Bingkisan Cinta Dari London

Posted by Leeza | Posted in

Saya sebenarnya memang tak tau nak masukkan entry apa kerana selepas raya otak saya asyik ingat nak makan sahaja. Kalau nampak makanan dalam blog kak NB atau dia cerita pasal makanan ,cepat sahaja saya terleleh... Gara-gara tak ada kerang saya beli kari kerang dalam tin. Memang bahaya betul. Baru saya teringat June pernah kata kalau makan ubat herba untuk allergic yang dia bagi selera makan memang bertambah....huhuhu. Hari-hari saya dok menimbang berat takut mendadak naik berkilo-kilo. Biarlah saya ceritakan kisah yang mungkin dah lali untuk rakan bloggers tetapi boleh dijadikan iktibar.

Hello my love,
I have sent the package that i promised you today containing a new brand HP product laptop computer,two set of golden jewelries, one set of necklace, one ring special for our engagement, perfumes, shoes and the sum of 10,000 pounds sealed in the same computer pack to enable you settle some of your daily needs as my dear sweet heart.

Inilah sebahagian isi email yang kawan saya terima . Rasa terujanya dia namun jauh di sudut hati masih ada rasa sangsi dan was-was. Saya peringatkan tentang hal ini. Jadi dia buat keputusan tunggu dan lihat. Tepat seperti yang dinyatakan 2 hari kemudian dia menerima panggilan telefon dengan nombor 010-xxxxxxxx , seorang wanita cina memberitahu bahawa package sampai namun ditahan oleh kastam diraja Malaysia di Malaysia Airport KLIA. Bila ditanya bagaimana nak settle ? Cepat perempuan itu kononnya dari MULTILINK COURIER SERVICE , menyatakan yang dia perlu bayar tax sebanyak RM 3865.00 ke nombor akaun tertentu. Jadi apabila ditanya nama penuh, nombor telefon pejabat Multilink Courier serta no akaun , perempuan ini meletakkan telefon. Saya dan kawan-kawan tidak berdiam diri. Saya terus mendail no telefon pihak Kastam DiRaja Malaysia Kuching dan bertanyakan hal ini lebih lanjut. Info yang perlu kita tahu ialah prosedur penahanan package dari luar negara ialah :
1. Jika package itu beralamat di Kuching, package akan terus dihantar ke Kuching dan pihak kastam diraja malaysia Kuching yang akan menguruskannya dan bukan ditahan di KLIA.
2. Jika ada package diragui, pihak kastam akan memanggil penerima ke pejabat dan mereka akan membuka bungkusan di depan penerima sendiri.
3. Jika kena cukaipun, tiada undang-undang yang meminta penerima masukkan wang ke dalam akaun tertentu.

Tidak berpuas hati, saya suruh kawan saya menelefon pihak kastam KLIA. Dan mereka juga menjelaskan perkara yang sama.
Keesokkannya kawan saya tunjukkan 'airway bill' yang dihantar oleh boyfriendnya sebagai bukti pengiriman. kami kaji beramai-ramai dan ternyata ada keraguan sebab tiada bukti dia menjelaskan bayaran pos dan cop pos . Ingat kita ni bodoh ke? Saya yang selalu berurusan dengan pos memang dah biasa dengan courier dan pos mengepos hingga kalau ada parcel saya sampai, pekerja pos akan sms : Boss, ambik parcel kitak. Okey, memang kesian juga. Saya surf website multilink courier service dan di sana ada tracking online. Kita kena key in number tracking pada bill airway. Bila saya key in tracking number, jawapannya : invalid. Sah memang orang itu penipu dan scammer. Selepas itu saya suruh kawan saya delete si penipu ini dari YM nya. Juga jangan layan lagi. Selepas itu kawan saya beritahu dia tidak lagi menerima panggilan dari si penipu dan gengnya. Syukurlah.

