan membuat laporan dan mengemaskini fail-fail Panitia Sains, Perpustakaan, Program Nilam , Guru Media dan sesekali berbincang dengan rakan-rakan tentang sesuatu kerja . Ketika kami berbincang itu, tetiba seseorang itu dengan pembaris panjang di tangan dan sebelah tangan mencekak pinggang meluru ke arah saya. Wajahnya masam dan merah .
"Cikgu, tolong saya kawal kelas dulu. Mereka ni langsung tak berdisiplin, disuruh keluar kelaspun masih menganggu rakan di dalam kelas,"
Saya dan Madam T berpandangan . Sinis senyuman Madam T. Saya hanya mampu mengukir senyuman sahaja . " Asal ?"
" Sejak minggu lepas lagi, kelas ni dah problem,"
Saya terus mengambil rotan dan masuk ke kelas tersebut. Semuanya nampak pucat dan duduk senyap di tempat masing-masing. Dua orang yang berada di luar saya suruh masuk ke kelas sebab walau semarah manapun kita , memang tidak boleh menghalau murid-murid itu keluar kelas. Ini melanggar hak anak2 untuk belajar. Jika anda marah, anda yang harus keluar menyejukkan diri terlebih dahulu supaya murid-murid tidak mendapat kecederaan.
" Kenapa? Apa dah jadi pada kamu semua? Mana murid-murid saya yang ceria dan aktif ?"
Mereka senyap sahaja. Saya seterusnya berikan mereka amaran untuk berkelakuan baik pada masa cikgu itu mengajar nanti kerana ia akan dipantau . " Bagi kerjasama kamu,"

Itulah masalahnya, practices make perfect. Namun jika dia tidak berusaha, tidak mengamalkannya setiap hari dan membuat sesuatu dengan sambil lewa, maka masalah itu takkan diselesaikan dengan baik. Saya mendengar 3 ayat yang selalu dituturkannya kepada rakan2 nya apabila ditegur.
1. I don't care, aku sik peduli.
2. Kamek malas , saya malas.
3. Aku lelah, aku penat.

Tiga ayat ini yang sering bermain di bibirnya merupakan satu sikap negatif yang tidak harus ada pada seorang yang bakal menjadi guru. Kenapa bakal guru yang terdahulu yang pernah masuk ke kelas itu tidak menghadapi masalah mengawal disiplin anak2 ini? Saya sendiri tidak menggunakan rotan sewaktu mengajar , namun mereka senyap dan berminat dengan pelajaran saya. Mungkin pengalaman kami berbeza, namun jika kita baru dan kurang mahir maka kita belajarlah dan bertanya dengan orang lain. Kami semua menawarkan diri untuk membantu namun jika sikap sambil lewa dan malas begini, sampai bilapun takkan berubah.

Apa saya nak lakukan? Saya guru pembimbingnya. Minggu depan saya akan masuk ke kelasnya setiap hari untuk membuat pantauan . Biarlah dia rasa tensen sentiasa sebab saya tahu selama ini dia terkadang tidak mengajar dan hanya duduk sahaja. Jika tidak membuat latih tubi, bagaimana nak dapatkan kesempurnaan? Saya lebih risaukan anak-anak itu. Ertinya sebaik tempoh dia habis dipantau pensyarahnya, saya akan ambil alih kelas ini sepenuhnya biarpun masa dia belum tamat lagi. Risikonya, saya juga yang menanggung bila anak-anak ini menduduki UPSR tahun 2011 nanti. Sesiapa yang nak jadi cikgu atau masuk KPLI, tanyalah diri sendiri dulu....sejauh mana anda hendak mendidik anak-anak bangsa kita. Jika kita sambil lewa, bagaimana anak-anak akan berjaya? Kalau anda hanya harapkan RM , lupakan sahaja bidang perguruan kerana bidang ini bukan sahaja menguji kesabaran dan keimanan anda tetapi juga menuntut pengorbanan masa, emosi, tenaga dan RM.

Comments (3)

setuju sangat dengan ko za, anak murid yang nakal perlu ada pendekatan yg tersendiri utk ditangani masalahnya, menghalau mereka keluar bukan jalan yang terbaik..kerana mereka ada hakkan..ramai yang menjadi guru kerana tidak ada piliha, bkn kerana sayangkan kerjaya guru..akak kalau jadi cikgu, anak murid mesti tak buat kerja..asyik bercerita dan bercelotehlah..keh..keh

bukan satu kerja yg mudah kak ye nak didik anak2 ni. perkara pertama yg nak ditnm dlm minda mereka ialah mencintai pelajaran. bkn sng nak masukkan dlm kepala mereka perlunya belajar bersungguh2 utk masadpn yg lbh baik. kena byk bersabar, kena pandai reverse psikology, kena tahan hati ngan kerenah anak2, kena thn perasaan ngan collegue yg kerja hnya melepskn batuk di tangga dn mcm2 lagi lah. belum lg parents dtg komplen itu ini psl disiplin bdk2 ke atau prestasi mereka. adoiii...tensennnn!!! nasib baik sy x jd guru, kalau tak meroyan memanjang aje lah.hihihi

Kak NB : salam kak.
Nasib akak tak jadi guru, kalau tak akak tak jadi penulis. hehehehe....tapi kan, akak ni boleh jadi guru garang tau.

Ain : salam dik....walau tak jadi guru di sekolah ain boleh jadi guru di rumah...mendidik anak2 ain sendiri.