Satu permulaan

Posted by Leeza | Posted in

Ini percubaan dari banyak percubaan.....sememangnya mudah untuk menulis namun saya masih belum mengorak langkah yang panjang-panjang.Jika sajak, saya mudah sahaja mencoretnya kerana ia tercetus secara spontan. Ini pula saya tulis semasa jiwa kacau bilau.

“Akak tak kisah pasal dia. Dia nak buat apa ,itu terpulang padanya. Tak perlulah dia sibuk-sibuk nak cakap apa-apa dengan akak lagi.”Tegas kedengaran suara Kak Salmi.Begitu tetap keputusannya seolah-olah tidak dapat berganjak lagi.

“Tapi kak, dia benar-benar sayangkan akak. Dia mengharap akak terima dia balik,” Halim cuba memujuk kakak sepupunya itu .Bukan sekali dua Halim berusaha memujuk kak Salmi malahan berpuluh kali, beratus kali. Dari hari ke hari, minggu ke minggu sehingga berbulan-bulan lamanya, hati kak Salmi bukannya hendak semakin lembut tetapi semakin keras....agaknya sudah menjadi batu.

“Ah, sudah, jangan kau buang masa kau dan masa akak lagi.Kalau sekadar hendak memujuk akak terimanya balik, baik kau tak usah buang kredit telefon kau.Asallamualaikum.” Serentak dengan ucapan salam, talian terus dimatikan.

Hanis hanya mampu melihat wajah Halim di muka pintu yang memisahkan ruang tamu dengan dapur rumahnya. Sebentar tadi Halim yang datang bertandang seperti kebiasaannya dengan Amira dan si kecil Amirul telah menelefon Kak Salmi. Halim tahu dia harus membantu merapatkan lagi hubungan antara Kak Salmi dan Hanis yang semakin retak dan tidak mampu ditautkan lagi. Seolah-olah mereka menjadi dua orang asing yang tidak pernah mengenal di antara satu sama lain.

“Benarlah mimpiku semalam. Memang kak Ngah takkan memaafkan kesalahan aku. Itupun kesalahan yang aku tidak fahami dan tidak ketahui apakah ia.”Setelah mengesat airmata,Hanis terus membawa dulang minuman untuk sepupunya sekeluarga. Apa yang pasti Hanis hanya mampu mendoakan agar suatu hari nanti kesalahannya biarpun tidak diketahuinya akan dimaafkan .

“Sabarlah kak.InsyaAllah kak Ngah akan terima akak semula.” Amira memujuk sambil tangannya menepuk-nepuk punggung Amirul yang sudah mula terlena.

“Ye lah Hanis. Jangan kau risau pasal Kak Ngah. Dia memang macam tu, sibuk memanjang. Dia ni jenis malas hendak memikirkan hal orang lain. Ikut suka dia je.” Halim turut bersuara sambil tangannya menguis-nguis gelas yang berisi jus rozel. Haus tekaknya setelah bersembang dengan kakak sepupunya tadi.

“Tak apalah Halim, Mira....aku dah lama maafkan Kak Ngah dan aku memang ikhlas memaafkan dia.” Hanis terus mengusap rambut si kecil Amirul yang begitu malas membuka pelupuk matanya.

“ Kamu masih tidak mahu ikut kami balik kampung, Nis? “ Halim melirik ke arah Hanis yang begitu asyik mengulit anaknya.

“Tak payahlah LiLLiLim, aku tak nak kepulangan aku akan mengeruhkan lagi majlis Mak Uda nanti. Kak Ngah akan lebih terluka dengan kemunculan aku,” begitu yakin sekali Hanis bahawa kepulangannya takkan disenangi oleh keluarga di kampung.


Comments (1)

Liza,
Tak perlu nak cuba-cuba lagi. Teruskan saja. Liza banyak idea. Buktikan pada kakak Liza juga boleh menulis. Liza, please sambungkan lah cerita ini.