Semasa google multilink courier service saya terjumpa website ini : www.scamwarners.com . Banyak info tentang scam dan kejadian ini adalah love scam. Malahan saya juga jumpa mangsa bingkisan cinta ini sehingga dia kehilangan wang yang banyak.
Banyak info yang saya dapat :
1. Scammer takkan gunakan gambar yang betul. Ia curi gambar dari majalah atau cilok dari mana-mana website seperti facebook atau sebagainya. Untuk mengenal sama ada teman chatting anda scammer anda boleh upload gambarnya di Scamdigger.com.Namun anda kena sedar ,gambar orang yang digunakan adalah juga mangsa scammer.
2. Scammer mencari mangsanya dari laman chat atau website seperti tagged.com, facebook etc. Kalau dari tagged.com, buat profile anda dalam set private . Dan jika anda nak delete, report profile and block him or her.
3. Kalau anda rasa was-was, google email chatter anda dan anda akan jumpa maklumat tentangnya. Hubungi rakan-rakan chatter itu yang pernah hantar tags scammer. Tentang boyfriend kawan saya, bila saya google, namanya ada keluar dalam website anti de scam (Germany blog ). Ip nya ialah dari Malaysia.
4. Jangan sekali berikan no akaun bank anda. Jika anda berikan no akaun bank kosong, anda kena hentikan serta merta sebab kemungkinan akaun ini digunakan oleh geng scammer ini untuk menipu orang lain pula. Jika mangsa yang lain membuat laporan dan no akaun anda terlibat, pihak polis akan mengetuk pintu rumah anda....bahaya sangat-sangat.

Cinta sekarang seperti tahi kucing. Tiada nilai langsung. Cinta diperniagakan untuk mendapat RM. Senjata yang paling ampuh untuk melawan segala bala bencana ini ialah solat istiqarah. Solat dan doa akan menyelamatkan kita dari kemusnahan. Saya memang ada rakan chatting tetapi bila tiba part dia nak add email dan ym, saya buat alasan . Terkadang ada yang marah sebab saya tak percayakannya namun saya selamba sahaja memberitahu yang memang saya tak percayakan semua orang. Saya peduli apa jika orang menyampah dengan saya. Saya percaya jika ada jodoh, saya akan jumpa juga pasangan saya. Bagi saya , bahagia begini....hidup seadanya.
Terima kasih kawan-kawan saya, kakak saya NB sebab telah mengajar saya supaya berhati-hati dengan dunia cyber. Don't make internet control your life. Jadi, jangan bertenggek depan laptop sahaja, rumah kena kemas, kerja kena selesaikan, keluarga kena diberi makanan yang sedap-sedap,Anak-anak jangan dibiarkan macam tak beribubapa, solat jangan abaikan, dan jalani hidup cara sihat.

Comments (6)

salam kak LIza...selamat hr rayaa!!!

takut juga baca kisah kwn akak ni. nasib sy bukan jenis yg addict ngan fb ke, frenster ke atau yg sewaktu dgnnya. kalau dpt email yg meragukan, terus saja sy delete. sy juga bukan blogger tegar.hehehe

mmg sekarang ni terlalu byk penipuan dlm dunia internet ni. kita kena bijak menilai...

SELAMAT HARI RAYA kak. sori lambat wish. bz sangat...

Rasanya semua orang dah tahu pasal scammers ni. Lama dah penipuan begini berlaku. Namun kenapa masih ada yang terpedaya ? Ada sebabnya dan kita sendiri akan rasa geram teramat sangat dengan kedegilan rakan kita ini.

salam..wah saya baru je mengalami perkara yang sama.. bezanya bukan love la. dia jadi pen pal sy. baru je ni. pastu die nak hantar some goodies la.. so dia mintak alamat n number tel. then dia hantar n bg tracking number www.cheapexcs.com boleh check sndiri ni tracking number dia bg 8944552448. wah mcm real. tp pg ni dpt call kata kena tahan kat kastam n dia suh check email. mmng serupa. kena bayar charge seribu jugak la.. dah lain mcm ni, trus sy email kastam.. n google semua benda sbb rasanya mcm scam. pastu jumpa lak kat blog ni, mmng serupa sgt2!

saya juga mengalami kes yang sama.. ni tracking no.. 6967434221.. bleh check kt www.cheapexcs.com.. mmg sama la..

This comment has been removed by the author.