Di Ambang 2010

Posted by Leeza | Posted in


Koleksi novel yang belum dibaca

Beberapa tahun yang lalu ,saya pernah menulis email kepada seseorang yang saya anggap kakak menggunakan tajuk 'Di Ambang ........' dan saya menerima balasan email yang penuh dengan nada kemarahan . Kemudian seterusnya setiap kali saya cuba 'bermesra' dengannya, dia pasti menghamburkan kata-kata yang melukai hati saya. Tuhanku, begitu paranoidnya prasangka orang terhadap saya sehingga dia sekeluarga mengatakan saya 'bermasalah'. Sejak itu saya hilang kepercayaan kepada manusia dan menumpukan sepenuh kehidupan saya dengan keluarga , buku dan kerjaya. Saya tidak peduli jika ada yang mengatakan saya bermasalah. Apa yang pasti saya tidak menyusahkan orang lain dan tahu menjaga hati orang.

Kemudian dari dunia buku, saya menerokai kembali dunia cyber yang sudah lama saya tinggalkan, sejak 2000. Itupun kerana 'SI PANJANG' yang sering menyekat kebebasan saya melayari internet sekolah sehingga menyukarkan tugasan saya. Bosan dengan kedekutnya lelaki ini dengan harta kerajaan, sedangkan saya bukan melayari laman-laman web yang sembrono dan dilarang keraspun, maka saya membeli broadband celcom yang terkadang menjadi 'berukband'. ( ini si Salbiah Salleh dan NB yang bagi gelaran). Sudah tentunya saya melayari laman blog novelis kesayangan saya ,kak NB. Bermula dari situ saya melayari semua laman blog dari sudut link di blognya. Baru saya terbuka dengan mata yang bersinar-sinar bahawa di dunia luar melangkaui Laut China Selatan, ramai rupanya kaki novel dan ulat buku. Kemudian saya mengenali banyak laman penerbit buku yang pelbagai dan memudahkan saya memesan secara online buku-buku yang sukar saya dapati di pasaran. Sekurang-kurangnya saya menjadi pembaca terawal novel-novel terbaru di pasaran(antara beratus orang yang ada di Malaysia) Dunia buku saya kian luas dan luas....saya lupakan luka semalam.

Bukan hanya buku yang menjadi ikatan hati dan jiwa tetapi juga persahabatan yang terjalin dengan ramai penulis cendikiawati dan juga ramai rakan blogger yang pelbagai dunia mereka....menjadikan hidup ini kian menarik, fantastik dan unik. Saya mengenali dunia surirumah , kisah anak-anak , kisah sedunia dan juga informasi yang disampaikan dengan gaya berbeza. Melalui pembacaan menjadikan seorang surirumah mampu menulis blog, malah lebih canggih dari saya.Contohnya ,sahabat saya, Ibujunes bila berchatting dengannya, dia laju menaip dan saya pula dengan dua jari telunjuk masih terkial-kial menaip. Namun ilmu yang saya dapat bukan sedikit namun banyak....malahan bertambah padat. Terimakasih pada sifu saya, NB yang selalu sabar mengajar saya menggunakan teknik dalam berblogging. Beliau juga pengkritik saya yang paling 'BISA' dan sehingga kini saya berhati-hati menggunakan kata dan frasa dalam menulis blog. Begitu juga dalam mengulas buku-buku yang saya baca, saya perlu mencari info tentang apa sahaja yang saya hendak tulis. Jangan sesekali menghentam keromo hasil tulisan orang lain kerana mereka bukan sahaja memperjuangkan masa , keringat dan segala kepenatan itu demi menambah koleksi ilmu dan bacaan yang sedia ada di pasaran. Tugas mereka bukan hanya menambah rm dalam poket sendiri tetapi juga mendidik anak-anak bangsa dan semua warga pelbagai generasi melalui bacaan. Jangan ingat nenek tidak boleh melakukan kesilapan....terkadang kecetekan ilmu dan kurang membaca boleh menyongsangkan jalan hidup sendiri.

