Marah

Posted by Leeza | Posted in

Setiap kesabaran ada tahapnya. Bila sampai ke tahap maksimum , ia akan meletus menjadi gunung berapi .....bommmm....maka hangus terbakarlah sesiapa kena tempiasnya. Saya akui saya seorang pemarah....sejak kecil,memang sebegitu tabiat saya. Namun marah saya sentiasa bersebab. Hari ini saya marah dengan kerenah anak2 buah saya.
1. Mohd Ridzuan b. Shahad.
Sejak pagi dia meminta saya menghantarnya ke sekolah untuk menduduki exam terakhir jam 2 petang. Memandangkan dia perlu menghantar buku-buku teksnya , saya setuju menghantarnya. Jarak sekolah dari rumah lebih kurang 15 minit jalan kaki. Sejak kecil saya sudah biasa melalui jalan sejauh ini malahan dulu kena merempuh belukar dan lumpur.Terkadang mengharung air bila bah semasa air pasang. Jam sudah 1 petang, saya sudah bersiap dan memanaskan enjin kereta, namun kelibatnya tidak kelihatan. Marahnya saya kerana terpaksa menunggunya hilang entah di mana. Jadi saya ambil keputusan, saya tidak menghantarnya dan suruh dia berjalan sendiri. Untuk mengajar anak bertanggungjawab dan menepati masa , kita terpaksa berlaku 'kejam'.

2. Muhd Luqman b Jolkipli
Sejak akhir-akhir ini dia tidak peduli dengan kesihatannya. Dia bermain sejak jam 7 pagi hingga malam. Semalam dia bermain sehingga jam 3 petang baru makan tengahari. Muka sudah hitam legam. Entah apa yang nak dimainnya sampai lupa makan dan minum. Malam tadi dia mengadu kepalanya pening dan si nenek yang penyayang itupun bagilah ubat panadol. Siap pecahkan pil itu menjadi serbuk untuknya. Hari ini dia bermain lagi, dan seiring dengan angin panas saya disebabkan oleh Wan, saya dikhabarkan dia mengikut si Pemabuk berperahu mencari ikan. Sakit kepala ini....sebab saya risau dia belajar sesuatu yang tidak baik. Petang ini tahulah dia bagaimana saya nak ajar dia. Saya tentulah tak dapat belasah dia kerana neneknya pasti awal-awal suruh cucunya elakkan diri. Betullah agaknya teori mengatakan , nenek selalu spoilkan cucunya. Kasih sayang yang melimpah ruah selalunya menjadi racun yang membunuh pada akhirnya.

Mungkin mereka tak pernah tengok saya marah yang menakutkan agaknya. Jadi mereka tidak takut untuk membuat kesilapan yang berulang kali. Pada satu tahap kerana marah juga, pakcik-pakcik mereka sudah tewas dan berputus asa untuk ambil berat dan peduli pasal mereka. Dan saya biarpun selalu marah namun belum sampai tahap berputus asa. Dan kerana itu, saya terpaksa berusaha untuk mengawal kemarahan saya. Apa kata kak NB, orang marah selalunya berkawan dengan Syaitan. Ehhhh tak nak lah jadi kawan syaitan.......selisih 44 Malaikat. Moga saya dijauhkan dari rasa marah yang melampau .

Comments (2)

salam kak Liza, sy ni pun hari2 asyik nak naik darah je ngan anak2. dh le bangun tido lambat, pas tu sorang ngadap lappy dr pg sampai ptg, sorang main psp pun dr pg sampai ptg, sorang lagi asyik tengok tv pun dr pg sampai ptg gak. mentang2 lah dah abis peksa besar. klu tak dijerit suruh makan, tak reti nak makan. how I wish cpt2 la naik sekolah. tensennn!!!!

Salam Ain....janganlah marah anak2 tu .sebab atleast mereka depan mata Ain...ni anak2 buah akak langsung tak lekat rumah. Luqman tadi balik sembunyi2 pakai pintu belakang...takutkan akak. Oleh kerana ayahnya dah pukul jadi akak tak pukul dia lah.