Layan Selera

Posted by Leeza | Posted in

Isnin baru-baru ni member saya Cikgu Adil cerita pasal laksam yang dia makan di rumah ustazah masa dia sekeluarga berjalan raya. Saya yang berminat mulalah bertanya dengan member-member ustazah bagaimana nak buat laksam. Jadi petang ini saya buat laksam. Kuahnya senang saya nak buat. Cuma buat laksa dari tepung beras ini, kekok semacam. Persis membuat roti jala dulu. Inilah hasilnya. Oleh kerana ini makanan dari semenanjung, susah juga saya nak kenalkan dengan ahli rumah saya makanan ini. Namun saya memang suka, dan inilah menu berbuka puasa saya hari ini.

Sabtu dan Ahad ,jika tidak ke mana-mana memang saya rajin ke dapur. Mak saya yang buat ketupat pulut dan cicah sekaya ini. Sarung ketupat ini seharian dia buat sebab saya memang tak tahu menganyam ketupat. Dulu ketika kursus seni di maktab perguruan, pensyarah saya lelaki ,mengajar menganyam ketupat....dan memang dia angin dan give up mengajar saya sebab saya memang tak pandai-pandai menganyam ketupat. Puaslah tangan saya kena ketuk dengan kayu pembaris. Ala...sekarang ni kan sarung ketupat banyak dijual? Beli ajelah. Cicah sekaya memang kesukaan anak2 lelaki kesayangan mak. Ia dibuat menggunakan santan kelapa, telur, roti jagung dan gula. Kita kat sini panggil : culit.

Ini pula kentang goreng, ayam goreng, tauhu goreng dan nasi impit ( ketupat segera ) untuk dimakan dengan kuah kacang. Kononnya nak jadikan rojak....tapi betullah kata kak NB, buat rojak seharian kerja menggoreng. Rasanya setahun sekali saya buat rojak ni....penat.


Ta..da... inilah hasilnya. tengok dengan mata saja. 2 hari saya buat kuah kacang ni sebab mak suka sangat. Tambahan pula tetamu pun ramai ke rumah. Saya sendiri makan dalam kuantiti yang sedikit je sebab favourite saya ialah tomyam dan dodol. Hehehe Nik....nanti berjalan raya kat sini, silalah jamu mata dengan masakan saya ni. Untuk tetamu blog, salam raya dan maaf zahir bathin. Kita raya sebulan kan.....

Comments (2)

nak gelak guling2..ha.ha.ha..baru tau ye..buat rojak fesyen NB memang teruk sikit..
tapi laksam tu cantik le nampaknya..

Hahaha Akak....namanya rojak, kenalah buat memacam. Tapi za kan lepas buat rojak tu, rasa sakit belakang....anak2 suka makan tetapi za yang buat rasa tak lalu je.Thanks sebab puji rupa laksam...sekadar mencuba .