Menunggu Cuti

Posted by Leeza | Posted in

CUTI adalah perkataan yang mampu mengubah wajah suram menjadi ceria. Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi cuti akan bermula. Tahun ini cuti sekolah sebanyak enam minggu dan sekolah akan dibuka pada 4 Januari 2010. Kebiasaan sebelum cuti panjang, segala urusan rasmi kena disiapkan dengan kemas kini dan selengkapnya. Tidak dapat dielakkan bila ramai yang mengeluh sebab urusan pengemaskinian ini mendera mental dan fizikal. Terkadang bukan salah kita tetapi bila datang segala arahan secara mendadak dan SEGERA maka terpaksalah melakukannya secepat mungkin.

Sejak mengenali dia, saya sudah tidak lagi merasakan tension, stress atau tertekan. Ini kebiasaan bagi sesiapapun juga. Harus bijak mengatur masa dan jadual. Banyak-banyaklah bersyukur dan bersabar. Jangan biarkan hari-hari mu penuh dengan rasa amarah, dengki, khianat dan apa sahaja penyakit hati yang sewaktu dengannya. Beginilah antara aktiviti rakan-rakan saya semasa berehat sebentar daripada tugasan yang menyibukkan.
Kawan saya , si Madam T asyik membaca majalah kesihatan "HEALTH" . Maklumlah sejak akhir-akhir ini kesihatannya tidak menentu.

Ustaz A asyik dengan cerita animasi tikus. Dia ni adik paling bongsu dalam jabatan kami. Pendiam sangat....tapi diamnya dah berpunya. Selalu kena sakat oleh saya.
Ini apa pula ? Bengkel Kemahiran Hidup ke? Inilah cikgu Adil, rakan dan adik yang mulutnya selalu ibarat radio Hot FM setiap pagi. Dia sibuk menganyam bakul menggunakan tali plastik pengikat buku teks. Begini caranya dia mengurangkan tekanan matematiknya.

Saya buat apa? Saya sibuk mengacau orang. Kalau mereka kacau saya masa saya sibuk bekerja, mahu tinggi juga suara saya keluar....hehehehe. Ketua Jeraul (Penyamun) Wanita, itu gelaran mereka.....apa-apa ajelah.

Comments (3)

hishhh....brutal gak akak sampai kena panggil ketua jeraul wanita.hehehehe

kehkehkeh Ain....biasa ha, kuat mengacau dan menyakat orang. Dalam meeting pun boleh sibuk menyampuk kalau ada sesuatu yang tidak berkenan di hati.

za..barulah ada gambar Madam T, tapi muka dia tak nampak le pulak..he.ha..