Masa kian berlalu , banyak yang saya hadapi sepanjang 2009. Dugaan yang sangat berat dalam menjaga 4 orang anak saudara yang semuanya lelaki dan menempoh alam remaja. Kemudian menjaga ibu yang sudah berusia dan selalu sakit. Syukur alhamdulilah atas segala kekuatan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada saya dalam menyara dan mendidik anak-anak ini. Bukan sahaja dugaan Allah beri malahan rezeki , kejayaan dalam kerjaya,kebahagiaan dan ketenangan hati diberikanNya dengan persahabatan dan kasih sayang. ALLAH berikan pahit kemudian manis dihujung lidah. TERIMA KASIH YA ALLAH.

Tahun 2010, biarpun usia kian bertambah namun saya lalui dengan tenang dan semangat yang membara. Tahun 2010 ,biarpun ramai meramalkan prestasi sekolah akan merosot namun saya pantang mengalah sebelum saat yang terakhir . Setiap tahun saya menyenaraikan 10 target untuk capaian saya. Tidak guna berazam jika tidak berusaha. Azam akan jadi angan-angan sahaja .
Apakah 10 target tersebut? Dalam kerjaya saya senaraikan 5 dan peribadi pula 5 target. Biasanya setiap target saya tercapai kecuali satu. Hanya orang-orang tertentu sahaja tahu apa yang belum tercapai itu...hehehe. Saya perlu banyak berdoa setiap kali solat. Namun sebenarnya saya takut juga jika ia tercapai sebab dunia itu pasti berbeza dan mencabar. Mampukah saya ? Mungkin saya bukan insan terpilih.



SK Jemukan yang menjadi tempat suka dan duka.

Dunia buku tidak akan saya lupakan sebab ia menjadikan saya berpijak di bumi nyata. Sekarang saya mempunyai 25 novel dan buku yang belum saya baca. InsyaAllah, tahun 2010 saya banyak masa terluang kerana kerajaan telah menghentikan Skim Baucer Tuisyen kerana ketiadaan dana. Pemberhentian itu bermakna murid-murid tidak ada kelas di sebelah petang lagi. Hanya Tahun 6 sahaja diberikan kelas tambahan secara percuma atas ikhsan guru-guru sendiri. Ketiadaan kelas tuisyen bermakna sumber pendapatan tambahan guru-guru juga tiada, mungkin ada yang mencari kerja luar sebagai menampung kekurangan ini. Kalau program ini diteruskan saya boleh mendapat RM500 sebulan untuk kelas Tahun 6 sahaja. Tidak mengapalah, bukankah rezeki itu ALLAH yang tentukan? Pandai-pandailah berjimat cermat dalam era kemelesetan ekonomi ini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010. SEMOGA TERCAPAI SEGALA IMPIAN DAN DIREDHAINYA.

Comments (6)

selamat tahun baru kak LB =)

semoga 10 target itu dapat dicapai...amin =D

salam kak leez...selamat menyambut tahun baru utk kak leez n family!!!!

moga2 persahabatan kita akan berpanjangan ya adikku! Den tahu hang punyaa azam yang satu tu..he.he.

Salam tahun baru utk Liza. Bagi akak, meskipun kita baru berkenalan, tapi sedikitpun tidak membezakan Liza dengan rakan2 lain sama ada dalam dunia nyata atau dunia maya.

Semoga perhubungan kita berkekalan dan berharap satu masa nanti akan dapat mengenali Liza dengan lebih jauh lagi... azam yang satu lagi tu agak-agak boleh tertunaikah pada 2010?

Btw, take care ya.
- Kak Sri Diah.

Anuar : Terima kasih dan selamat tahun baru.
Ain : Selamat tahun baru untuk ain dan keluarga.
NB : selamat tahun baru kakak kesayanganku dan semoga kita kekal abadi. terima kasih atas segalanya.
SD : Salam tahun baru kak Sri...kita tetab bersahabat.... dan saya tetap meminati hasil karya akak. Azam ??? hehehe dah tertunai rasanya malam tadi. kehkehkeh.

kak liza,

byknyer novel yg belum baca tu.. nak pinjam... hihiiii..

kakyong rasa bleh agak azam yg belum tercapai ituuu... Insya Allah kak, Allah lebih tahu.. lagipun besar tgjwb yg kak liza ada skrg.