Sukaneka 2009

Posted by Leeza | Posted in


Hari ini sekolah saya mengadakan hari sukaneka yang melibatkan 38 acara dari prasekolah hingga tahun 6. Semua murid dilibatkan. Di atas ialah Aiman murid prasekolah yang menyertai acara mengisi air dalam botol.

Ini siapa pula? Umurnya baru 3 tahun. Inilah ABEL anak cikgu Rachel yang begitu cergas berlari di padang. Dia diberi peluang menyertai acara menyusun manik pada untaian seutas tali.Memanglah dia yang paling terakhir dan dia bersungguh-sungguh menghabiskan acaranya.Ibunya yang demam hanya menggeleng kepala dari jauh.


Ini pula acara lari dalam guni. Kemahiran yang ada untuk acara inilah melompat seperti pocong.
Ini acara selipar gergasi. Kumpulan ini juara selipar gergasi tahun 4.
Hahahaha...kesian kumpulan ini sebab seliparnya langsung tak dapat bergerak. Asyik jatuh sahaja nakhoda di depan itu. Acara ini memerlukan kemahiran berkumpulan dan bekerjasama.

Bersungguh-sungguh si Hafiz dan Zairul menarik tali. Oleh kerana acara ini yang terakhir saya sempatlah turun ke padang menyaksikannya. Sehingga bila acara selesai , semua orang mencari juru acara untuk mengumumkan selesainya sukaneka 2009.


Siapa juru acaranya ? Keh keh keh....inilah part yang saya tak suka, jawatan MC atau nama lain "mati cepat". Oleh kerana masing-masing mengelat, maka terpaksalah saya mengambil semula jawatan lama saya ini....isk isk isk. Saya memang tak suka jawatan ini sebab saya tak dapat menjerit dan ketawa di padang menyaksikan acara-acara sukan. Tak best sungguh. Kat sebelah saya tu sempat si member bawa assignment nya untuk minta pendapat dan rujukan. Akhirnya setelah saya umumkan cuti untuk esok hari, saya memang terus mengisi perut dan minum air banyak-banyak.....kelaparan dan kehausan sangat-sangat.

Comments (2)

sekali sekala tengok gelagat bdk2 bersukan ni seronok kan kak??? kita yg ala2 ayu dn sopan santun pun boleh terjerit2 !!hihihi

ha.ha.ha..tak ada cara untuk cikgu2 ke Za? macam-macam pakaian budak-budak ya? Geram tgk si abel tu..