Ulasan novel SECANTIK ANUGERAH : Sarnia Yahya

Posted by Leeza | Posted in


Alhamdulilah....setelah berusaha mencuri masa yang sibuk, saya berjaya menghabiskan novel ini semasa menunggu giliran kelas tambahan tahun 6. Novel ini adalah karya pertama Sarnia Yahya di bawah penerbitan NB Kara Sdn.Bhd.

Meskipun saya mengenali penulis ini sebelum karyanya saya baca, namun kali ini seperti novel-novel yang lain, saya tidak akan terpengaruh dengan hubungan ini. Apapun ini hak saya sebagai pembaca, terpulang apa tafsiran saya.....kerana kita berbeza pendapat. Biarpun mungkin ada yang tidak setuju namun terkadang kita perlu juga mendengar pandangan yang berbeza daripada orang lain.

Novel ini berkisahkan percintaan antara suami isteri ,Firdaus dan Aisya. Ia lebih mendorong kepada cinta tiga segi antara Firdaus Aisya dan Azri ,bekas suami Aisya. Empat tahun Aisya menjanda dengan satu kenyataan yang amat pahit bila Azri menceraikan atas alasan tidak sehaluan. Luka Aisya terobek dengan besarnya apabila perceraian ini terjadi setelah dua bulan dia keguguran kandungannya. Empat tahun menjadikan dunia sepi Aisya lebih kepada kerja dan keluarganya. Tanpa Aisya tahu, abang angkatnya Farid yang juga suami kepada sepupunya Jasmin membohongi Azri dengan mengatakan yang Aisya akan mengahwininya setelah empat bulan perceraian mereka. Azri yang sedar tentang keadaan dirinya dan menghormati persahabatan dengan Farid membuat keputusan untuk menjauhi diri dan sekadar merindui Aisya di kejauhan. Inilah jodoh namanya, sekuat manapun talain kasih itu, jika tiada jodoh takkan mampu bertaut kembali. Konflik terjadi apabila Aisya membuka ruang hati menerima cinta dan lamaran ekspress dari Firdaus dan ketika keduanya di ambang perkahwinan tersingkap segala persoalan yang lama tertunggak. Namun saya suka dengan Aisya sebab yang lalu biarlah berlalu kerana jika Aisya mengambil keputusan drastik untuk kembali pada Azri, novel Secantik Anugerah akan terhenti di situ sahaja. Semakin saya membaca novel ini jalan ceritanya semakin hangat dan penuh dengan konflik. Barulah tersingkap kisah di sebalik perceraian Azri dan siapa Natasha dalam hidupnya. Watak Azri menjadi satu watak yang dikasihani , berkorban demi budi dan demi keselamatan Aisya. Di sini masyarakat kaya digambarkan sanggup buat apa sahaja agar maruah dan prestij nama dijaga rapi biarpun menghancurkan hati dan kehidupan manusia lain. Ada duit semua boleh jadi....namun cinta dan kasih sayang yang tulus takkan mampu disogokkan dengan wang ringgit. Memang cerita dalam novel ini best.....tiada menjemukan.

Sekarang saya sentuh beberapa perkara yang saya rasa perlu disuarakan. Memang cinta itu romantis. Namun saya tidak setuju penulis menggambarkan romantime itu keterlaluan terutama saat Firdaus dan Aisya diamuk gelora cinta yang maksimum. Siapalah yang tidak mengerti jika dalam beberapa hari sahaja mereka berdua seperti belangkas....namun bataskanlah sentuhan sebelum diakad nikahkan. Romantisme selepas kahwin...memang semua boleh faham baru kahwin setahun dua ,masih di alam berbulan madu, hubungan suami isteri memang romantis gila. Namun saya gelak guling-guling sebab tanpa Sarnia sedari dia banyak mengulang ayat ini : ....angkat dan bawa ke bilik. Memang romanstis suami isteri ini .

Keseluruhan , novel ini memang best dibaca dan teruskan dengan penulisan anda Sarnia. Untuk semua rakan saya yang belum membaca novel ini, cepatlah dapatkannya dalam Pesta Buku Selangor di PKNS Shah Alam 24Julai hingga 3 Ogos ini. Atau layari laman web : http:/www. nbkara.com dapatkan segera.....harganya pun murah.

Comments (1)

insyaallah akan dimiliki satu hari nanti...