Luqman buat perangai lagi

Posted by Leeza | Posted in

Awal pagi lagi si Luqman sudah menghilangkan dirinya. Ini bererti kakinya dah okay sedikit setelah buat dressing maut semalam. Memula memang saya malas nak pergi Asajaya sebab cuaca panas. Baru saya nak duduk rileks , kakak saya dan Putri sudah bising mengajak berjalan. So, dengan berat hati saya turuti kemahuan mereka. Mak saya tak mahu join sebab matanya sakit kena panas. Dia tak ikut tetapi senarai pesanannya panjang lebar. Mana si Luqman ni? Kakak mencari dekat rumah jiran tak juga nampak bayang. Dia belum mandi lagi, so saya ajak kakak menggunakan jalan belakang dan sambar sepasang pakaiannya. Sampai hujung kampung yakni dekat jalan ke hutan barulah nampak kelibatnya bersama dua orang rakannya. Saya terus paksa dia masuk dalam kereta dan basikalnya minta kawannya jagakan.....Kakak saya dah angin. Si Wan yang sibuk mengikut sama jenis dengan Putri yang suka berjalan pun paksa juga...tetapi si Luqman memang degil tahap gaban. Saya sabar sahaja, kalau tidak mahu saya selamkan dia dalam parit di situ. Tak apalah.....saya bagitahu dia ,okay...nanti time usu balik usu nak kamu ada di rumah. Jika tak Usu tak bagi apa2 makanan yang best.

Saya bagitahu kakak saya hasrat hendak menghantar dia ke sekolah tahfiz tahun depan. kakak saya setuju dan saya buat kesimpulan keengganannya mengikut kerana dia takut dengan doktor.

Ketika saya menggunting rambut, tukang gunting asyik bercakap sahaja.... Apasal semua tukang gunting suka pot pet pot pet? Mahu saya ketawa guling2 bila dia tanya : betulkah kakak awak meninggal , masih hidup dikuburkan orang? Orang cerita kakak awak bangun semula masa dikuburkan.
Eh....bila pula arwah kakak saya hidup balik? Kan saya yang iringkan jenazahnya semasa dikebumikan? Saya jelaskan serba ringkas pada nyonya itu bahawa orang Islam kalau meninggal, orang uruskan jenazahnya bukan sesimple yang disangka. Saya bagitahu kalau arwah kakak saya hidup semula, saya lagi bersyukur amat sangat.....namun kalau beranggapan begini sudah jadi syirik....berdosa besar.

Saya belikan nasi ayam, sate dan ketupat sate , kuih tiga macam, ikan2 fresh dan sayur2an.....dan untuk saya sendiri kuetiaw goreng. Beginilah saya, setiap hujung minggu sudah menjadi kebiasaan memenuhkan peti ais dengan makanan. Bila saya balik, alhamdulilah Luqman ada menunggu .....cuma dia muncung sebab nasi ayam si wan special lagi darinya.....hehehe saya suruh mereka share dan bertukar2 ayam goreng dan ayam roasted. Untuk mengelakkan pergaduhan saya sendiri yang bahagikan ayam2 tu sama rata. Memang....kalau punyai anak2 yang nakal biarpun dah besar, masa makan kena bahagi sama rata, banyak dan sedikit dibahagi sama....jika tak mahunya meja makan boleh roboh...hehehe. Kuetiaw yang saya makanpun saya bahagi tiga sebab saya memang tak habis. Cuma saya bersyukur sebab di rumah saya makanan memang tidak berkurangan....syukur sangat2 pada ALLAH yang berkuasa kerana memberikan saya kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anak2 ini.

Comments (0)